Wednesday 11 December 2013

Apa itu Omega Guard?

Posted by Unknown at 06:48
Omega Guard Shaklee ni lebih dikenali sebagai minyak ikan. Bila dengar minyak ikan, mesti kita pernah dengar pasal kandungannya iaitu Omega 3...betul tak? Ha, apa dia Omega 3 ni? Jom kita kenali Omega 3:D

Apakah itu Omega-3?

Omega-3 adalah nama yang diberikan kepada rantaian asid lemak poli tak-tepu yang panjang (yang mempunyai banyak ikatan). Asid lemak mempunyai minyak-minyak penting yg diperlukan untuk menjamin kesihatan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri. Jadi, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan. Asid lemak biasanya boleh ditemui di dalam ikan.

Kajian nutrisi telah membuktikan bahawa minyak ikan amat kaya dengan asid lemak Omega-3. Asid lemak inilah yang melindungi ikan-ikan laut dalam kerana ia mempunyai takat beku yang rendah dan membantu memanaskan ikan ketika berada di lautan yang paling sejuk. Kalau tak ada lapisan lemak ni, ikan-ikan laut dalam mesti akan mati kebekuan.

Asid lemak Omega-3 adalah asid lemak yang penting. Tubuh kita tidak dapat menghasilkannya dan kita boleh maut sekiranya tubuh tidak menerima Omega-3 untuk jangkamasa yang lama. Walaupun sebelum kita dilahirkan, kita telah menerimanya melalui tali pusat di dalam rahim. Sehinggalah beberapa bulan seterusnya kita terus menerima asid lemak ini melalui susu ibu.

Credit: Google
Kandungan Omega-3

2 jenis komponen utama asid lemak Omega-3 ialah EPA dan DHA. EPA adalah penting di dalam mengurangkan risiko penyakit-penyakit kardiak dan peredaran (kesihatan jantung dan sendi), manakala DHA adalah struktur komponen yang penting untuk sistem saraf manusia. DHA juga amat penting untuk perkembangan otak dan mata terutamanya kepada ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak. Kajian telah menunjukkan bahawa DHA membantu meningkatkan kepintaran dan fungsi mental, serta amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.

Kalau macam tu, boleh la beli je mana2 minyak ikan yang dijual kat luar tu, kat farmasi ke... semua ada Omega 3 kan? NANTI DULU.....meh nak cerita kenapa kita perlu pilih OMEGA GUARD SHAKLEE...

Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA, manakala walnut, flaxseed, dan minyak zaitun mengandungi ALA. ALA ni akan diuraikan kepada EPA dan DHA. Tapi tahap uraian ni bergantung pada tubuh juga....kalau enzim dalam badan bagus, banyaklah ALA yang diuraikan dan begitu juga sebaliknya....tapi, jangan tak tahu ye dalam Omega Guard Shaklee ni semua ada....EPA, DHA dan ALA.

Selain tu, jenama Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure, dibuat dengan begitu sempurna, menggunakan penyulingan 3 peringkat secara semula jadi....selain memberi manfaat asid lemak, pada masa yang sama proses penyulingan ini mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik. Nak tahu lebih lanjut kenapa perlu pilih Omega Guard Shaklee....klik sini. Jom tengok jadual perbandingan di bawah :)

Semoga info ni bermanfaat untuk anda semua....jom pilih yang terbaik!

5 comments:

naziera said...

salam...mohon share info ni di blog saya ye...& jemput singgah blog sy...tq

Unknown said...

Assalam...
Saya share ye

rizal said...

Assalam...izinkan saya share ye. Tkasih..

rizal said...
This comment has been removed by the author.
Zaidah Musa said...

Assalam..izinkan saya share ye. Tkasih

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi