Showing posts with label Berpantang / Confinement. Show all posts
Showing posts with label Berpantang / Confinement. Show all posts

Sunday, 12 October 2014

Berpantang dengan Shaklee

Posted by Unknown at 16:01 0 comments
Assalamualaikum semua.... :)

Pagi ni Sal nak share tentang pengalaman pertama Sal berpantang dengan Shaklee. Sal kenal Shaklee masa Humaira dah 4 bulan...so, pengalaman dengan Shaklee bermula semasa perjalanan penyusuan Humaira.

Kiranya, bermula dari situ lah Sal mula consume Shaklee sampailah sekarang termasuk waktu pantang sekarang ni. Produk pertama yang Sal ambik dan terus jatuh cinta ialah ESP! Masa mula2 nak minum tu, memang ada rasa yang agak pelik...yela, pure soya...Sal selalu ambik dengan Milo, Horlicks atau susu. Alhamdulillah..lama kelamaan Sal makin jatuh cinta dengan rasa ESP dan ofkos dengan kesannya juga.

Berpantang kali kedua ni Sal memang ambik supplement Shaklee untuk dalaman dan set Tanamera serta NR untuk luaran (beli loose je..).

Antara vitamin Shaklee yang Sal ambik ialah Vitalea, B complex, SR Vit C, Zinc Complex (set asas untuk berpantang)...lagiii ESP, Ostematrix, Lecithin, GLA Complex, Vivix dan Alfalfa Complex (ambik selepas 2 minggu berpantang)...agak2 banyak tak? Kalau yang tak biasa ambik mesti fikir banyakkan? Sal tak ada la ambik semua sekaligus...ada jadualnya..sebab tu penting untuk beli dari distributor yang boleh tolong jadualkan pemakanan vitamin kita..tak ada la ambik sekaligus, kesian buah pinggang kita nanti :)



Ok, Sal nak cerita serba sedikit la fungsi setiap supplement yang Sal ambik tu.
  • Vitalea with Iron Formula (Multivitamin) - pulihkan tenaga ibu bersalin, pembentukan sel darah merah baru yang banyak hilang sewaktu bersalin, mengelakkan ibu berpantang daripada menjadi pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya.
  • B Complex - membantu menstabilkan hormon badan kita dan penting untuk mengelakkan ibu dalam pantang mengalami kemurungan.
  • Vitamin C - meningkatkan antibodi tubuh, pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan penyembuhan luka serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
  • Zinc Complex - membantu mempercepatkan proses baik pulih luka terutama luka dalaman (berfungsi seperti ikan haruan)
  • ESP - memberikan tenaga kepada ibu dalam pantang, memulihkan sel-sel badan yang rosak, membantu melancarkan penghasilan susu ibu serta mencantikkan kulit kembali kulit ibu selepas bersalin.
  • Ostematrix - membantu pelawasan, membantu tidur lebih lena dan bangun pagi lebih cergas.
  • Lecithin - emulsikan lemak (uraikan lemak ke molekul lebih kecil supaya senang diangkut keluar), kurangkan bengkak susu dan membantu pengeluaran susu lebih lancar.
  • GLA Complex - stabilkan hormon dalam pantang, mengelakkan kelesuan dan tingkatkan stamina dalam pantang
  • Alfalfa Complex - membantu menggalakkan pengeluaran susu dan membantu proses detox (keluarkan toksin dari badan)
  • membantu memberikan tenaga, tingkatkan imun badan dan untuk kesihatan menyeluruh selepas bersalin.

Waktu mengandung hari tu pun Sal ambik vitamin untuk wanita hamil seperti Vitalea, B complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix dan Vivix (jarang2)...alhamdulillah proses kehamilan kali ni berjalan lancar...HB cantik, BP ok, no GDM, kurang cramp dan sakit pinggang, tiada masalah sembelit..kesimpulannya semua ok tanpa ambil ubat klinik.

Berpantang kali ni, memang cepat sangat sembuh. Kurang 2 minggu luka dah baik sepenuhnya dan 3 minggu dah sihat. Sekarang ni dah 34 hari dalam pantang dan dah tak rasa dalam pantang...hehehe...tapi Sal teruskan la jugak pantang...lebih kurang seminggu lagi nak merdeka...yeayyy!!

Balik kampung Raya Haji baru ni, family dan orang kampung tegur Sal tak ada rupa orang dalam pantang. Yela, Sal tak ada la memeruk je dalam bilik berbaring...macam biasa2 je...berbaring waktu menyusu dan tidur malam je...hehe..satu lagi, diorang puji Fateh dah kuat, tak macam umur bawah sebulan. Kepala dah boleh tegak sikit2, badan kejap dan senang dipegang. Kakak ipar Sal cakap Fateh terlebih zat besi...hihi..sekarang kepala dia dah boleh angkat dah pun...alhamdulillah...Shaklee banyak membantu :)

Bagi anda yang masih tercari-cari kenapa anda perlu ambil Shaklee sewaktu hamil dan berpantang, anda dah tak perlu ragu lagi. Terbukti Shaklee boleh membantu anda merasai pengalaman hamil dan berpantang yang berbeza! (dengan izin Allah jua).

Inilah cerita #shakleeeffect Sal...

Boleh hubungi Sal untuk KONSULTANSI PERCUMA ye

———————

Untuk Info & Order:









Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Friday, 22 August 2014

[INFO] Makanan Yang Sesuai Untuk Ibu Dalam Pantang

Posted by Unknown at 09:17 0 comments
Assalamualaikum semua....hari ni nak buat entry ringkas je...Sal nak listkan antara lauk pauk yang boleh diambil atau dicuba oleh ibu dalam pantang.

Sebenarnya ni nota untuk diri Sal sendiri....hehe..maklumlah, bakal berpantang sendiri...so, benda-benda macam ni kena alert sikit. Kalau save kat mana2 nanti terlupa, nak senang Sal letak kat blog, boleh jugak share dengan pembaca semua...hehehe

Berikut merupakan senarai makanan yang sesuai bagi ibu-ibu yang berpantang. Terpulanglah anda nak berpantang berapa hari....44 hari ke, 60 hari ke atau pun 100 hari... :)

Antara jenis-jenis lauk yang boleh di makan oleh ibu-ibu yang berpantang adalah:

1. Ikan bilis – biasanya digoreng biasa atau pun dimasak sambal...tapi jangan terlalu pedas ye.

2. Ikan haruan – lebih enak dibakar/ masak stim selain digoreng

3. Ikan siakap – masak stim

4. Ikan bawal putih – goreng

5. Ikan gelama – goreng

6. Ikan merah – masak sup

7. Ikan jenahak – goreng

8. Ikan selar kuning – goreng/ masak asam

9. Ikan kerisi – goreng/ masak asam

10. Ikan kurau – goreng/ stim

11. Ikan kerapu – goreng/ stim

12. Ikan senangin – goreng/ masak asam

13. Ikan tenggiri – goreng/ masak asam

14. Sayur sawi – sup

15. Sayur bayam – tumis air

16. Sayur kailan – goreng/ tumis

17. Sayur kacang buncis – goreng/ tumis

18. Halia – elok diamalkan tapi elakkan/kurangkan jika anda menyusukan bayi (takut anak kuning)

19. Daun pegaga – dicampur dalam masakan/ dibuat jus – elok utk tambah air susu badan

20. Milo/horlick – sesuai untuk sarapan dan minum petang

21. Biskut/roti – sesuai untuk sarapan dan minum petang

22. Ayam – di buat sup atau di campur dalam bubur

Ini adalah antaranya ye...kalau ada lagi yang nak tambah...terlebih atau terkurang...dipersilakan...sharing is caring ;)

Thursday, 9 May 2013

[TESTIMONI] Rasa nak melompat sewaktu berpantang

Posted by Unknown at 05:46 0 comments

"Saya baru 8 hari berpantang, tp dah rasa sihat mcm sebulan dah.

- segar n cergas
- luka memang dah baik
- tiada sakit urat or lenguh tulang (rasa nk melompat je)
- perut kempis (yg ni paling best)
- no sembelit!
- susu lancar je

Saya amalkan:

1. Vitalea
2. B Complex
3. Vita C
4. Zinc
5. Ostematrix
6. ESP
7. Performance Drink
8. Lecithin.

Kawan-kawan yang nak berpantang boleh lah cuba set ini. Add on lah mana-mana yang perlu. Berpantang kali ini lebih mudah dari 2 anak yang sebelum ini :)"
- Puan Wanie Suhaimi

Tu diaaa...sampai rasa nak melompat...hehe..Alhamdulillah...Sal masa berpantang hari tu tak sempat kenal Shaklee lagi...memang ambil masa juga nak sembuh..in shaa Allah untuk adik Humaira ni boleh gunakan Shaklee as confinement set...hehehe..

Ok jom kita tengok satu persatu apa yang diamalkan oleh Puan Wanie ni.











Supplements basic untuk berpantang yang biasa dicadangkan kepada pelanggan ialah items 1-4. Setiap satu membantu memberi tenaga dan memulihkan badan. Sangat-sangat recommended untuk add on ESP kerana ia membaiki semula sel-sel yang rosak serta juga memberi tenaga. Selain itu ESP juga sangat popular di kalangan ibu-ibu menyusu dan yang ingin menjaga kecantikan kulit :) Pengambilan ESP menghalang rasa lapar yang kerap kerana kerap menyusukan bayi juga kerana ESP membuat perut rasa 'full'.

Ostematrix ialah sumber kalsium, dilengkapi Magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan lebih baik ke dalam badan. Sangat recommended juga dalam pantang ni especially sebab biasanya dalam pantang biasanya bayi suka 'bergayut' (menyusu) sahaja boleh kata sepanjang masa. So, kalau tak cukup kalsium mungkin akan adasakit pinggang. Selain itu ia membantu ibu-ibu kekal cergas apabila bangun pagi walaupun tidak cukup tidur melayan si kecil :)

Performance Drink pula menghalang ibu-ibu dari mudah dehydrate. Ia mengekalkan elektrolit dalam badan kerana badan ibu-ibu menyusu mudah kehilangan air dalam badan kerana proses penyusuan. Jika badan dehydrate, badan akan rasa cepat letih.

Lecithin pula melarutkan lemak-lemak yang terkumpul sewaktu mengandung. Selain menurukan paras kolesterol, ia menghalang clogged duct atau bengkak susu yang lazim berlaku beberapa hari selepas bersalin kerana susu baru terhasil.

Dan yang paling penting, supplements ini masih boleh diteruskan walaupun bayi anda mengalami demam kuning atau jaundice. Ini kerana ia supplements ini tidak mengandungi herba yang boleh menyebabkan bacaan bilirubin lebih tinggi. Credit

----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Wednesday, 8 May 2013

Berpantang dengan Shaklee

Posted by Unknown at 13:57 0 comments

Assalamualaikum...

Hari ni Sal nak share tentang supplements yang dicadangkan untuk ibu-ibu berpantang.

Waktu dalam pantang ni adalah waktu badan kita berada dalam proses pemulihan sebab waktu kita mengandung dan melahirkan, tubuh badan menerima macam-macam perubahan dan memberi impak yang besar pada badan kita.

Dalam waktu berpantang ni, penting untuk ibu-ibu memastikan tubuh badan pulih seperti sedia kala selain untuk kembali sihat dan cergas sebab kita pun perlu menguruskan suami, diri sendiri dan anak-anak yang lain (kalau ada). Sebab tu, penting untuk kita memastikan pemakanan yang diambil sewaktu dalam pantang adalah makanan yang sihat dan berkhasiat.

Ok lah, berbalik kepada set berpantang tadi, secara asasnya, basic supplements untuk berpantang adalah Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Zinc Complex. Setiap satu berfungsi untuk memberikan tenaga dan memulihkan badan.

Jom tengok apa fungsi yang spesifik untuk setiap satu vitamin ni.



Vitalea (Multivitamin)

Fungsi Vitalea sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu dan pembentukan sel darah merah yang baru bagi mengantikan sel darah merah yang telah hilang semasa bersalin. Vitalea juga lengkap dengan iron formula yang membantu ibu berpantang menjadi pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya kerana iron sangat-sangat membantu mengatasi masalah tersebut.

B Complex

B Complex membantu menstabilkan hormon badan kita . Ia sangat penting untuk mengelakkan ibu dalam pantang mengalami kemurungan. B Complex lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folik dan biotin. Selain itu, fungsi B Complex adalah menukarkan makanan kepada tenaga seterusnya amat membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.

Vitamin C

Vitamin C membantu meningkatkan antibodi tubuh secara konsisten dan ia juga penting untuk pembentukan kolagen. Selain itu, Vitamin C juga berfungsi mempercepatkan penyembuhan luka serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

Zinc Complex

Zinc Complex ni berfungsi ala-ala ikan haruan untuk ibu berpantang sebab ianya penting untuk membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (rahim). Ia juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin serta membantu masalah "kedinginan" di dalam pantang.

Ok, keempat-empat vitamin di atas adalah yang paling basic. Tapi ibu-ibu juga boleh 'add on' beberapa supplements lagi mengikut keperluan dan bajet. Antaranya, ibu berpantang boleh amalkan ESP dan Ostematrix bersama set berpantang untuk membanyakkan susu (in shaa Allah....tapi dengan amalkan konsep demand vs supply yer...)



Energizing Soy Protein (ESP)

ESP membantu memberikan tenaga kepada ibu dalam pantang serta penting untuk memulihkan sel-sel badan yang rosak. ESP juga berfungsi dalam membantu melancarkan penghasilan susu ibu serta mencantikkan kulit kembali kulit ibu selepas bersalin.

Ostematrix

Bagi ibu-ibu dalam pantang yang menyusukan anak, peranan kalsium tak boleh dipandang remeh kerana dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Selain itu, ostematrix juga membantu tidur ibu yang lena di malam hari dan ibu boleh menikmati hari yang cergas keesokannya walaupun terpaksa bangun malam untuk menyusu. Ostematrix juga membantu dalam pelawasan, jadi ibu dalam pantang tidak perlu bimbang tentang masalah sembelit lagi.

----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi