Showing posts with label Zinc Complex. Show all posts
Showing posts with label Zinc Complex. Show all posts

Wednesday, 19 November 2014

Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Posted by Unknown at 09:43 0 comments

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Hari ni dah genap 72 hari usia Fateh. Minggu depan Sal dah nak masuk kerja. Kejap je rasa masa berlalu. Maka, bermulalah kembali rutin Sal sebagai seorang ibu bekerjaya anak 2 :D
  
Jalani rutin biasa, pagi pergi kerja, balik kerja uruskan anak-anak, makan suami dan rumah. Fuh, mesti penat kan. Tapi, kita semua kan 'iron lady', nak tak nak memang itu dah jadi tugasan dan tanggungjawab kita. Nasib baik en suami seorang yang ringan tulang, tak ada nak risau sangat. Alhamdulillah.
Sebut je habis pantang ni, mesti ibu-ibu akan risau bila anak nak start menyembur, betul tak? Yela, katanya bila anak dah start menyembur, rambut akan start gugur. Oh, mimpi ngeri!
Waktu pregnant, lantai elok je bersih, sedap je mata memandang walaupun 2-3 hari tak sapu, tapi bila rambut dah start gugur.....anda sambung la sendiri. Hehehe
  
Normal sebenarnya kalau ibu-ibu atau wanita ni berhadapan dengan masalah rambut gugur yang teruk selepas melahirkan anak. Biasanya, lepas 3 bulan bersalin, hormon estrogen dan progesteron kita akan kembali pada tahap yang normal. Jadi, bila perubahan hormon ni berlaku akan menyebabkan rambut akan melalui fasa keguguran sebabnya kebanyakan rambut yang tidak gugur sewaktu hamil akan mula gugur secara mendadak.
  
Apa nak buat ye kalau rambut dah mula gugur? Itu adalah lumrah, kita tak boleh nak halang, tapi kita boleh usaha bagi meminimakan masalah keguguran rambut ni.
  
Pertamanya, kena cuci rambut kita setiap hari dengan syampu yang sesuai dengan kulit kepala kita bagi memastikan kulit kepala kita sentiasa bersih. Seeloknya amalkan rawatan rambut dengan syampu organik atau herba. Pati herba biasanya boleh membantu mengaktifkan liang-liang rambut dan boleh mencetuskan pertumbuhan rambut baru. Jika kita biarkan liang-liang rambut ni kosong, lama kelamaan liang-liang ni akan tertutup dan rambut tak boleh nak tumbuh lagi. Itulah jadinya rambut semakin menipis tu. Bak kata orang "Putus tumbuh, hilang berganti". Hehehe
  
Bagi membantu memelihara rambut dengan lebih sihat dan kurangkan keguguran, kita perlulah amalkan pemakanan seimbang dan minum air yang mencukupi sekurang kurangnya 2 liter sehari.
Sebenarnya, masalah rambut gugur ni bukan isu besar untuk Sal sebab Sal ada alternatifnya. Tak risau sangat. Hehehe.
Untuk rawatan luaran rambut, Sal amalkan set penjagaan rambut ProSante.
  
141472378785262
Set rambut ProSante ni terdiri daripada Nourishing Scalp Treatment, Revitalizing Shampoo, Purifying Shampoo, Replenishing Conditioner, Lightweight Conditioner dan Long Lasting Finishing Spray.
  
Semua ni Sal guna kecuali finishing spray tu. Hehehe. Dan apa yang Sal boleh cakap, ia memang best!
  
Meh nak cerita sikit fungsi setiap satu produk ni:
1. Nourishing Scalp Treatment
  • Paling penting dalam sistem penjagaan rambut ProSante yang mengandungi Scalp Health Complex eksklusif Shaklee pada tahap yang paling tinggi.
  • Ia terbukti mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat malah melebat dan menguatkan rambut secara semulajadi.
2. Revitalizing Shampoo
  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel dan melebatkan rambut
3. Purifying Shampoo
  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa kotoran
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat malah menjadikan rambut bebas kelemumur.
4. Replenishing Conditioner
  • Menguatkan rambut dengan protin dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
5. Lightweight Conditioner
  • Mengembalikan elemen struktur rambut supaya ia kelihatan lebat, sihat dan berkilat
6. Long Lasting Finishing Spray
  • Menguruskan rambut kerinting halus dan rambut mudah kusut
Tanpa pewarna, tanpa pewangi dan tanpa bahan kimia berbahaya, ianya memang semulajadi :)

TAPI, nak pastikan rambut ni sihat dan kurang gugur bukan hanya perlu jaga atau rawat secara luaran je, dalaman pun perlu tau. Antara supplement yang boleh membantu anda ialah:

1. Zinc Complex - Untuk membantu kesihatan rambut rosak, rapuh dan bercabang
2. B Complex - Untuk  masalah peredaran darah terutamanya di bahagian kepala yang melibatkan rambut
3. Vita-Lea - Untuk masalah kekurangan zat besi
4. ESP - masalah rambut rapuh dan bercabang
5. GLA Complex - Untuk wanita menstabilkan paras hormon

Kalau anda rasa banyak sangat nak kena ambik, Sal cadangkan untuk anda cuba 2 produk ni je >> ESP dan Zinc Complex.
201410311539

ESP merupakan serbuk protein soya, jadi memang kaya dengan protein la kan. Rambut kita ni asalnya dari protein jadi untuk memiliki rambut dan tubuh yang sihat pengambilan protein yang optimum diperlukan untuk menggantikan sel abnormal kepada sel  yang normal dan sihat.

Zinc Complex pula penting dan sangat diperlukan untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Pakar Rambut dari Yun Nam Hair Care sendiri turut menyarankan mereka yang bermasalah rambut memperbanyakkan pengambilan ‘Peanut Butter’ kerana kaya dengan Zinc.

Nak cantik di luaran, dalaman juga perlu dijaga dan dititkberatkan ye. Semoga entry ni membantu ibu dan wanita di luar sana mengatasi masalah keguguran rambut terutamanya selepas bersalin.

Jumpa lagi :)

----------------------
Untuk Info & Order:

Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Sunday, 12 October 2014

Berpantang dengan Shaklee

Posted by Unknown at 16:01 0 comments
Assalamualaikum semua.... :)

Pagi ni Sal nak share tentang pengalaman pertama Sal berpantang dengan Shaklee. Sal kenal Shaklee masa Humaira dah 4 bulan...so, pengalaman dengan Shaklee bermula semasa perjalanan penyusuan Humaira.

Kiranya, bermula dari situ lah Sal mula consume Shaklee sampailah sekarang termasuk waktu pantang sekarang ni. Produk pertama yang Sal ambik dan terus jatuh cinta ialah ESP! Masa mula2 nak minum tu, memang ada rasa yang agak pelik...yela, pure soya...Sal selalu ambik dengan Milo, Horlicks atau susu. Alhamdulillah..lama kelamaan Sal makin jatuh cinta dengan rasa ESP dan ofkos dengan kesannya juga.

Berpantang kali kedua ni Sal memang ambik supplement Shaklee untuk dalaman dan set Tanamera serta NR untuk luaran (beli loose je..).

Antara vitamin Shaklee yang Sal ambik ialah Vitalea, B complex, SR Vit C, Zinc Complex (set asas untuk berpantang)...lagiii ESP, Ostematrix, Lecithin, GLA Complex, Vivix dan Alfalfa Complex (ambik selepas 2 minggu berpantang)...agak2 banyak tak? Kalau yang tak biasa ambik mesti fikir banyakkan? Sal tak ada la ambik semua sekaligus...ada jadualnya..sebab tu penting untuk beli dari distributor yang boleh tolong jadualkan pemakanan vitamin kita..tak ada la ambik sekaligus, kesian buah pinggang kita nanti :)



Ok, Sal nak cerita serba sedikit la fungsi setiap supplement yang Sal ambik tu.
  • Vitalea with Iron Formula (Multivitamin) - pulihkan tenaga ibu bersalin, pembentukan sel darah merah baru yang banyak hilang sewaktu bersalin, mengelakkan ibu berpantang daripada menjadi pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya.
  • B Complex - membantu menstabilkan hormon badan kita dan penting untuk mengelakkan ibu dalam pantang mengalami kemurungan.
  • Vitamin C - meningkatkan antibodi tubuh, pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan penyembuhan luka serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
  • Zinc Complex - membantu mempercepatkan proses baik pulih luka terutama luka dalaman (berfungsi seperti ikan haruan)
  • ESP - memberikan tenaga kepada ibu dalam pantang, memulihkan sel-sel badan yang rosak, membantu melancarkan penghasilan susu ibu serta mencantikkan kulit kembali kulit ibu selepas bersalin.
  • Ostematrix - membantu pelawasan, membantu tidur lebih lena dan bangun pagi lebih cergas.
  • Lecithin - emulsikan lemak (uraikan lemak ke molekul lebih kecil supaya senang diangkut keluar), kurangkan bengkak susu dan membantu pengeluaran susu lebih lancar.
  • GLA Complex - stabilkan hormon dalam pantang, mengelakkan kelesuan dan tingkatkan stamina dalam pantang
  • Alfalfa Complex - membantu menggalakkan pengeluaran susu dan membantu proses detox (keluarkan toksin dari badan)
  • membantu memberikan tenaga, tingkatkan imun badan dan untuk kesihatan menyeluruh selepas bersalin.

Waktu mengandung hari tu pun Sal ambik vitamin untuk wanita hamil seperti Vitalea, B complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix dan Vivix (jarang2)...alhamdulillah proses kehamilan kali ni berjalan lancar...HB cantik, BP ok, no GDM, kurang cramp dan sakit pinggang, tiada masalah sembelit..kesimpulannya semua ok tanpa ambil ubat klinik.

Berpantang kali ni, memang cepat sangat sembuh. Kurang 2 minggu luka dah baik sepenuhnya dan 3 minggu dah sihat. Sekarang ni dah 34 hari dalam pantang dan dah tak rasa dalam pantang...hehehe...tapi Sal teruskan la jugak pantang...lebih kurang seminggu lagi nak merdeka...yeayyy!!

Balik kampung Raya Haji baru ni, family dan orang kampung tegur Sal tak ada rupa orang dalam pantang. Yela, Sal tak ada la memeruk je dalam bilik berbaring...macam biasa2 je...berbaring waktu menyusu dan tidur malam je...hehe..satu lagi, diorang puji Fateh dah kuat, tak macam umur bawah sebulan. Kepala dah boleh tegak sikit2, badan kejap dan senang dipegang. Kakak ipar Sal cakap Fateh terlebih zat besi...hihi..sekarang kepala dia dah boleh angkat dah pun...alhamdulillah...Shaklee banyak membantu :)

Bagi anda yang masih tercari-cari kenapa anda perlu ambil Shaklee sewaktu hamil dan berpantang, anda dah tak perlu ragu lagi. Terbukti Shaklee boleh membantu anda merasai pengalaman hamil dan berpantang yang berbeza! (dengan izin Allah jua).

Inilah cerita #shakleeeffect Sal...

Boleh hubungi Sal untuk KONSULTANSI PERCUMA ye

———————

Untuk Info & Order:









Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Friday, 27 September 2013

Vitamin Untuk Kulit

Posted by Unknown at 06:14 0 comments
Semua orang nak kulit cantik...ye dak? Tanyala kat siapa2 pun, semuanya berusaha macam2 cara nak cantikkan kulit terutamanya wanita. Yela, orang kata orang perempuan ni lebih cepat nampak tua dari orang lelaki...jangan nanti, jalan2 dengan suami orang tanya..."tu adik ke?" tak ke malu...hihi (gurau2 jer di pagi hari...)

Apa kata, kita baca Vitamin Untuk Kulit petikan dari Utusan Online.

------

Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit.

Jawapan:
Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.

Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat.
Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.
Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.

Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.

Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Manakala vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.

Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.

-------

Jadi, apa pilihan anda? Shaklee sangat memudahkan anda...semua vitamin yang dinyatakan di atas terdapat dalam rangkaian produk Shaklee. Jom kita lihat satu persatu.

ESP adalah makanan INDEKS GLISEMIK RENDAH

Pro Vitamin A - CarotoMax


Sustained Release Vitamin C 500mg

Vitamin E & Selenium

Zinc Complex

GLA Complex


Berminat nak mencuba? Tapi tidak tahu yang mana satu pilihan anda? Jangan malu dan segan untuk hubungi Sal ok? Sal akan membantu anda memilih supplement mengikut bajet dan keperluan anda. Anda juga layak mendapat KONSULTANSI PERCUMA selepas membuat pembelian dari Sal...so, jangan malu2 ok...Sal nak bantu anda memiliki kulit yang lebih sihat...bukan sekadar cantik :)

----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Thursday, 25 July 2013

[TESTIMONI] Hamil Selepas 2 bulan Ambil Set Kesuburan Shaklee

Posted by Unknown at 06:11 0 comments
Pagi ni, Sal nak share tentang satu testimoni customer yang berjaya hamil selepas 2 bulan amalkan set kesuburan Shaklee. Jom baca kisah beliau. Credit to Puan Marimar Er

"Hi Dearies,
Saja nk share testimoni kt sini... Saya berkahwin hampir setahun.... saya mula ambil produk shaklee utk kecantikan kulit bermula april tahun lepas.. selepas saya berkahwin saya ambil ESP, vitamin E & Shaklee Collagen.. ada juga ambil GLA Complex utk period saya.... sejak berkahwin saya dan suami memang selalu je travel... kadang2 atas urusan kerja... kadang2 jalan2 je... Belum terfikir nak ada baby.. walaupun kami x pernah merancang.. mungkin belum ada rezeki..

Tapi.. lepas tengok kawan2 yang baru je kawin... terus je preggy.. membuatkan saya mula merasa yang saya pun teringin utk mengandung. Memang tak nak tunggu lagi... April lepas...saya contact ibu saudara saya merangkap shaklee distributor.. dia cadangkan saya ambil vitalea, b complex dan vitamin C di samping meneruskan GLA complex... untuk suami ambil vitamin E & Zinc utk kesuburan lelaki...

Harini, sudah 1mnggu period saya lewat... tekak mula rasa mual, pinggang rasa lenguh2... saya rasa pelik.. pagi tadi... sebelum mandi... saya terdetik utk cuba buat upt... memang ada je simpan dalam laci, since saya ni memang bekerja di hospital. Lepas saya titikkan urine pada alat tu... saya biarkan je.. dan pergi mandi.... lepas dh siap mandi... saya lihat sekali imbas je alat tu..saya terkejut sbb 'positive' saya terus kejutkn suami saya...die sangat teruja..tak tau nak cakap apa...smpai je di tempat kerja..saya recheck,but still same 'positive'.... Then saya ke gyne dctor utk scan.. alhamdulillah... janin sudah terbentuk dan berkeadaan amat baik di dalam rahim saya...

Alhamdulillah sekali lagi.... saya hamil selepas 2 bulan selepas mengamalkan set kesuburan Shaklee utk suami & isteri... kawan2 yang sedang mencuba jangan berputus asa ya... lambat atau cepat itu semua atas rezeki masing2.. yang penting Usaha..."


Kita semua disarankan untuk berusaha di samping berdoa agar dapat dikurniakan cahaya mata. Pengambilan supplement Shaklee ini merupakan salah satu usaha bagi mendapatkan zuriat. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Yang penting, doa memohon dikurniakan zuriat daripadaNya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Saturday, 25 May 2013

Kelebihan Zinc Complex

Posted by Unknown at 22:13 0 comments
Tahukah anda bahawa zinc merupakan vitamin yang diperlukan dalam aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim. Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.

Walaupun Zinc Complex ini merupakan supplement Shaklee yang termurah, namun ramai yang tak tahu khasiatnya amat banyak!


Nutrition Fact: Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan oh ya Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan*

17 Kebaikan Zinc Complex Shaklee yang perlu anda tahu:

1. Penjagaan Kulit - Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

2. Ekzema - Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

3. Jerawat - mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

4. Penyembuhan luka - Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

5. Gangguan Prostat - Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

6. Hilang berat badan - Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

7. Mengandung - Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

8. Pembiakan - Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

9. Fungsi Biologi - Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

10. Jangkitan - Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

11. Antioksidan - Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

12. Aturan Enzim - Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

13. Kanser - Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

14. Kelesuan Kronik - Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

15. Botak - Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut

16. Kehilangan Tulang - Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

17. Buta Malam - Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Nak tahu berapa banyak zinc yang anda perlukan? Sila rujuk jadual di bawah...

Birth to 6 months
2 mg
Infants 7–12 months

3 mg

Children 1–3 years

3 mg
Children 4–8 years

5 mg
Children 9–13 years

8 mg
Teens 14–18 years (boys)

11 mg
Teens 14–18 years (girls)

9 mg
Adults (men)

11 mg
Adults (women)

8 mg
Pregnant teens

12 mg
Pregnant women

11 mg
Breastfeeding teens

13 mg
Breastfeeding women

12 mg

Credit: MamaFaiz

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Thursday, 9 May 2013

[TESTIMONI] Rasa nak melompat sewaktu berpantang

Posted by Unknown at 05:46 0 comments

"Saya baru 8 hari berpantang, tp dah rasa sihat mcm sebulan dah.

- segar n cergas
- luka memang dah baik
- tiada sakit urat or lenguh tulang (rasa nk melompat je)
- perut kempis (yg ni paling best)
- no sembelit!
- susu lancar je

Saya amalkan:

1. Vitalea
2. B Complex
3. Vita C
4. Zinc
5. Ostematrix
6. ESP
7. Performance Drink
8. Lecithin.

Kawan-kawan yang nak berpantang boleh lah cuba set ini. Add on lah mana-mana yang perlu. Berpantang kali ini lebih mudah dari 2 anak yang sebelum ini :)"
- Puan Wanie Suhaimi

Tu diaaa...sampai rasa nak melompat...hehe..Alhamdulillah...Sal masa berpantang hari tu tak sempat kenal Shaklee lagi...memang ambil masa juga nak sembuh..in shaa Allah untuk adik Humaira ni boleh gunakan Shaklee as confinement set...hehehe..

Ok jom kita tengok satu persatu apa yang diamalkan oleh Puan Wanie ni.











Supplements basic untuk berpantang yang biasa dicadangkan kepada pelanggan ialah items 1-4. Setiap satu membantu memberi tenaga dan memulihkan badan. Sangat-sangat recommended untuk add on ESP kerana ia membaiki semula sel-sel yang rosak serta juga memberi tenaga. Selain itu ESP juga sangat popular di kalangan ibu-ibu menyusu dan yang ingin menjaga kecantikan kulit :) Pengambilan ESP menghalang rasa lapar yang kerap kerana kerap menyusukan bayi juga kerana ESP membuat perut rasa 'full'.

Ostematrix ialah sumber kalsium, dilengkapi Magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan lebih baik ke dalam badan. Sangat recommended juga dalam pantang ni especially sebab biasanya dalam pantang biasanya bayi suka 'bergayut' (menyusu) sahaja boleh kata sepanjang masa. So, kalau tak cukup kalsium mungkin akan adasakit pinggang. Selain itu ia membantu ibu-ibu kekal cergas apabila bangun pagi walaupun tidak cukup tidur melayan si kecil :)

Performance Drink pula menghalang ibu-ibu dari mudah dehydrate. Ia mengekalkan elektrolit dalam badan kerana badan ibu-ibu menyusu mudah kehilangan air dalam badan kerana proses penyusuan. Jika badan dehydrate, badan akan rasa cepat letih.

Lecithin pula melarutkan lemak-lemak yang terkumpul sewaktu mengandung. Selain menurukan paras kolesterol, ia menghalang clogged duct atau bengkak susu yang lazim berlaku beberapa hari selepas bersalin kerana susu baru terhasil.

Dan yang paling penting, supplements ini masih boleh diteruskan walaupun bayi anda mengalami demam kuning atau jaundice. Ini kerana ia supplements ini tidak mengandungi herba yang boleh menyebabkan bacaan bilirubin lebih tinggi. Credit

----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Wednesday, 8 May 2013

Berpantang dengan Shaklee

Posted by Unknown at 13:57 0 comments

Assalamualaikum...

Hari ni Sal nak share tentang supplements yang dicadangkan untuk ibu-ibu berpantang.

Waktu dalam pantang ni adalah waktu badan kita berada dalam proses pemulihan sebab waktu kita mengandung dan melahirkan, tubuh badan menerima macam-macam perubahan dan memberi impak yang besar pada badan kita.

Dalam waktu berpantang ni, penting untuk ibu-ibu memastikan tubuh badan pulih seperti sedia kala selain untuk kembali sihat dan cergas sebab kita pun perlu menguruskan suami, diri sendiri dan anak-anak yang lain (kalau ada). Sebab tu, penting untuk kita memastikan pemakanan yang diambil sewaktu dalam pantang adalah makanan yang sihat dan berkhasiat.

Ok lah, berbalik kepada set berpantang tadi, secara asasnya, basic supplements untuk berpantang adalah Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Zinc Complex. Setiap satu berfungsi untuk memberikan tenaga dan memulihkan badan.

Jom tengok apa fungsi yang spesifik untuk setiap satu vitamin ni.



Vitalea (Multivitamin)

Fungsi Vitalea sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu dan pembentukan sel darah merah yang baru bagi mengantikan sel darah merah yang telah hilang semasa bersalin. Vitalea juga lengkap dengan iron formula yang membantu ibu berpantang menjadi pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya kerana iron sangat-sangat membantu mengatasi masalah tersebut.

B Complex

B Complex membantu menstabilkan hormon badan kita . Ia sangat penting untuk mengelakkan ibu dalam pantang mengalami kemurungan. B Complex lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folik dan biotin. Selain itu, fungsi B Complex adalah menukarkan makanan kepada tenaga seterusnya amat membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.

Vitamin C

Vitamin C membantu meningkatkan antibodi tubuh secara konsisten dan ia juga penting untuk pembentukan kolagen. Selain itu, Vitamin C juga berfungsi mempercepatkan penyembuhan luka serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

Zinc Complex

Zinc Complex ni berfungsi ala-ala ikan haruan untuk ibu berpantang sebab ianya penting untuk membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (rahim). Ia juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin serta membantu masalah "kedinginan" di dalam pantang.

Ok, keempat-empat vitamin di atas adalah yang paling basic. Tapi ibu-ibu juga boleh 'add on' beberapa supplements lagi mengikut keperluan dan bajet. Antaranya, ibu berpantang boleh amalkan ESP dan Ostematrix bersama set berpantang untuk membanyakkan susu (in shaa Allah....tapi dengan amalkan konsep demand vs supply yer...)



Energizing Soy Protein (ESP)

ESP membantu memberikan tenaga kepada ibu dalam pantang serta penting untuk memulihkan sel-sel badan yang rosak. ESP juga berfungsi dalam membantu melancarkan penghasilan susu ibu serta mencantikkan kulit kembali kulit ibu selepas bersalin.

Ostematrix

Bagi ibu-ibu dalam pantang yang menyusukan anak, peranan kalsium tak boleh dipandang remeh kerana dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Selain itu, ostematrix juga membantu tidur ibu yang lena di malam hari dan ibu boleh menikmati hari yang cergas keesokannya walaupun terpaksa bangun malam untuk menyusu. Ostematrix juga membantu dalam pelawasan, jadi ibu dalam pantang tidak perlu bimbang tentang masalah sembelit lagi.

----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi