Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Monday, 9 February 2015

Punca Susu Ibu Merudum

Posted by Unknown at 16:58 0 comments
Setiap ibu mesti ingin berikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Betul tak? 

Sal juga seorang ibu dan Sal memang nakkan yang terbaik untuk anak-anak Sal terutamanya soal penyusuan mereka. 

Sal yakin dan pasti setiap ibu mahukan anak-anak mereka menyusu dengan susu ibu sahaja sekurang-kurangnya untuk 6 bulan dan kalau boleh memang nak lengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun.

Namun, tak semua berjaya menyusukan anak dengan susu ibu kerana kebanyakannya kurang ilmu berkaitan penyusuan ni. Bukan Sal kata yang Sal ni hebat, tahu serba serbi...bukan...jangan salah anggap ye..walaupun dah masuk anak kedua, Sal masih lagi belajar dan cari ilmu berkaitan penyusuan.

Untuk ibu-ibu terutamanya 'first time mother' perlulah bersedia tentang ilmu penyusuan ni dari seawal mengandung lagi...tak rugi pun malah kita akan lebih yakin untuk meneruskan misi dan niat murni kita tu.

Oleh itu, hari ni Sal nak share antara punca susu ibu merudum. Bila dah tahu punca, maka senang lah kita nak bertindak...betul tak?

1. Tidak mengamalkan konsep DVS (demand vs supply)

Ini merupakan syarat utama penyusuan. Ibu perlulah melakukan rangsangan (stimulate) yang kerap bagi menghasilkan susu samada melalui 'direct feeding' atau pun melalui pam setiap 2-3 jam sekali. Ramai ibu yang melakukan kesilapan dengan pam atau DF sewaktu breast penuh atau bengkak sahaja.  Bagi ibu yang mengepam, pastikan anda mengepam secara konsisten. Kalau boleh sediakan jadual mengepam mengikut masa anda sendiri.
Ingat ye..semakin kerap breast dikosongkan, semakin banyak susu akan dihasilkan. Jangan cepat putus asa kalau ibu lihat hasilnya yang tidak seberapa kerana itu juga adalah rezeki anak kita...sikit-sikit lama-lama jadi bukit :)

2. Period

Ibu yang sedang period kebanyakannya akan mengalami kemeruduman susu. Ini kerana sewaktu kita period, banyak darah akan keluar dan darah itu terdiri daripada 91% air. Apabila tubuh kehilangan air, susu juga akan merundum. Selain itu, ketika waktu datang bulan, ibu akan banyak kehilangan kalsium dan susu ibu itu sendiri mengandungi 40% kalsium. Ibu disarankan membanyakkan pengambilan kalsium dan kerapkan mengepam sewaktu period.
** Untuk sumber kalsium terbaik, Ostematrix menyediakan keperluan kalsium yang lengkap dengan magnesium, vitamin D dan mineral.

3. Kurang minum air kosong

air-putih (1)

Ibu yang menyusu disarankan untuk minum minimum 3L air sehari. Kenapa ye? Sebabnya komponen utama susu ibu adalah air. Kalau badan kita tak cukup air, macamana nak hasilkan susu kan? Air juga penting untuk memastikan sistem-sistem dalam badan kita berfungsi dengan baik. Ibu dalam pantang pun mesti minum air yang banyak.

4. Diet tak seimbang

Ingat ye...apa yang kita makan, itulah susu untuk anak kita. Jika ibu selalu skip makan, tubuh ibu akan kekurangan nutrisi dan khasiat...bila tubuh ibu sendiri kurang khasiat, macamana nak hasilkan susu untuk anak? Diet biarlah berpada, jangan skip makan dan paling penting pastikan diet pemakanan kita seimbang.
** Kalau nak pekatkan susu, ibu mestilah makan makanan yang kaya dengan protein seperti ikan, ayam, daging. Paling mudah, amalkan ESP (Energizing Soy Protein) untuk sumber protein terbaik..insyaAllah :)

5. Letih dan stress

Proses penyusuan ibu melibatkan 2 hormon iaitu prolaktin (untuk hasilkan susu) dan oxytocin atau dipanggil 'hormon gembira' (merangsang susu keluar). Sebenarnya, emosi ibu sangat berkait rapat dengan penghasilan susu. Bila ibu happy dan tidak stress, hormon oxytocin akan terhasil seterusnya merangsang hormon prolaktin yang akan merangsang pula kelenjar susu untuk hasilkan susu. Tapi, jika ibu stress, hormon oxytocin akan kurang dihasilkan, maka akan membantutkan juga penghasilan susu.

6. Pam yang digunakan tidak sesuai

Setiap jenis pam yang berbeza, juga berbeza kesesuaiannya untuk semua orang. Bila kita gunakan pam yang tidak sesuai, suction akan menyakitkan, pam tak optimum dan hasil perahan juga berkurang. Jadi, ibu mestilah memilih pam yang sesuai dengan breast kita. Cadangan Sal, gunalah double pump bagi menjimatkan masa dan memudahkan proses mengepam. Pernah tak ibu pam sebelah, tapi breast satu lagi turut sakit dan berdenyut? Ini kerana, sewaktu mengepam dan 'let-down', kedua-dua breast akan menghasilkan susu. Jadi, jika pam serentak untuk dua-dua belah, susu yang dihasilkan akan lebih banyak berbanding menggunakan single pump.

7. Anak dah mula makan

Bila anak dah mula makan, secara automatik anak akan kurang menyusu sebab mereka dah mula kenyang dengan makanan selain daripada susu. Jadi, ibu perlu menambah kekerapan mengepam dari sebelum anak mula makan untuk memastikan bekalan susu tidak putus atau berkurangan.

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah susu kurang secara tiba-tiba, kenali puncanya dan cuba selesaikannya dengan tips yang Sal kongsikan tadi.

Apa-apa pun, yang penting adalah 'mindset' ibu itu sendiri. Sentiasalah berfikiran positif dan sentiasa ingatkan diri, tanam dalam minda dan hati yang kita ingin menyusukan anak kita ekslusif sehingga 6 bulan dan meneruskan penyusuan sehingga usia mereka 2 tahun.

HAPPY BREASTFEEDING! :)

201410150115

Bagi yang ingin cuba supplement untuk penyusuan, hubungi Sal untuk KONSULTANSI PERCUMA.

-----

Untuk Info & Order:


Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Friday, 31 October 2014

Makanan Untuk Ibu Menyusu

Posted by Unknown at 09:21 0 comments
Susu ibu merupakan sumber makanan terbaik dan penting dalam memastikan tumbesaran bayi bagi mengelakkan bayi dijangkiti penyakit yang tidak diingini. Bayi akan bergantung sepenuhnya kepada susu ibu sejak lahir sehingga beberapa bulan awal kelahirannya bagi memenuhi keperluan pemakanannya. Oleh itu, amatlah penting untuk si ibu memakan makanan yang sesuai, sihat dan seimbang kerana makanan yang dimakan akan disalurkan juga kepada bayi melalui susu ibu.

Hari ni, Sal nak share tentang makanan untuk ibu menyusu yang perlu bagi mengekalkan kandungan nutrisi dalam susu ibu.

1. Ikan Salmon
Ikan Salmon memang  kaya dengan kandungan lemak yang  penting  iaitu DHA, sejenis asid lemak pada omega-3. DHA adalah zat makanan yang paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. Hasilnya, bayi anda akan dapat berkonsentrasi dengan lebih baik dan cerdas. Oleh itu, makanlah Salmon sebanyak 2-3 porsi dalam seminggu untuk menghasilkan susu yang baik buat si kecil anda. Selain ikan salmon, ikan tuna dan patin juga kaya dengan kandungan lemak positif ini.

2. Produk tenusu rendah lemak
Susu rendah lemak, yogurt, dan keju sangat bagus untuk ibu yang menyusukan, kerana mengandungi sumber kalsium, protein dan vitamin B dan D. Dengan mengambil kalsium yang secukupnya untuk tubuh anda sendiri, susu yang dihasilkan juga akan melimpah dengan kalsium untuk bayi anda. Cuba selitkan sekurang kurangnya 3 cawan produk tenusu dalam diet anda setiap hari untuk membekalkan kalsium yang secukupnya untuk si kecil.

3. Sayur-sayuran hijau
Sayuran seperti bayam dan kangkung mengandungi zat besi yang baik bagi anda. Setiap 100g sayuran hijau mengandungi sekitar 2.7mg zat besi dan 204mg kalsium. Sayuran segar juga harus ada dalam menu makanan anda setiap hari, untuk suplemen vitamin A, C, B1, B2, B12, niasin dan asid folik yang sangat diperlukan pada masa menyusukan.

4. Roti wholemeal dan beras merah (Brown rice)
Asid Folik adalah sumber nutrien penting untuk susu ibu, dan sumber ini boleh didapati dari roti bijirin, beras, biji-bijian seperti gandum, jagung, oats, pasta dan lain lain yang kaya dengan serat dan zat besi  buat si kecil, selain memberi lebih tenaga untuk ibu.

5. Daging
Ibu yang menyusukan memerlukan lebih tenaga, jadi lebihkan protein dan vitamin B-12 dalam diet seharian. Kedua-dua nutrien ini terkandung dalam daging.

6. Kekacang
Kekacang dan legum adalah sumber protein yang baik bagi menggantikan daging. Ia juga membantu menstabilkan paras glukos dalam darah, mengimbangkan tindak balas elektrolit dalam tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak. Untuk mengoptimumkan khasiatnya dalam susu anda, kekacang seeloknya dimasak dengan minyak atau diambil bersama makanan berasaskan minyak. Contohnya seperti hummus (dicampur minyak zaitun).

7. Telur
Kuning telur mengandungi sumber vitamin D, antara nutrien terpenting untuk mengekalkan tulang yang sihat untuk ibu dan juga penumbuhan tulang yang kuat untuk bayi. Mudah untuk didapati dan juga senang untuk disediakan, cuma pukul beberapa biji telur untuk sarapan,  sediakan omelet untuk makan tengahari, atau rebus telur dan hidang bersama salad untuk makan malam. Telur jenis Omega atau yang diperkaya dengan DHA amat bagus bagi penambahan asid lemak yang baik untuk susu anda.

8. Buah-buahan
Ibu yang menyusukan bayi harus makan sekurang-kurangnya dua atau lebih porsi buah-buahan segar setiap hari. Buah Oren dan Blueberi adalah pilihan yang terbaik untuk ibu yang menyusukan, kerana ia mengandungi vitamin C dan mineral yang secukupnya. Bekalkan diri anda dengan beberapa biji buah oren, atau sebotol jus oren segar supaya boleh diminum dimana-mana sahaja.

9. Minum air putih dengan banyak dan kerap
Air putih merupakan sumber cairan yang penting untuk menghasilkan susu. Menyusukan si kecil akan membuatkan anda kerap merasa haus,  jadi anda perlu minum air yang banyak. Gunakan tahap kehausan anda sebagai panduan. Cuba minum 10 gelas air setiap hari dan cuba untuk minum air setiap kali anda hendak menyusukan bayi. Hadkan minuman ringan, air berperasa, air buah, kordial dan minuman diet kerana kandungan nutrisi yang rendah dan berkemungkinan mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Jika anda rasa susah untuk dapatkan makanan segar seperti saranan di atas, anda boleh cuba amalkan set cadangan untuk ibu menyusu. Ianya lengkap dengan keperluan vitamin, mineral dan nutrisi yang diperlukan oleh ibu menyusu. Sal pun sekarang memang amalkan supplement Shaklee dan alhamdulillah susu sangat meriah....tapi, dengan syarat kenalah pam atau bf dengan kerap (konsep demand vs supply). Sal ambik set lengkap ni.

201410150115

Satu lagi nak pesan..ibu menyusu dilarang berdiet yang keterlaluan ye kerana ia boleh menjejaskan kandungan dan nutrisi susu ibu. Makanlah makanan yang berkhasiat mengikut sukatan dan saranan yang sesuai dengan kita..happy breastfeeding mommies!  :)


-----

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Saturday, 20 September 2014

Pengalaman Bersalin

Posted by Unknown at 16:10 0 comments
Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 22 Sal berpantang, maksudnya dah 22 hari Sal selamat melahirkan seorang baby boy...sepasang sudah... :)

Hari ni Sal nak cerita serba sedikit tentang pengalaman bersalin anak kedua Sal yang dinamakan Muhammad Al-Fateh ni...nama ni dipilih sebab ayah dia suka sangat dengan cerita kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah berjaya membebaskan kota Constantinople (kini Istanbul)...hehe..kalau nak cerita pasal kisah Muhammad Al-Fateh ni kena buat entry lain la ye...insyaAllah Sal akan buat satu entry nanti.. :D

Berbalik pada tajuk entry ni...sebenarnya, tak ada banyak sangat pengalaman pun...cuma nak berkongsi dengan anda semua apa yg dah Sal lalui...dulu masa lahirkan Humaira terpaksa czer sebab kedudukan dia songsang dan anak sulung, jadi Sal tak berani nak ambik risiko untuk bersalin normal. Jadinya, anak kedua ni Sal berjaya lahirkannya secara normal..itu bermakna tak semestinya anak sulung czer, anak-anak yang lain pun perlu czer ye...yang penting kita kena betul-betul yakin yang luka dalaman kita dah elok dan menepati syarat-syarat doktor...hehe

Sal start sakit kul 4 pagi pada 9/9...masa tu usia kandungan 39 minggu 5 hari..EDD Sal sepatutnya 12/9. Sal tak ada tanda keluar darah atau 'leaking', cuma tiba-tiba terbangun sebab rasa sakit perut. Malam sebelum tu Sal makan durian, nak lepaskan hajat sebelum bersalin kononnya, so ingatkan sakit perut sebab makan durian. Pergi toilet tapi tak ada rasa nak membuang dan sakit dia jadi makin kerap...lepas dah tak tahan sakit tu terus kejutkan husband. Kami siap-siap dan hantar Humaira rumah pengasuh dan terus ke KPMC Kajang.

Sampai KPMC dalam 7.30 pagi macam tu, register dan terus ke LR. Nurse cek bukaan dah 6cm...terkojut mak...hehehe..maklumlah ni kira anak pertama lahir normal, so tak ada pengalaman. Waktu ni sakit dah makin kerap. Dalam 9.30-10.00 pagi macam tu, Dr Anita Rina datang cek bukaan 8cm dan dia pecahkan air ketuban. Lepas air dah keluar, perut makin sakit dan makin kerap contraction. Waktu tu Sal cuba buat teknik bernafas untuk kurangkan rasa sakit sambil selawat dan baca doa Nabi Yunus. Time tak sakit, cuba minum air dan makan kurma untuk tenaga nak meneran nanti..hehehe...tapi kurma pun rasa tak tertelan dah.

Kadang-kadang rasa sakit nak meneran tu ada, macam nak be**k..nurse bagitau kalau nak berak, berak je...hahaha...bila tak tahan tu Sal tanya tak boleh teran lagi ke? Doc cek bukaan baru 9cm. Dia cakap kalau anak kedua bersalin normal dah boleh teran tapi ni kira macam anak pertama la kan, memang kena tunggu bukaan penuh 10cm. Doktor ada cakap, kalau nak cepatkan bukaan kena teran sikit-sikit macam teran nak berak. Waktu tu dah confuse dah...macamana teran nak keluar baby dan teran nak berak ni? Tak sama ke? Kan teran-teran belum masanya pulak...

Pukul 11 macam tu doktor datang cek jalan dia cakap dah boleh teran ni....nanti bila rasa sakit, teran je...so apalagi bila sakit je terus teran..ambik nafas panjang dan teran sekuat hati...alamak, masa tu cam dah tak cukup tenaga...2 kali teran tak berjaya lagi. Doktor cakap contraction Sal pendek...tak sempat teran, dah hilang sakitnya...doktor cakap kena vacuum ni. Waktu tu redha je la sebab fikirkan baby lama-lama tak keluar kang lemas pulak dia. Dengan bantuan vacuum dan sekali teran, tepat jam 11.20 pagi lahirlah buah cinta kedua kami :)

Lepas dipotong tali pusat dan dibalut, nurse bagi baby untuk disusukan...oh! bahagia sangat waktu tu...dia sangat pandai menyusu...alhamdulillah susu terus ada untuk Muhammad Al-Fateh.

Maka, bagi yang dah sampai EDD tapi belum ada tanda, silalah makan durian ye...hehehe...gurau je..apa2 pun semuanya kuasa Allah..durian tu mungkin penyebab je...

Jumpa lagi :)

Monday, 20 January 2014

Tips Bayi Pintar

Posted by Unknown at 16:41 0 comments
Bagi ibu bapa dan bakal ibu atau bapa, jom kita praktikkan tips untuk jadikan bayi kita pintar....credit to mamafaiz.

Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama kehidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran.Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).

Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:

1. Bertentang mata. 
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.

2. Bercakap-cakap dengannya
Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.

3. Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. 
Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi.Tambahan pula, susu badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. Jelirkan lidah
Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.

5. Hasilkan buku binatang. 
Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk dijadikan album.
Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.

6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya. 
Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. Tunjukkan perbezaan. 
Pegang dua keping gambar beberapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada).Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8. Berkongsi pandangan. 
Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9. Nyanyikan lagu untuknya
Kajian menunjukkan mempelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya
Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.

11. Beri kata kunci
Jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.

12. Beri kejutan. 
Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.

13. Sediakan banyak tisu. 
Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.

14. Baca buku berulang kali
Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta membantunya mempelajari bahasa.

15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa. 
Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

16. Main dengan warna. 
Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.

17. Biarkan dia bermain dengan makanannya. 


Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

18. Jangan lupa rehat. 
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
 

Semoga bermanfaat buat semua....

p/s: Gambar sekadar hiasan...anak kesayangan saya...Nurzara Humaira :)

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi