Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Sunday, 12 October 2014

Berpantang dengan Shaklee

Posted by Unknown at 16:01 0 comments
Assalamualaikum semua.... :)

Pagi ni Sal nak share tentang pengalaman pertama Sal berpantang dengan Shaklee. Sal kenal Shaklee masa Humaira dah 4 bulan...so, pengalaman dengan Shaklee bermula semasa perjalanan penyusuan Humaira.

Kiranya, bermula dari situ lah Sal mula consume Shaklee sampailah sekarang termasuk waktu pantang sekarang ni. Produk pertama yang Sal ambik dan terus jatuh cinta ialah ESP! Masa mula2 nak minum tu, memang ada rasa yang agak pelik...yela, pure soya...Sal selalu ambik dengan Milo, Horlicks atau susu. Alhamdulillah..lama kelamaan Sal makin jatuh cinta dengan rasa ESP dan ofkos dengan kesannya juga.

Berpantang kali kedua ni Sal memang ambik supplement Shaklee untuk dalaman dan set Tanamera serta NR untuk luaran (beli loose je..).

Antara vitamin Shaklee yang Sal ambik ialah Vitalea, B complex, SR Vit C, Zinc Complex (set asas untuk berpantang)...lagiii ESP, Ostematrix, Lecithin, GLA Complex, Vivix dan Alfalfa Complex (ambik selepas 2 minggu berpantang)...agak2 banyak tak? Kalau yang tak biasa ambik mesti fikir banyakkan? Sal tak ada la ambik semua sekaligus...ada jadualnya..sebab tu penting untuk beli dari distributor yang boleh tolong jadualkan pemakanan vitamin kita..tak ada la ambik sekaligus, kesian buah pinggang kita nanti :)



Ok, Sal nak cerita serba sedikit la fungsi setiap supplement yang Sal ambik tu.
  • Vitalea with Iron Formula (Multivitamin) - pulihkan tenaga ibu bersalin, pembentukan sel darah merah baru yang banyak hilang sewaktu bersalin, mengelakkan ibu berpantang daripada menjadi pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya.
  • B Complex - membantu menstabilkan hormon badan kita dan penting untuk mengelakkan ibu dalam pantang mengalami kemurungan.
  • Vitamin C - meningkatkan antibodi tubuh, pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan penyembuhan luka serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
  • Zinc Complex - membantu mempercepatkan proses baik pulih luka terutama luka dalaman (berfungsi seperti ikan haruan)
  • ESP - memberikan tenaga kepada ibu dalam pantang, memulihkan sel-sel badan yang rosak, membantu melancarkan penghasilan susu ibu serta mencantikkan kulit kembali kulit ibu selepas bersalin.
  • Ostematrix - membantu pelawasan, membantu tidur lebih lena dan bangun pagi lebih cergas.
  • Lecithin - emulsikan lemak (uraikan lemak ke molekul lebih kecil supaya senang diangkut keluar), kurangkan bengkak susu dan membantu pengeluaran susu lebih lancar.
  • GLA Complex - stabilkan hormon dalam pantang, mengelakkan kelesuan dan tingkatkan stamina dalam pantang
  • Alfalfa Complex - membantu menggalakkan pengeluaran susu dan membantu proses detox (keluarkan toksin dari badan)
  • membantu memberikan tenaga, tingkatkan imun badan dan untuk kesihatan menyeluruh selepas bersalin.

Waktu mengandung hari tu pun Sal ambik vitamin untuk wanita hamil seperti Vitalea, B complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix dan Vivix (jarang2)...alhamdulillah proses kehamilan kali ni berjalan lancar...HB cantik, BP ok, no GDM, kurang cramp dan sakit pinggang, tiada masalah sembelit..kesimpulannya semua ok tanpa ambil ubat klinik.

Berpantang kali ni, memang cepat sangat sembuh. Kurang 2 minggu luka dah baik sepenuhnya dan 3 minggu dah sihat. Sekarang ni dah 34 hari dalam pantang dan dah tak rasa dalam pantang...hehehe...tapi Sal teruskan la jugak pantang...lebih kurang seminggu lagi nak merdeka...yeayyy!!

Balik kampung Raya Haji baru ni, family dan orang kampung tegur Sal tak ada rupa orang dalam pantang. Yela, Sal tak ada la memeruk je dalam bilik berbaring...macam biasa2 je...berbaring waktu menyusu dan tidur malam je...hehe..satu lagi, diorang puji Fateh dah kuat, tak macam umur bawah sebulan. Kepala dah boleh tegak sikit2, badan kejap dan senang dipegang. Kakak ipar Sal cakap Fateh terlebih zat besi...hihi..sekarang kepala dia dah boleh angkat dah pun...alhamdulillah...Shaklee banyak membantu :)

Bagi anda yang masih tercari-cari kenapa anda perlu ambil Shaklee sewaktu hamil dan berpantang, anda dah tak perlu ragu lagi. Terbukti Shaklee boleh membantu anda merasai pengalaman hamil dan berpantang yang berbeza! (dengan izin Allah jua).

Inilah cerita #shakleeeffect Sal...

Boleh hubungi Sal untuk KONSULTANSI PERCUMA ye

———————

Untuk Info & Order:









Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Wednesday, 30 April 2014

SEMBELIT KETIKA HAMIL

Posted by Unknown at 09:19 0 comments
Masalah sembelit ketika hamil adalah disebabkan peningkatan hormon tertentu ketika ibu sedang hamil.


Akibatnya sistem saraf pembuangan akan menjadi lemah serta berlakunya kelemahan pada otot-otot saluran pencernaan. Hal ni boleh menyebabkan makanan akan menjadi lebih lama di dalam perut sehingga ibu hamil sukar membuang air besar. 




Apa yang perlu anda ketahui?

Jika anda tahu, sembelit mampu menyebabkan buasir. Ketika anda hamil, sembelit akan menyusahkan anda. Jika anda membiarkan sembelit berterusan tanpa apa-apa tindakan, ibu hamil lebih mudah mendapat buasir.

Sebagai contoh, anda kurang membuang air besar melebihi 3 hari, najis kering, dan sukar dikeluarkan bahkan kadangkala perlu meneran dengan kuat untuk membuang air besar. Hal ini akan menyebabkan otot-otot pada pembuluh darah di dalam lubang dubur akan melemah. Oleh sebab itu, ibu hamil mudah mendapat buasir.

Antara cara yg boleh diambil bagi mengatasi masalah tersebut:

- Amalkan pengambilan nutrien yang seimbang dan jumlah yang mencukupi dalam pemakanan harian.

- Amalkan pengambilan makanan berserat setiap hari. Biasakan meminum air kosong satu gelas selepas bangun pagi atau 1½ hingga 2 liter sehari semalam

- Amalkan senaman atau gerakan fizikal setiap hari

Sekiranya sembelit menyerang ibu-ibu perlulah:

- Perbanyakkan pengambilan makanan berserat. Ambil sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau kering, contoh bijirin, kekacang atau betik

- Banyakkan minum air atau jus buah-buahan. Air dan jus buah-buahan sangat penting bagi pergerakan sisa buangan dalam salurannya.

- Dapatkan nasihat doktor. Jika sembelit masih tidak berkurang, dapatkan nasihat doktor, kemungkinan anda perlukan supplement.


Bagi ibu hamil di luar sana, sila lah berusaha untuk mengelakkan anda daripada terkena sembelit ketika hamil ye. 

Amalkan cara pemakanan yang sihat beserta pengambilan makanan pelengkap yang dibekalkan oleh doktor. Pemakanan yang seimbang ini juga amat penting bagi perkembangan bayi dalam rahim sekaligus mengelakkan penyakit kepada ibu hamil itu sendiri.

Untuk pengambilan supplement, Sal amat-amat cadangkan ibu-ibu untuk mencuba Ostematrix bagi mengatasi masalah sembelit ni terutama ketika hamil. Sal dah cuba dari mengandungkan anak pertama lagi. Memang rasa perbezaannya sebelum dan selepas amalkan Ostematrix.


Bagaimana ostematrik membantu dalam mengatasi masalah sembelit?

Antara kandungan utama di dalam OSTEMATRIX adalah:

  • Kalsium
  • Magnesium
  • Vitamin D
  • Boron
  • Manganese, copper, zink
Bahan yang membantu dalam mengatasi masalah sembelit adalah MAGNESIUM...bagaimana pula magnesium boleh membantu mengatasi masalah semebelit?

Magnesium membantuq meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut.

Efek ini berlaku melalui dua mekanisme:

1. Magnesium merehatkan otot dalam usus - ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.

2. Magnesium 'menarik' air - ia meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.

Disebabkan magnesium akan 'menarik' air, anda dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah mengambil supplement OSTEMATRIK.

Jadi, jangan teragak2 lagi untuk mencuba ye....seksa sangat kalau sembelit lebih2 lagi ketika hamil...

Untuk sebarang konsultansi, boleh hubungi Sal ye...jangan risau, PERCUMA je...insyaAllah Sal akan membantu mana yang mampu...yang penting kita usaha :)

----

Untuk Info & Order:


Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Thursday, 17 April 2014

Kelebihan Ostematrix Berbanding Supplemen Kalsium Jenama Lain

Posted by Unknown at 07:26 0 comments
Ostematrix merupakan pil kalsium yang isinya paling seimbang bagi memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formula Ostematrix yang unik, diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.





Semua nutrien ini perlu diambil bersama-sama bagi memaksimumkan penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Untuk pengguna dan bakal pengguna supplemen kalsium di luar sana...sila semak pil kalsium yang kita ambil setiap hari tu. Adakah ianya mengandungi nutrien-nutrien magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron untuk memaksimakan kadar serapan kalsium yang kita ambil tu?

Sebagai contoh, supplemen kalsium yang kita ambil ialah 600mg..tapi yang dapat diserap tubuh hanyalah 300mg. Hanya separuh yang diserap daripada yang sepatutnya. Membazirkan? Bukan sahaja membazir tapi bagaimana dengan tulang kita yang kekurangan kalsium tu? Tak dapat apa yang sepatutnya dia dapat...

BAGAIMANA MEMILIH KALSIUM PREMIUM YANG TERBAIK?

* Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium untuk membantu serapan maksimum.
* Hindari produk yang dibuat daripada tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum.
* Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

----

Untuk Info & Order:


Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Sunday, 6 April 2014

Ostematrix Untuk Kurus?

Posted by Unknown at 08:56 0 comments
Hari ni genap setahun Sal berblog....alhamdulillah...tak percaya pun ada...dulu sebelum buat blog, macam2 duk fikir, tak reti la, tak pandai la, tak tahu la...hehe....belum cuba belum tahu...tak ada la susah mana pun...yang susah tu, time nak update entry je...kadang2 blur nak share apa....

Opps!!

Dah lari tajuk....sebenarnya entry hari ni Sal nak cerita tentang peranan Ostematrix atau lebih tepat lagi peranan kalsium dalam membantu seseorang tu untuk kurus....

Ha, jangan ingat Omega, Lecithin, Herblax, Alfalfa, ESP dan Cinch je boleh bantu kita untuk kurus...even produk2 yang Sal sebut tadi memang famous sebagai produk untuk kurus, tapi jangan sesekali lupakan KALSIUM ye...sebabnya KALSIUM juga berperanan untuk membantu kita kurus....percaya?


KALSIUM sebenarnya berperanan dalam membantu MENGEKALKAN BERAT BADAN OPTIMUM ...lelaki dan perempuan...bagaimana?

Jika badan kita kekurangan kalsium, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon PARATIROID yang akan merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya.

Selain itu, hormon ini juga merangsang PENGELUARAN LEMAK dan juga MENCEGAH PEMBUANGAN LEMAK tersebut,dan akhirnya boleh membawa anda semua kepada masalah KEGEMUKAN! Ish....tak boleh jadi ni....jadi, pada sesiapa yang rasa diet harian dia memang kurang pengambilan kalsium terutamanya yang tak suka susu atau produk tenusu tu...sila berhati-hati ye...

Tapi, kalau ambik susu, kena fikir kandungan lemak dan kalorinya pulak...jadi macamana nak kurus? Kalsium bukan hanya dari susu, banyak lagi sumber makanan dari kalsium...ha, rujuk entry ni..

Kalau rasa susah sangat, telan je Ostematrix ni...habis cerita...1 tablet bersamaan 250mg...so keperluan kalsium kita average nya dalam 1000mg sehari...untuk ibu mengandung dan menyusu kena up sikit la dalam 100-200mg...

Jadi, kalau anda sedang berdiet atau nak kawal berat badan kekal ideal tu sila pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi...elak OBESITI dan bahaya kepada masalah2 kesihatan yang lain jugak..

Ha, apalagi sila dapatkan pil kalsium anda hari ni...pilihan Sal semestinya Ostematrix Shaklee....dah hampir 2 tahun Sal amalkan sebelum benar2 kenal Shaklee lagi dan memang SANGAT2 PUAS HATI! Belum cuba belum tahu ye :)

-----

Untuk Info & Order:


Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Friday, 4 April 2014

[PROMOSI APRIL 2014] - Ostematrix Beli 6 PERCUMA 1

Posted by Unknown at 07:33 0 comments
Assalamualaikum semua....selamat pagi!

Hari ni dah masuk 4 April...bermakna dah 4 hari berlangsungnya promosi produk Shaklee untuk bulan ni...tapi baru berkesempatan nak update blog...ya hampun...busy bebenor....hehe

Ok la..berbalik pada tajuk entry....Sal just nak inform kat anda semua tentang promosi Shaklee April ni iaitu Ostematrix, pil kalsium dari Shaklee. Bila sebut kalsium je mesti kita hanya akan fikirkan susu kan? Betul tak? Sebenarnya banyak lagi sumber kalsium yang boleh kita peroleh dari makanan dan sayuran yang ada contohnya keju, tauhu, badam, sayuran hijau seperti kailan dan sawi, ikan terubuk dan banyak lagi.



Promosi BELI 6 Ostematrix PERCUMA 1 ni sangat2 berbaloi dan menjimatkan tau....terutamanya untuk ibu mengandung macam Sal sekarang ni...yela, kita tau yang ibu mengandung memang sangat-sangat perlukan kalsium untuk diri sendiri dan untuk pembentukan tulang serta gigi bayi dalam kandungan tu.

Untuk ibu pulak, untuk elakkan kekejangan atau 'cramp', sakit-sakit pinggang dan lenguh-lenguh badan....satu lagi, Ostematrix ni sangat-sangat membantu untuk proses pelawasan. Bangun pagi pun mudah dan rasa segar je ....

1 botol Ostematrix mengandungi 120 tablet....disarankan untuk diambil 4 biji sehari sebelum tidur untuk memenuhi keperluan kalsium harian. Jadi, 1 botol tahan untuk sebulan. Kalau dah memang hari-hari amalkan, stok mestilah sentiasa ada kan....jadi sangat jimat untuk beli promosi ni...harga untuk 6 botol tapi dapat 7 botol!! Wallaa....

Jadi, apa tunggu lagi? Jom dapatkan pil kalsium TERBAIK anda dari Sal sekarang....

** Sal memang pengguna tegar Ostematrix...boleh hubungi Sal untuk info lanjut ok?

----

Untuk Info & Order:


Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Thursday, 27 March 2014

Pengambilan Kalsium Seharian dan Tanda-tanda Anda Kekurangan Kalsium

Posted by Unknown at 07:34 0 comments
" Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis."

Jadi, berapa banyak kalsium yang diperlukan? Institut Kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kecuali anda seorang yang tidak gemarkan susu atau jenis yang cerewet dalam memilih makanan, adalah sukar untuk memperolehi jumlah kalsium ini menerusi diet seharian. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya tetapi sebenarnya pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari dan ini merupakan sebab utama wanita mudah dilanda wabak osteoporosis.

Antara tanda-tanda kekurangan kalsium ialah:

1. Otot & Saraf:
  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
  • Kejang otot
  • Wheezing (pernafasan berdehit)
  • Susah menelan 
  • Suara berubah akibat laryngospasm
2. Saraf:
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  • Letih
  • Sawan
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal
3. Jantung:
  • Sesak nafas
  • Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat
4. Kulit, rambut dan kuku:
  • Rambut kasar
  • Kuku rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering
  • Eczema-penyakit kulit
5. Tanda2 lain:
  • Kekejangan atau kram otot
  • Sukar/susah nak tidur
  • Perasaan berdebar2
  • Sakit Sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Gigi reput
  • Paras Kolestrol tinggi
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatiod arthritis
  • Rickets

Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.



Kenapa Shaklee Osteomatrix pilihan saya?

Ostematrix ni lengkap dengan unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D di dalamnya penting untuk memastikan penyerapan kalsium dalam darah adalah lebih efektif. Disarankan untuk mengambil 4biji Ostematrix sebelum tidur dan esoknya anda akan bangun pagi dengan cergas dan ceria, membuang pun memang mudah.. Alhamdulillah..


Tahukah anda mengapa kita perlu makan 4 biji ostematrix sebelum tidur?

Ini kerana penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke toilet, so tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. Dan sebagai bonusnya, kita akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp/sengal2 dan badan rasa lebih ringan.

Tahukah anda Shaklee OsteMatrix membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Credit: MommaMia


----

Untuk Info & Order:


Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Thursday, 13 February 2014

Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil

Posted by Unknown at 07:34 5 comments
Darah tinggi (juga dikenali sebagai Hypertension) berpotensi terjadi kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara 10 hingga 15 peratus, di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi.

Keadaan ini berlaku tidak kira sama ada di negara sedang membangun mahupun negara yang maju daripada aspek perubatannya.

 

Tekanan darah yang normal untuk orang yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang normal ialah 110 ke 70 atau 120 ke 80...api sekiranya tekanan darah melebihi 140, sudah tentu ia dikategorikan sebagai tinggi.

Terdapat dua jenis nama yang diberikan kepada masalah tekanan darah tinggi bergantung bila ia berlaku:

1. Berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Essential Hypertension.
  • Ini mungkin berlaku kerana sebelum mengandung si ibu sudah mempunyai tekanan darah yang tinggi. Pemeriksaan terhadap pesakit akan dilakukan untuk melihat sama ada terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.
2. Berlaku selepas usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Gestational Hypertension. Inilah yang dikatakan tekanan darah tinggi semasa mengandung.

Kenapa Berlaku Darah Tinggi Ketika Hamil?

Darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri.

“Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti yang sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna”.

Apa Risiko / komplikasi?

Ramai ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi telah melahirkan anak dengan selamat. Namun ini tidak bermakna anda boleh biarkan masalah ini tanpa pemeriksaan doktor kerana keadaan ini boleh menyebabkan beberapa masalah atau komplikasi lain. Antaranya adalah:
  • Kurangnya aliran darah ke placenta. Ini mungkin menyebabkan kurangnya nutrisi dan oksigen pada bayi dalam kandungan. Perkembangan bayi mungkin akan menjadi perlahan dan kemungkinan terjadinya kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.
  • Satu masalah yang dikenali sebagai placental abruption, di mana plasenta dipisahkan dari rahim lebih awal dari masa yang sepatutnya. Ini juga, boleh melucutkan pengaliran nutrien dan oksigen pada baby. Gejala utama placental abruption adalah pendarahan yang banyak.
  • Kelahiran pramatang atau terpaksa mengeluarkan bayi dari kandungan sebelum waktu matang.
- Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.

- Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, bayi perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi. Namun semua ni bergantung pada analisis doktor.

  • Dalam beberapa keadaan, tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menjadi petunjuk kepada masalah preeclampsia. Keadaan ini boleh mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap organ si ibu seperti buah pinggang, hati dan otak. Jika preeclampsia berkembang dalam wanita hamil, si ibu boleh diserang sawan, dan ini biasanya dirujuk sebagai eclampsia.

Kaedah Perubatan?


Sekiranya tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan dengan pengawasan rapi.

Kawalan dibuat sendiri (tanpa ubat) atau doktor akan mulakan pengambilan ubat darah tinggi.

Ibu hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan mereka kerana darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung.

Pendek kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan oleh makanan seperti pengambilan garam berlebihan.

Jika tahap darah tinggi ibu itu terlalu tinggi, mungkin doktor akan menyarankan bersalin awal dengan cara pembedahan Ceasarean kerana apabila tekanan darah terlalu tinggi, bahayanya adalah pada ibu.

Wanita hamil mengalami darah tinggi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri. Jadi sebaik sahaja bayi dilahirkan darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun kecuali ada faktor-faktor lain seperti usia si ibu yang sudah mencecah 40 tahun.

Terdapat kes di mana selepas bersalin tekanan darah tinggi tersebut tidak hilang....mungkin kerana secara semula jadinya darah tinggi itu sudah memang ada dalam dirinya kerana faktor umur atau juga faktor-faktor lain dan bukan sebab mengandung.

Rujukan: Utusan Online, Baby Center, Health Magazine, Mayo Clinic

Jika anda adalah ibu yang menghadapi tekanan darah tinggi sewaktu hamil, Sal cadangkan untuk anda mengambil Omega Guard dan Ostematrix bagi membantu mengatasi masalah anda.


Omega Guard iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.


OsteMatrix pula membantu meringankan stres. Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impluls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung berdebar, depresi, mood swing dan sakit kepala.


-----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Sunday, 17 November 2013

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Posted by Unknown at 01:42 0 comments
Setiap pasangan yang berkahwin tentu sangat gembira apabila mengetahui si isteri telah mengandung. Ini bermakna, kehidupan mereka akan berubah, dari berdua menjadi tiga, tiga jadi empat dan seterusnya.

Jadi sepanjang kehamilan, ibu-ibu perlulah menjaga diri dan bayi dalam kandungan sehingga selamat dilahirkan dengan menitikberatkan soal kesihatan, pemakanan dan makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan amat penting pada fasa kehamilan supaya nutrien dan zat dalam badan ibu cukup untuk memastikan perkembangan janin berada dalam keadaan yang baik.


Kenapa vitamin penting untuk ibu hamil?

  1. Semasa mengandung, ibu-ibu memerlukan khasiat dan nutrien yang lebih daripada biasa untuk diri ibu sendiri dan janin yang dikandung.
  2. Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat amat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan, namun cara hidup masa kini memungkinkan perkara2 tersebut tidak dapat dipenuhi.
  3. Kebanyakan ibu mengandung mengalami alahan dan muntah2 menyebabkan ibu tidak mempunyai zat dan khasiat yang cukup untuk disalurkan kepada bayi, jadi pengambilan vitamin amatlah digalakkan.
  4. Asid folik amat diperlukan dan sangat penting untuk tumbesaran saraf bayi sewaktu 3 bulan pertama...kekurangan asid folik dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect), jadi pengambilan asid folik bermula dari awal kandungan boleh mengurangkan risiko tersebut.
  5. Badan ibu mengandung memerlukan zat besi yang mencukupi bagi membina sel-sel darah merah yang lebih dari biasa bagi memastikan oksigen yang mencukupi dapat disalurkan kepada bayi seterusnya turut membantu pembinaan sel darah merah bayi.

Jadi, Sal nak share tentang pemakanan tambahan yang perlu untuk ibu2 mengandung:
  •  B-Complex - 1 biji sehari. Vitamin B Complex Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B, termasuklah asid folik.
  • Vita-Lea with Iron - 1 biji sehari. Vita-Lea merupakan multivitamin, jadi bagi ibu yang dah ambil Vita-Lea, Obimin dah tak perlu ambil ya.
  • Vit-C - 1 biji sehari untuk meningkatkan antibodi, mengahalang masalah alergi secara semulajadi dan merupakan sumber kolagen, jadi vitamin C membantu mengurangkan kesan stretch mark. 
  • OsteMatrix - 4 biji sehari (1 biji = 250mg Calcium) membekalkan 1000mg kalsium yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Jangan tak tahu ye, ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari untuk pembentukan tulang yang kuat dan gigi untuk bayi. Jika ibu2 ada meminum susu penuh kalsium segelas sehari, 2 biji Ostematrix sahaja pun dah mencukupi.
    • "When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on. (Baby Center)"



  • Protein (ESP) - Satu sudu ESP sekali sehari sudah mencukupi. Bancuh ESP ke dalam secawan air dan diminum. Boleh bancuh dengan air kosong atau pun mana2 air favourite ibu2 seperti oren jus, milo atau horlicks (sekadar berapa contoh). ESP membantu memberikan tenaga berterusan, supaya ibu2 tak cepat penat selain mencantikkan kulit dan mengurangkan kesan stretch-mark.
  • Omega Guard - 1 biji sehari. Kandungan DHA dan EPA dari Omega Guard penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Selain tu, Omega juga boleh membantu ibu2 mengawal paras kolesterol dalam badan sewaktu mengandung.
"The benefits for baby are:
    • A better brain with higher intelligence
    • Good nervous system development
    • Better eyesight from retina formation
    • Fewer behavioral problems after birth
    • Better sleep patterns for a new born

Health benefits for mom include:
    • Less chance of developing pre-eclampsia
    • Protection against brain loss during pregnancy
    • Less chance of pre-term labor and cesarean
    • Much lower risk of postpartum depression
    • Greatly reduced incidence of breast cancer

DHA and EPA make up about 70% of a newborn baby’s brain, retina and nervous system. The only way a fetus can get these important omega 3 fatty acids is from mom. And the amount is dependent on how much she's getting in her pregnancy diet. (BellaOnline)"




** Ostematrix digalakkan diambil pada waktu malam sebelum tidur kerana penyerapan kalsium akan lebih efektif ketika badan kita sedang berehat (tidur). Selain tu, kekerapan buang air kecil yang kurang pada waktu malam membantu tubuh menyerap kalsium dengan lebih baik. Apabila bangun keesokan paginya kita akan dapati yang badan kita akan lebih ringan dan segar serta mengurangkan masalah cramp.

Jika anda membuat pembelian daripada Sal, Sal akan bagi jadual makan untuk setiap vitamin ni beserta KONSULTANSI PERCUMA....istimewa untuk anda...

----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Monday, 29 July 2013

Kebaikan Ostematrix Shaklee

Posted by Unknown at 00:00 0 comments
Dah lama rasanya tak update blog ni...hehe...hari ni Sal nak share dengan anda semua tentang salah satu produk favourite Sal. Produk ni Sal start ambik waktu mengandungkan Humaira lagi dan produk ni juga merupakan salah satu sebab sal jatuh cinta dengan produk Shaklee...nak tahu apa dia? Ya, Ostematrix! Ostematrix ni dengan bahasa mudah merupakan pil kalsium Shaklee.

Tahukah anda yang kalsium merupakan salah satu komponen penting untuk tulang dan gigi kita? Sal ada buat satu entry berkaitan kepentingan kalsium di sini. Silalah baca yer :)

Ostematrix membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Ostematrix ni merupakan tablet bersalut yang diformulasikan supaya mudah ditelan. Untuk kesan terbaik, anda disarankan untuk ambil 4 biji sehari beserta makanan.

Siapa yang perlukan Ostematrix?
- Ibu hamil
- Ibu menyusu....juga turut membantu dalam penghasilan susu
- Orang yang tak suka / tak minum susu
- Orang tua 
- Orang yang mementingkan kesihatan tulang mereka.

Apa bezanya Ostematrix Shaklee dengan supplement kalsium lain di pasaran?

Ostematrix dilengkapi dengan unsur kalsium, magnesium dan vitamin D. Pengambilan kalsium sahaja tidak mencukupi. Tahukah anda bahawa Amerika Syarikat merupakan kadar tertinggi dalam penggunaan tenusu dan pengambilan kalsium, namun mereka merupakan kadar tertinggi dalam osteoporosis.**

Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar. Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan.

Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.


Pengambilan hanya 2 tablet Ostematrix sahaja berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.

***Pengambilan kalsium sepanjang hayat juga diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.

 
----------

Bagi yang tak suka atau tak boleh minum susu, Sal memang sarankan ambil Ostematrix ni. Sepanjang Sal amalkan Ostematrix ni, apa yang Sal dapat rasa perbezaannya ialah badan terasa lebih ringan, kaki dah kurang cramp, pinggang dan gigi dah jarang2 sakit, yang paling best, senang nak membuang! Hehehe...

Anda nak cuba? Boleh hubungi Sal untuk keterangan lanjut ye...

----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Thursday, 9 May 2013

[TESTIMONI] Rasa nak melompat sewaktu berpantang

Posted by Unknown at 05:46 0 comments

"Saya baru 8 hari berpantang, tp dah rasa sihat mcm sebulan dah.

- segar n cergas
- luka memang dah baik
- tiada sakit urat or lenguh tulang (rasa nk melompat je)
- perut kempis (yg ni paling best)
- no sembelit!
- susu lancar je

Saya amalkan:

1. Vitalea
2. B Complex
3. Vita C
4. Zinc
5. Ostematrix
6. ESP
7. Performance Drink
8. Lecithin.

Kawan-kawan yang nak berpantang boleh lah cuba set ini. Add on lah mana-mana yang perlu. Berpantang kali ini lebih mudah dari 2 anak yang sebelum ini :)"
- Puan Wanie Suhaimi

Tu diaaa...sampai rasa nak melompat...hehe..Alhamdulillah...Sal masa berpantang hari tu tak sempat kenal Shaklee lagi...memang ambil masa juga nak sembuh..in shaa Allah untuk adik Humaira ni boleh gunakan Shaklee as confinement set...hehehe..

Ok jom kita tengok satu persatu apa yang diamalkan oleh Puan Wanie ni.











Supplements basic untuk berpantang yang biasa dicadangkan kepada pelanggan ialah items 1-4. Setiap satu membantu memberi tenaga dan memulihkan badan. Sangat-sangat recommended untuk add on ESP kerana ia membaiki semula sel-sel yang rosak serta juga memberi tenaga. Selain itu ESP juga sangat popular di kalangan ibu-ibu menyusu dan yang ingin menjaga kecantikan kulit :) Pengambilan ESP menghalang rasa lapar yang kerap kerana kerap menyusukan bayi juga kerana ESP membuat perut rasa 'full'.

Ostematrix ialah sumber kalsium, dilengkapi Magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan lebih baik ke dalam badan. Sangat recommended juga dalam pantang ni especially sebab biasanya dalam pantang biasanya bayi suka 'bergayut' (menyusu) sahaja boleh kata sepanjang masa. So, kalau tak cukup kalsium mungkin akan adasakit pinggang. Selain itu ia membantu ibu-ibu kekal cergas apabila bangun pagi walaupun tidak cukup tidur melayan si kecil :)

Performance Drink pula menghalang ibu-ibu dari mudah dehydrate. Ia mengekalkan elektrolit dalam badan kerana badan ibu-ibu menyusu mudah kehilangan air dalam badan kerana proses penyusuan. Jika badan dehydrate, badan akan rasa cepat letih.

Lecithin pula melarutkan lemak-lemak yang terkumpul sewaktu mengandung. Selain menurukan paras kolesterol, ia menghalang clogged duct atau bengkak susu yang lazim berlaku beberapa hari selepas bersalin kerana susu baru terhasil.

Dan yang paling penting, supplements ini masih boleh diteruskan walaupun bayi anda mengalami demam kuning atau jaundice. Ini kerana ia supplements ini tidak mengandungi herba yang boleh menyebabkan bacaan bilirubin lebih tinggi. Credit

----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Wednesday, 8 May 2013

Berpantang dengan Shaklee

Posted by Unknown at 13:57 0 comments

Assalamualaikum...

Hari ni Sal nak share tentang supplements yang dicadangkan untuk ibu-ibu berpantang.

Waktu dalam pantang ni adalah waktu badan kita berada dalam proses pemulihan sebab waktu kita mengandung dan melahirkan, tubuh badan menerima macam-macam perubahan dan memberi impak yang besar pada badan kita.

Dalam waktu berpantang ni, penting untuk ibu-ibu memastikan tubuh badan pulih seperti sedia kala selain untuk kembali sihat dan cergas sebab kita pun perlu menguruskan suami, diri sendiri dan anak-anak yang lain (kalau ada). Sebab tu, penting untuk kita memastikan pemakanan yang diambil sewaktu dalam pantang adalah makanan yang sihat dan berkhasiat.

Ok lah, berbalik kepada set berpantang tadi, secara asasnya, basic supplements untuk berpantang adalah Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Zinc Complex. Setiap satu berfungsi untuk memberikan tenaga dan memulihkan badan.

Jom tengok apa fungsi yang spesifik untuk setiap satu vitamin ni.



Vitalea (Multivitamin)

Fungsi Vitalea sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu dan pembentukan sel darah merah yang baru bagi mengantikan sel darah merah yang telah hilang semasa bersalin. Vitalea juga lengkap dengan iron formula yang membantu ibu berpantang menjadi pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya kerana iron sangat-sangat membantu mengatasi masalah tersebut.

B Complex

B Complex membantu menstabilkan hormon badan kita . Ia sangat penting untuk mengelakkan ibu dalam pantang mengalami kemurungan. B Complex lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folik dan biotin. Selain itu, fungsi B Complex adalah menukarkan makanan kepada tenaga seterusnya amat membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.

Vitamin C

Vitamin C membantu meningkatkan antibodi tubuh secara konsisten dan ia juga penting untuk pembentukan kolagen. Selain itu, Vitamin C juga berfungsi mempercepatkan penyembuhan luka serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

Zinc Complex

Zinc Complex ni berfungsi ala-ala ikan haruan untuk ibu berpantang sebab ianya penting untuk membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (rahim). Ia juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin serta membantu masalah "kedinginan" di dalam pantang.

Ok, keempat-empat vitamin di atas adalah yang paling basic. Tapi ibu-ibu juga boleh 'add on' beberapa supplements lagi mengikut keperluan dan bajet. Antaranya, ibu berpantang boleh amalkan ESP dan Ostematrix bersama set berpantang untuk membanyakkan susu (in shaa Allah....tapi dengan amalkan konsep demand vs supply yer...)



Energizing Soy Protein (ESP)

ESP membantu memberikan tenaga kepada ibu dalam pantang serta penting untuk memulihkan sel-sel badan yang rosak. ESP juga berfungsi dalam membantu melancarkan penghasilan susu ibu serta mencantikkan kulit kembali kulit ibu selepas bersalin.

Ostematrix

Bagi ibu-ibu dalam pantang yang menyusukan anak, peranan kalsium tak boleh dipandang remeh kerana dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Selain itu, ostematrix juga membantu tidur ibu yang lena di malam hari dan ibu boleh menikmati hari yang cergas keesokannya walaupun terpaksa bangun malam untuk menyusu. Ostematrix juga membantu dalam pelawasan, jadi ibu dalam pantang tidak perlu bimbang tentang masalah sembelit lagi.

----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi