Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Monday, 9 February 2015

Punca Susu Ibu Merudum

Posted by Unknown at 16:58 0 comments
Setiap ibu mesti ingin berikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Betul tak? 

Sal juga seorang ibu dan Sal memang nakkan yang terbaik untuk anak-anak Sal terutamanya soal penyusuan mereka. 

Sal yakin dan pasti setiap ibu mahukan anak-anak mereka menyusu dengan susu ibu sahaja sekurang-kurangnya untuk 6 bulan dan kalau boleh memang nak lengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun.

Namun, tak semua berjaya menyusukan anak dengan susu ibu kerana kebanyakannya kurang ilmu berkaitan penyusuan ni. Bukan Sal kata yang Sal ni hebat, tahu serba serbi...bukan...jangan salah anggap ye..walaupun dah masuk anak kedua, Sal masih lagi belajar dan cari ilmu berkaitan penyusuan.

Untuk ibu-ibu terutamanya 'first time mother' perlulah bersedia tentang ilmu penyusuan ni dari seawal mengandung lagi...tak rugi pun malah kita akan lebih yakin untuk meneruskan misi dan niat murni kita tu.

Oleh itu, hari ni Sal nak share antara punca susu ibu merudum. Bila dah tahu punca, maka senang lah kita nak bertindak...betul tak?

1. Tidak mengamalkan konsep DVS (demand vs supply)

Ini merupakan syarat utama penyusuan. Ibu perlulah melakukan rangsangan (stimulate) yang kerap bagi menghasilkan susu samada melalui 'direct feeding' atau pun melalui pam setiap 2-3 jam sekali. Ramai ibu yang melakukan kesilapan dengan pam atau DF sewaktu breast penuh atau bengkak sahaja.  Bagi ibu yang mengepam, pastikan anda mengepam secara konsisten. Kalau boleh sediakan jadual mengepam mengikut masa anda sendiri.
Ingat ye..semakin kerap breast dikosongkan, semakin banyak susu akan dihasilkan. Jangan cepat putus asa kalau ibu lihat hasilnya yang tidak seberapa kerana itu juga adalah rezeki anak kita...sikit-sikit lama-lama jadi bukit :)

2. Period

Ibu yang sedang period kebanyakannya akan mengalami kemeruduman susu. Ini kerana sewaktu kita period, banyak darah akan keluar dan darah itu terdiri daripada 91% air. Apabila tubuh kehilangan air, susu juga akan merundum. Selain itu, ketika waktu datang bulan, ibu akan banyak kehilangan kalsium dan susu ibu itu sendiri mengandungi 40% kalsium. Ibu disarankan membanyakkan pengambilan kalsium dan kerapkan mengepam sewaktu period.
** Untuk sumber kalsium terbaik, Ostematrix menyediakan keperluan kalsium yang lengkap dengan magnesium, vitamin D dan mineral.

3. Kurang minum air kosong

air-putih (1)

Ibu yang menyusu disarankan untuk minum minimum 3L air sehari. Kenapa ye? Sebabnya komponen utama susu ibu adalah air. Kalau badan kita tak cukup air, macamana nak hasilkan susu kan? Air juga penting untuk memastikan sistem-sistem dalam badan kita berfungsi dengan baik. Ibu dalam pantang pun mesti minum air yang banyak.

4. Diet tak seimbang

Ingat ye...apa yang kita makan, itulah susu untuk anak kita. Jika ibu selalu skip makan, tubuh ibu akan kekurangan nutrisi dan khasiat...bila tubuh ibu sendiri kurang khasiat, macamana nak hasilkan susu untuk anak? Diet biarlah berpada, jangan skip makan dan paling penting pastikan diet pemakanan kita seimbang.
** Kalau nak pekatkan susu, ibu mestilah makan makanan yang kaya dengan protein seperti ikan, ayam, daging. Paling mudah, amalkan ESP (Energizing Soy Protein) untuk sumber protein terbaik..insyaAllah :)

5. Letih dan stress

Proses penyusuan ibu melibatkan 2 hormon iaitu prolaktin (untuk hasilkan susu) dan oxytocin atau dipanggil 'hormon gembira' (merangsang susu keluar). Sebenarnya, emosi ibu sangat berkait rapat dengan penghasilan susu. Bila ibu happy dan tidak stress, hormon oxytocin akan terhasil seterusnya merangsang hormon prolaktin yang akan merangsang pula kelenjar susu untuk hasilkan susu. Tapi, jika ibu stress, hormon oxytocin akan kurang dihasilkan, maka akan membantutkan juga penghasilan susu.

6. Pam yang digunakan tidak sesuai

Setiap jenis pam yang berbeza, juga berbeza kesesuaiannya untuk semua orang. Bila kita gunakan pam yang tidak sesuai, suction akan menyakitkan, pam tak optimum dan hasil perahan juga berkurang. Jadi, ibu mestilah memilih pam yang sesuai dengan breast kita. Cadangan Sal, gunalah double pump bagi menjimatkan masa dan memudahkan proses mengepam. Pernah tak ibu pam sebelah, tapi breast satu lagi turut sakit dan berdenyut? Ini kerana, sewaktu mengepam dan 'let-down', kedua-dua breast akan menghasilkan susu. Jadi, jika pam serentak untuk dua-dua belah, susu yang dihasilkan akan lebih banyak berbanding menggunakan single pump.

7. Anak dah mula makan

Bila anak dah mula makan, secara automatik anak akan kurang menyusu sebab mereka dah mula kenyang dengan makanan selain daripada susu. Jadi, ibu perlu menambah kekerapan mengepam dari sebelum anak mula makan untuk memastikan bekalan susu tidak putus atau berkurangan.

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah susu kurang secara tiba-tiba, kenali puncanya dan cuba selesaikannya dengan tips yang Sal kongsikan tadi.

Apa-apa pun, yang penting adalah 'mindset' ibu itu sendiri. Sentiasalah berfikiran positif dan sentiasa ingatkan diri, tanam dalam minda dan hati yang kita ingin menyusukan anak kita ekslusif sehingga 6 bulan dan meneruskan penyusuan sehingga usia mereka 2 tahun.

HAPPY BREASTFEEDING! :)

201410150115

Bagi yang ingin cuba supplement untuk penyusuan, hubungi Sal untuk KONSULTANSI PERCUMA.

-----

Untuk Info & Order:


Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Friday, 31 October 2014

Makanan Untuk Ibu Menyusu

Posted by Unknown at 09:21 0 comments
Susu ibu merupakan sumber makanan terbaik dan penting dalam memastikan tumbesaran bayi bagi mengelakkan bayi dijangkiti penyakit yang tidak diingini. Bayi akan bergantung sepenuhnya kepada susu ibu sejak lahir sehingga beberapa bulan awal kelahirannya bagi memenuhi keperluan pemakanannya. Oleh itu, amatlah penting untuk si ibu memakan makanan yang sesuai, sihat dan seimbang kerana makanan yang dimakan akan disalurkan juga kepada bayi melalui susu ibu.

Hari ni, Sal nak share tentang makanan untuk ibu menyusu yang perlu bagi mengekalkan kandungan nutrisi dalam susu ibu.

1. Ikan Salmon
Ikan Salmon memang  kaya dengan kandungan lemak yang  penting  iaitu DHA, sejenis asid lemak pada omega-3. DHA adalah zat makanan yang paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. Hasilnya, bayi anda akan dapat berkonsentrasi dengan lebih baik dan cerdas. Oleh itu, makanlah Salmon sebanyak 2-3 porsi dalam seminggu untuk menghasilkan susu yang baik buat si kecil anda. Selain ikan salmon, ikan tuna dan patin juga kaya dengan kandungan lemak positif ini.

2. Produk tenusu rendah lemak
Susu rendah lemak, yogurt, dan keju sangat bagus untuk ibu yang menyusukan, kerana mengandungi sumber kalsium, protein dan vitamin B dan D. Dengan mengambil kalsium yang secukupnya untuk tubuh anda sendiri, susu yang dihasilkan juga akan melimpah dengan kalsium untuk bayi anda. Cuba selitkan sekurang kurangnya 3 cawan produk tenusu dalam diet anda setiap hari untuk membekalkan kalsium yang secukupnya untuk si kecil.

3. Sayur-sayuran hijau
Sayuran seperti bayam dan kangkung mengandungi zat besi yang baik bagi anda. Setiap 100g sayuran hijau mengandungi sekitar 2.7mg zat besi dan 204mg kalsium. Sayuran segar juga harus ada dalam menu makanan anda setiap hari, untuk suplemen vitamin A, C, B1, B2, B12, niasin dan asid folik yang sangat diperlukan pada masa menyusukan.

4. Roti wholemeal dan beras merah (Brown rice)
Asid Folik adalah sumber nutrien penting untuk susu ibu, dan sumber ini boleh didapati dari roti bijirin, beras, biji-bijian seperti gandum, jagung, oats, pasta dan lain lain yang kaya dengan serat dan zat besi  buat si kecil, selain memberi lebih tenaga untuk ibu.

5. Daging
Ibu yang menyusukan memerlukan lebih tenaga, jadi lebihkan protein dan vitamin B-12 dalam diet seharian. Kedua-dua nutrien ini terkandung dalam daging.

6. Kekacang
Kekacang dan legum adalah sumber protein yang baik bagi menggantikan daging. Ia juga membantu menstabilkan paras glukos dalam darah, mengimbangkan tindak balas elektrolit dalam tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak. Untuk mengoptimumkan khasiatnya dalam susu anda, kekacang seeloknya dimasak dengan minyak atau diambil bersama makanan berasaskan minyak. Contohnya seperti hummus (dicampur minyak zaitun).

7. Telur
Kuning telur mengandungi sumber vitamin D, antara nutrien terpenting untuk mengekalkan tulang yang sihat untuk ibu dan juga penumbuhan tulang yang kuat untuk bayi. Mudah untuk didapati dan juga senang untuk disediakan, cuma pukul beberapa biji telur untuk sarapan,  sediakan omelet untuk makan tengahari, atau rebus telur dan hidang bersama salad untuk makan malam. Telur jenis Omega atau yang diperkaya dengan DHA amat bagus bagi penambahan asid lemak yang baik untuk susu anda.

8. Buah-buahan
Ibu yang menyusukan bayi harus makan sekurang-kurangnya dua atau lebih porsi buah-buahan segar setiap hari. Buah Oren dan Blueberi adalah pilihan yang terbaik untuk ibu yang menyusukan, kerana ia mengandungi vitamin C dan mineral yang secukupnya. Bekalkan diri anda dengan beberapa biji buah oren, atau sebotol jus oren segar supaya boleh diminum dimana-mana sahaja.

9. Minum air putih dengan banyak dan kerap
Air putih merupakan sumber cairan yang penting untuk menghasilkan susu. Menyusukan si kecil akan membuatkan anda kerap merasa haus,  jadi anda perlu minum air yang banyak. Gunakan tahap kehausan anda sebagai panduan. Cuba minum 10 gelas air setiap hari dan cuba untuk minum air setiap kali anda hendak menyusukan bayi. Hadkan minuman ringan, air berperasa, air buah, kordial dan minuman diet kerana kandungan nutrisi yang rendah dan berkemungkinan mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Jika anda rasa susah untuk dapatkan makanan segar seperti saranan di atas, anda boleh cuba amalkan set cadangan untuk ibu menyusu. Ianya lengkap dengan keperluan vitamin, mineral dan nutrisi yang diperlukan oleh ibu menyusu. Sal pun sekarang memang amalkan supplement Shaklee dan alhamdulillah susu sangat meriah....tapi, dengan syarat kenalah pam atau bf dengan kerap (konsep demand vs supply). Sal ambik set lengkap ni.

201410150115

Satu lagi nak pesan..ibu menyusu dilarang berdiet yang keterlaluan ye kerana ia boleh menjejaskan kandungan dan nutrisi susu ibu. Makanlah makanan yang berkhasiat mengikut sukatan dan saranan yang sesuai dengan kita..happy breastfeeding mommies!  :)


-----

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Monday, 27 October 2014

Gabungan Set ESP

Posted by Unknown at 09:12 0 comments
ESP (Energizing Soy Protein) merupakan serbuk protein soya yang banyak manfaatnya. Sebut sahaja perkataan protein, mesti kita terbayangkan ikan, ayam, telur, susu kan? Dan makanan-makanan ni adalah antara makanan yang PERLU kita ambil bagi melengkapkan nutrisi badan kita.

Protein amat diperlukan tubuh kerana protein merupakan makanan kepada sel-sel badan kita dan ia merupakan binaan asas kepada seluruh sistem badan. Andaikata sel-sel dalam badan kita tak cukup makanan, macamana dia nak bekerja untuk gerakkan sistem-sistem penting dalam badan kita? Mesti kita akan jadi lemah dan mudah terkena penyakit...betul tak?

Nak ambik sebarang produk kesihatan atau apa-apa supplement pun, kita mesti pastikan sel badan kita berada dalam keadaan baik dan mudah menyerap nutrien yang masuk. Protein ni pun penting untuk pastikan badan kita dapat menyerap segala nutrien dengan lebih baik.
Sebab tu, dalam kebanyakan set yang dicadangkan, ESP amat digalakkan untuk diambil bersama-sama produk lain bagi memastikan khasiatnya diserap dengan lebih baik. Jom kita lihat antara gabungan set ESP yang dicadangkan.

1. Set Penyusuan - ESP + Alfalfa
201410311537

Alfalfa merupakan milk booster yang boleh merangsang atau menggalakkan pengeluaran susu (galactagogue) dengan syarat ibu-ibu menyusu menggunakan kaedah penyusuan yang betul. Alfalfa mengandungi protein dan kalsium yang tinggi, juga bertindak balas dengan hormon estrogen (hormon penyusuan).

2. Set Untuk Hamil - ESP + GLA Complex
201410311538

GLA membantu mematangkan telur atau ovum sebelum proses ovulasi. Apabila ovulasi berlaku, telur matang akan keluar dan akan disenyawakan oleh sperma. GLA juga membantu menghasilkan lendir serviks yang dipanggil lendir subur (seolah-olah keputihan). Dengan kata lain, GLA membantu meningkatkan kesuburan.

3. Set Kulit Cantik - ESP + Vitamin E
201410311543

Vitamin E merupakan vitamin yang kaya dengan antioksida yang membantu kita mendapatkan kulit yang lebih awet muda. ESP pula membantu memperbaharui sel-sel kulit lama dengan yang baru dan menggantikan sel-sel kulit yang rosak.

4. Set Kurus - ESP + Lecithin + Herblax
201410311545

Lecithin berfungsi sebagai pengemulsi lemak semulajadi (memecahkan lemak kepada molekul yang lebih kecil) bagi memastikan lemak-lemak terapung dalam saluran darah dan tidak melekat pada dinding membran. Herblax pula berfungsi mengangkut lemak yang terapung keluar dari badan dan membersihkan usus melalui proses penyahtinjaan. ESP pula membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan badan lebih bertenaga tanpa perlu berlapar.

5. Set Badan Cergas - ESP + Ostematrix
201410311540

Ostematrix terdiri daripada kalsium, magnesium dan Vitamin D yang merupakan keperluan dalam memastikan tulang kita sentiasa sihat. Ostematrix boleh membantu menghilangkan lenguh-lenguh badan, menjadikan tidur lebih lena, bangun pagi lebih mudah dan badan lebih segar. Selain itu, Ostematrix membantu melembutkan najis dan mengelakkan sembelit.

Mana satu pilihan hati dan qalbu anda? Banyak betul fungsi dan manfaat ESP ni kan? Cuba dulu baru percaya....dan anda pasti TAKKAN MENYESAL punya :D

-----

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Tuesday, 17 June 2014

Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil

Posted by Unknown at 15:02 0 comments
Berpuasa semasa hamil adalah selamat untuk ibu dan bayi jika ibu berada dalam keadaan yang cukup sihat, dan kehamilan akan berlangsung tanpa sebarang masalah.

Puasa ibu yang sedang hamil pastinya berbeza dengan puasa ketika keadaan mereka yang biasa, jadi ibu-ibu hamil ini perlulah memastikan mereka berada dalam keadaan yang benar-benar bersedia supaya mereka dapat menjalani ibadah puasa dan dalam masa yang sama, memastikan kandungan mereka juga berada dalam keadaan yang sihat.

Terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan ibu-ibu hamil sepanjang bulan puasa:

KETIKA SAHUR

- Ketika sahur, ibu perlu mengambil makanan yang mengandungi kandungan protein dan lemak dalam jumlah yang cukup kerana kedua jenis nutrien ini dapat bertahan dengan lebih lama dalam badan, mampu memberikan tenaga sehingga berjam lamanya dan melambatkan rasa lapar pada siang harinya. Untuk itu, Sal cadangkan bagi ibu-ibu yang nak dapatkan protein segera yang berkhasiat dan mengenyangkan untuk mencuba ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee. ESP merupakan serbuk soya yang terdiri dari protein yang mampu membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, serta boleh membantu memulihkan keletihan, migrain, gastrik dan insomnia.

- Perbanyakkan makanan yang kaya dengan Vitamin C dan mineral zinc untuk menjaga fungsi tubuh.

- Kurangkan pengambilan makanan yang manis ketika bersahur bagi memastikan badan tidak cepat letih dan cepat lapar kerana makanan manis boleh memberikan 'kejutan' kepada hormon insulin tubuh kita.

- Perbanyakkan minum air kosong ketika waktu sahur sehingga habis waktu. Boleh juga minum segelas susu panas ketika sahur kerana segelas susu boleh mengurangkan risiko anemia kepada ibu hamil.

KETIKA BERPUASA

- Jalani ibadah puasa dengan niat yang ikhlas agar hari-hari berpuasa yang kita jalani terasa lebih ringan, mudah serta tidak terbeban.

- Pastikan ibu-ibu ada rehat yang mencukupi.

- Kurangkan aktiviti yang memerlukan tenaga berlebihan seperti aktiviti-aktiviti luar.

- Elakkan memikirkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan ibu-ibu menjadi tertekan. Elakkan stress dan jauhi sifat kebiasaan pemarah anda.

- Sila segerakan berbuka puasa jika ibu hamil mengalami:
  1. Muntah lebih dari 3 kali yang boleh menyebabkan dehidrasi.
  2. Cirit birit
  3. Hidung berdarah yang disebabkan oleh pembuluh darah yang pecah - menunjukkan keadaan tubuh yang sudah tidak stabil.
  4. Pening dan pitam diikuti oleh masalah mata kabur yang menunjukkan ibu-ibu mengalami hypoglicemia, dikhuatiri janin mengalami kekurangan nutrisi.
  5. Peluh berlebihan terutamanya peluh dingin yang menunjukkan keadaan tubuh ibu hamil yang sudah tidak kuat lagi untuk meneruskan puasa.

KETIKA BERBUKA

- Berbuka puasa dengan air panas/suam dan manis bagi membantu meningkatkan kadar gula dalam darah tetapi ibu-ibu hamil tetap harus berpada-pada dalam mengambil makanan dan minuman yang manis. Jika boleh, elakkan minum air yang sejuk kerana air sejuk boleh melambatkan fungsi usus untuk mencerna makanan.

- Selepas itu, ikuti dengan pengambilan kurma (karbohidrat simpleks - karbo dengan gula yang tinggi)

- Selepas solat Maghrib, ibu-ibu boleh la meneruskan makan makanan dengan potion yang lebih besar tapi jangan sampai lupa diri pula ye...Makan dalam jumlah yang banyak boleh melemahkan tubuh, jadi makanlah secukupnya sahaja. Selepas solat terawih, usahakan untuk makan walaupun sedikit.

- Sebelum tidur, ibu-ibu hamil digalakkan untuk mengambil sedikit makanan ringan dengan minuman panas/suam (susu lebih baik).

Semoga perkongsian ni memberi manfaat kat ibu-ibu hamil kat luar sana. Tahun ni juga adalah tahun pertama Sal puasa ketika hamil. Sebelum ni, puasa ketika menyusukan Humaira. Ibu-ibu menyusu pun boleh amalkan tips ni bagi memastikan tubuh tidak terlalu penat dan dapat menghasilkan susu yang cukup untuk si manja anda :)

~Sharing is Caring~


Saturday, 5 April 2014

Makanan Untuk Ibu yang Menyusu Badan

Posted by Unknown at 20:30 0 comments
Ibu menyusu perlu menitikberatkan nutrien yang mencukupi dalam pemakanan yang diambil seharian kerana secara amnya, ibu menyusu ini akan berkongsi makanan tersebut dengan bayi yang disusuinya.

Secara logiknya, anda berkongsi makanan anda dengan bayi anda ketika anda menyusukan kerana segala sesuatu yang anda makan bertukar menjadi susu untuk bayi anda. Itulah sebabnya mengambil makanan berkhasiat dan bervariasi bukan sahaja penting ketika anda hamil, tetapi juga ketika anda sedang menyusui. Tetapi perkara ini lebih mudah diucapkan daripada dilakukan.

Apabila anda menyusui selama berjam-jam, peluang untuk mengambil diet seimbang bukanlah keutamaan utama anda. Makanan asas anda mungkin bijirin dan susu, roti bakar, roti, yogurt, buah-buahan dan makanan lain yang boleh anda sediakan atau ambil dalam masa yang singkat. Tapi diet ini tidak memberikan anda tenaga yang anda perlukan.

 


Cuba tips ini untuk memastikan anda mendapat nutrisi yang cukup untuk anda dan bayi:
  1. Apabila anda atau pasangan anda memasak, pastikan memasak di dalam jumlah yang besar supaya sebahagiannya boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan semula. 
  2. Beli makanan yang telah di masak dalam kuantiti yang besar dan simpan sebahagiannya. Sekurang-kurangnya anda telah ada satu makanan yang hanya perlu dipanaskan sahaja. 
  3. Apabila membuat sandwic, selain daripada mentega, anda juga boleh menambahkan bahan berprotein atau salad di dalamnya. 
  4. Sayuran berbatang - simpan di dalam peti ais dan hidangkan bersama keju atau mentega kacang.

Intoleransi makanan 

Bayi anda bertindak balas terhadap apa yang anda makan. 
Ini adalah contoh klasik: jika anda makan banyak buah prun untuk merangsang perut anda selepas melahirkan anak, bayi anda juga akan mendapat cirit birit. Beberapa bayi mendapatkan reaksi seperti ruam atau sakit perut jika anda makan banyak kekacang, bawang putih atau makanan pedas. Jika anda mengesyaki anak anda bertindak balas terhadap sesuatu yang anda makan, anda perlu berhenti mengambil makanan tersebut sebagai diet anda selama beberapa hari dan lihat kesannya selepas itu. Apabila anda mengambil makanan itu kembali, anda akan mengetahui jika makanan tersebut serasi dengan bayi anda atau tidak.

Alahan makanan 

Bayi anda juga boleh bertindak balas terhadap apa yang anda makan jika bayi anda alah terhadap makanan tertentu, seperti susu lembu. Jika anda mengesyaki adanya alahan makanan, berhubunglah dengan doktor anda untuk mendapatkan penyelesaiannya. Berhati-hati dengan diet anda dan sentiasa dapatkan nasihat pakar. Misalnya, memberhentikan pengambilan susu dari diet akan menghalang anda dan bayi mendapatkan sumber kalsium penting. Memberi bayi anda menyusu badan untuk sekitar enam bulan adalah langkah yang baik ke arah mencegah alahan pada bayi anda.

Menyusui membuatkan anda haus 

Cecair yang banyak diperlukan untuk menghasilkan susu, jadi anda perlu minum air yang banyak. Gunakan tahap kehausan anda sebagai panduan. Cuba minum 10 cawan air setiap hari dan cuba untuk minum air setiap kali anda hendak menyusui. Cecair tambahan mungkin diperlukan semasa cuaca panas, selepas bersenam atau jika anda muntah atau sembelit. Kurangkan meminum kopi dan teh, dan hentikan pengambilan alkohol sepenuhnya. Berhati-hatilah meminum teh herba. Minta nasihat bidan atau doktor. Teh tidak boleh diminum semasa makan kerana tanin dalam teh menghalang tubuh anda menyerap zat besi dalam makanan. Hadkan minuman ringan, air berperasa, air buah, kordial dan minuman diet kerana kandungan nutrisi yang rendah dan berkemungkinan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Elakkan juga minuman tenaga. 

Makan pelbagai makanan sihat setiap hari daripada empat kumpulan makanan berikut: 
  1. Sayuran dan buah-buahan 
  2. Roti dan bijirin 
  3. Susu dan produk tenusu (rendah lemak adalah yang terbaik)
  4. Daging, ayam, makanan laut, telur, kekacang dan bijirin. Anda juga perlu menghadkan pengambilan lemak (terutama lemak tepu), makanan yang masin, dan juga makanan dan minuman yang manis dengan menyediakan makanan kurang garam, gula dan lemak. Apabila membeli-belah, baca label dan cari makanan yang rendah lemak (terutamanya lemak tepu), garam dan gula. 

Iodin 

Iodin adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mental dan fizikal bayi. Makan makanan beriodin sekerap mungkin, seperti susu rendah lemak, roti bijirin, telur, ikan dan makanan laut. Makanan yang mengandungi rumpai laut, seperti sushi adalah sumber iodin yang tinggi tetapi pastikan ianya disediakan segar. Suplemen yang mengandungi rumpai laut, kelpa dan iodin tidak disyorkan untuk ibu-ibu yang menyusui kerana kandungan dan kualiti iodinnya adalah tidak menentu.

Vitamin D


Vitamin D penting untuk tulang yang sihat dan kuat. Vitamin D dibina di dalam badan melalui sinaran matahari ke atas kulit anda. Itulah sebabnya kita digalakkan meluangkan sedikit masa berjemur setiap hari. Semasa waktu siang elakkan berada di terik matahari di antara jam 11.00 am dan 4.00 pm. Anda boleh berada di kawasan teduh selama 5-20 minit. Pakailah topi, pakaian pelindung matahari, kacamata hitam, dan krim yang mengandungi SPF 30+.

Vitamin D juga boleh di dapati dalam ikan segar atau dalam tin (tuna, sardin, salmon, mackerel), telur, minyak ikan dan marjerin bervitamin D. Makanan tersebut perlu diambil oleh wanita yang tidak dapat vitamin D yang cukup daripada matahari. Ini termasuklah wanita yang:
  • mempunyai kulit gelap (kulit mereka mengambil masa yang agak lama untuk menyerap vitamin D daripada matahari) 
  • berada di dalam rumah sepanjang masa

Suplemen 

Sekiranya pemakanan anda berasaskan empat kumpulan makanan yang disyorkan, anda tidak perlu lagi mengambil suplemen. Sekiranya anda mengambil sebarang vitamin, herba atau suplemen lain, pastikan pegawai penjaga materniti anda diberitahu. Mengambil suplemen yang disyorkan oleh pakar diet atau pegawai penjaga materniti adalah langkah yang terbaik.

Nasihat

Ada sebilangan wanita memerlukan khidmat nasihat khas daripada pakar diet mengenai pemakanan. Tanya doktor atau bidan anda untuk bertemu dengan pakar diet sekiranya anda: 
  • mengetahui bahawa makanan yang anda ambil memberi reaksi negatif kepada bayi. 
  • masalah perubatan yang memberi kesan kepada pemakanan, seperti kencing manis 
  • makan sangat sedikit atau ada masalah pemakanan 
  • vegetarian 
  • berumur bawah 18 tahun.

Sharing is Caring ")


Thursday, 26 December 2013

Kenapa Perlu Memerah Susu Ibu

Posted by Unknown at 22:39 0 comments
Ibu yang menyusu terutamanya ibu-ibu bekerjaya perlulah melakukan rutin memerah susu bagi membekalkan susu ibu kepada bayi sewaktu mereka bekerja atau waktu berjauhan dari anak. 

Antara sebab-sebab ibu perlu memerah susu ibu mereka ialah:
  • untuk membekalkan susu ibu kepada bayi yang terpisah daripada ibu sama ada kerana bayi/ibu dimasukkan ke hospital, atau ibu bekerja dan meninggalkan bayi kepada pengasuh
  • bayi tidak dapat melekap pada puting payudara ibu dengan berkesan disebabkan lahir pramatang atau masalah oral
  • untuk melegakan bengkak payudara atau duktus tersumbat dan mengelakkan mastitis
  • puting payudara yang luka/melecet
  • meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu



Terdapat beberapa kaedah/cara yang boleh digunakan ibu-ibu untuk memerah susu:

1.Memerah dengan tangan
  • memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
  • basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
  • sediakan bekas yang bersih dan steril
  • lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
  • boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  • buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
  • melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
  • tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
  • buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
  • tekan payudara ke belakang ke arah dada
  • perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
  • teruskan memicit sehingga susu keluar
  • perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
  • buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
  • tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
  • ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
  • tukar ke payudara yang satu lagi
  • urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi 
  • perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
  • setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

2. Memerah dengan pam payudara
  • baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
  • basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
  • basuh tangan dengan bersih
  • duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  • rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
  • posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
  • mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
  • boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
  • pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
  • masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

Panduan umum:

:: Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
:: Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
:: Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
:: Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri,single pump atau double pump
:: Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
:: Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
:: Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
:: Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

-----
Sumber: thewomens.org.au, breastfeeding.com, breastfeeding.asn.au, my.inova.com
Credit: Kump. Ibu Menyusu (KIM)

Thursday, 21 November 2013

EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan Susu Ibu

Posted by Unknown at 14:14 0 comments
Bagi ibu-ibu yang berkerjaya dan masih menyusukan bayi anda, jangan tak tahu yang susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi ketika kita sedang bekerja.

TAHUKAH ANDA bahawa susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Sebelum tu, kita perlu tahu ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH:
  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
  • Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Sekarang ni banyak blog2 atau page2 kat Facebook yang jual barang2 penyusuan ni ada jual bekas penyimpanan susu. Kalau bekas dadih tu, kat kedai2 plastik ada...Sal pun pernah guna bekas dadih ni...murah sikit, tapi lepas 2-3 kali guna terus buang ye...tak boleh guna banyak kali.

Lepas susu tu disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas tadi ditandakan dengan label.

  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK

  • Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
  • Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan sepanjang botol EBM ada di dalam bilik tersebut.

Credit: Kumpulan Ibu Menyusu

Wednesday, 3 July 2013

Tips Penyusuan Badan Untuk Ibu Bekerja

Posted by Unknown at 14:02 0 comments
Bagaimana untuk meneruskan penyusuan badan apabila kembali bekerja.
Oleh Dr Balkees Abdul Majeed, Pakar Perunding Pediatrik dan Laktasi

Wanita telah sentiasa bekerja, dalam sektor rasmi ataupun tidak rasmi. Jadi, bagaimanakah mereka boleh meneruskan penyusuan badan jika mereka kerja berjauhan atau tidak bersama bayi mereka?

Kebanyakan wanita akan kembali bekerja walaupun masih menyusu badan. Seseorang ibu itu perlu merancang dari awal jika ingin menyusu badan dan bekerja dengan jaya. Ibu perlu selesa dengan penyusuan badan dan yakin dengan bekalan susunya. Ini boleh dicapai dengan menyusu badan secara kerap dan eksklusif (tidak memberi cecair atau makanan lain beberapa minggu sebelum kembali bekerja). Memberi susu tiruan atau formula kepada bayi akan meyebabkan bayi kurang menyusu daripada payu dara, dan bekalan susu ibu berkurangan. Susu badan adalah penting untuk kesihatan ibu dan juga bayi. Artikel 3 siri ini akan membincangkan apa yang si ibu boleh lakukan SEBELUM kembali bekerja.


                                                                  Gambar Hiasan

Sebelum Kembali Bekerja...

Bincangkan rancangan penyusuan badan bersama majikan sebelum kembali bekerja, termasuk apa yang anda perlukan serta bagaimana majikan boleh membantu. Cuti bersalin di Malaysia adalah sekurangnya 60 hari, jadi berunding dengan majikan agar anda boleh berada di rumah selama yang boleh setelah bayi anda lahir. Anda juga boleh berbincang tentang kemungkinan bekerja separuh masa semasa beberapa minggu pertama dan kebenaran untuk 2-3 waktu rehat fleksibel pada hari kerja anda.

Berjumpa penjaga bayi anda. Bincangkan rancangan anda dan cara anda ingin bayi anda disusui semasa anda di tempat kerja. Penjaga bayi perlu faham dan sokong komitmen anda untuk menyusu badan.

• Sesetengah ibu dapat menyusu badan semasa waktu rehat makan tengahari mereka. Adakah anda boleh ke tempat bayi anda atau bayi dibawa ke tempat kerja anda?

• Sesetengah ibu inginkan bayi diberi susu perahan semasa mereka di tempat kerja. Ajar penjaga bayi anda cara menyimpan dan mengendalikan susu badan yang betul. Arahan bertulis akan banyak membantu.

• Ramai ibu suka menyusu badan sebaik sahaja mereka bersama bayi mereka. Penjaga perlu tahu masa anda dijangkakan pulang supaya tidak akan menyusu bayi sejurus sebelum kepulangan anda.

Menyusu bayi semasa ketiadaan anda. Bayi tidak semestinya perlukan botol. Memperkenalkan botol semasa beberapa minggu pertama selepas lahir hanya akan mengganggu penyusuan badan dan menjejaskan pengeluaran bekalan susu yang baik. Terdapat cara lain: dengan cawan, sudu atau cawan penyuap. Jika anda perlukan bantuan dengan kaedah penyusuan ini, hubungi kaunselor penyusuan badan atau pakar pediatrik anda. Namun, jika anda merancang untuk menyusu susu perahan menggunakan botol, mulakan selepas usia 6 minggu bagi mengelakkan keengganan payu dara dan/atau kekeliruan puting. Pastikan anda menggunakan botol yang bebas bisfenol (BPA) kerana terdapat bukti menunjukkan kimia ini boleh mengganggu tumbesaran sihat dan fungsi tubuh bayi anda.

Simpan stok susu perahan. Mula simpan susu badan diperah 2 minggu sebelum kembali bekerja. Minta bantuan si bapa atau orang lain untuk memberi bayi susu perahan. Ini membolehkan bayi mengaitkan penyusuan badan secara langsung dengan ibunya dan susu perahan dengan orang lain.

Gambar ihsan Google


Pam payu dara untuk tempat kerja. Jika anda merancang menggunakan pam payu dara untuk memerah susu di tempat kerja, pilih pam yang paling sesuai untuk keperluan anda. Berlatih mengepam untuk menyesuaikan diri dengan cara pam berfungsi, masa diambil untuk mengepam dan apa yang anda rasa semasa mengepam.

Perihal pakaian. Pakaian dua lapis atau yang boleh dibuka di hadapan adalah lebih mudah untuk penyusuan badan atau memerah susu. Pakaian bercorak yang boleh dibasuh boleh menyorokkan bahagian yang basah akibat kebocoran susu.

Sesi percubaan. Pilih satu hari untuk cuba melihat keadaan apabila anda kembali bekerja. Sediakan diri dan bayi anda untuk hari tersebut. Susui bayi anda, tinggalkan bersama penjaga, keluar sepanjang hari dan perah atau menyusu seperti mana yang akan anda lakukan apabila kembali bekerja.

Wednesday, 19 June 2013

Jadual Makan Vitamin Ketika Berpuasa ~ Berpuasa tanpa mengganggu susu ibu

Posted by Unknown at 06:11 0 comments
Pagi ni Sal memang blur dan tak tahu nak update apa...tapi, memandangkan inilah rutin Sal pagi-pagi sambil mengepam, Sal 'terpaksa' update jugak...hehehe

Ok, berbalik pada topik..sekarang ni dah masuk Syaaban, so bulan Ramadhan kurang dari sebulan je lagi. Sal tahu ramai ibu-ibu di luar sana terutamanya ibu-ibu yang menyusu bimbang tentang penghasilan susu sewaktu berpuasa betul tak?

Waktu kita ganti puasa tak sama dengan puasa di bulan Ramadhan. Sebab apa Sal cakap macam tu? Sebab waktu kita ganti puasa, kita hanya puasa selang-selang hari, ada hari yang kita tak puasa, jadinya penghasilan susu tu mungkin tak berapa mempengaruhi.

Berpuasa di bulan Ramadhan, kita berpuasa penuh setiap hari selama sebulan (bagi yang puasa penuh), sedikit sebanyak ianya mungkin mempengaruhi penghasilan susu kita.

Jika kita mengamalkan pemakanan seimbang, in shaa Allah pengeluaran susu takkan terjejas. Cuma bila kita berpuasa, kita akan lebih cepat letih dan dehydrate(kurang air). Jadi bila kita dah terlalu letih, tak ada tenaga, lesu je sedikit sebanyak mempengaruhi mood kita dan buatkan kita stress. Sedangkan untuk maintain pengeluaran susu, ibu menyusu lebih-lebih lagi yang sedang berpuasa, perlulah MENGELAKKAN DIRI DARIPADA STRESS!

Ha, di sinilah pentingnya untuk kita mengamalkan pemakanan yang boleh mengekalkan kesegaran dan kecergasan sepanjang hari seperti kurma, oats dan supplements (makanan tambahan). Antara supplements yang dicadangkan untuk mengekalkan tenaga dan mengelakkan dehydrate ialah ESP dan Performance Drink.



Antara testimoni yang mengamalkan Performance Drink:


Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak2.Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk.Sekarang macam addicted pulak sebab rasanya sedap, especially bila diminum sejuk2. Ia boleh diminum bila2 masa saja, preferably semasa berbuka dan bersahur. Semasa bersahur untuk bekalan tenaga untuk berpuasa dan menyusu seharian, semasa berbuka untuk menggantikan kembali imbangan elektrolit dan bendalir badan yg hilang.. ~Mommy Lyna

Pada saya, sepanjang 2 tahun berpuasa sambil menyusu dan memerah susu di pejabat ini, sebenarnya pada waktu puasa ini, hasil pengeluaran susu tidak banyak berubah. Jika kebiasaannya anda akan dapat 12oz sehari, contohnya, Insya Allah, jika anda berpuasa, anda akan dapat 12oz EBM juga.~genki Momma


testimony saya? – saya suke ambil performance drink time saya berpuasa…bukan je time breastfeed dulu..tapi sampai la sekrg...dan dulu di miri time saya ke offshore.pagi tu mesti minum performance drink..sepanjang hari berpanas..tapi Alhamdulillah sangat2..raasa bertenaga..tak rasa haus pun.~kak cery

Antara persiapan Ramadhan bagi seorang ibu menyusu (Sebelum/Semasa berpuasa):
§ Amalkan pemakanan seimbang.
§ Banyakkan minum susu, soya dan makanan yang tinggi protein.
§ Ambil supplemen –soyprotin,mealshake,performance drink,tablet2 vitamin
§ Lebih kerapkan mengepam dan menyusui bayi.
§ Sediakan stok untuk bulan puasa dari awal.
§ Ceria2 selalu.
§ Jaga fizikal-banyakkan rehat,tidur cukup,etc….jauhi stress
§ Psikologi-fikir positif insyaAllah susu cukup utk si kecil..banyakkan doa & istigfar

Dan Khas buat semua ibu2 yang sedang menyusukan anak...bolehla jadikan jadual ni sebagai rujukan...Jadual pemakanan tambahan Shaklee di bulan Ramadhan/ berpuasa.

Waktu Sahur:
  • Makan nasi atau apa jua juadah...digalakkan makan sup dan makanan yg tinggi protin.
  • Makanlah kurma at least 3 biji kurma.
  • Minum segelas Perfromance Drink dan segelas ESP atau boleh mix Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik).
  • Makan 2 biji Alfalfa

Waktu Berbuka:
  • Berbuka dengan juadah berbuka, dan jangan lupa ambil kurma (amat digalakkan)
  • Minum segelas Performance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
  • Makan 2 biji Alfalfa
  • Mkn 1 biji vitalea, 1biji b complex dan 1biji vitamin C
* Jika anda mengambil ESP sewaktu berbuka, elakkan mengambil Vitalea pada waktu yang sama, jarakkan antara 1-2 jam antara satu sama lain

Sebelum tidur:
  • Amalkan minum segelas ESP.
  • Makan ostematrix 2-4 biji dan vitamin lain sepeerti Omega atau GLA

Perlu diingatkan bahawa pengambilan vitamin ini membantu badan ibu sentiasa bertenaga dan tidak kehausan. Selain daripada pengambilan vitamin, amalkan mengambil kurma sewaktu berbuka dan bersahur.

----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Friday, 7 June 2013

Tips Untuk Penghasilan Susu Ibu

Posted by Unknown at 04:30 0 comments
Hai semua! Hari ni nak share lagi berkaitan breastfeeding! This is my passion...anak Sal dah masuk setahun bulan ni..jauh lagi perjalanan..baru separuh perjalanannya.

Sal merupakan salah seorang daripada puluhan ribu ibu-ibu menyusu yang bekerjaya. Susah memang susah..itu pun kalau kita fikir susah..jadi untuk jadi senang, kita cuma fikir senang dan fikir nak berikan yang terbaik untuk anak kita...tu je...walaupun kadang-kadang penyakit 'M' tu menguasai diri, kena cepat-cepat istighfar..."Aku nak berikan hanya susu ibu kat anak aku sampai 2 tahun..aku kena kuat, aku kena cekal"...hehehe..macam tu la lebih kurang monolog dalamannya...

Ok..sebenarnya Sal nak share berkaitan tips untuk banyakkan penghasilan susu ibu. Memandangkan bulan puasa tinggal lebih kurang sebulan lagi nak menjelma..mesti ramai ibu-ibu menyusu di luar sana yang bimbang tentang penghasilan susu ibu ketika berpuasa...betul tak? Anda bukan ibu menyusu? Boleh je baca dan share tips ni pada mereka yang berkenaan yer.. ;)

Tips ni Sal ambil dari blog MommaMia. Credit to her.

Dalam usaha menyusukan bayi tidah semudah abc, 123... yer. Anda perlu sematkan 2B dalam minda iaitu payudara (breast) dan bayi (Baby). Gabungan kedua-duanya sedikit sebanyak membolehkan anda memastikan bekalan susu ibu meningkat dan terus berkekalan sepanjang tempoh penyusuan 2 tahun, InsyaAllah.

Semua kena tahu konsep demand Vs supply. Lebih banyak rangsangan kepada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan... Seterusnya bergantung kepada USAHA + MINDSET + DOA. Selamat mencuba!!

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Minum banyak Air 

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu 

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...

5. Berdisiplin

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tandem Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

9. Penyusuan Malam


Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan 

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan suplemen
Dibolehkan tetapi pastikan ia daripada bahan alami yang tidak menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Antaranya...ESP!

Tahukah anda "Keperluan protien sangat perlu diutamakan kerana protien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Protien merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susuibu maka keperluan protien oleh seorang ibu turut meningkat selain keperluan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus. "


Jika anda berminat untuk mencuba supplement penyusuan daripada Shaklee, boleh hubungi Sal yer..tapi INGAT! Supplement hanya membantu badan ibu menjadi lebih sihat, cergas dan bertenaga. Untuk menjayakan penyusuan, anda perlu amalkan konsep 'demand vs supply'. Ini konsep yang paling penting. Semakin banyak susu dikeluarkan, semakin banyak susu baru akan dihasilkan. Susu dikeluarkan ni maksudnya baby yang menyusu dan susu yang dipam/diperah.

Ni adalah set penyusuan yang Sal amalkan sekarang. Alhamdulillah, badan jadi lebih sihat dan cergas. Susu untuk Humaira pun masih cukup...in shaa Allah Sal akan menyusukan dia sehingga 2 tahun.


----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Friday, 17 May 2013

Power Pumping

Posted by Unknown at 16:11 0 comments

Assalamualaikum semua...

Hari ni Humaira dah masuk 11 bulan..Alhamdulillah masih minum susu ibunya...jauh lagi perjalanan penyusuanku...huhu..

Susu macam biasa la, Humaira start makan hari tu macam roda dah..kadang banyak, kadang sikit...bila sikit tu memang sedikit stress la..tapi tak ada la stress lama-lama sebab Sal amalkan B Complex untuk anti-stress.. :) Lagipun stress ni tak elok sebab boleh menyebabkan hasil susu kita makin sikit tau...

Hari ni, Sal nak share tentang salah satu teknik yang kita boleh amalkan untuk 'up'kan balik hasil susu kita iaitu dengan mengamalkan Power Pumping.


Apa itu Power Pumping?

Power Pumping merupakan salah satu teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Power Pumping merupakan teknik mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.


Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

2. Ibu yang ingin relaktasi atau ingin menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan

3. Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu – akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.


Kaedah Power Pumping


Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.


Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.


Ibu-ibu disarankan membuat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu malam ke subuh kerana pada waktu ini pengeluaran hormon adalah lebih tinggi.


Selain waktu malam ke subuh, ibu-ibu juga boleh melakukan power pumping pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang hujung minggu, dan kembali ke rutin biasa pada hari bekerja.


Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping memerlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu. Walaupun pada hari pertama hasil pam kurang memberangsangkan dan kadang-kadang hanya ‘pam angin’ semata-mata, jangan putus asa dan teruskan mengepam sehingga hasilnya berjaya seperti yang dikehendaki. Usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya :)


Tips Umum Mengepam

  • Tidur awal pada waktu malam supaya mudah bangun tengah malam untuk power pumping. Ini kerana waktu tengah malam ke Subuh adalah waktu pengeluaran hormon yang tinggi. Selain itu, ibu-ibu juga boleh buat solat sunat tahajjud supaya hati menjadi lebih tenang. Dengan hati dan minda yang tenang, insyaAllah akan membuahkan hasil yang lebih juga.
  • Gunakan gambar bayi untuk dijadikan alat untuk membantu rangsangan.
  • Lakukan tandem nursing iaitu sebelah bayi menyusu, sebelah lagi mengepam.
  • Selepas bayi siap menyusu, sambung pam untuk membantu mengosongkan payudara. Otak akan menghantar signal bahawa payudara kita memerlukan lebih susu.
  • Pam setiap 2-4jam sekali atau mengikut jadual yang konsisten.
  • Bersyukur dengan setiap hasil pam. Jangan mengeluh dan jangan memaksa diri. Apabila kita konsisten, hasilnya akan lebih baik.

Selamat mengepam dan berpower pumping mommies!

Salam sayang,
~Sal UmmiZara~

Wednesday, 8 May 2013

Berpantang dengan Shaklee

Posted by Unknown at 13:57 0 comments

Assalamualaikum...

Hari ni Sal nak share tentang supplements yang dicadangkan untuk ibu-ibu berpantang.

Waktu dalam pantang ni adalah waktu badan kita berada dalam proses pemulihan sebab waktu kita mengandung dan melahirkan, tubuh badan menerima macam-macam perubahan dan memberi impak yang besar pada badan kita.

Dalam waktu berpantang ni, penting untuk ibu-ibu memastikan tubuh badan pulih seperti sedia kala selain untuk kembali sihat dan cergas sebab kita pun perlu menguruskan suami, diri sendiri dan anak-anak yang lain (kalau ada). Sebab tu, penting untuk kita memastikan pemakanan yang diambil sewaktu dalam pantang adalah makanan yang sihat dan berkhasiat.

Ok lah, berbalik kepada set berpantang tadi, secara asasnya, basic supplements untuk berpantang adalah Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Zinc Complex. Setiap satu berfungsi untuk memberikan tenaga dan memulihkan badan.

Jom tengok apa fungsi yang spesifik untuk setiap satu vitamin ni.



Vitalea (Multivitamin)

Fungsi Vitalea sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu dan pembentukan sel darah merah yang baru bagi mengantikan sel darah merah yang telah hilang semasa bersalin. Vitalea juga lengkap dengan iron formula yang membantu ibu berpantang menjadi pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya kerana iron sangat-sangat membantu mengatasi masalah tersebut.

B Complex

B Complex membantu menstabilkan hormon badan kita . Ia sangat penting untuk mengelakkan ibu dalam pantang mengalami kemurungan. B Complex lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folik dan biotin. Selain itu, fungsi B Complex adalah menukarkan makanan kepada tenaga seterusnya amat membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.

Vitamin C

Vitamin C membantu meningkatkan antibodi tubuh secara konsisten dan ia juga penting untuk pembentukan kolagen. Selain itu, Vitamin C juga berfungsi mempercepatkan penyembuhan luka serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

Zinc Complex

Zinc Complex ni berfungsi ala-ala ikan haruan untuk ibu berpantang sebab ianya penting untuk membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (rahim). Ia juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin serta membantu masalah "kedinginan" di dalam pantang.

Ok, keempat-empat vitamin di atas adalah yang paling basic. Tapi ibu-ibu juga boleh 'add on' beberapa supplements lagi mengikut keperluan dan bajet. Antaranya, ibu berpantang boleh amalkan ESP dan Ostematrix bersama set berpantang untuk membanyakkan susu (in shaa Allah....tapi dengan amalkan konsep demand vs supply yer...)



Energizing Soy Protein (ESP)

ESP membantu memberikan tenaga kepada ibu dalam pantang serta penting untuk memulihkan sel-sel badan yang rosak. ESP juga berfungsi dalam membantu melancarkan penghasilan susu ibu serta mencantikkan kulit kembali kulit ibu selepas bersalin.

Ostematrix

Bagi ibu-ibu dalam pantang yang menyusukan anak, peranan kalsium tak boleh dipandang remeh kerana dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Selain itu, ostematrix juga membantu tidur ibu yang lena di malam hari dan ibu boleh menikmati hari yang cergas keesokannya walaupun terpaksa bangun malam untuk menyusu. Ostematrix juga membantu dalam pelawasan, jadi ibu dalam pantang tidak perlu bimbang tentang masalah sembelit lagi.

----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Tuesday, 7 May 2013

TIPS MENGHASILKAN SUSU BADAN

Posted by Unknown at 06:28 0 comments
Assalamualaikum semua..

Hari ni Sal nak share tentang tips untuk menghasilkan susu badan. Sampai sekarang umur Humaira dah hampir 11 bulan, Alhamdulillah dia masih fully breastfeed. 

Salah satu cara untuk menambah stok susu ibu adalah dengan mengamalkan TANDEM NURSING (sebelah menyusukan bayi dan sebelah lagi mengepam)..Tandem nursing ni memang Sal selalu amalkan kalau kat rumah pada hari bekerja (untuk buat stok untuk Humaira keesokan harinya)...hari minggu jarang-jarang je tengok atas kerajinan...hehe..mula-mula nak buat memang rasa kekok sebabnya kena nyusukan anak serentak dengan mengepam...mana nak tengok anak, mana nak tengok pam lagi...serentak pulak tu..tapi bila dah lama dan terbiasa..ianya akan jadi rutin. PRACTICE MAKES PERFECT..

Selain itu, ibu-ibu juga boleh mengamalkan perkara-perkara berikut untuk menambah stok susu:

1. Pam di waktu pagi sebelum bayi bangun tidur. Biasanya waktu pagi payudara sedang engorge.
2. Pam sedikit sebelum menyusukan bayi. Biarkan hisapan bayi mengosongkan payudara.
3. Pam selepas menyusukan bayi (sekiranya tidak pam sebelumnya) untuk mengosongkan payudara.
4. Pam semasa bayi tidur.
5. Pam sebelum ibu tidur
6. Pam di antara waktu tidur (bangun malam untuk pam).

Selain itu, terdapat tips untuk tambah susu ibu secara natural iaitu dipanggil teknik HYPNOBREASTFEEDING:

1. Set minda dan yakin boleh menyusukan secara eksklusif dengan susu ibu tanpa tambahan susu formula

2. Kekalkan ketenangan perasaan dan minda dengan cara :
  • Melihat sesuatu yang boleh menimbulkan rasa tenang dan bonding. Sebagai contoh, melihat anak tertidur selepas menyusu. Dengan itu, kita boleh menghilangkan rasa risau, sakit, stress mahupun ragu-ragu untuk menyusukan bayi kita.
  • Masuk ke bilik yang sunyi
  • Pasang zikir/muzik yang menenangkan
  • Pasang aromaterapi yang menenangkan
  • Duduk tegak
  • Rilekskan otot
  • Baca selawat sekurang-kurangnya 3 kali
  • Tarik nafas secara dalam, tahan selama 10 saat, lepas melalui mulut dengan bunyi 'heh'
  • Bila rasa tenang, ulang lagi pernafasan tersebut, bayangkan kita melepaskan semua perasaan negatif risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan
  • Masukkan setting positif  "Aku boleh menyusukan anakku secara eksklusif selama 6 bulan, 12 bulan  18 bulan, 2 tahun".

Tapi kadang-kadang memang kita akan rasa yang susu yang kita hasilkan tu semakin berkurangan....betul tak? Well...its normal..mungkin sebab kita tak mulakan penyusuan awal atau tak menyusukan bayi kita dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun bayi sedang menyusu. Sebabnya,  waktu kita dalam pantang, badan kita masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan hormon yang dihasilkan, jadi lepas beberapa bulan, badan kita akan serasi sepenuhnya dengan hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan bayi. Sebab itulah pentingnya untuk kita belajar dan mencari ilmu seawal kita mengandung supaya kita tak terlepas momen indah untuk lihat bayi kita menyusu buat kali pertama.

Sal ingat lagi sewaktu lepas lahirkan Humaira (secara pembedahan sebab dia songsang), nurse cuba picit puting dan memang dah ada kolustrum...dia suakan mulut Humaira kat situ dan dia sangat pandai menghisap...ya Allah memang rasa syahdu sangat waktu tu...masih tak percaya dah bergelar ibu...huhu...

Kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua-dua belah payudara, maka susu yang terhasil akan menjadi banyak. Sebenarnya, ada pelbagai cara untuk kita menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar kerana lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu.

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5. Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus-jus, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila bayi mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan ibu-ibu makan dengan betul, ibu-ibu boleh melakukan perkara-perkara berikut:

• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.

• Banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari.

• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

----

Sesungguhnya, perjalanan penyusuan Sal masih jauh lagi dan Sal hanya berkongsi hasil dari pembacaan untuk dikongsi dengan ibu-ibu yang lain. Feel free to share.

Salam sayang,
~Sal UmmiZara~
 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi