Friday 17 May 2013

Power Pumping

Posted by Unknown at 16:11

Assalamualaikum semua...

Hari ni Humaira dah masuk 11 bulan..Alhamdulillah masih minum susu ibunya...jauh lagi perjalanan penyusuanku...huhu..

Susu macam biasa la, Humaira start makan hari tu macam roda dah..kadang banyak, kadang sikit...bila sikit tu memang sedikit stress la..tapi tak ada la stress lama-lama sebab Sal amalkan B Complex untuk anti-stress.. :) Lagipun stress ni tak elok sebab boleh menyebabkan hasil susu kita makin sikit tau...

Hari ni, Sal nak share tentang salah satu teknik yang kita boleh amalkan untuk 'up'kan balik hasil susu kita iaitu dengan mengamalkan Power Pumping.


Apa itu Power Pumping?

Power Pumping merupakan salah satu teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Power Pumping merupakan teknik mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.


Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

2. Ibu yang ingin relaktasi atau ingin menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan

3. Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu – akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.


Kaedah Power Pumping


Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.


Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.


Ibu-ibu disarankan membuat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu malam ke subuh kerana pada waktu ini pengeluaran hormon adalah lebih tinggi.


Selain waktu malam ke subuh, ibu-ibu juga boleh melakukan power pumping pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang hujung minggu, dan kembali ke rutin biasa pada hari bekerja.


Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping memerlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu. Walaupun pada hari pertama hasil pam kurang memberangsangkan dan kadang-kadang hanya ‘pam angin’ semata-mata, jangan putus asa dan teruskan mengepam sehingga hasilnya berjaya seperti yang dikehendaki. Usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya :)


Tips Umum Mengepam

  • Tidur awal pada waktu malam supaya mudah bangun tengah malam untuk power pumping. Ini kerana waktu tengah malam ke Subuh adalah waktu pengeluaran hormon yang tinggi. Selain itu, ibu-ibu juga boleh buat solat sunat tahajjud supaya hati menjadi lebih tenang. Dengan hati dan minda yang tenang, insyaAllah akan membuahkan hasil yang lebih juga.
  • Gunakan gambar bayi untuk dijadikan alat untuk membantu rangsangan.
  • Lakukan tandem nursing iaitu sebelah bayi menyusu, sebelah lagi mengepam.
  • Selepas bayi siap menyusu, sambung pam untuk membantu mengosongkan payudara. Otak akan menghantar signal bahawa payudara kita memerlukan lebih susu.
  • Pam setiap 2-4jam sekali atau mengikut jadual yang konsisten.
  • Bersyukur dengan setiap hasil pam. Jangan mengeluh dan jangan memaksa diri. Apabila kita konsisten, hasilnya akan lebih baik.

Selamat mengepam dan berpower pumping mommies!

Salam sayang,
~Sal UmmiZara~

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi