Showing posts with label Berpuasa. Show all posts
Showing posts with label Berpuasa. Show all posts

Tuesday, 17 June 2014

Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil

Posted by Unknown at 15:02 0 comments
Berpuasa semasa hamil adalah selamat untuk ibu dan bayi jika ibu berada dalam keadaan yang cukup sihat, dan kehamilan akan berlangsung tanpa sebarang masalah.

Puasa ibu yang sedang hamil pastinya berbeza dengan puasa ketika keadaan mereka yang biasa, jadi ibu-ibu hamil ini perlulah memastikan mereka berada dalam keadaan yang benar-benar bersedia supaya mereka dapat menjalani ibadah puasa dan dalam masa yang sama, memastikan kandungan mereka juga berada dalam keadaan yang sihat.

Terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan ibu-ibu hamil sepanjang bulan puasa:

KETIKA SAHUR

- Ketika sahur, ibu perlu mengambil makanan yang mengandungi kandungan protein dan lemak dalam jumlah yang cukup kerana kedua jenis nutrien ini dapat bertahan dengan lebih lama dalam badan, mampu memberikan tenaga sehingga berjam lamanya dan melambatkan rasa lapar pada siang harinya. Untuk itu, Sal cadangkan bagi ibu-ibu yang nak dapatkan protein segera yang berkhasiat dan mengenyangkan untuk mencuba ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee. ESP merupakan serbuk soya yang terdiri dari protein yang mampu membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, serta boleh membantu memulihkan keletihan, migrain, gastrik dan insomnia.

- Perbanyakkan makanan yang kaya dengan Vitamin C dan mineral zinc untuk menjaga fungsi tubuh.

- Kurangkan pengambilan makanan yang manis ketika bersahur bagi memastikan badan tidak cepat letih dan cepat lapar kerana makanan manis boleh memberikan 'kejutan' kepada hormon insulin tubuh kita.

- Perbanyakkan minum air kosong ketika waktu sahur sehingga habis waktu. Boleh juga minum segelas susu panas ketika sahur kerana segelas susu boleh mengurangkan risiko anemia kepada ibu hamil.

KETIKA BERPUASA

- Jalani ibadah puasa dengan niat yang ikhlas agar hari-hari berpuasa yang kita jalani terasa lebih ringan, mudah serta tidak terbeban.

- Pastikan ibu-ibu ada rehat yang mencukupi.

- Kurangkan aktiviti yang memerlukan tenaga berlebihan seperti aktiviti-aktiviti luar.

- Elakkan memikirkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan ibu-ibu menjadi tertekan. Elakkan stress dan jauhi sifat kebiasaan pemarah anda.

- Sila segerakan berbuka puasa jika ibu hamil mengalami:
  1. Muntah lebih dari 3 kali yang boleh menyebabkan dehidrasi.
  2. Cirit birit
  3. Hidung berdarah yang disebabkan oleh pembuluh darah yang pecah - menunjukkan keadaan tubuh yang sudah tidak stabil.
  4. Pening dan pitam diikuti oleh masalah mata kabur yang menunjukkan ibu-ibu mengalami hypoglicemia, dikhuatiri janin mengalami kekurangan nutrisi.
  5. Peluh berlebihan terutamanya peluh dingin yang menunjukkan keadaan tubuh ibu hamil yang sudah tidak kuat lagi untuk meneruskan puasa.

KETIKA BERBUKA

- Berbuka puasa dengan air panas/suam dan manis bagi membantu meningkatkan kadar gula dalam darah tetapi ibu-ibu hamil tetap harus berpada-pada dalam mengambil makanan dan minuman yang manis. Jika boleh, elakkan minum air yang sejuk kerana air sejuk boleh melambatkan fungsi usus untuk mencerna makanan.

- Selepas itu, ikuti dengan pengambilan kurma (karbohidrat simpleks - karbo dengan gula yang tinggi)

- Selepas solat Maghrib, ibu-ibu boleh la meneruskan makan makanan dengan potion yang lebih besar tapi jangan sampai lupa diri pula ye...Makan dalam jumlah yang banyak boleh melemahkan tubuh, jadi makanlah secukupnya sahaja. Selepas solat terawih, usahakan untuk makan walaupun sedikit.

- Sebelum tidur, ibu-ibu hamil digalakkan untuk mengambil sedikit makanan ringan dengan minuman panas/suam (susu lebih baik).

Semoga perkongsian ni memberi manfaat kat ibu-ibu hamil kat luar sana. Tahun ni juga adalah tahun pertama Sal puasa ketika hamil. Sebelum ni, puasa ketika menyusukan Humaira. Ibu-ibu menyusu pun boleh amalkan tips ni bagi memastikan tubuh tidak terlalu penat dan dapat menghasilkan susu yang cukup untuk si manja anda :)

~Sharing is Caring~


Tuesday, 9 July 2013

Ramadan - Bulan Nyah Toksin!

Posted by Unknown at 06:01 0 comments
Alhamdulillah..esok kita semua dah start berpuasa. Bulan Ramadan ni adalah bulan yang paling istimewa, bulan pengampunan...so, mesti ramai antara kita yang nak ambil peluang ni untuk menambahkan amal ibadat dan amalan kita kan?

Kalau boleh, kita tak nak sakit sikit pun sebab nak berebutkan pahala yang berlipat kali ganda dan memberi tumpuan pada ibadat kita dalam bulan mulia ni...betul tak? Jadi, kat sinilah pentingnya perisai untuk kita sentiasa segar, cergas dan sihat.



Antara vitamin yang dicadangkan adalah seperti gambar di atas. Sesuai untuk semua yang berpuasa .. 

ESP, Bcomplex, Vitalea, Performance Drink, Chewable Vit c, Alfalfa Complex, dan Nutriferon. Supplement ini semua dikira sebagai yang asas sebagai perisai dalam bulan Ramadan nanti TAPI tak semestinya kena beli semua...

Anda boleh hubungi Sal untuk Sal cadangkan vitamin mana yang sesuai dengan anda. Kalau nak kira, bulan puasa ni adalah puasa pertama Sal dalam bisnes Shaklee ni tapi Sal dah berjaya ganti puasa yang lepas (sebulan ganti puasa sebab dalam pantang waktu tu) dengan jayanya hanya dengan bantuan supplement Shaklee.

Alhamdulillah, memang rasa perbezaannya berpuasa dengan supplement dan tanpa supplement lebih-lebih lagi Sal ni seorang ibu menyusu. Masa sahur, Sal ambil ESP+Milo (sedap sangat!), dan makan roti 2 keping. Lepas tu, ambil B complex dan Alfalfa. Performance drink pun Sal ambil untuk jadikan badan kekal hidrate dan untuk elakkan rasa haus melampau ( ibu menyusu lain mesti faham macamana dahaganya). Memang sangat-sangat best dan boleh rasa bezanya. Puasa tetap cergas macam tak puasa. Lapar tu biasala, nama pun puasa kan....ehehehe....

Sebenarnya kalau anda nak tahu, permintaan terhadap vitamin Shaklee di bulan puasa memang sangat tinggi terutamanya di kalangan wanita hamil, wanita sedang menyusu, wanita yang nak kurus dan ramping, kulit cantik berseri halus mulus menjelang raya..hehe..pendek kata, semua nak berikan terbaik sepanjang berpuasa dan menjelang Syawal ni...

----

Untuk Info & Order:



Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Thursday, 27 June 2013

Kelebihan Performance Drink Shaklee

Posted by Unknown at 05:53 2 comments
Kurang dari 2 minggu lagi kita akan berpuasa. Dengan keadaan cuaca yang panas dan berjerebu sekarang ni  memang mencabar kan. Lebih-lebih lagi ketika berpuasa nanti.

Pagi ni Sal nak share tentang Performance Drink. Apa kaitan cuaca sekarang, berpuasa dan Performance Drink? Ha, jangan tak tahu yang minuman performance drink ni antara minuman paling hangat ketika cuaca panas dan berpuasa.

Performance drink ni merupakan minuman elektrolit yang berperisa oren dan lazat. Tapi bukan minuman elektrolit biasa tau sebab performance drink ni tak bergas seperti minuman-minuman elektrolit yang lain. Antara elektrolit yang utama dalam badan adalah Sodium ion, Chloride Ion, Magnesium ion Calcium Ion, Potassium ion.. 

Fungsi elektrolit adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yang digunakan oleh saraf saraf dan otot otot badan.

Kalau nak tahu, minuman elektrolit ni penting untuk tubuh kita kerana jika kandungan elektrolit tak seimbang dalam badan atau terganggu, ia boleh membawa maut. Antara tanda-tanda badan kita ni sedang menghadapi tahap dehidrasi terlampau ialah rasa haus yang terlampau, kulit bibir mengelupas atau rasa mual. Jika anda ada tanda-tanda begini, cepat2 lah cari minuman elektrolit. Pilihan Sal? Semestinya Performance Drink. Ia memberi tahap hidrasi lebih baik berbanding air biasa. Pasti berbaloi memiliki setin Performance Drink di rumah.


Selain rasanya yang lazat dan tak bergas, Performnace Drink juga mempunyai beberapa kelebihan lain. Antara kelebihan Performnace Drink ialah:

  1. Ia terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. 
  2. Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
  3. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
  4. Terbukti secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina
  5. Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Ha, beza kan? Memang berbeza..apalagi nak dekat bulan puasa ni...sediakan perisai anda untuk mengelakkan dehidrasi. Pastikan ada Performance Drink di rumah anda ye...

----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Wednesday, 19 June 2013

Jadual Makan Vitamin Ketika Berpuasa ~ Berpuasa tanpa mengganggu susu ibu

Posted by Unknown at 06:11 0 comments
Pagi ni Sal memang blur dan tak tahu nak update apa...tapi, memandangkan inilah rutin Sal pagi-pagi sambil mengepam, Sal 'terpaksa' update jugak...hehehe

Ok, berbalik pada topik..sekarang ni dah masuk Syaaban, so bulan Ramadhan kurang dari sebulan je lagi. Sal tahu ramai ibu-ibu di luar sana terutamanya ibu-ibu yang menyusu bimbang tentang penghasilan susu sewaktu berpuasa betul tak?

Waktu kita ganti puasa tak sama dengan puasa di bulan Ramadhan. Sebab apa Sal cakap macam tu? Sebab waktu kita ganti puasa, kita hanya puasa selang-selang hari, ada hari yang kita tak puasa, jadinya penghasilan susu tu mungkin tak berapa mempengaruhi.

Berpuasa di bulan Ramadhan, kita berpuasa penuh setiap hari selama sebulan (bagi yang puasa penuh), sedikit sebanyak ianya mungkin mempengaruhi penghasilan susu kita.

Jika kita mengamalkan pemakanan seimbang, in shaa Allah pengeluaran susu takkan terjejas. Cuma bila kita berpuasa, kita akan lebih cepat letih dan dehydrate(kurang air). Jadi bila kita dah terlalu letih, tak ada tenaga, lesu je sedikit sebanyak mempengaruhi mood kita dan buatkan kita stress. Sedangkan untuk maintain pengeluaran susu, ibu menyusu lebih-lebih lagi yang sedang berpuasa, perlulah MENGELAKKAN DIRI DARIPADA STRESS!

Ha, di sinilah pentingnya untuk kita mengamalkan pemakanan yang boleh mengekalkan kesegaran dan kecergasan sepanjang hari seperti kurma, oats dan supplements (makanan tambahan). Antara supplements yang dicadangkan untuk mengekalkan tenaga dan mengelakkan dehydrate ialah ESP dan Performance Drink.



Antara testimoni yang mengamalkan Performance Drink:


Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak2.Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk.Sekarang macam addicted pulak sebab rasanya sedap, especially bila diminum sejuk2. Ia boleh diminum bila2 masa saja, preferably semasa berbuka dan bersahur. Semasa bersahur untuk bekalan tenaga untuk berpuasa dan menyusu seharian, semasa berbuka untuk menggantikan kembali imbangan elektrolit dan bendalir badan yg hilang.. ~Mommy Lyna

Pada saya, sepanjang 2 tahun berpuasa sambil menyusu dan memerah susu di pejabat ini, sebenarnya pada waktu puasa ini, hasil pengeluaran susu tidak banyak berubah. Jika kebiasaannya anda akan dapat 12oz sehari, contohnya, Insya Allah, jika anda berpuasa, anda akan dapat 12oz EBM juga.~genki Momma


testimony saya? – saya suke ambil performance drink time saya berpuasa…bukan je time breastfeed dulu..tapi sampai la sekrg...dan dulu di miri time saya ke offshore.pagi tu mesti minum performance drink..sepanjang hari berpanas..tapi Alhamdulillah sangat2..raasa bertenaga..tak rasa haus pun.~kak cery

Antara persiapan Ramadhan bagi seorang ibu menyusu (Sebelum/Semasa berpuasa):
§ Amalkan pemakanan seimbang.
§ Banyakkan minum susu, soya dan makanan yang tinggi protein.
§ Ambil supplemen –soyprotin,mealshake,performance drink,tablet2 vitamin
§ Lebih kerapkan mengepam dan menyusui bayi.
§ Sediakan stok untuk bulan puasa dari awal.
§ Ceria2 selalu.
§ Jaga fizikal-banyakkan rehat,tidur cukup,etc….jauhi stress
§ Psikologi-fikir positif insyaAllah susu cukup utk si kecil..banyakkan doa & istigfar

Dan Khas buat semua ibu2 yang sedang menyusukan anak...bolehla jadikan jadual ni sebagai rujukan...Jadual pemakanan tambahan Shaklee di bulan Ramadhan/ berpuasa.

Waktu Sahur:
  • Makan nasi atau apa jua juadah...digalakkan makan sup dan makanan yg tinggi protin.
  • Makanlah kurma at least 3 biji kurma.
  • Minum segelas Perfromance Drink dan segelas ESP atau boleh mix Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik).
  • Makan 2 biji Alfalfa

Waktu Berbuka:
  • Berbuka dengan juadah berbuka, dan jangan lupa ambil kurma (amat digalakkan)
  • Minum segelas Performance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
  • Makan 2 biji Alfalfa
  • Mkn 1 biji vitalea, 1biji b complex dan 1biji vitamin C
* Jika anda mengambil ESP sewaktu berbuka, elakkan mengambil Vitalea pada waktu yang sama, jarakkan antara 1-2 jam antara satu sama lain

Sebelum tidur:
  • Amalkan minum segelas ESP.
  • Makan ostematrix 2-4 biji dan vitamin lain sepeerti Omega atau GLA

Perlu diingatkan bahawa pengambilan vitamin ini membantu badan ibu sentiasa bertenaga dan tidak kehausan. Selain daripada pengambilan vitamin, amalkan mengambil kurma sewaktu berbuka dan bersahur.

----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi