Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts

Monday, 14 September 2015

Tips Pelekapan yang Betul Ketika Menyusukan Bayi

Posted by Unknown at 13:48 0 comments
Assalamualaikum semua.

Hari ni Sal nak share cerita 2 hari lepas, ada sorang mummy ni PM Sal. Katanya nak tanya Sal pasal direct feeding.

Mula-mula pelik gak kenapa dia PM Sal. Hehehe. Tapi Allah dah takdirkan untuk dia mesej Sal dalam ramai-ramai ibu/mummy/mama dalam 1 group ibu menyusu ni.

Dia cerita anak dia tak nak direct feeding dengan dia start dari hari kedua lahir lagi. Sekarang ni anak dia dah 24 hari. Dia cerita lagi anak dia hisap sekejap je lepas tu biar je puting dalam mulut dia. Then Sal tanya ada rasa sakit tak waktu baby menyusu. Dia cakap ada! So Sal dah boleh agak apa masalah dia.

Sal bagitau dia mungkin sebab lekapan ketika menyusu baby tu tak betul. Jadi baby tak nak menyusu sebab susu tak keluar sepenuhnya di samping buatkan puting ibu pun sakit.

Esoknya dia PM lagi bagitau yang baby dia dah nak direct feeding. Alhamdulillah, happy sangat katanya sampai menitik air mata. Syukur!

Lekapan Menyusu yang Betul

Jadi, Sal nak share antara teknik yang boleh kita buat bagi membantu bayi melekap dengan betul ketika menyusu dan inshaAllah boleh membantu ibu-ibu especially ibu baru di luar sana.

1. Peluk bayi dan rapatkan bayi ke dada  ibu. Pastikan bawa bayi ke payudara BUKAN payudara ke bayi.
2. Dagu bayi mesti bersentuhan dengan payudara ibu.

3. Pegang payudara dengan bentuk C bagi menampung payudara. Pastikan pegangan tu ada jarak dalam satu inci dari areola (tampuk hitam sekeliling puting)

4. Sentuh hidung bayi dengan puting dan bawa ke bibir bayi supaya bayi membuka mulut dengan luas seperti sedang menguap.


Cara untuk lekapan yang betul langkah demi langkah

5. Masukkan puting ke dalam mulut bayi.

6. Pastikan sebahagian besar areola berada di dalam mulut bayi.

7. Sewaktu bayi menghisap susu, pastikan kedudukan bibir bayi seperti 'menjuih' keluar.

8. Akhir sekali, pastikan kedudukan ibu dan bayi dalam posisi yang selesa. Jika perlu, gunakan nursing pillow.

Itu antara cara atau teknik yang boleh membantu. Jika masih terdapat masalah, ibu-ibu boleh dapatkan nasihat daripada pakar penyusuan susu ibu.

Semoga bermanfaat :))

Sal,
Shaklee Independent Distributor (ID 906874)

Monday, 9 February 2015

Punca Susu Ibu Merudum

Posted by Unknown at 16:58 0 comments
Setiap ibu mesti ingin berikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Betul tak? 

Sal juga seorang ibu dan Sal memang nakkan yang terbaik untuk anak-anak Sal terutamanya soal penyusuan mereka. 

Sal yakin dan pasti setiap ibu mahukan anak-anak mereka menyusu dengan susu ibu sahaja sekurang-kurangnya untuk 6 bulan dan kalau boleh memang nak lengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun.

Namun, tak semua berjaya menyusukan anak dengan susu ibu kerana kebanyakannya kurang ilmu berkaitan penyusuan ni. Bukan Sal kata yang Sal ni hebat, tahu serba serbi...bukan...jangan salah anggap ye..walaupun dah masuk anak kedua, Sal masih lagi belajar dan cari ilmu berkaitan penyusuan.

Untuk ibu-ibu terutamanya 'first time mother' perlulah bersedia tentang ilmu penyusuan ni dari seawal mengandung lagi...tak rugi pun malah kita akan lebih yakin untuk meneruskan misi dan niat murni kita tu.

Oleh itu, hari ni Sal nak share antara punca susu ibu merudum. Bila dah tahu punca, maka senang lah kita nak bertindak...betul tak?

1. Tidak mengamalkan konsep DVS (demand vs supply)

Ini merupakan syarat utama penyusuan. Ibu perlulah melakukan rangsangan (stimulate) yang kerap bagi menghasilkan susu samada melalui 'direct feeding' atau pun melalui pam setiap 2-3 jam sekali. Ramai ibu yang melakukan kesilapan dengan pam atau DF sewaktu breast penuh atau bengkak sahaja.  Bagi ibu yang mengepam, pastikan anda mengepam secara konsisten. Kalau boleh sediakan jadual mengepam mengikut masa anda sendiri.
Ingat ye..semakin kerap breast dikosongkan, semakin banyak susu akan dihasilkan. Jangan cepat putus asa kalau ibu lihat hasilnya yang tidak seberapa kerana itu juga adalah rezeki anak kita...sikit-sikit lama-lama jadi bukit :)

2. Period

Ibu yang sedang period kebanyakannya akan mengalami kemeruduman susu. Ini kerana sewaktu kita period, banyak darah akan keluar dan darah itu terdiri daripada 91% air. Apabila tubuh kehilangan air, susu juga akan merundum. Selain itu, ketika waktu datang bulan, ibu akan banyak kehilangan kalsium dan susu ibu itu sendiri mengandungi 40% kalsium. Ibu disarankan membanyakkan pengambilan kalsium dan kerapkan mengepam sewaktu period.
** Untuk sumber kalsium terbaik, Ostematrix menyediakan keperluan kalsium yang lengkap dengan magnesium, vitamin D dan mineral.

3. Kurang minum air kosong

air-putih (1)

Ibu yang menyusu disarankan untuk minum minimum 3L air sehari. Kenapa ye? Sebabnya komponen utama susu ibu adalah air. Kalau badan kita tak cukup air, macamana nak hasilkan susu kan? Air juga penting untuk memastikan sistem-sistem dalam badan kita berfungsi dengan baik. Ibu dalam pantang pun mesti minum air yang banyak.

4. Diet tak seimbang

Ingat ye...apa yang kita makan, itulah susu untuk anak kita. Jika ibu selalu skip makan, tubuh ibu akan kekurangan nutrisi dan khasiat...bila tubuh ibu sendiri kurang khasiat, macamana nak hasilkan susu untuk anak? Diet biarlah berpada, jangan skip makan dan paling penting pastikan diet pemakanan kita seimbang.
** Kalau nak pekatkan susu, ibu mestilah makan makanan yang kaya dengan protein seperti ikan, ayam, daging. Paling mudah, amalkan ESP (Energizing Soy Protein) untuk sumber protein terbaik..insyaAllah :)

5. Letih dan stress

Proses penyusuan ibu melibatkan 2 hormon iaitu prolaktin (untuk hasilkan susu) dan oxytocin atau dipanggil 'hormon gembira' (merangsang susu keluar). Sebenarnya, emosi ibu sangat berkait rapat dengan penghasilan susu. Bila ibu happy dan tidak stress, hormon oxytocin akan terhasil seterusnya merangsang hormon prolaktin yang akan merangsang pula kelenjar susu untuk hasilkan susu. Tapi, jika ibu stress, hormon oxytocin akan kurang dihasilkan, maka akan membantutkan juga penghasilan susu.

6. Pam yang digunakan tidak sesuai

Setiap jenis pam yang berbeza, juga berbeza kesesuaiannya untuk semua orang. Bila kita gunakan pam yang tidak sesuai, suction akan menyakitkan, pam tak optimum dan hasil perahan juga berkurang. Jadi, ibu mestilah memilih pam yang sesuai dengan breast kita. Cadangan Sal, gunalah double pump bagi menjimatkan masa dan memudahkan proses mengepam. Pernah tak ibu pam sebelah, tapi breast satu lagi turut sakit dan berdenyut? Ini kerana, sewaktu mengepam dan 'let-down', kedua-dua breast akan menghasilkan susu. Jadi, jika pam serentak untuk dua-dua belah, susu yang dihasilkan akan lebih banyak berbanding menggunakan single pump.

7. Anak dah mula makan

Bila anak dah mula makan, secara automatik anak akan kurang menyusu sebab mereka dah mula kenyang dengan makanan selain daripada susu. Jadi, ibu perlu menambah kekerapan mengepam dari sebelum anak mula makan untuk memastikan bekalan susu tidak putus atau berkurangan.

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah susu kurang secara tiba-tiba, kenali puncanya dan cuba selesaikannya dengan tips yang Sal kongsikan tadi.

Apa-apa pun, yang penting adalah 'mindset' ibu itu sendiri. Sentiasalah berfikiran positif dan sentiasa ingatkan diri, tanam dalam minda dan hati yang kita ingin menyusukan anak kita ekslusif sehingga 6 bulan dan meneruskan penyusuan sehingga usia mereka 2 tahun.

HAPPY BREASTFEEDING! :)

201410150115

Bagi yang ingin cuba supplement untuk penyusuan, hubungi Sal untuk KONSULTANSI PERCUMA.

-----

Untuk Info & Order:


Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Friday, 31 October 2014

Makanan Untuk Ibu Menyusu

Posted by Unknown at 09:21 0 comments
Susu ibu merupakan sumber makanan terbaik dan penting dalam memastikan tumbesaran bayi bagi mengelakkan bayi dijangkiti penyakit yang tidak diingini. Bayi akan bergantung sepenuhnya kepada susu ibu sejak lahir sehingga beberapa bulan awal kelahirannya bagi memenuhi keperluan pemakanannya. Oleh itu, amatlah penting untuk si ibu memakan makanan yang sesuai, sihat dan seimbang kerana makanan yang dimakan akan disalurkan juga kepada bayi melalui susu ibu.

Hari ni, Sal nak share tentang makanan untuk ibu menyusu yang perlu bagi mengekalkan kandungan nutrisi dalam susu ibu.

1. Ikan Salmon
Ikan Salmon memang  kaya dengan kandungan lemak yang  penting  iaitu DHA, sejenis asid lemak pada omega-3. DHA adalah zat makanan yang paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. Hasilnya, bayi anda akan dapat berkonsentrasi dengan lebih baik dan cerdas. Oleh itu, makanlah Salmon sebanyak 2-3 porsi dalam seminggu untuk menghasilkan susu yang baik buat si kecil anda. Selain ikan salmon, ikan tuna dan patin juga kaya dengan kandungan lemak positif ini.

2. Produk tenusu rendah lemak
Susu rendah lemak, yogurt, dan keju sangat bagus untuk ibu yang menyusukan, kerana mengandungi sumber kalsium, protein dan vitamin B dan D. Dengan mengambil kalsium yang secukupnya untuk tubuh anda sendiri, susu yang dihasilkan juga akan melimpah dengan kalsium untuk bayi anda. Cuba selitkan sekurang kurangnya 3 cawan produk tenusu dalam diet anda setiap hari untuk membekalkan kalsium yang secukupnya untuk si kecil.

3. Sayur-sayuran hijau
Sayuran seperti bayam dan kangkung mengandungi zat besi yang baik bagi anda. Setiap 100g sayuran hijau mengandungi sekitar 2.7mg zat besi dan 204mg kalsium. Sayuran segar juga harus ada dalam menu makanan anda setiap hari, untuk suplemen vitamin A, C, B1, B2, B12, niasin dan asid folik yang sangat diperlukan pada masa menyusukan.

4. Roti wholemeal dan beras merah (Brown rice)
Asid Folik adalah sumber nutrien penting untuk susu ibu, dan sumber ini boleh didapati dari roti bijirin, beras, biji-bijian seperti gandum, jagung, oats, pasta dan lain lain yang kaya dengan serat dan zat besi  buat si kecil, selain memberi lebih tenaga untuk ibu.

5. Daging
Ibu yang menyusukan memerlukan lebih tenaga, jadi lebihkan protein dan vitamin B-12 dalam diet seharian. Kedua-dua nutrien ini terkandung dalam daging.

6. Kekacang
Kekacang dan legum adalah sumber protein yang baik bagi menggantikan daging. Ia juga membantu menstabilkan paras glukos dalam darah, mengimbangkan tindak balas elektrolit dalam tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak. Untuk mengoptimumkan khasiatnya dalam susu anda, kekacang seeloknya dimasak dengan minyak atau diambil bersama makanan berasaskan minyak. Contohnya seperti hummus (dicampur minyak zaitun).

7. Telur
Kuning telur mengandungi sumber vitamin D, antara nutrien terpenting untuk mengekalkan tulang yang sihat untuk ibu dan juga penumbuhan tulang yang kuat untuk bayi. Mudah untuk didapati dan juga senang untuk disediakan, cuma pukul beberapa biji telur untuk sarapan,  sediakan omelet untuk makan tengahari, atau rebus telur dan hidang bersama salad untuk makan malam. Telur jenis Omega atau yang diperkaya dengan DHA amat bagus bagi penambahan asid lemak yang baik untuk susu anda.

8. Buah-buahan
Ibu yang menyusukan bayi harus makan sekurang-kurangnya dua atau lebih porsi buah-buahan segar setiap hari. Buah Oren dan Blueberi adalah pilihan yang terbaik untuk ibu yang menyusukan, kerana ia mengandungi vitamin C dan mineral yang secukupnya. Bekalkan diri anda dengan beberapa biji buah oren, atau sebotol jus oren segar supaya boleh diminum dimana-mana sahaja.

9. Minum air putih dengan banyak dan kerap
Air putih merupakan sumber cairan yang penting untuk menghasilkan susu. Menyusukan si kecil akan membuatkan anda kerap merasa haus,  jadi anda perlu minum air yang banyak. Gunakan tahap kehausan anda sebagai panduan. Cuba minum 10 gelas air setiap hari dan cuba untuk minum air setiap kali anda hendak menyusukan bayi. Hadkan minuman ringan, air berperasa, air buah, kordial dan minuman diet kerana kandungan nutrisi yang rendah dan berkemungkinan mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Jika anda rasa susah untuk dapatkan makanan segar seperti saranan di atas, anda boleh cuba amalkan set cadangan untuk ibu menyusu. Ianya lengkap dengan keperluan vitamin, mineral dan nutrisi yang diperlukan oleh ibu menyusu. Sal pun sekarang memang amalkan supplement Shaklee dan alhamdulillah susu sangat meriah....tapi, dengan syarat kenalah pam atau bf dengan kerap (konsep demand vs supply). Sal ambik set lengkap ni.

201410150115

Satu lagi nak pesan..ibu menyusu dilarang berdiet yang keterlaluan ye kerana ia boleh menjejaskan kandungan dan nutrisi susu ibu. Makanlah makanan yang berkhasiat mengikut sukatan dan saranan yang sesuai dengan kita..happy breastfeeding mommies!  :)


-----

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Saturday, 25 October 2014

Kelebihan Menyusukan Bayi

Posted by Unknown at 05:46 0 comments
Terdapat banyak kelebihan menyusukan bayi yang perlu ibu-ibu tahu. Kebaikan dan kelebihan dalam menyusukan anak ini bukan hanya kepada anak yang disusui, malah ibu, keluarga dan masyarakat juga mendapat manfaat daripadanya.
Alhamdulillah, sekarang Sal sedang melalui perjalanan kedua penyusuan. Yang pertama Sal berjaya hanya sehingga setahun setengah je...lepas disahkan mengandung, Sal masih mengepam dan menyusu tapi susu makin lama makin berkurangan. Apa-apa pun Sal bersyukur sebab berpeluang menyusukan Humaira selama itu. Untuk yang kedua ni, Sal berazam nak susukan Fateh sehingga 2 tahun. Harapnya pengorbanan Sal menolak tawaran untuk sertai kadet PTD berbaloi...yes! Semata-mata kerana anak! Sebab bagi Sal, susu ibu ni lah hadiah paling mahal seorang ibu untuk anak-anaknya. Tak sanggup nak tinggalkan Fateh yang masih kecik tu..walaupun masih berpeluang mengepam, tapi Sal tak yakin boleh laluinya...
Eh, bukan nak cerita pasal penolakan ni pun sebenarnya...hehehe..dah melalut pulak. Ok, hari ni Sal nak share apa kelebihan-kelebihan yang seorang anak, ibu, malah keluarga dan masyarakat jika kita menyusukan anak.
IBU
  • Menyusukan anak boleh membantu mengecutkan rahim ibu selepas bersalin. Proses ni penting untuk mengurangkan berlakunya pendarahan.
  • Membantu ibu mendapatkan kembali berat badan asal dan kembali langsing selepas bersalin.
  • Proses penyusuan membantu mengeratkan hubungan kasih sayang / "bonding" antara ibu dan anak.
  • Membantu ibu menjarakkan kehamilan secara semulajadi.
  • Mengurangkan risiko ibu terkena penyakit kanser payudara dan ovari.
  • Susu ibu adalah PERCUMA!
BAYI
  • Bayi akan mendapat kolostrum yang merupakan imunisasi awal kepada bayi
  • Bayi yang menyusu susu ibu akan kurang mengalami masalah kesihatan seperti alergi dan penghadaman.
  • Susu ibu membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh seorang bayi bagi membantu tumbesaran.
  • Kurangkan risiko obesiti pada bayi.
  • Kajian menunjukkan bayi yang menyusu susu badan mempunyai IQ yang lebih tinggi.
  • Susu ibu sentiasa tersedia bila-bila bayi anda perlukan.
  • Susu ibu lebih sihat dan bersih.
KELUARGA
  • Susu ibu adalah PERCUMA dan tidak perlu dibeli - mengurangkan kos perbelanjaan keluarga.
  • Membantu mengurangkan kos perubatan kerana bayi yang menyusu susu badan jarang mengalami sakit.
  • Mengeratkan hubungan kekeluargaan.
MASYARAKAT
  • Ia baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak yang perlu dibuang ke dalam tong sampah.
Sangat banyak kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dengan memberikan bayi kita susu ibu. Apa yang penting, seorang ibu hendaklah yakin pada diri sendiri yang kita mampu untuk menyusukan bayi kita dengan susu kita sendiri. Tanamkan azam dan niat bermula dari awal kehamilan lagi...insyaAllah niat yang baik akan dimudahkan Allah.

Semoga bermanfaat :)

Tuesday, 17 June 2014

Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil

Posted by Unknown at 15:02 0 comments
Berpuasa semasa hamil adalah selamat untuk ibu dan bayi jika ibu berada dalam keadaan yang cukup sihat, dan kehamilan akan berlangsung tanpa sebarang masalah.

Puasa ibu yang sedang hamil pastinya berbeza dengan puasa ketika keadaan mereka yang biasa, jadi ibu-ibu hamil ini perlulah memastikan mereka berada dalam keadaan yang benar-benar bersedia supaya mereka dapat menjalani ibadah puasa dan dalam masa yang sama, memastikan kandungan mereka juga berada dalam keadaan yang sihat.

Terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan ibu-ibu hamil sepanjang bulan puasa:

KETIKA SAHUR

- Ketika sahur, ibu perlu mengambil makanan yang mengandungi kandungan protein dan lemak dalam jumlah yang cukup kerana kedua jenis nutrien ini dapat bertahan dengan lebih lama dalam badan, mampu memberikan tenaga sehingga berjam lamanya dan melambatkan rasa lapar pada siang harinya. Untuk itu, Sal cadangkan bagi ibu-ibu yang nak dapatkan protein segera yang berkhasiat dan mengenyangkan untuk mencuba ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee. ESP merupakan serbuk soya yang terdiri dari protein yang mampu membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, serta boleh membantu memulihkan keletihan, migrain, gastrik dan insomnia.

- Perbanyakkan makanan yang kaya dengan Vitamin C dan mineral zinc untuk menjaga fungsi tubuh.

- Kurangkan pengambilan makanan yang manis ketika bersahur bagi memastikan badan tidak cepat letih dan cepat lapar kerana makanan manis boleh memberikan 'kejutan' kepada hormon insulin tubuh kita.

- Perbanyakkan minum air kosong ketika waktu sahur sehingga habis waktu. Boleh juga minum segelas susu panas ketika sahur kerana segelas susu boleh mengurangkan risiko anemia kepada ibu hamil.

KETIKA BERPUASA

- Jalani ibadah puasa dengan niat yang ikhlas agar hari-hari berpuasa yang kita jalani terasa lebih ringan, mudah serta tidak terbeban.

- Pastikan ibu-ibu ada rehat yang mencukupi.

- Kurangkan aktiviti yang memerlukan tenaga berlebihan seperti aktiviti-aktiviti luar.

- Elakkan memikirkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan ibu-ibu menjadi tertekan. Elakkan stress dan jauhi sifat kebiasaan pemarah anda.

- Sila segerakan berbuka puasa jika ibu hamil mengalami:
  1. Muntah lebih dari 3 kali yang boleh menyebabkan dehidrasi.
  2. Cirit birit
  3. Hidung berdarah yang disebabkan oleh pembuluh darah yang pecah - menunjukkan keadaan tubuh yang sudah tidak stabil.
  4. Pening dan pitam diikuti oleh masalah mata kabur yang menunjukkan ibu-ibu mengalami hypoglicemia, dikhuatiri janin mengalami kekurangan nutrisi.
  5. Peluh berlebihan terutamanya peluh dingin yang menunjukkan keadaan tubuh ibu hamil yang sudah tidak kuat lagi untuk meneruskan puasa.

KETIKA BERBUKA

- Berbuka puasa dengan air panas/suam dan manis bagi membantu meningkatkan kadar gula dalam darah tetapi ibu-ibu hamil tetap harus berpada-pada dalam mengambil makanan dan minuman yang manis. Jika boleh, elakkan minum air yang sejuk kerana air sejuk boleh melambatkan fungsi usus untuk mencerna makanan.

- Selepas itu, ikuti dengan pengambilan kurma (karbohidrat simpleks - karbo dengan gula yang tinggi)

- Selepas solat Maghrib, ibu-ibu boleh la meneruskan makan makanan dengan potion yang lebih besar tapi jangan sampai lupa diri pula ye...Makan dalam jumlah yang banyak boleh melemahkan tubuh, jadi makanlah secukupnya sahaja. Selepas solat terawih, usahakan untuk makan walaupun sedikit.

- Sebelum tidur, ibu-ibu hamil digalakkan untuk mengambil sedikit makanan ringan dengan minuman panas/suam (susu lebih baik).

Semoga perkongsian ni memberi manfaat kat ibu-ibu hamil kat luar sana. Tahun ni juga adalah tahun pertama Sal puasa ketika hamil. Sebelum ni, puasa ketika menyusukan Humaira. Ibu-ibu menyusu pun boleh amalkan tips ni bagi memastikan tubuh tidak terlalu penat dan dapat menghasilkan susu yang cukup untuk si manja anda :)

~Sharing is Caring~


Saturday, 5 April 2014

Makanan Untuk Ibu yang Menyusu Badan

Posted by Unknown at 20:30 0 comments
Ibu menyusu perlu menitikberatkan nutrien yang mencukupi dalam pemakanan yang diambil seharian kerana secara amnya, ibu menyusu ini akan berkongsi makanan tersebut dengan bayi yang disusuinya.

Secara logiknya, anda berkongsi makanan anda dengan bayi anda ketika anda menyusukan kerana segala sesuatu yang anda makan bertukar menjadi susu untuk bayi anda. Itulah sebabnya mengambil makanan berkhasiat dan bervariasi bukan sahaja penting ketika anda hamil, tetapi juga ketika anda sedang menyusui. Tetapi perkara ini lebih mudah diucapkan daripada dilakukan.

Apabila anda menyusui selama berjam-jam, peluang untuk mengambil diet seimbang bukanlah keutamaan utama anda. Makanan asas anda mungkin bijirin dan susu, roti bakar, roti, yogurt, buah-buahan dan makanan lain yang boleh anda sediakan atau ambil dalam masa yang singkat. Tapi diet ini tidak memberikan anda tenaga yang anda perlukan.

 


Cuba tips ini untuk memastikan anda mendapat nutrisi yang cukup untuk anda dan bayi:
  1. Apabila anda atau pasangan anda memasak, pastikan memasak di dalam jumlah yang besar supaya sebahagiannya boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan semula. 
  2. Beli makanan yang telah di masak dalam kuantiti yang besar dan simpan sebahagiannya. Sekurang-kurangnya anda telah ada satu makanan yang hanya perlu dipanaskan sahaja. 
  3. Apabila membuat sandwic, selain daripada mentega, anda juga boleh menambahkan bahan berprotein atau salad di dalamnya. 
  4. Sayuran berbatang - simpan di dalam peti ais dan hidangkan bersama keju atau mentega kacang.

Intoleransi makanan 

Bayi anda bertindak balas terhadap apa yang anda makan. 
Ini adalah contoh klasik: jika anda makan banyak buah prun untuk merangsang perut anda selepas melahirkan anak, bayi anda juga akan mendapat cirit birit. Beberapa bayi mendapatkan reaksi seperti ruam atau sakit perut jika anda makan banyak kekacang, bawang putih atau makanan pedas. Jika anda mengesyaki anak anda bertindak balas terhadap sesuatu yang anda makan, anda perlu berhenti mengambil makanan tersebut sebagai diet anda selama beberapa hari dan lihat kesannya selepas itu. Apabila anda mengambil makanan itu kembali, anda akan mengetahui jika makanan tersebut serasi dengan bayi anda atau tidak.

Alahan makanan 

Bayi anda juga boleh bertindak balas terhadap apa yang anda makan jika bayi anda alah terhadap makanan tertentu, seperti susu lembu. Jika anda mengesyaki adanya alahan makanan, berhubunglah dengan doktor anda untuk mendapatkan penyelesaiannya. Berhati-hati dengan diet anda dan sentiasa dapatkan nasihat pakar. Misalnya, memberhentikan pengambilan susu dari diet akan menghalang anda dan bayi mendapatkan sumber kalsium penting. Memberi bayi anda menyusu badan untuk sekitar enam bulan adalah langkah yang baik ke arah mencegah alahan pada bayi anda.

Menyusui membuatkan anda haus 

Cecair yang banyak diperlukan untuk menghasilkan susu, jadi anda perlu minum air yang banyak. Gunakan tahap kehausan anda sebagai panduan. Cuba minum 10 cawan air setiap hari dan cuba untuk minum air setiap kali anda hendak menyusui. Cecair tambahan mungkin diperlukan semasa cuaca panas, selepas bersenam atau jika anda muntah atau sembelit. Kurangkan meminum kopi dan teh, dan hentikan pengambilan alkohol sepenuhnya. Berhati-hatilah meminum teh herba. Minta nasihat bidan atau doktor. Teh tidak boleh diminum semasa makan kerana tanin dalam teh menghalang tubuh anda menyerap zat besi dalam makanan. Hadkan minuman ringan, air berperasa, air buah, kordial dan minuman diet kerana kandungan nutrisi yang rendah dan berkemungkinan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Elakkan juga minuman tenaga. 

Makan pelbagai makanan sihat setiap hari daripada empat kumpulan makanan berikut: 
  1. Sayuran dan buah-buahan 
  2. Roti dan bijirin 
  3. Susu dan produk tenusu (rendah lemak adalah yang terbaik)
  4. Daging, ayam, makanan laut, telur, kekacang dan bijirin. Anda juga perlu menghadkan pengambilan lemak (terutama lemak tepu), makanan yang masin, dan juga makanan dan minuman yang manis dengan menyediakan makanan kurang garam, gula dan lemak. Apabila membeli-belah, baca label dan cari makanan yang rendah lemak (terutamanya lemak tepu), garam dan gula. 

Iodin 

Iodin adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mental dan fizikal bayi. Makan makanan beriodin sekerap mungkin, seperti susu rendah lemak, roti bijirin, telur, ikan dan makanan laut. Makanan yang mengandungi rumpai laut, seperti sushi adalah sumber iodin yang tinggi tetapi pastikan ianya disediakan segar. Suplemen yang mengandungi rumpai laut, kelpa dan iodin tidak disyorkan untuk ibu-ibu yang menyusui kerana kandungan dan kualiti iodinnya adalah tidak menentu.

Vitamin D


Vitamin D penting untuk tulang yang sihat dan kuat. Vitamin D dibina di dalam badan melalui sinaran matahari ke atas kulit anda. Itulah sebabnya kita digalakkan meluangkan sedikit masa berjemur setiap hari. Semasa waktu siang elakkan berada di terik matahari di antara jam 11.00 am dan 4.00 pm. Anda boleh berada di kawasan teduh selama 5-20 minit. Pakailah topi, pakaian pelindung matahari, kacamata hitam, dan krim yang mengandungi SPF 30+.

Vitamin D juga boleh di dapati dalam ikan segar atau dalam tin (tuna, sardin, salmon, mackerel), telur, minyak ikan dan marjerin bervitamin D. Makanan tersebut perlu diambil oleh wanita yang tidak dapat vitamin D yang cukup daripada matahari. Ini termasuklah wanita yang:
  • mempunyai kulit gelap (kulit mereka mengambil masa yang agak lama untuk menyerap vitamin D daripada matahari) 
  • berada di dalam rumah sepanjang masa

Suplemen 

Sekiranya pemakanan anda berasaskan empat kumpulan makanan yang disyorkan, anda tidak perlu lagi mengambil suplemen. Sekiranya anda mengambil sebarang vitamin, herba atau suplemen lain, pastikan pegawai penjaga materniti anda diberitahu. Mengambil suplemen yang disyorkan oleh pakar diet atau pegawai penjaga materniti adalah langkah yang terbaik.

Nasihat

Ada sebilangan wanita memerlukan khidmat nasihat khas daripada pakar diet mengenai pemakanan. Tanya doktor atau bidan anda untuk bertemu dengan pakar diet sekiranya anda: 
  • mengetahui bahawa makanan yang anda ambil memberi reaksi negatif kepada bayi. 
  • masalah perubatan yang memberi kesan kepada pemakanan, seperti kencing manis 
  • makan sangat sedikit atau ada masalah pemakanan 
  • vegetarian 
  • berumur bawah 18 tahun.

Sharing is Caring ")


Thursday, 26 December 2013

Kenapa Perlu Memerah Susu Ibu

Posted by Unknown at 22:39 0 comments
Ibu yang menyusu terutamanya ibu-ibu bekerjaya perlulah melakukan rutin memerah susu bagi membekalkan susu ibu kepada bayi sewaktu mereka bekerja atau waktu berjauhan dari anak. 

Antara sebab-sebab ibu perlu memerah susu ibu mereka ialah:
  • untuk membekalkan susu ibu kepada bayi yang terpisah daripada ibu sama ada kerana bayi/ibu dimasukkan ke hospital, atau ibu bekerja dan meninggalkan bayi kepada pengasuh
  • bayi tidak dapat melekap pada puting payudara ibu dengan berkesan disebabkan lahir pramatang atau masalah oral
  • untuk melegakan bengkak payudara atau duktus tersumbat dan mengelakkan mastitis
  • puting payudara yang luka/melecet
  • meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu



Terdapat beberapa kaedah/cara yang boleh digunakan ibu-ibu untuk memerah susu:

1.Memerah dengan tangan
  • memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
  • basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
  • sediakan bekas yang bersih dan steril
  • lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
  • boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  • buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
  • melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
  • tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
  • buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
  • tekan payudara ke belakang ke arah dada
  • perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
  • teruskan memicit sehingga susu keluar
  • perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
  • buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
  • tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
  • ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
  • tukar ke payudara yang satu lagi
  • urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi 
  • perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
  • setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

2. Memerah dengan pam payudara
  • baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
  • basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
  • basuh tangan dengan bersih
  • duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  • rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
  • posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
  • mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
  • boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
  • pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
  • masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

Panduan umum:

:: Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
:: Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
:: Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
:: Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri,single pump atau double pump
:: Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
:: Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
:: Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
:: Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

-----
Sumber: thewomens.org.au, breastfeeding.com, breastfeeding.asn.au, my.inova.com
Credit: Kump. Ibu Menyusu (KIM)

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi