Ibu yang menyusu terutamanya ibu-ibu bekerjaya perlulah melakukan rutin memerah susu bagi membekalkan susu ibu kepada bayi sewaktu mereka bekerja atau waktu berjauhan dari anak.
Antara sebab-sebab ibu perlu memerah susu ibu mereka ialah:
- untuk membekalkan susu ibu kepada bayi yang terpisah daripada ibu sama ada kerana bayi/ibu dimasukkan ke hospital, atau ibu bekerja dan meninggalkan bayi kepada pengasuh
- bayi tidak dapat melekap pada puting payudara ibu dengan berkesan disebabkan lahir pramatang atau masalah oral
- untuk melegakan bengkak payudara atau duktus tersumbat dan mengelakkan mastitis
- puting payudara yang luka/melecet
- meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu
1.Memerah dengan tangan
- memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
- basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
- sediakan bekas yang bersih dan steril
- lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
- boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
- melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
- tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
- buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
- tekan payudara ke belakang ke arah dada
- perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
- teruskan memicit sehingga susu keluar
- perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
- buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
- tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
- ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
- tukar ke payudara yang satu lagi
- urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
- perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
- setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara
- baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
- basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
- basuh tangan dengan bersih
- duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
- posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
- mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
- boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
- pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
- masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)
Panduan umum:
:: Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
:: Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
:: Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
:: Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri,single pump atau double pump
:: Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
:: Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
:: Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
:: Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi
-----
Sumber: thewomens.org.au, breastfeeding.com, breastfeeding.asn.au, my.inova.com
petikan dari:-http://www.momschoice.com.my/
Credit: Kump. Ibu Menyusu (KIM)
0 comments:
Post a Comment