Showing posts with label Pregnancy / Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy / Kehamilan. Show all posts

Monday, 27 October 2014

Gabungan Set ESP

Posted by Unknown at 09:12 0 comments
ESP (Energizing Soy Protein) merupakan serbuk protein soya yang banyak manfaatnya. Sebut sahaja perkataan protein, mesti kita terbayangkan ikan, ayam, telur, susu kan? Dan makanan-makanan ni adalah antara makanan yang PERLU kita ambil bagi melengkapkan nutrisi badan kita.

Protein amat diperlukan tubuh kerana protein merupakan makanan kepada sel-sel badan kita dan ia merupakan binaan asas kepada seluruh sistem badan. Andaikata sel-sel dalam badan kita tak cukup makanan, macamana dia nak bekerja untuk gerakkan sistem-sistem penting dalam badan kita? Mesti kita akan jadi lemah dan mudah terkena penyakit...betul tak?

Nak ambik sebarang produk kesihatan atau apa-apa supplement pun, kita mesti pastikan sel badan kita berada dalam keadaan baik dan mudah menyerap nutrien yang masuk. Protein ni pun penting untuk pastikan badan kita dapat menyerap segala nutrien dengan lebih baik.
Sebab tu, dalam kebanyakan set yang dicadangkan, ESP amat digalakkan untuk diambil bersama-sama produk lain bagi memastikan khasiatnya diserap dengan lebih baik. Jom kita lihat antara gabungan set ESP yang dicadangkan.

1. Set Penyusuan - ESP + Alfalfa
201410311537

Alfalfa merupakan milk booster yang boleh merangsang atau menggalakkan pengeluaran susu (galactagogue) dengan syarat ibu-ibu menyusu menggunakan kaedah penyusuan yang betul. Alfalfa mengandungi protein dan kalsium yang tinggi, juga bertindak balas dengan hormon estrogen (hormon penyusuan).

2. Set Untuk Hamil - ESP + GLA Complex
201410311538

GLA membantu mematangkan telur atau ovum sebelum proses ovulasi. Apabila ovulasi berlaku, telur matang akan keluar dan akan disenyawakan oleh sperma. GLA juga membantu menghasilkan lendir serviks yang dipanggil lendir subur (seolah-olah keputihan). Dengan kata lain, GLA membantu meningkatkan kesuburan.

3. Set Kulit Cantik - ESP + Vitamin E
201410311543

Vitamin E merupakan vitamin yang kaya dengan antioksida yang membantu kita mendapatkan kulit yang lebih awet muda. ESP pula membantu memperbaharui sel-sel kulit lama dengan yang baru dan menggantikan sel-sel kulit yang rosak.

4. Set Kurus - ESP + Lecithin + Herblax
201410311545

Lecithin berfungsi sebagai pengemulsi lemak semulajadi (memecahkan lemak kepada molekul yang lebih kecil) bagi memastikan lemak-lemak terapung dalam saluran darah dan tidak melekat pada dinding membran. Herblax pula berfungsi mengangkut lemak yang terapung keluar dari badan dan membersihkan usus melalui proses penyahtinjaan. ESP pula membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan badan lebih bertenaga tanpa perlu berlapar.

5. Set Badan Cergas - ESP + Ostematrix
201410311540

Ostematrix terdiri daripada kalsium, magnesium dan Vitamin D yang merupakan keperluan dalam memastikan tulang kita sentiasa sihat. Ostematrix boleh membantu menghilangkan lenguh-lenguh badan, menjadikan tidur lebih lena, bangun pagi lebih mudah dan badan lebih segar. Selain itu, Ostematrix membantu melembutkan najis dan mengelakkan sembelit.

Mana satu pilihan hati dan qalbu anda? Banyak betul fungsi dan manfaat ESP ni kan? Cuba dulu baru percaya....dan anda pasti TAKKAN MENYESAL punya :D

-----

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Tuesday, 17 June 2014

Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil

Posted by Unknown at 15:02 0 comments
Berpuasa semasa hamil adalah selamat untuk ibu dan bayi jika ibu berada dalam keadaan yang cukup sihat, dan kehamilan akan berlangsung tanpa sebarang masalah.

Puasa ibu yang sedang hamil pastinya berbeza dengan puasa ketika keadaan mereka yang biasa, jadi ibu-ibu hamil ini perlulah memastikan mereka berada dalam keadaan yang benar-benar bersedia supaya mereka dapat menjalani ibadah puasa dan dalam masa yang sama, memastikan kandungan mereka juga berada dalam keadaan yang sihat.

Terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan ibu-ibu hamil sepanjang bulan puasa:

KETIKA SAHUR

- Ketika sahur, ibu perlu mengambil makanan yang mengandungi kandungan protein dan lemak dalam jumlah yang cukup kerana kedua jenis nutrien ini dapat bertahan dengan lebih lama dalam badan, mampu memberikan tenaga sehingga berjam lamanya dan melambatkan rasa lapar pada siang harinya. Untuk itu, Sal cadangkan bagi ibu-ibu yang nak dapatkan protein segera yang berkhasiat dan mengenyangkan untuk mencuba ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee. ESP merupakan serbuk soya yang terdiri dari protein yang mampu membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, serta boleh membantu memulihkan keletihan, migrain, gastrik dan insomnia.

- Perbanyakkan makanan yang kaya dengan Vitamin C dan mineral zinc untuk menjaga fungsi tubuh.

- Kurangkan pengambilan makanan yang manis ketika bersahur bagi memastikan badan tidak cepat letih dan cepat lapar kerana makanan manis boleh memberikan 'kejutan' kepada hormon insulin tubuh kita.

- Perbanyakkan minum air kosong ketika waktu sahur sehingga habis waktu. Boleh juga minum segelas susu panas ketika sahur kerana segelas susu boleh mengurangkan risiko anemia kepada ibu hamil.

KETIKA BERPUASA

- Jalani ibadah puasa dengan niat yang ikhlas agar hari-hari berpuasa yang kita jalani terasa lebih ringan, mudah serta tidak terbeban.

- Pastikan ibu-ibu ada rehat yang mencukupi.

- Kurangkan aktiviti yang memerlukan tenaga berlebihan seperti aktiviti-aktiviti luar.

- Elakkan memikirkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan ibu-ibu menjadi tertekan. Elakkan stress dan jauhi sifat kebiasaan pemarah anda.

- Sila segerakan berbuka puasa jika ibu hamil mengalami:
  1. Muntah lebih dari 3 kali yang boleh menyebabkan dehidrasi.
  2. Cirit birit
  3. Hidung berdarah yang disebabkan oleh pembuluh darah yang pecah - menunjukkan keadaan tubuh yang sudah tidak stabil.
  4. Pening dan pitam diikuti oleh masalah mata kabur yang menunjukkan ibu-ibu mengalami hypoglicemia, dikhuatiri janin mengalami kekurangan nutrisi.
  5. Peluh berlebihan terutamanya peluh dingin yang menunjukkan keadaan tubuh ibu hamil yang sudah tidak kuat lagi untuk meneruskan puasa.

KETIKA BERBUKA

- Berbuka puasa dengan air panas/suam dan manis bagi membantu meningkatkan kadar gula dalam darah tetapi ibu-ibu hamil tetap harus berpada-pada dalam mengambil makanan dan minuman yang manis. Jika boleh, elakkan minum air yang sejuk kerana air sejuk boleh melambatkan fungsi usus untuk mencerna makanan.

- Selepas itu, ikuti dengan pengambilan kurma (karbohidrat simpleks - karbo dengan gula yang tinggi)

- Selepas solat Maghrib, ibu-ibu boleh la meneruskan makan makanan dengan potion yang lebih besar tapi jangan sampai lupa diri pula ye...Makan dalam jumlah yang banyak boleh melemahkan tubuh, jadi makanlah secukupnya sahaja. Selepas solat terawih, usahakan untuk makan walaupun sedikit.

- Sebelum tidur, ibu-ibu hamil digalakkan untuk mengambil sedikit makanan ringan dengan minuman panas/suam (susu lebih baik).

Semoga perkongsian ni memberi manfaat kat ibu-ibu hamil kat luar sana. Tahun ni juga adalah tahun pertama Sal puasa ketika hamil. Sebelum ni, puasa ketika menyusukan Humaira. Ibu-ibu menyusu pun boleh amalkan tips ni bagi memastikan tubuh tidak terlalu penat dan dapat menghasilkan susu yang cukup untuk si manja anda :)

~Sharing is Caring~


Wednesday, 30 April 2014

SEMBELIT KETIKA HAMIL

Posted by Unknown at 09:19 0 comments
Masalah sembelit ketika hamil adalah disebabkan peningkatan hormon tertentu ketika ibu sedang hamil.


Akibatnya sistem saraf pembuangan akan menjadi lemah serta berlakunya kelemahan pada otot-otot saluran pencernaan. Hal ni boleh menyebabkan makanan akan menjadi lebih lama di dalam perut sehingga ibu hamil sukar membuang air besar. 




Apa yang perlu anda ketahui?

Jika anda tahu, sembelit mampu menyebabkan buasir. Ketika anda hamil, sembelit akan menyusahkan anda. Jika anda membiarkan sembelit berterusan tanpa apa-apa tindakan, ibu hamil lebih mudah mendapat buasir.

Sebagai contoh, anda kurang membuang air besar melebihi 3 hari, najis kering, dan sukar dikeluarkan bahkan kadangkala perlu meneran dengan kuat untuk membuang air besar. Hal ini akan menyebabkan otot-otot pada pembuluh darah di dalam lubang dubur akan melemah. Oleh sebab itu, ibu hamil mudah mendapat buasir.

Antara cara yg boleh diambil bagi mengatasi masalah tersebut:

- Amalkan pengambilan nutrien yang seimbang dan jumlah yang mencukupi dalam pemakanan harian.

- Amalkan pengambilan makanan berserat setiap hari. Biasakan meminum air kosong satu gelas selepas bangun pagi atau 1½ hingga 2 liter sehari semalam

- Amalkan senaman atau gerakan fizikal setiap hari

Sekiranya sembelit menyerang ibu-ibu perlulah:

- Perbanyakkan pengambilan makanan berserat. Ambil sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau kering, contoh bijirin, kekacang atau betik

- Banyakkan minum air atau jus buah-buahan. Air dan jus buah-buahan sangat penting bagi pergerakan sisa buangan dalam salurannya.

- Dapatkan nasihat doktor. Jika sembelit masih tidak berkurang, dapatkan nasihat doktor, kemungkinan anda perlukan supplement.


Bagi ibu hamil di luar sana, sila lah berusaha untuk mengelakkan anda daripada terkena sembelit ketika hamil ye. 

Amalkan cara pemakanan yang sihat beserta pengambilan makanan pelengkap yang dibekalkan oleh doktor. Pemakanan yang seimbang ini juga amat penting bagi perkembangan bayi dalam rahim sekaligus mengelakkan penyakit kepada ibu hamil itu sendiri.

Untuk pengambilan supplement, Sal amat-amat cadangkan ibu-ibu untuk mencuba Ostematrix bagi mengatasi masalah sembelit ni terutama ketika hamil. Sal dah cuba dari mengandungkan anak pertama lagi. Memang rasa perbezaannya sebelum dan selepas amalkan Ostematrix.


Bagaimana ostematrik membantu dalam mengatasi masalah sembelit?

Antara kandungan utama di dalam OSTEMATRIX adalah:

  • Kalsium
  • Magnesium
  • Vitamin D
  • Boron
  • Manganese, copper, zink
Bahan yang membantu dalam mengatasi masalah sembelit adalah MAGNESIUM...bagaimana pula magnesium boleh membantu mengatasi masalah semebelit?

Magnesium membantuq meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut.

Efek ini berlaku melalui dua mekanisme:

1. Magnesium merehatkan otot dalam usus - ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.

2. Magnesium 'menarik' air - ia meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.

Disebabkan magnesium akan 'menarik' air, anda dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah mengambil supplement OSTEMATRIK.

Jadi, jangan teragak2 lagi untuk mencuba ye....seksa sangat kalau sembelit lebih2 lagi ketika hamil...

Untuk sebarang konsultansi, boleh hubungi Sal ye...jangan risau, PERCUMA je...insyaAllah Sal akan membantu mana yang mampu...yang penting kita usaha :)

----

Untuk Info & Order:


Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Thursday, 13 February 2014

Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil

Posted by Unknown at 07:34 5 comments
Darah tinggi (juga dikenali sebagai Hypertension) berpotensi terjadi kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara 10 hingga 15 peratus, di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi.

Keadaan ini berlaku tidak kira sama ada di negara sedang membangun mahupun negara yang maju daripada aspek perubatannya.

 

Tekanan darah yang normal untuk orang yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang normal ialah 110 ke 70 atau 120 ke 80...api sekiranya tekanan darah melebihi 140, sudah tentu ia dikategorikan sebagai tinggi.

Terdapat dua jenis nama yang diberikan kepada masalah tekanan darah tinggi bergantung bila ia berlaku:

1. Berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Essential Hypertension.
  • Ini mungkin berlaku kerana sebelum mengandung si ibu sudah mempunyai tekanan darah yang tinggi. Pemeriksaan terhadap pesakit akan dilakukan untuk melihat sama ada terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.
2. Berlaku selepas usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Gestational Hypertension. Inilah yang dikatakan tekanan darah tinggi semasa mengandung.

Kenapa Berlaku Darah Tinggi Ketika Hamil?

Darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri.

“Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti yang sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna”.

Apa Risiko / komplikasi?

Ramai ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi telah melahirkan anak dengan selamat. Namun ini tidak bermakna anda boleh biarkan masalah ini tanpa pemeriksaan doktor kerana keadaan ini boleh menyebabkan beberapa masalah atau komplikasi lain. Antaranya adalah:
  • Kurangnya aliran darah ke placenta. Ini mungkin menyebabkan kurangnya nutrisi dan oksigen pada bayi dalam kandungan. Perkembangan bayi mungkin akan menjadi perlahan dan kemungkinan terjadinya kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.
  • Satu masalah yang dikenali sebagai placental abruption, di mana plasenta dipisahkan dari rahim lebih awal dari masa yang sepatutnya. Ini juga, boleh melucutkan pengaliran nutrien dan oksigen pada baby. Gejala utama placental abruption adalah pendarahan yang banyak.
  • Kelahiran pramatang atau terpaksa mengeluarkan bayi dari kandungan sebelum waktu matang.
- Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.

- Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, bayi perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi. Namun semua ni bergantung pada analisis doktor.

  • Dalam beberapa keadaan, tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menjadi petunjuk kepada masalah preeclampsia. Keadaan ini boleh mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap organ si ibu seperti buah pinggang, hati dan otak. Jika preeclampsia berkembang dalam wanita hamil, si ibu boleh diserang sawan, dan ini biasanya dirujuk sebagai eclampsia.

Kaedah Perubatan?


Sekiranya tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan dengan pengawasan rapi.

Kawalan dibuat sendiri (tanpa ubat) atau doktor akan mulakan pengambilan ubat darah tinggi.

Ibu hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan mereka kerana darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung.

Pendek kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan oleh makanan seperti pengambilan garam berlebihan.

Jika tahap darah tinggi ibu itu terlalu tinggi, mungkin doktor akan menyarankan bersalin awal dengan cara pembedahan Ceasarean kerana apabila tekanan darah terlalu tinggi, bahayanya adalah pada ibu.

Wanita hamil mengalami darah tinggi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri. Jadi sebaik sahaja bayi dilahirkan darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun kecuali ada faktor-faktor lain seperti usia si ibu yang sudah mencecah 40 tahun.

Terdapat kes di mana selepas bersalin tekanan darah tinggi tersebut tidak hilang....mungkin kerana secara semula jadinya darah tinggi itu sudah memang ada dalam dirinya kerana faktor umur atau juga faktor-faktor lain dan bukan sebab mengandung.

Rujukan: Utusan Online, Baby Center, Health Magazine, Mayo Clinic

Jika anda adalah ibu yang menghadapi tekanan darah tinggi sewaktu hamil, Sal cadangkan untuk anda mengambil Omega Guard dan Ostematrix bagi membantu mengatasi masalah anda.


Omega Guard iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.


OsteMatrix pula membantu meringankan stres. Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impluls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung berdebar, depresi, mood swing dan sakit kepala.


-----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Saturday, 28 December 2013

Amalan Ibu Mengandung

Posted by Unknown at 10:00 0 comments
Setiap wanita yang mengandung mestilah inginkan yang terbaik untuk bayi dalam kandungannya....betul tak? Me as well....jadi, bermulalah episod google meng google tips2 terbaik sewaktu mengandung ni lebih2 lagi kalau mengandung anak pertama.

Dalam Islam, ibu-ibu yang mengandung sangat2 digalakkan untuk perbanyakkan membaca al-Quran terutamanya beberapa surah pilihan khas untuk ibu mengandung.


Selain itu, ibu bapa dan bakal ibu bapa ini juga digalakkan mengamalkan beberapa amalan yang boleh membantu mendidik anak dari dalam kandungan supaya mereka dilahirkan sebagai anak yang baik, soleh dan solehah.

Antara amalan-amalan yang boleh diamalkan ibu mengandung dan suami:

1. Jangan bergaduh dengan pasangan ketika mengandung bagi mengelak anak yang panas baran.
2. Bersedekah bagi melahirkan anak yang jiwanya lembut
3. Elakkan mengidam benda yang pelik-pelik
4. Ibu bapa perlulah rajin solat bagi melahirkan anak yang mudah mendapat hidayah dan petunjuk
5. Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT
6. Banyak berdoa kepada Allah SWT
7. Rajin berpuasa sunat. Ibu mungkin tidak larat. So, si suami digalakkan berpuasa sunat ketika si isteri mengandung contohnya sunat isnin dan khamis
8. Sempurnakan solat wajib dan memperbanyakkan solat sunat contohnya sunat hajat dan taubat.
9. Banyakkan zikir kepada Allah SWT. Si suami digalakkan sentiasa berzikir contohnya ketika memandu. Ini akan melahirkan anak yang kuat jiwanya, akalnya dan kuat fizikalnya.
10. Banyakkan membaca al-Quran - Surah Amalan Ibu Ketika Mengandung
11. Banyakkan membaca buku-buku ilmiah contohnya kisah-kisah para anbia, para sahabat dan lain-lain
12. Berbual dengan anak yang masih dalam kandungan sambil mengusap perut si ibu.
13. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman contohnya memasak, melipat baju dan lain-lain bagi memudahkan proses melahirkan anak nanti. Dan si suami mestilah membantu si isteri melakukan kerja-kerja rumah itu
14. Tidak terlalu tertekan atau stress setelah melihat fizikal badan yang membesar tetapi seronoklah melihat anak anda yang sedang membesar. Oleh itu, si suami kena sentiasa bersama isteri jika isteri penat, pening atau sakit.
15. Menjaga adab dan emosi. Akhlak si suami dan isteri akan diwarisi oleh anak mereka.
16. Makan makanan yang baik.
17. Jauhi sifat dendam dan dengki dan sentiasa bersangka baik.
18. Rajin mengukirkan senyuman
19. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.


Selain amalan membaca surah dan doa pilihan, ibu-ibu juga dinasihatkan agar menjaga tingkah laku, mengelakkan perbuatan dan perkataan yang tidak elok bagi mennjaga bayi di dalam kandungan agar tidak mengikut sifat negatif kita. Jom lihat antara perkara yang perlu dielakkan ketika ibu mengandung:
  • Elak mengidam makanan yang pelik dan buruk
  • Elak makan dan minum yang haram
  • Elak makan makanan yang berbisa contohnya pari, ikan sembilan, nenas, tapai dan lain-lain.
  • Si suami mesti elakkan daripada melakukan perkara yang dapat menyedihkan si isteri
  • Elak penampilan yang tidak menarik di hadapan si suami
  • Jauhi maksiat
  • Jauhi pertuturan yang negatif atau tidak baik
  • Jauhi amalan khurafat

Sunday, 17 November 2013

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Posted by Unknown at 01:42 0 comments
Setiap pasangan yang berkahwin tentu sangat gembira apabila mengetahui si isteri telah mengandung. Ini bermakna, kehidupan mereka akan berubah, dari berdua menjadi tiga, tiga jadi empat dan seterusnya.

Jadi sepanjang kehamilan, ibu-ibu perlulah menjaga diri dan bayi dalam kandungan sehingga selamat dilahirkan dengan menitikberatkan soal kesihatan, pemakanan dan makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan amat penting pada fasa kehamilan supaya nutrien dan zat dalam badan ibu cukup untuk memastikan perkembangan janin berada dalam keadaan yang baik.


Kenapa vitamin penting untuk ibu hamil?

  1. Semasa mengandung, ibu-ibu memerlukan khasiat dan nutrien yang lebih daripada biasa untuk diri ibu sendiri dan janin yang dikandung.
  2. Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat amat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan, namun cara hidup masa kini memungkinkan perkara2 tersebut tidak dapat dipenuhi.
  3. Kebanyakan ibu mengandung mengalami alahan dan muntah2 menyebabkan ibu tidak mempunyai zat dan khasiat yang cukup untuk disalurkan kepada bayi, jadi pengambilan vitamin amatlah digalakkan.
  4. Asid folik amat diperlukan dan sangat penting untuk tumbesaran saraf bayi sewaktu 3 bulan pertama...kekurangan asid folik dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect), jadi pengambilan asid folik bermula dari awal kandungan boleh mengurangkan risiko tersebut.
  5. Badan ibu mengandung memerlukan zat besi yang mencukupi bagi membina sel-sel darah merah yang lebih dari biasa bagi memastikan oksigen yang mencukupi dapat disalurkan kepada bayi seterusnya turut membantu pembinaan sel darah merah bayi.

Jadi, Sal nak share tentang pemakanan tambahan yang perlu untuk ibu2 mengandung:
  •  B-Complex - 1 biji sehari. Vitamin B Complex Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B, termasuklah asid folik.
  • Vita-Lea with Iron - 1 biji sehari. Vita-Lea merupakan multivitamin, jadi bagi ibu yang dah ambil Vita-Lea, Obimin dah tak perlu ambil ya.
  • Vit-C - 1 biji sehari untuk meningkatkan antibodi, mengahalang masalah alergi secara semulajadi dan merupakan sumber kolagen, jadi vitamin C membantu mengurangkan kesan stretch mark. 
  • OsteMatrix - 4 biji sehari (1 biji = 250mg Calcium) membekalkan 1000mg kalsium yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Jangan tak tahu ye, ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari untuk pembentukan tulang yang kuat dan gigi untuk bayi. Jika ibu2 ada meminum susu penuh kalsium segelas sehari, 2 biji Ostematrix sahaja pun dah mencukupi.
    • "When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on. (Baby Center)"



  • Protein (ESP) - Satu sudu ESP sekali sehari sudah mencukupi. Bancuh ESP ke dalam secawan air dan diminum. Boleh bancuh dengan air kosong atau pun mana2 air favourite ibu2 seperti oren jus, milo atau horlicks (sekadar berapa contoh). ESP membantu memberikan tenaga berterusan, supaya ibu2 tak cepat penat selain mencantikkan kulit dan mengurangkan kesan stretch-mark.
  • Omega Guard - 1 biji sehari. Kandungan DHA dan EPA dari Omega Guard penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Selain tu, Omega juga boleh membantu ibu2 mengawal paras kolesterol dalam badan sewaktu mengandung.
"The benefits for baby are:
    • A better brain with higher intelligence
    • Good nervous system development
    • Better eyesight from retina formation
    • Fewer behavioral problems after birth
    • Better sleep patterns for a new born

Health benefits for mom include:
    • Less chance of developing pre-eclampsia
    • Protection against brain loss during pregnancy
    • Less chance of pre-term labor and cesarean
    • Much lower risk of postpartum depression
    • Greatly reduced incidence of breast cancer

DHA and EPA make up about 70% of a newborn baby’s brain, retina and nervous system. The only way a fetus can get these important omega 3 fatty acids is from mom. And the amount is dependent on how much she's getting in her pregnancy diet. (BellaOnline)"




** Ostematrix digalakkan diambil pada waktu malam sebelum tidur kerana penyerapan kalsium akan lebih efektif ketika badan kita sedang berehat (tidur). Selain tu, kekerapan buang air kecil yang kurang pada waktu malam membantu tubuh menyerap kalsium dengan lebih baik. Apabila bangun keesokan paginya kita akan dapati yang badan kita akan lebih ringan dan segar serta mengurangkan masalah cramp.

Jika anda membuat pembelian daripada Sal, Sal akan bagi jadual makan untuk setiap vitamin ni beserta KONSULTANSI PERCUMA....istimewa untuk anda...

----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Saturday, 6 July 2013

Tanda-tanda Awal Kehamilan

Posted by Unknown at 00:08 0 comments
Saat kehamilan adalah saat yang paling dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri. Setiap bulan wanita yang ingin hamil pasti tertunggu-tunggu adakah dia hamil atau tidak. Ada wanita yang tidak perasan sebarang tanda kehamilan selama beberapa minggu dan mula tertanya-tanya “Adakah saya hamil?” apabila haid tidak datang. Berikut ialah senarai 11 tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami kesemuanya, sesetengah daripadanya, atau tiada langsung simptom-simptom kehamilan ini.

1. Lewat datang Haid
Menanda hari pertama haid keluar setiap bulan adalah amat penting terutamanya yang selalu terlupa dan haid yang tidak menentu. Doktor akan mengira due date seseorang ibu itu bersandarkan pada hari pertama haid dan bukannya hari terakhir. Jika anda seorang yang sibuk, anda boleh ‘install’ pelbagai application yang boleh menanda, dan menyatakan waktu subur anda di dalam smartphone atau tablet anda. Antara application yang boleh anda install ialah ‘My days’!

2. Terasa Mual & Loya 
Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil. Mual dan loya atau lebih dikenali sebagai morning sickness, kebanyakan berlaku pada trimister pertama sahaja, keadaan akan bertambah baik apabila masuk ke trimister kedua.

3. Mengidam

Mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.

Sesetengah wanita akan mengidam makanan yang kurang digemarinya! Menarik bukan! Oh kadang-kadang simptom mengidam juga akan dialami oleh si suami bukan si isteri ;)

4. Kerap buang air kecil
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap. Ini disebabkan volume plasma meningkat semasa hamil. Keduanya disebabkan tekanan rahim pada pundi kencing.

5. Keletihan

Ini yang paling ketara pada wanita-wanita yang selama ini mereka amat aktif. Keletihan yang amat sangat mendorong mereka menghabiskan masa tidur dan menjadi malas. Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa sangat letih sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

6. Pendarahan
Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi berlaku kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

7. Sembelit
Sembelit terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.

8. Perubahan Mood (Moody)
Anda mungkin akan marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah mungkin akan berlaku saat kehamilan.

9. Payudara membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.




10. Cramp
Gejala ini berlaku kerana rahim akan membesar dan dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda

11. Ujian Kehamilan yang POSITIF !!
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini. Tahniah!

Credit UmmiAdni

Wednesday, 24 April 2013

Tips Untuk Hamil

Posted by Unknown at 12:12 0 comments
Assalamualaikum...hari ni Sal nak share artikel berkaitan tips untuk hamil dengan cepat. Sumber Sal ambil dari sini...

-----Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.


1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami

11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

---

Kebanyakan pasangan yang mengalami masalah sukar hamil disebabkan oleh aturan period isteri yang tidak teratur menyebabkan mereka tidak dapat mengagak waktu subur yang sebenar. Selain itu, hidup dalam tekanan juga boleh menjadi salah satu punca sukar untuk hamil.

Artikel ni jugak menyarankan agar pasangan suami isteri yang mahu mendapatkan zuriat agar mengamalkan pemakanan seimbang dan multivitamin. Sal akan konngsikan vitamin yang sesuai untuk diambil oleh pasangan yang mahukan anak di next entry.

Salam sayang,

~Sal UmmiZara~
 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi