Tuesday 7 May 2013

TIPS MENGHASILKAN SUSU BADAN

Posted by Unknown at 06:28
Assalamualaikum semua..

Hari ni Sal nak share tentang tips untuk menghasilkan susu badan. Sampai sekarang umur Humaira dah hampir 11 bulan, Alhamdulillah dia masih fully breastfeed. 

Salah satu cara untuk menambah stok susu ibu adalah dengan mengamalkan TANDEM NURSING (sebelah menyusukan bayi dan sebelah lagi mengepam)..Tandem nursing ni memang Sal selalu amalkan kalau kat rumah pada hari bekerja (untuk buat stok untuk Humaira keesokan harinya)...hari minggu jarang-jarang je tengok atas kerajinan...hehe..mula-mula nak buat memang rasa kekok sebabnya kena nyusukan anak serentak dengan mengepam...mana nak tengok anak, mana nak tengok pam lagi...serentak pulak tu..tapi bila dah lama dan terbiasa..ianya akan jadi rutin. PRACTICE MAKES PERFECT..

Selain itu, ibu-ibu juga boleh mengamalkan perkara-perkara berikut untuk menambah stok susu:

1. Pam di waktu pagi sebelum bayi bangun tidur. Biasanya waktu pagi payudara sedang engorge.
2. Pam sedikit sebelum menyusukan bayi. Biarkan hisapan bayi mengosongkan payudara.
3. Pam selepas menyusukan bayi (sekiranya tidak pam sebelumnya) untuk mengosongkan payudara.
4. Pam semasa bayi tidur.
5. Pam sebelum ibu tidur
6. Pam di antara waktu tidur (bangun malam untuk pam).

Selain itu, terdapat tips untuk tambah susu ibu secara natural iaitu dipanggil teknik HYPNOBREASTFEEDING:

1. Set minda dan yakin boleh menyusukan secara eksklusif dengan susu ibu tanpa tambahan susu formula

2. Kekalkan ketenangan perasaan dan minda dengan cara :
  • Melihat sesuatu yang boleh menimbulkan rasa tenang dan bonding. Sebagai contoh, melihat anak tertidur selepas menyusu. Dengan itu, kita boleh menghilangkan rasa risau, sakit, stress mahupun ragu-ragu untuk menyusukan bayi kita.
  • Masuk ke bilik yang sunyi
  • Pasang zikir/muzik yang menenangkan
  • Pasang aromaterapi yang menenangkan
  • Duduk tegak
  • Rilekskan otot
  • Baca selawat sekurang-kurangnya 3 kali
  • Tarik nafas secara dalam, tahan selama 10 saat, lepas melalui mulut dengan bunyi 'heh'
  • Bila rasa tenang, ulang lagi pernafasan tersebut, bayangkan kita melepaskan semua perasaan negatif risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan
  • Masukkan setting positif  "Aku boleh menyusukan anakku secara eksklusif selama 6 bulan, 12 bulan  18 bulan, 2 tahun".

Tapi kadang-kadang memang kita akan rasa yang susu yang kita hasilkan tu semakin berkurangan....betul tak? Well...its normal..mungkin sebab kita tak mulakan penyusuan awal atau tak menyusukan bayi kita dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun bayi sedang menyusu. Sebabnya,  waktu kita dalam pantang, badan kita masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan hormon yang dihasilkan, jadi lepas beberapa bulan, badan kita akan serasi sepenuhnya dengan hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan bayi. Sebab itulah pentingnya untuk kita belajar dan mencari ilmu seawal kita mengandung supaya kita tak terlepas momen indah untuk lihat bayi kita menyusu buat kali pertama.

Sal ingat lagi sewaktu lepas lahirkan Humaira (secara pembedahan sebab dia songsang), nurse cuba picit puting dan memang dah ada kolustrum...dia suakan mulut Humaira kat situ dan dia sangat pandai menghisap...ya Allah memang rasa syahdu sangat waktu tu...masih tak percaya dah bergelar ibu...huhu...

Kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua-dua belah payudara, maka susu yang terhasil akan menjadi banyak. Sebenarnya, ada pelbagai cara untuk kita menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar kerana lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu.

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5. Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus-jus, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila bayi mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan ibu-ibu makan dengan betul, ibu-ibu boleh melakukan perkara-perkara berikut:

• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.

• Banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari.

• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

----

Sesungguhnya, perjalanan penyusuan Sal masih jauh lagi dan Sal hanya berkongsi hasil dari pembacaan untuk dikongsi dengan ibu-ibu yang lain. Feel free to share.

Salam sayang,
~Sal UmmiZara~

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi