Tuesday 17 June 2014

Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil

Posted by Unknown at 15:02
Berpuasa semasa hamil adalah selamat untuk ibu dan bayi jika ibu berada dalam keadaan yang cukup sihat, dan kehamilan akan berlangsung tanpa sebarang masalah.

Puasa ibu yang sedang hamil pastinya berbeza dengan puasa ketika keadaan mereka yang biasa, jadi ibu-ibu hamil ini perlulah memastikan mereka berada dalam keadaan yang benar-benar bersedia supaya mereka dapat menjalani ibadah puasa dan dalam masa yang sama, memastikan kandungan mereka juga berada dalam keadaan yang sihat.

Terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan ibu-ibu hamil sepanjang bulan puasa:

KETIKA SAHUR

- Ketika sahur, ibu perlu mengambil makanan yang mengandungi kandungan protein dan lemak dalam jumlah yang cukup kerana kedua jenis nutrien ini dapat bertahan dengan lebih lama dalam badan, mampu memberikan tenaga sehingga berjam lamanya dan melambatkan rasa lapar pada siang harinya. Untuk itu, Sal cadangkan bagi ibu-ibu yang nak dapatkan protein segera yang berkhasiat dan mengenyangkan untuk mencuba ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee. ESP merupakan serbuk soya yang terdiri dari protein yang mampu membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, serta boleh membantu memulihkan keletihan, migrain, gastrik dan insomnia.

- Perbanyakkan makanan yang kaya dengan Vitamin C dan mineral zinc untuk menjaga fungsi tubuh.

- Kurangkan pengambilan makanan yang manis ketika bersahur bagi memastikan badan tidak cepat letih dan cepat lapar kerana makanan manis boleh memberikan 'kejutan' kepada hormon insulin tubuh kita.

- Perbanyakkan minum air kosong ketika waktu sahur sehingga habis waktu. Boleh juga minum segelas susu panas ketika sahur kerana segelas susu boleh mengurangkan risiko anemia kepada ibu hamil.

KETIKA BERPUASA

- Jalani ibadah puasa dengan niat yang ikhlas agar hari-hari berpuasa yang kita jalani terasa lebih ringan, mudah serta tidak terbeban.

- Pastikan ibu-ibu ada rehat yang mencukupi.

- Kurangkan aktiviti yang memerlukan tenaga berlebihan seperti aktiviti-aktiviti luar.

- Elakkan memikirkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan ibu-ibu menjadi tertekan. Elakkan stress dan jauhi sifat kebiasaan pemarah anda.

- Sila segerakan berbuka puasa jika ibu hamil mengalami:
  1. Muntah lebih dari 3 kali yang boleh menyebabkan dehidrasi.
  2. Cirit birit
  3. Hidung berdarah yang disebabkan oleh pembuluh darah yang pecah - menunjukkan keadaan tubuh yang sudah tidak stabil.
  4. Pening dan pitam diikuti oleh masalah mata kabur yang menunjukkan ibu-ibu mengalami hypoglicemia, dikhuatiri janin mengalami kekurangan nutrisi.
  5. Peluh berlebihan terutamanya peluh dingin yang menunjukkan keadaan tubuh ibu hamil yang sudah tidak kuat lagi untuk meneruskan puasa.

KETIKA BERBUKA

- Berbuka puasa dengan air panas/suam dan manis bagi membantu meningkatkan kadar gula dalam darah tetapi ibu-ibu hamil tetap harus berpada-pada dalam mengambil makanan dan minuman yang manis. Jika boleh, elakkan minum air yang sejuk kerana air sejuk boleh melambatkan fungsi usus untuk mencerna makanan.

- Selepas itu, ikuti dengan pengambilan kurma (karbohidrat simpleks - karbo dengan gula yang tinggi)

- Selepas solat Maghrib, ibu-ibu boleh la meneruskan makan makanan dengan potion yang lebih besar tapi jangan sampai lupa diri pula ye...Makan dalam jumlah yang banyak boleh melemahkan tubuh, jadi makanlah secukupnya sahaja. Selepas solat terawih, usahakan untuk makan walaupun sedikit.

- Sebelum tidur, ibu-ibu hamil digalakkan untuk mengambil sedikit makanan ringan dengan minuman panas/suam (susu lebih baik).

Semoga perkongsian ni memberi manfaat kat ibu-ibu hamil kat luar sana. Tahun ni juga adalah tahun pertama Sal puasa ketika hamil. Sebelum ni, puasa ketika menyusukan Humaira. Ibu-ibu menyusu pun boleh amalkan tips ni bagi memastikan tubuh tidak terlalu penat dan dapat menghasilkan susu yang cukup untuk si manja anda :)

~Sharing is Caring~


0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi