Friday 31 October 2014

Makanan Untuk Ibu Menyusu

Posted by Unknown at 09:21
Susu ibu merupakan sumber makanan terbaik dan penting dalam memastikan tumbesaran bayi bagi mengelakkan bayi dijangkiti penyakit yang tidak diingini. Bayi akan bergantung sepenuhnya kepada susu ibu sejak lahir sehingga beberapa bulan awal kelahirannya bagi memenuhi keperluan pemakanannya. Oleh itu, amatlah penting untuk si ibu memakan makanan yang sesuai, sihat dan seimbang kerana makanan yang dimakan akan disalurkan juga kepada bayi melalui susu ibu.

Hari ni, Sal nak share tentang makanan untuk ibu menyusu yang perlu bagi mengekalkan kandungan nutrisi dalam susu ibu.

1. Ikan Salmon
Ikan Salmon memang  kaya dengan kandungan lemak yang  penting  iaitu DHA, sejenis asid lemak pada omega-3. DHA adalah zat makanan yang paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. Hasilnya, bayi anda akan dapat berkonsentrasi dengan lebih baik dan cerdas. Oleh itu, makanlah Salmon sebanyak 2-3 porsi dalam seminggu untuk menghasilkan susu yang baik buat si kecil anda. Selain ikan salmon, ikan tuna dan patin juga kaya dengan kandungan lemak positif ini.

2. Produk tenusu rendah lemak
Susu rendah lemak, yogurt, dan keju sangat bagus untuk ibu yang menyusukan, kerana mengandungi sumber kalsium, protein dan vitamin B dan D. Dengan mengambil kalsium yang secukupnya untuk tubuh anda sendiri, susu yang dihasilkan juga akan melimpah dengan kalsium untuk bayi anda. Cuba selitkan sekurang kurangnya 3 cawan produk tenusu dalam diet anda setiap hari untuk membekalkan kalsium yang secukupnya untuk si kecil.

3. Sayur-sayuran hijau
Sayuran seperti bayam dan kangkung mengandungi zat besi yang baik bagi anda. Setiap 100g sayuran hijau mengandungi sekitar 2.7mg zat besi dan 204mg kalsium. Sayuran segar juga harus ada dalam menu makanan anda setiap hari, untuk suplemen vitamin A, C, B1, B2, B12, niasin dan asid folik yang sangat diperlukan pada masa menyusukan.

4. Roti wholemeal dan beras merah (Brown rice)
Asid Folik adalah sumber nutrien penting untuk susu ibu, dan sumber ini boleh didapati dari roti bijirin, beras, biji-bijian seperti gandum, jagung, oats, pasta dan lain lain yang kaya dengan serat dan zat besi  buat si kecil, selain memberi lebih tenaga untuk ibu.

5. Daging
Ibu yang menyusukan memerlukan lebih tenaga, jadi lebihkan protein dan vitamin B-12 dalam diet seharian. Kedua-dua nutrien ini terkandung dalam daging.

6. Kekacang
Kekacang dan legum adalah sumber protein yang baik bagi menggantikan daging. Ia juga membantu menstabilkan paras glukos dalam darah, mengimbangkan tindak balas elektrolit dalam tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak. Untuk mengoptimumkan khasiatnya dalam susu anda, kekacang seeloknya dimasak dengan minyak atau diambil bersama makanan berasaskan minyak. Contohnya seperti hummus (dicampur minyak zaitun).

7. Telur
Kuning telur mengandungi sumber vitamin D, antara nutrien terpenting untuk mengekalkan tulang yang sihat untuk ibu dan juga penumbuhan tulang yang kuat untuk bayi. Mudah untuk didapati dan juga senang untuk disediakan, cuma pukul beberapa biji telur untuk sarapan,  sediakan omelet untuk makan tengahari, atau rebus telur dan hidang bersama salad untuk makan malam. Telur jenis Omega atau yang diperkaya dengan DHA amat bagus bagi penambahan asid lemak yang baik untuk susu anda.

8. Buah-buahan
Ibu yang menyusukan bayi harus makan sekurang-kurangnya dua atau lebih porsi buah-buahan segar setiap hari. Buah Oren dan Blueberi adalah pilihan yang terbaik untuk ibu yang menyusukan, kerana ia mengandungi vitamin C dan mineral yang secukupnya. Bekalkan diri anda dengan beberapa biji buah oren, atau sebotol jus oren segar supaya boleh diminum dimana-mana sahaja.

9. Minum air putih dengan banyak dan kerap
Air putih merupakan sumber cairan yang penting untuk menghasilkan susu. Menyusukan si kecil akan membuatkan anda kerap merasa haus,  jadi anda perlu minum air yang banyak. Gunakan tahap kehausan anda sebagai panduan. Cuba minum 10 gelas air setiap hari dan cuba untuk minum air setiap kali anda hendak menyusukan bayi. Hadkan minuman ringan, air berperasa, air buah, kordial dan minuman diet kerana kandungan nutrisi yang rendah dan berkemungkinan mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Jika anda rasa susah untuk dapatkan makanan segar seperti saranan di atas, anda boleh cuba amalkan set cadangan untuk ibu menyusu. Ianya lengkap dengan keperluan vitamin, mineral dan nutrisi yang diperlukan oleh ibu menyusu. Sal pun sekarang memang amalkan supplement Shaklee dan alhamdulillah susu sangat meriah....tapi, dengan syarat kenalah pam atau bf dengan kerap (konsep demand vs supply). Sal ambik set lengkap ni.

201410150115

Satu lagi nak pesan..ibu menyusu dilarang berdiet yang keterlaluan ye kerana ia boleh menjejaskan kandungan dan nutrisi susu ibu. Makanlah makanan yang berkhasiat mengikut sukatan dan saranan yang sesuai dengan kita..happy breastfeeding mommies!  :)


-----

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi