Showing posts with label Set Penjagaan Bibir. Show all posts
Showing posts with label Set Penjagaan Bibir. Show all posts

Friday, 18 November 2016

TIPS BIBIR SIHAT & CANTIK

Posted by Unknown at 11:08 0 comments
Bibir yang kering dan menggelupas merupakan antara masalah yang kerap dan biasa dihadapi oleh kebanyakan orang.
Ramai yang beranggapan bibir kering itu boleh dirawat dengan hanya memakai pelembap bibir sahaja.
Mungkin itu boleh membantu tapi jika anda salah memilih jenis pelembap bibir, ia boleh menyebabkan bibir menjadi gatal, menggelupas dan bertukar menjadi hitam.
Sal akan kongsikan beberapa tips penjagaan bibir yang boleh membantu anda mengatasi masalah bibir yang biasa terjadi.

1) SCRUB BIBIR
Perkara utama yang perlu dilakukan bagi memastikan bibir sentiasa sihat dan tidak kering adalah dengan menanggalkan sel-sel kulit mati di bahagian bibir.
Seminggu sekali pastikan bibir anda di scrub. Antara kaedah yang boleh anda lakukan ialah ambil sedikit gula dan tambahkan beberapa titis minyak zaitun. Sapu ke bahagian bibir anda, dan gosok secara perlahan.
Amalkannya secara konsisten dan anda akan dapati bibir anda akan nampak lebih cerah dan lembut.
Selain itu, boleh juga lakukannya dengan kaedah lain iaitu ambil sehelai tuala kecil yang bersih, basahkan tuala dan gosok bibir anda dengan lembut untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Pastikan bibir digosok dengan lembut agar permukaan bibir tidak cedera.

2) LIP BALM
Menjadikan penggunaan lip balm sebagai rutin harian amat penting untuk memastikan bibir anda sentiasa lembap.
Pastikan juga anda menggunakan lipbalm terlebih dahulu sebelum memakai lipstick bagi memastikan kelembapan bibir sentiasa terpelihara.
Pilih lipbalm yang sesuai, iaitu yang mengandungi SPF 30 untuk melindungi bibir anda dari sinaran matahari yang boleh merosakkan bibir.
Anda juga digalakkan untuk memilih lipbalm yang berwarna untuk membuatkan bibir anda nampak lebih sihat.
Lipbalm yang mengandungi minyak Jojoba atau Shea Butter juga sesuai untuk meningkatkan kelembapan bibir anda.

3) PEMAKANAN
Selain penjagaan luaran, amat penting untuk kita menitikberatkan penjagaan dalaman.
Pengambilan makanan bergaram perlu dikurangkan kerana ini antara penyebab bibir anda cepat kering.
Selain itu, anda juga perlu kurangkan pengambilan minuman berkafein kerana ia akan membuatkan warna bibir anda menjadi lebih gelap dan tidak menarik.
Pastikan anda minum air secukupnya setiap hari untuk mengekalkan kelembapan bibir.

#inspirasisihatcantik
#feelbeautifulnaturally
#sharingiscaring


Thursday, 17 November 2016

Irresistible Lip Treatment Sahabat Baik Bibir Anda

Posted by Unknown at 21:49 0 comments

Antara produk best seller kami adalah IRRESSISTIBLE LIP TREATMENT / COLOR ni.

Ia dirumus khas untuk:
❤ Merawat bibir
❤ Melembapkan bibir
❤ Memberi sedikit warna tanpa merosakkan bibir.

Paling penting ianya bebas kimia.

Menggabungkan bahan premium terbaik seperti Jojoba Oil, Coconut Oil, Argan Oil, Beeswax (lilin lebah asli), Sheabutter dan Mica Powder (pewarna neutral, bukan pewarna sintetik) menjadikan ILT ni sahabat terbaik untuk bibir anda.

Kenapa bahan-bahan ni dipilih ya?

✔ Jojoba oil - Ia mengandungi hampir semua vitamin dan mineral yang perlu bagi kesihatan kulit. Kaya dengan vitamin E, B-complex, copper, zinc, selenium, iodine dan chromium. Ia terkenal untuk melembapkan kulit juga anti penuaan.

✔ Coconut oil - Minyak kelapa adalah ejen pelembap yang sangat baik untuk kulit. Ia juga memiliki ciri2 antiseptik dan antiradang. Ia juga melindungi kulit daripada terdedah kepada sinaran matahari (sunburn)

✔ Argan Oil - Terkenal dengan khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan kulit. Sangat bermanfaat untuk merawat bibir bermasalah juga penggalak kolagen semulajadi bibir.

✔ Shea butter - Kaya dengan khasiat antiradang semula jadi, membaiki kedutan, garis-garis halus dan parut, antioksidan, pelembab yang sangat baik, menguatkan kulit, melindungi kulit, pelindung UV, menggalakkan pertumbuhan semula kulit.

✔ Lilin lebah asli (Beeswax) - kaya dengan antioksidan, vitamin E dan vitamin A.

Memandangkan ianya high concentration dan kaya khasiat, maka seketul ILT yang nampak kecil ini mampu digunakan lebih dari 3 bulan. Jimat dan value for money.

IRESSISTIBLE LIP TREATMENT menawarkan 3 manfaat hebat untuk anda:

✔ Merawat (Treat)
✔ Melembap (Moist.hydrates)
✔ Memberi warna (Give color)

Dan yang paling ekslusif, ianya Freshmade, dibuat mengikut order.

Handmade with lots of love 😍

SAL,
0137144847

#inspirasisihatcantik
#feelbeautifulnaturally
#lipcare
#homemade

Sunday, 13 November 2016

Cantikkan Bibir Secara Semulajadi dengan Tinted Lip Moist FreshPicks

Posted by Unknown at 10:34 0 comments
Cherrybeauty Tinted Lip Moisturizer merupakan salah satu item bawah rangkaian produk penjagaan bibir FreshPicks.

Dia ala-ala macam lip gloss tapi bukan lip gloss. Kalau lip gloss merelip sikit pada bibir kan, tapi yang ni tak. 

Dia boleh gantikan penggunaan lipstick.

Tinted Lip Moist FP
Hehehe...ni item wajib Sal pakai sebelum keluar tau ;)
Ok, meh Sal nak cerita sikit apa yang bestnya Cherrybeauty Tinted Lip Moisturizer ni.

Antara kelebihannya LipMoist ni ialah:
✔Memberi kesegaran pada bibir
✔Kulit bibir lebih mulus dan berseri
✔Bibir nampak lebih muda dan berseri
✔Mengekalkan kelembapan bibir

Bagi yang mengalami masalah kulit bibir kering pula, gunakan bersama-sama Cherrybeauty Lipbalm ForDrylips macam gambar kat bawah ni.

LipBalm
Pakai sebelum tidur atau oleskan sedikit pada bibir sebelum guna Tinted LipMoist 

Rasai sendiri dan alamilah sendiri ya hihi. Tak reti nak habaq dah best dia lagu mana!

Gambar-gambar kat bawah ni bukan gambar rekaan tau, ini semua adalah duta-duta LipMoist kami. 




Dorang ni bukan sebarang duta, ni duta yang dah rasai sendiri kehebatan Tinted Lipmoist.
Duta tak berbayar pun sebabnya product talk itself!

Semoga bermanfaat :)

----
Untuk Info & Order:
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Friday, 28 October 2016

Rahsia Bibir Sihat dan Cantik dengan Produk Natural

Posted by Unknown at 09:59 0 comments
Bibir merupakan anggota yang paling hampir dengan mulut kita.

Bermakna setiap kali kita makan, bibir adalah anggota yang pertama menyentuh makanan kita sebelum ia masuk ke dalam mulut. 

Bayangkan jika lipstick, lipbalm atau apa sahaja lipcare yang anda guna tu mengandungi bahan-bahan kimia yang berbahaya lalu masuk ke dalam mulut kita bersama dengan makanan yang kita makan. Sanggup ke?

Setelah beberapa lama 'jahil' dengan fakta ni, Sal cuba cari alternatif lain yang lebih selamat untuk digunakan pada bibir. 

Alhamdulillah, rangkaian Lipcare dari FreshPicks dah berjaya temukan Sal dengan penyelesaiannya. 




Lipcare FreshPicks terdiri daripada 4 items:

1) Lipbalm for Drylips 
- untuk melembapkan dan merawat bibir kering serta mencerahkan bibir

2) Irresistible Lip Color/Treatment (ILC)
- Fungsi sama sahaja seperti Lipbalm cuma bezanya ILC adalah berwarna.
- ILC berfungsi untuk merawat.
- Sesuai untuk digunakan sebelum menyapu lipstick pada bibir

3) Tinted LipMoist -
✔memberi kesegaran & kelembapan pada bibir
✔kulit bibir lebih mulus dan berseri
✔bibir nampak lebih muda.
✔Warna lebih tahan lama berbanding ILC

4) HoneyFrencht Organic Lipscrub
✔ Menyingkirkan sel-sel mati di bibir yg menyebabkan bibir menjadi hitam dan gelap .
✔ Membersihkan sisa-sisa lipstick yg masih tersisa di atas permukaan bibir. 

    Bahan kimia menyebabkan bibir kering,merekah dan berkedut
✔ Merawat bibir bermasalah dengan cepat
✔ Menghasilkan bibir yang lebih pinkish dan kemerahan semulajadi
✔ Melembapkan bibir
✔ Melembutkan bibir


Cara penggunaan boleh rujuk gambar di bawah:


Langkah 1:
Gunakan Lipbalm for Drylips untuk merawat bibir

Langkah 2:
Oleskan Irresistible Lip Color atau Tinted Lip Moist untuk melembapkan, merawat dan mencantikkan bibir.

Rawatan Mingguan:
Gunakan Honeyfrencht Organic Lip Scrub seminggu sekali untuk rawatan membuang sel-sel kulit mati pada bibir.

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau nak order, boleh direct whatsapp Sal ye 013 7144847.

Have a nice day ahead :)
 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi