Showing posts with label Vita-Lea® Iron Formula. Show all posts
Showing posts with label Vita-Lea® Iron Formula. Show all posts

Wednesday, 19 February 2014

Kelebihan dan Kebaikan Fungsi Vitalea Shaklee

Posted by Unknown at 07:26 8 comments
Vitalea ni merupakan antara supplement wajib Sal sekarang ni....dan Vitalea ni merupakan supplement asas sebab kebanyakan set yang dicadangkan oleh SID ada Vitalea ni....antaranya set cadangan untuk berpantang, set cadangan penyusuan, set cadangan kesuburan, set cadangan sewaktu hamil dan set cadangan untuk tambah berat badan pun ada.....dan Sal rasa tak salah untuk Sal katakan Vitalea ni merupakan multivitamin terbaik!


Penting ke Vitalea a.k.a multivitamin ni? Multivitamin penting kerana ia menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian kita untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan multivitamin terbaik membantu menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan jangka panjang. 

Memilih multivitamin terbaik bagi menyokong diet harian penting kerana makanan di sekeliling kita dipenuhi makanan yang telah diproses daripada sos, kicap dan makanan segera. Jadi sangat sukar bagi kita untuk mendapatkan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.


Vitalea merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
- 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
- 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
- 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
- 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
- 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga

Siapa Yang Memerlukan Multivitamin

- Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
- Individu yang tidak lengkap diet hariannya
- Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
- Remaja yang sedang membesar
- Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
- Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
- Individu yang menopous
- Wanita yang baru bersalin


Jom kita tengok satu persatu kandungan dan fakta nutrisi yang terdapat dalam VitaLea:
  • Vitamin A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
  • Vitamin D – Meningkatkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
  • Vitamin E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.
  • Vitamin C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.
  • Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.
  • Vitamin B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.
  • Vitamin B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
  • Vitamin B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.
  • Vitamin B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.
  • Vitamin B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.
  • Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.
  • Vitamin B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.
  • Kalsium – Baik untuk tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.
  • Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.
  • Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.
  • Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.
  • Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.
  • Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.
  • Zink – Meningkatkan sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.
Tak lengkap kan kalau asyik bagitau tentang kelebihan tapi tak ada testimoni...ha, jom kita cuci mata tengok testimoni2 yang ada ni....





Credit pic to JomVitamin.com

Anda juga boleh lihat bagaimana Vitalea dilepaskan dalam badan kita....jom tonton video di bawah...


Sebotol Vitalea ada 120biji dengan harga runcit RM88.75.....nak dapatkan Vitalea ni dengan harga yang lebih murah?? Jom hubungi Sal sekarang 013-7144847 terutamanya bulan FEBRUARI ni....ada OFFER yang lebih HEBAT! Jangan malu dan segan yer....Sal akan consult dan cadangkan vitamin2 ikut kesesuaian anda dan bajet anda.... :)


-----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Sunday, 2 February 2014

[PROMOSI FEBRUARI] Beli 6 PERCUMA 1 VitaLea (Multivitamin Shaklee)

Posted by Unknown at 08:52 0 comments
Vita-Lea? Pernah dengar tak? Kalau anda antara pengguna Shaklee, pasti pernah dengar kan? Vita-Lea atau multivitamin Shaklee merupakan antara produk yang mendapat sambutan jugak...pendek kata, permintaan dia tinggi jugak la...hehe...

Bagi yang belum tahu, Vita-Lea merupakan multivitamin yang pertama dicipta di dunia. Maksudnya, multivitamin tertua la kan...Sal ada cerita kat entry ni dulu.

Shaklee dah umumkan "RM0.00 Shaklee: Feb'14 Buy 6 Free 1 Promotion - Vita-Lea Iron Formula (00P190). Place your order now!"


Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat

Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
• Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
• Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
• Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
• Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
• Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*


Vita-Lea mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral yang penting untuk fungsi tubuh. Ramai customer yang mengambil vitalea sebagai supplement harian mereka bagi feedback yang mereka rasa lebih bertenaga. Sebab apa? Sebab dalam vitalea mengandungi vitamin B yang lengkap termasuk biotin dan folic asid (yang mahal tu).

Vita-Lea ni penting untuk membekalkan nutrisi kepada sel dan memastikan sel kita sihat. Vitalea ni juga lengkap dengan iron/zat besi yang penting untuk pembentukan hemoglobin kita. 

Jadi, siapa je yang perlu ambil Vitalea ni? Semua orang perlukan vitalea kerana ia adalah supplement asas. Istimewanya vitalea ni ia merupakan antara supplement yang sangat pantas diserap oleh tubuh kita dan ia juga menggunakan teknologi salutan micro.

TESTIMONI Vita-Lea:

"Meh nak bagi satu testimoni pasal vitalea..MIL customer yani dia penghidap diabetis yang kronik..kalau puasa mesti badan lemah dan menggigil..then dia jumpa vitalea ni...alhamdulillah kuasa allah hanya telan vitalea MIL dia dah mampu berpuasa! Mil customer yani xbole puasa langsung sebelum ambik vitalea" - Puan Wan Muliani


Nanti Sal cerita lagi pasal Vitalea ni yer...memang banyak sangat manfaat dia...bagi yang jenis susah nak makan supplement banyak2 terutamanya lelaki tu boleh cuba ambil 2 biji Vita-Lea sehari secara konsisten...in shaa Allah anda akan rasai perbezaan dia :)

-----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Sunday, 17 November 2013

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Posted by Unknown at 01:42 0 comments
Setiap pasangan yang berkahwin tentu sangat gembira apabila mengetahui si isteri telah mengandung. Ini bermakna, kehidupan mereka akan berubah, dari berdua menjadi tiga, tiga jadi empat dan seterusnya.

Jadi sepanjang kehamilan, ibu-ibu perlulah menjaga diri dan bayi dalam kandungan sehingga selamat dilahirkan dengan menitikberatkan soal kesihatan, pemakanan dan makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan amat penting pada fasa kehamilan supaya nutrien dan zat dalam badan ibu cukup untuk memastikan perkembangan janin berada dalam keadaan yang baik.


Kenapa vitamin penting untuk ibu hamil?

  1. Semasa mengandung, ibu-ibu memerlukan khasiat dan nutrien yang lebih daripada biasa untuk diri ibu sendiri dan janin yang dikandung.
  2. Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat amat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan, namun cara hidup masa kini memungkinkan perkara2 tersebut tidak dapat dipenuhi.
  3. Kebanyakan ibu mengandung mengalami alahan dan muntah2 menyebabkan ibu tidak mempunyai zat dan khasiat yang cukup untuk disalurkan kepada bayi, jadi pengambilan vitamin amatlah digalakkan.
  4. Asid folik amat diperlukan dan sangat penting untuk tumbesaran saraf bayi sewaktu 3 bulan pertama...kekurangan asid folik dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect), jadi pengambilan asid folik bermula dari awal kandungan boleh mengurangkan risiko tersebut.
  5. Badan ibu mengandung memerlukan zat besi yang mencukupi bagi membina sel-sel darah merah yang lebih dari biasa bagi memastikan oksigen yang mencukupi dapat disalurkan kepada bayi seterusnya turut membantu pembinaan sel darah merah bayi.

Jadi, Sal nak share tentang pemakanan tambahan yang perlu untuk ibu2 mengandung:
  •  B-Complex - 1 biji sehari. Vitamin B Complex Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B, termasuklah asid folik.
  • Vita-Lea with Iron - 1 biji sehari. Vita-Lea merupakan multivitamin, jadi bagi ibu yang dah ambil Vita-Lea, Obimin dah tak perlu ambil ya.
  • Vit-C - 1 biji sehari untuk meningkatkan antibodi, mengahalang masalah alergi secara semulajadi dan merupakan sumber kolagen, jadi vitamin C membantu mengurangkan kesan stretch mark. 
  • OsteMatrix - 4 biji sehari (1 biji = 250mg Calcium) membekalkan 1000mg kalsium yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Jangan tak tahu ye, ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari untuk pembentukan tulang yang kuat dan gigi untuk bayi. Jika ibu2 ada meminum susu penuh kalsium segelas sehari, 2 biji Ostematrix sahaja pun dah mencukupi.
    • "When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on. (Baby Center)"



  • Protein (ESP) - Satu sudu ESP sekali sehari sudah mencukupi. Bancuh ESP ke dalam secawan air dan diminum. Boleh bancuh dengan air kosong atau pun mana2 air favourite ibu2 seperti oren jus, milo atau horlicks (sekadar berapa contoh). ESP membantu memberikan tenaga berterusan, supaya ibu2 tak cepat penat selain mencantikkan kulit dan mengurangkan kesan stretch-mark.
  • Omega Guard - 1 biji sehari. Kandungan DHA dan EPA dari Omega Guard penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Selain tu, Omega juga boleh membantu ibu2 mengawal paras kolesterol dalam badan sewaktu mengandung.
"The benefits for baby are:
    • A better brain with higher intelligence
    • Good nervous system development
    • Better eyesight from retina formation
    • Fewer behavioral problems after birth
    • Better sleep patterns for a new born

Health benefits for mom include:
    • Less chance of developing pre-eclampsia
    • Protection against brain loss during pregnancy
    • Less chance of pre-term labor and cesarean
    • Much lower risk of postpartum depression
    • Greatly reduced incidence of breast cancer

DHA and EPA make up about 70% of a newborn baby’s brain, retina and nervous system. The only way a fetus can get these important omega 3 fatty acids is from mom. And the amount is dependent on how much she's getting in her pregnancy diet. (BellaOnline)"




** Ostematrix digalakkan diambil pada waktu malam sebelum tidur kerana penyerapan kalsium akan lebih efektif ketika badan kita sedang berehat (tidur). Selain tu, kekerapan buang air kecil yang kurang pada waktu malam membantu tubuh menyerap kalsium dengan lebih baik. Apabila bangun keesokan paginya kita akan dapati yang badan kita akan lebih ringan dan segar serta mengurangkan masalah cramp.

Jika anda membuat pembelian daripada Sal, Sal akan bagi jadual makan untuk setiap vitamin ni beserta KONSULTANSI PERCUMA....istimewa untuk anda...

----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Thursday, 25 July 2013

[TESTIMONI] Hamil Selepas 2 bulan Ambil Set Kesuburan Shaklee

Posted by Unknown at 06:11 0 comments
Pagi ni, Sal nak share tentang satu testimoni customer yang berjaya hamil selepas 2 bulan amalkan set kesuburan Shaklee. Jom baca kisah beliau. Credit to Puan Marimar Er

"Hi Dearies,
Saja nk share testimoni kt sini... Saya berkahwin hampir setahun.... saya mula ambil produk shaklee utk kecantikan kulit bermula april tahun lepas.. selepas saya berkahwin saya ambil ESP, vitamin E & Shaklee Collagen.. ada juga ambil GLA Complex utk period saya.... sejak berkahwin saya dan suami memang selalu je travel... kadang2 atas urusan kerja... kadang2 jalan2 je... Belum terfikir nak ada baby.. walaupun kami x pernah merancang.. mungkin belum ada rezeki..

Tapi.. lepas tengok kawan2 yang baru je kawin... terus je preggy.. membuatkan saya mula merasa yang saya pun teringin utk mengandung. Memang tak nak tunggu lagi... April lepas...saya contact ibu saudara saya merangkap shaklee distributor.. dia cadangkan saya ambil vitalea, b complex dan vitamin C di samping meneruskan GLA complex... untuk suami ambil vitamin E & Zinc utk kesuburan lelaki...

Harini, sudah 1mnggu period saya lewat... tekak mula rasa mual, pinggang rasa lenguh2... saya rasa pelik.. pagi tadi... sebelum mandi... saya terdetik utk cuba buat upt... memang ada je simpan dalam laci, since saya ni memang bekerja di hospital. Lepas saya titikkan urine pada alat tu... saya biarkan je.. dan pergi mandi.... lepas dh siap mandi... saya lihat sekali imbas je alat tu..saya terkejut sbb 'positive' saya terus kejutkn suami saya...die sangat teruja..tak tau nak cakap apa...smpai je di tempat kerja..saya recheck,but still same 'positive'.... Then saya ke gyne dctor utk scan.. alhamdulillah... janin sudah terbentuk dan berkeadaan amat baik di dalam rahim saya...

Alhamdulillah sekali lagi.... saya hamil selepas 2 bulan selepas mengamalkan set kesuburan Shaklee utk suami & isteri... kawan2 yang sedang mencuba jangan berputus asa ya... lambat atau cepat itu semua atas rezeki masing2.. yang penting Usaha..."


Kita semua disarankan untuk berusaha di samping berdoa agar dapat dikurniakan cahaya mata. Pengambilan supplement Shaklee ini merupakan salah satu usaha bagi mendapatkan zuriat. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Yang penting, doa memohon dikurniakan zuriat daripadaNya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Tuesday, 9 July 2013

Ramadan - Bulan Nyah Toksin!

Posted by Unknown at 06:01 0 comments
Alhamdulillah..esok kita semua dah start berpuasa. Bulan Ramadan ni adalah bulan yang paling istimewa, bulan pengampunan...so, mesti ramai antara kita yang nak ambil peluang ni untuk menambahkan amal ibadat dan amalan kita kan?

Kalau boleh, kita tak nak sakit sikit pun sebab nak berebutkan pahala yang berlipat kali ganda dan memberi tumpuan pada ibadat kita dalam bulan mulia ni...betul tak? Jadi, kat sinilah pentingnya perisai untuk kita sentiasa segar, cergas dan sihat.



Antara vitamin yang dicadangkan adalah seperti gambar di atas. Sesuai untuk semua yang berpuasa .. 

ESP, Bcomplex, Vitalea, Performance Drink, Chewable Vit c, Alfalfa Complex, dan Nutriferon. Supplement ini semua dikira sebagai yang asas sebagai perisai dalam bulan Ramadan nanti TAPI tak semestinya kena beli semua...

Anda boleh hubungi Sal untuk Sal cadangkan vitamin mana yang sesuai dengan anda. Kalau nak kira, bulan puasa ni adalah puasa pertama Sal dalam bisnes Shaklee ni tapi Sal dah berjaya ganti puasa yang lepas (sebulan ganti puasa sebab dalam pantang waktu tu) dengan jayanya hanya dengan bantuan supplement Shaklee.

Alhamdulillah, memang rasa perbezaannya berpuasa dengan supplement dan tanpa supplement lebih-lebih lagi Sal ni seorang ibu menyusu. Masa sahur, Sal ambil ESP+Milo (sedap sangat!), dan makan roti 2 keping. Lepas tu, ambil B complex dan Alfalfa. Performance drink pun Sal ambil untuk jadikan badan kekal hidrate dan untuk elakkan rasa haus melampau ( ibu menyusu lain mesti faham macamana dahaganya). Memang sangat-sangat best dan boleh rasa bezanya. Puasa tetap cergas macam tak puasa. Lapar tu biasala, nama pun puasa kan....ehehehe....

Sebenarnya kalau anda nak tahu, permintaan terhadap vitamin Shaklee di bulan puasa memang sangat tinggi terutamanya di kalangan wanita hamil, wanita sedang menyusu, wanita yang nak kurus dan ramping, kulit cantik berseri halus mulus menjelang raya..hehe..pendek kata, semua nak berikan terbaik sepanjang berpuasa dan menjelang Syawal ni...

----

Untuk Info & Order:



Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Wednesday, 12 June 2013

Tambah Berat Badan dengan Shaklee

Posted by Unknown at 05:27 3 comments
Tak semua orang nak kurus...ada yang kurus nak sedikit gemuk dan berisi. Ramai yang duk tanya pasal slimming set..tapi jangan tak tau ada juga yang bertanya tentang cara nak tambah berat badan.

Untuk tambah berat badan, anda hanya perlu ambil VitaLea, B Complex dan Meal Shakes.

Set Cadangan Untuk Tambah Berat Badan 

Jom kita tengok apa yang ada dalam setiap produk ni:

VitaLea

Multivitamin yg membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.


Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.


Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Protein amat penting dalam proses menambah berat badan kerana pengambilan protein boleh mengisi keperluan tubuh. Protein adalah asas kepada pemakanan tubuh badan sama ada untuk menambah berat, menguruskan badan atau nak cantik pun semuanya perlukan protein. Antara sebab yang lain ialah, protein membantu penyerapan yangg lebih baik ke atas supplement yang kita ambil.

Selain itu, ESP juga boleh membantu menambah berat badan dengan cara pengambilan yang berbeza kerana ESP merupakan serbuk soya berprotein terbaik.

KLIK SINI UNTUK BELI ONLINE :)

Jom kita lihat antara testimoni pengguna yang dah berjaya tambah berat badan dengan set ni. Credit to IbuBatrisya

Bukan saja menambah selera dan dapat tambah berat badan, 
tapi juga masalah rabun dia juga berkurangan!


Berjaya tambah berat sebanyak 10kg
dengan pengambilan ESP shaklee

Credit pic to : lovely beauty vitamin


Antara tips yang boleh diamalkan untuk menaikkan berat badan ialah:

1. Workout.

Kenapa perlu workout? jika seseorang hendak menguruskan badan beliau kena sentiasa bersenam dan berjogging untuk mengurangkan lemak – lemak yang terdapat pada badan diorang bukan? begitu juga dalam menaikkan berat badan. Workout penting dalam membentuk otot – otot yang terdapat pada badan kita. Bagi mereka yang terlampau kurus, ini sangat penting dalam membentuk otot mereka. Workout neh tidak semestinya dilakukan di gym semata – mata. Anda boleh juga lakukan semasa anda berada dirumah atau berjogging diluar.

Exercise sehari 10 minit paling kurang...takyah exercise berat..angkat botol air mineral yg 500mlm tu..isi air dlm tu.. angkat mcm angkat berat...angkat turun..pastu skipping ke..or ape2 exercise utk bina muscle Jgn makan junk food dan ikut jadual yang diberikan selama sebulan tau (jadual akan diberikan EXCLUSIVE untuk customer yang membuat belian daripada Sal)


2. Makan makanan berprotein.

Setelah anda melakukan workout, anda perlu kerap makan makanan berprotein untuk recover otot – otot yang anda bina itu. Semasa dalam proses menaikan berat badan, kerapkan makan makanan seperti daging, telur separuh masak dan ayam. Kalau hendak lagi cepat menaikan berat badan, kami syorkan anda minum susu protein. dan dengan Shaklee, protin yang sesuai utk menambah berat badan ialah Meal shakes Shaklee. Elakan makan makanan berminyak dan berlemak kerana ia tidak membantu dalam menaikan berat badan secara sihat.


Nak tambah berat badan, bukan dengan memakan makanan yang berlemak dan berminyak ye...itu cara yang salah. Bukan sahaja tak berkesan, namun boleh memberikan masalah kesihatan yang lain pula.

** Customer yang membuat pembelian daripada Sal akan mendapat jadual khas pemakanan harian...EXCLUSIVE untuk anda beserta KONSULTANSI PERCUMA!



----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Tuesday, 21 May 2013

Vita-Lea® Iron Formula - Multivitamin Tertua Dunia

Posted by Unknown at 06:47 0 comments
Wah..nampak hebat je tajuk entry kali ni kan...hehe..hari ni Sal terpanggil nak share pasal VitaLea ni sebabnya kat group Jutawan sekarang tengah bincang pasal VitaLea ni...kalau anda semua nak tahu, group Jutawan ni adalah group di mana Sal bernaung sekarang..eh, bernaung ke..betul ke istilah ni..hehe..group ni di bawah kelolaan Master Cery. Group yang hebat dan bakal melahirkan bakal-bakal jutawan...in shaa Allah :). Sebenarnya post tu dah lama kak Cery buat tapi bila Sal bukak balik, banyak sangat mereka share info best pasal VitaLea ni...sebab tu la hari ni terpanggil nak share pasal multivitamin hebat ni

PERBEZAAN SHAKLEE

Kalau anda semua nak tahu, Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min" dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee (hebat kan...?). Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 Tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

DULU - Vitalized-Mineral

SEKARANG - VITA-LEA

Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi-spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-Tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.


MANFAAT UTAMA

  • Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi Organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Banyak lagi fungsi Vita-Lea ni yang akan Sal kongsikan nanti...pada yang tak suka makan pil banyak-banyak tapi ingin menjaga kesihatan, memang Sal akan cadangkan ambil Vita-Lea ni..nama pun multivitamin kan, jadi semua vitamin ada dalam Vita-Lea ni untuk keperluan tubuh dan kesihatan kita semua.

----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847


Thursday, 9 May 2013

[TESTIMONI] Rasa nak melompat sewaktu berpantang

Posted by Unknown at 05:46 0 comments

"Saya baru 8 hari berpantang, tp dah rasa sihat mcm sebulan dah.

- segar n cergas
- luka memang dah baik
- tiada sakit urat or lenguh tulang (rasa nk melompat je)
- perut kempis (yg ni paling best)
- no sembelit!
- susu lancar je

Saya amalkan:

1. Vitalea
2. B Complex
3. Vita C
4. Zinc
5. Ostematrix
6. ESP
7. Performance Drink
8. Lecithin.

Kawan-kawan yang nak berpantang boleh lah cuba set ini. Add on lah mana-mana yang perlu. Berpantang kali ini lebih mudah dari 2 anak yang sebelum ini :)"
- Puan Wanie Suhaimi

Tu diaaa...sampai rasa nak melompat...hehe..Alhamdulillah...Sal masa berpantang hari tu tak sempat kenal Shaklee lagi...memang ambil masa juga nak sembuh..in shaa Allah untuk adik Humaira ni boleh gunakan Shaklee as confinement set...hehehe..

Ok jom kita tengok satu persatu apa yang diamalkan oleh Puan Wanie ni.











Supplements basic untuk berpantang yang biasa dicadangkan kepada pelanggan ialah items 1-4. Setiap satu membantu memberi tenaga dan memulihkan badan. Sangat-sangat recommended untuk add on ESP kerana ia membaiki semula sel-sel yang rosak serta juga memberi tenaga. Selain itu ESP juga sangat popular di kalangan ibu-ibu menyusu dan yang ingin menjaga kecantikan kulit :) Pengambilan ESP menghalang rasa lapar yang kerap kerana kerap menyusukan bayi juga kerana ESP membuat perut rasa 'full'.

Ostematrix ialah sumber kalsium, dilengkapi Magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan lebih baik ke dalam badan. Sangat recommended juga dalam pantang ni especially sebab biasanya dalam pantang biasanya bayi suka 'bergayut' (menyusu) sahaja boleh kata sepanjang masa. So, kalau tak cukup kalsium mungkin akan adasakit pinggang. Selain itu ia membantu ibu-ibu kekal cergas apabila bangun pagi walaupun tidak cukup tidur melayan si kecil :)

Performance Drink pula menghalang ibu-ibu dari mudah dehydrate. Ia mengekalkan elektrolit dalam badan kerana badan ibu-ibu menyusu mudah kehilangan air dalam badan kerana proses penyusuan. Jika badan dehydrate, badan akan rasa cepat letih.

Lecithin pula melarutkan lemak-lemak yang terkumpul sewaktu mengandung. Selain menurukan paras kolesterol, ia menghalang clogged duct atau bengkak susu yang lazim berlaku beberapa hari selepas bersalin kerana susu baru terhasil.

Dan yang paling penting, supplements ini masih boleh diteruskan walaupun bayi anda mengalami demam kuning atau jaundice. Ini kerana ia supplements ini tidak mengandungi herba yang boleh menyebabkan bacaan bilirubin lebih tinggi. Credit

----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Wednesday, 8 May 2013

Berpantang dengan Shaklee

Posted by Unknown at 13:57 0 comments

Assalamualaikum...

Hari ni Sal nak share tentang supplements yang dicadangkan untuk ibu-ibu berpantang.

Waktu dalam pantang ni adalah waktu badan kita berada dalam proses pemulihan sebab waktu kita mengandung dan melahirkan, tubuh badan menerima macam-macam perubahan dan memberi impak yang besar pada badan kita.

Dalam waktu berpantang ni, penting untuk ibu-ibu memastikan tubuh badan pulih seperti sedia kala selain untuk kembali sihat dan cergas sebab kita pun perlu menguruskan suami, diri sendiri dan anak-anak yang lain (kalau ada). Sebab tu, penting untuk kita memastikan pemakanan yang diambil sewaktu dalam pantang adalah makanan yang sihat dan berkhasiat.

Ok lah, berbalik kepada set berpantang tadi, secara asasnya, basic supplements untuk berpantang adalah Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Zinc Complex. Setiap satu berfungsi untuk memberikan tenaga dan memulihkan badan.

Jom tengok apa fungsi yang spesifik untuk setiap satu vitamin ni.



Vitalea (Multivitamin)

Fungsi Vitalea sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu dan pembentukan sel darah merah yang baru bagi mengantikan sel darah merah yang telah hilang semasa bersalin. Vitalea juga lengkap dengan iron formula yang membantu ibu berpantang menjadi pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya kerana iron sangat-sangat membantu mengatasi masalah tersebut.

B Complex

B Complex membantu menstabilkan hormon badan kita . Ia sangat penting untuk mengelakkan ibu dalam pantang mengalami kemurungan. B Complex lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folik dan biotin. Selain itu, fungsi B Complex adalah menukarkan makanan kepada tenaga seterusnya amat membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.

Vitamin C

Vitamin C membantu meningkatkan antibodi tubuh secara konsisten dan ia juga penting untuk pembentukan kolagen. Selain itu, Vitamin C juga berfungsi mempercepatkan penyembuhan luka serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

Zinc Complex

Zinc Complex ni berfungsi ala-ala ikan haruan untuk ibu berpantang sebab ianya penting untuk membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (rahim). Ia juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin serta membantu masalah "kedinginan" di dalam pantang.

Ok, keempat-empat vitamin di atas adalah yang paling basic. Tapi ibu-ibu juga boleh 'add on' beberapa supplements lagi mengikut keperluan dan bajet. Antaranya, ibu berpantang boleh amalkan ESP dan Ostematrix bersama set berpantang untuk membanyakkan susu (in shaa Allah....tapi dengan amalkan konsep demand vs supply yer...)



Energizing Soy Protein (ESP)

ESP membantu memberikan tenaga kepada ibu dalam pantang serta penting untuk memulihkan sel-sel badan yang rosak. ESP juga berfungsi dalam membantu melancarkan penghasilan susu ibu serta mencantikkan kulit kembali kulit ibu selepas bersalin.

Ostematrix

Bagi ibu-ibu dalam pantang yang menyusukan anak, peranan kalsium tak boleh dipandang remeh kerana dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Selain itu, ostematrix juga membantu tidur ibu yang lena di malam hari dan ibu boleh menikmati hari yang cergas keesokannya walaupun terpaksa bangun malam untuk menyusu. Ostematrix juga membantu dalam pelawasan, jadi ibu dalam pantang tidak perlu bimbang tentang masalah sembelit lagi.

----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi