Showing posts with label Shaklee Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Shaklee Putrajaya. Show all posts

Sunday, 9 October 2016

Promosi Omega Guard Sepanjang Oktober

Posted by Unknown at 09:51 0 comments

Omega Guard Shaklee - Minyak Ikan Terbaik! .

Sepanjang Oktober ni, dapatkan Omega Guard dengan 5% diskaun untuk pembelian 2 botol Omega Guard

atau

PERCUMA 1 botol dengan pembelian 6 botol Omega Guard.

Omega Guard sesuai diambil oleh semua peringkat usia bermula kanak-kanak hingga orang tua.

InshaAllah pelbagai khasiat dan manfaat dalam satu botol untuk satu keluarga 😊

SAL
013 7144847

Tuesday, 20 October 2015

Senarai Harga Produk Shaklee

Posted by Unknown at 08:43 0 comments
Senarai Harga Runcit Semua Produk Shaklee

Mahu mendapatkan harga produk Shaklee dengan harga lebih murah? Klik sini.

All Supplements


Advance Joint Health Tablet / AJHT (60 tablet) RM 124
Alfalfa Complex (Besar - 700 tablet) RM 97.50
Alfalfa Complex (Kecil - 330 tablet) RM 53.75

B Complex (120 tablet) RM 53.75
Carotomax (30 kapsul) RM 74
Chewable Vita C 100mg (90 tablet) RM 37.50

Cinch Tea Mix (28 sticks) RM 131
Cinch Shake Mix Cafe Latte / Chocolate / Vanilla (15 serving) RM 173
Collagen Powder (15 sachets) RM 298

DTX Complex (90 tablets) RM 155
ESP (850 gram) RM 150
Garlic Complex (60 tablet) RM 43.50
GLA Complex (60 softgel) RM 91.25

Herblax (120 tablet) RM 52.50
Lecithin (180 kapsul) RM 52.50
Meal Shakes (544 gram) RM 113.75
Nutriferon (30 sticks) RM 181.25

OmegaGuard (90 kapsul) RM 136
Ostematrix (120 tablet) RM 61
Peppermint Ginger Plus (90 tablet) RM 45
Performance Drink (539 gram) RM 82.50
Phytocol (120 tablet) RM 197

Vita C 500 mg Sustained Release (180 biji) RM 92.50
Vita E Complex (120 biji) RM149
Vitalea Iron Formula (120 biji) RM 88.75
Vitalea for Children (60 tablet) RM 111

Vivix (150 ml) RM 475
Zinc (120 tablet) RM 33.75



Klik untuk paparan lebih jelas


Krim Herbal Blend (4 oz) RM 27.50

Skincare: Enfuselle


Enfuselle Balancing Moisturizer (59 ml) RM 88.73
Enfuselle Pump RM 21.25
Enfuselle Eye Treatment (14 ml) RM 52.50
Enfuselle Hydrating Cleansing Lotion (177 ml) RM 96.25
Enfuselle Hydrating Moisturizer (48 gram) RM97.50
Enfuselle Hydrating Toner (177 ml) RM78.75
Enfuselle Purifying Cleansing Gel (177 ml) RM88.75
Enfuselle Purifying Toner (177 ml) RM 78.75

Enfuselle Basic System Normal to Oily RM 303.75:

1. Enfuselle Purifying Cleansing Gel (177 ml)
2. Enfuselle Purifying Toner (177 ml)
3. Enfuselle Balancing Moisturizer (59 ml)
4. Enfuselle Eye Treatment (14 ml)

Enfuselle Basic System Normal to Oily RM 325:

1. Enfuselle Hydrating Cleansing Lotion (177 ml)
2. Enfuselle Hydrating Moisturizer (48 gram)
3. Enfuselle Hydrating Toner (177 ml)
4. Enfuselle Eye Treatment (14 ml)

Skincare: NutriWhite


NutriWhite Daily Defense Whitening Essence (30 ml) RM 231
NutriWhite Gentle Action Make-Up Remover (150 ml) RM 95
NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser (150 ml) RM 119
NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream (48 gram) RM 225
NutriWhite Soothing Radiance Whitening Softener (150 ml) RM 138
NutriWhite Spot Whitening Treatment (10 ml) RM 150
NutriWhite Ultimate Protection Whitening Lotion (50 ml) RM 200

NutriWhite Skincare Set (all above) RM 1158



Klik untuk paparan lebih jelas


Hair Care - Prosante:


Prosante Lightweight Conditioner (296 ml) RM 66.25
Prosante Long Lasting Finishing Spray (237 ml) RM 58.75
Prosante Nourishing Scalp Treatment (59 ml) RM 93.75
Prosante Purifying Shampoo (237 ml) RM 62.50
Prosante Replenishing Conditioner (237 ml) RM 67.50
Prosante Revitalizing Shampoo (296 ml) RM 66.25



Klik untuk paparan lebih jelas


Home Care - Get Clean:

Basic H (16 oz) RM 46
Dish Wash (16 oz) RM 28
Fresh Laundry Concentrate (5.5 lb) RM 80
Soft Fabric Concentrate (32 fl) RM 40

Get Clean Home Care Set (all above) RM 194


Get Clean Water Pitcher:


Filter (3 packs) RM 161
Housing Kit (1 unit) RM 103
Pithcher (1 unit) RM 225

Get Clean Starter Pack (all above) RM 460

Mahu mendapatkan harga produk Shaklee dengan harga lebih murah? Klik sini.

Tuesday, 8 September 2015

Siapa Yang Perlukan ESP?

Posted by Unknown at 10:28 0 comments
ESP adalah antara produk terlaris Shaklee dan ramai yang dah jatuh cinta dengan ESP ni. Bukan dipaksa jatuh cinta tau, tapi betul-betul jatuh cinta. Cinta pandang pertama pun ada ;))

Kat bawah ni adalah antara pengguna tegar dan sampai sekarang masih setia dengan ESP. Mereka ni adalah kawan-kawan seangkatan Sal, sama-sama bergelar SID dia bawah group besar Jutawan Shaklee.



Selain tu, ESP ni menjadi pujaan kebanyakan wanita. Sebabnya, dah ramai yang puas hati lepas ambik ESP, kulit makin cerah, gebu dan cantik :))


Sal pun memang penggemar ESP. Tapi tak sempat lagi nak posing ngan ESP kesayanganku. Sebelum tengok Sal posing, cuci mata dulu ye layan gambar kawan-kawan Sal ni. Diorang ni model tak berbayar tau :)

Teruja juga tak nak cuba ESP? Meh PM Sal dulu. Sal akan bagi konsultansi free dan harga istimewa :))

-------------

Untuk Info & Order:

Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Monday, 10 November 2014

Cara Hilangkan Selsema Pada Bayi

Posted by Unknown at 15:38 0 comments
Aduh....hati ibu mana yang tak risau bila hidung anak tersumbat, berhingus dan tak lepas nak .bernafas. Apatah lagi bayi yang umurnya kurang dari 2 bulan.

Hari ni dah masuk hari ke 5 Fateh selsema, berjangkit dengan kakaknya yang selsema lepas demam panas baru-baru ni. Nak halang pun, kadang-kadang dia tak dengar jugak..yela, mana nak faham kan kenapa kita tak bagi dia dekat dengan adiknya.

Kesian sangat bila dia tak selesa dengan hidungnya, nak bernafas tak lepas..kalau boleh di transfer, ummi rela selsema bagi pihak Fateh.

Humaira dulu dia jarang selsema masa baby. Jadi ummi ni tak banyak pengalaman tentang cara hilangkan selsema pada bayi ni. Daripada pembacaan Sal, banyak juga cara yang kita boleh gunakan. Moden ada, tradisional pun ada.

Sal nak share dengan anda semua, antara petua atau cara yang kita boleh gunakan untuk bantu anak kita lega dari selsema ni. Antara kaedah yang boleh kita gunakan ialah:

1. Sapukan dengan Minyak Bawang Putih
>> Cara membuat minyak bawang putih -Panggang bawang putih dengan kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada anak ketika batuk selsema.
>> Bawang putih juga bertindak sebagai antibakteria dan antivirus.

2. Letakkan bawang putih pada stokin anak.
>> Pakaikan anak stokin berlubang besar, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yang telah ditumbuk ( tidak perlu lumat).
>> Untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan
>> Tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sebab kepanasan akibat bawang putih.

3. Guna bawang merah
>> Potong bawang merah kepada 2 dan letakkan di tepi bantal anak, buat selama 3 hari berturut.
>> Bawang akan menyerap virus di udara.
p/s: Bawang yang terdedah tadi jangan digunakan di dalam makanan kerana dikhuatiri boleh memudaratkan. 
4. Selsema juga boleh diatasi dengan menumbuk dua biji bawang merah dan sedikit lengkuas. Letakkan dengan sedikit minyak masak. Kemudian sapukan di ubun-ubun bayi secara membulat.
5. Ambil ibu kunyit, sapu di batang hidung sampai ke dahi secara menegak
6. Steaming & Cupping
>> Baringkan baby mengadap wap air ( boleh gunakan food warmer, bottle sterilizer, periuk nasi elektrik atau besen berisi air panas). Steaming bertujuan untuk membuka ruang pernafasan yang sempit.
>> Teknik percussion pula perlu di buat 1 minit bahagian kiri belakang badan dan 1 minit bahagian kanan belakang badan dan telentangkan anak ke depan dan tepuk selama 1 minit bahagian depan kiri dada dan 1 minit bahagian kanan depan dada. (boleh buat sewaktu steaming atau selepas sesi steaming)
>> Ulang proses tersebut sehingga sekurang2nya 10 minit. Sekiranya anak meronta dan menangis itu lebih baik kerana dia menyedut wap tersebut dengan lebih agresif. Kalau tangan anak bergerak-gerak, bolehlah dibedung si kecik tu.
** Waktu buat steaming, Sal tambahkan habatussauda' dan tablet Garlic dari Shaklee untuk berfungsi sebagai antibiotik semualajadi.
7. Gas nebulizer
>> Untuk membuka salur pernafasan yang sempit / cairkan kahak. Kahak akan keluar melalui najis atau muntah.
8. Penyembur hidung Sterimar
Sterimar-Baby-Sea-Water-Nasal-Spray
9. Sedut hingus anak dengan mulut.
>> Yang ni dengar macam geli kan...tapi demi anak, sanggup ku buat...hehe
Itulah antara cara atau petua yang Sal dapat hasil pembacaan.
Untuk Fateh, antara cara yang Sal gunakan ialah no.1, no.3, no.6, no.8 dan no.9. Tapi, akhirnya kami kalah terpaksa juga guna nebulizer waktu checkup dia kat klinik sebabnya dah tak tahan dengar dia susah nak bernafas.
Satu lagi, Sal gunakan krim Dr Sneeze. Krim ni buatan Malaysia dan gunakan bahan-bahan semulajadi je macam habatussauda', kunyit, biji kopi dan jintan hitam. Krim ni sapu je kat hidung bayi, insyaAllah boleh membantu juga.
Ni dia rupa Dr Sneeze (gambar dari Google)
556355_184103298399836_87762273_n
Semoga perkongsian Sal ni bermanfaat untuk anda semua ye :)

----------

Untuk Info & Order:




Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Friday, 7 November 2014

Kepentingan Minyak Ikan Omega 3

Posted by Unknown at 09:37 0 comments
Bila sebut je Omega 3, mesti kita akan terbayangkan ikan. Antara ikan yang tinggi kandungan Omega 3 nya ialah ikan salmon. Selain kaya dengan Omega 3, ikan salmon juga adalah antara ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang rendah. Tapi, harus diingatkan ye...ikan yang termasuk dalam kategori tersebut adalah ikan yang hidup bebas sahaja ye...tak termasuk yang dibela.

Hari ni Sal nak ceritakan kenapa kita perlukan Omega 3.

Omega 3 baik untuk sendi, kulit, penglihatan, otak, jantung, membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan juga meningkatkan kesuburan. Ia merupakan satu anti-penuaan dan anti-radang. Omega 3 boleh didapati secara semulajadi dalam pelbagai jenis makanan yang lazat termasuk walnut, ikan salmon, tuna, minyak zaitun dan avokado.

Asid lemak Omega 3 merupakan keperluan dalam meningkatkan kecerdasan otak dan juga merupakan lemak baik yang membantu mengawal kolestrol. Omega 3 adalah 1 daripada 5 makanan tambahan yang perlu untuk setiap wanita, 1 daripada 5 keperluan makanan seharian kita dan merupakan satu keperluan yang wajib diambil oleh ibu-ibu hamil sebagai salah satu langkah untuk menggalakkan perkembangan bayi yang lebih sihat.

Omega 3 terdiri daripada 3 komponen asas iaitu:
  • Alpha-linolenic acid (ALA) yang terdapat dalam walnut dan minyak sayuran seperti flaxseed, kacang soya dan buah zaitun yang diperlukan tubuh tetapi dalam kuantiti yang kecil sahaja dan menukarkannya kepada DHA.
  • Docosahexaenoic acid (DHA) yang boleh didapati terutamanya dalam minyak ikan, merupakan asid lemak yang perlu untuk tubuh manusia. Kebanyakan dari kita tidak mendapat secukupnya asid lemak penting ini kerana proses penukaran ALA kepada DHA adalah terlalu perlahan dan kurang berhasil. Jadi, untuk mendapatkan manfaat kesihatan yang lebih baik, kita memerlukan DHA sebanyak 600-1000 mg sehari daripada makanan tambahan.
  • Eicosapentaenoic acid (EPA) juga terdapat dalam minyak ikan, jadi secara tidak langsung kita juga mendapat manfaatnya jika kita mengambil dos harian DHA Omega-3.
Antara kepentingan minyak ikan Omega 3 dalam diet seharian kita ialah:
  1. Pelincir sendi - Membantu sebagai pelincir sendi dan memastikan ianya berfungsi dengan lebih efektif. Dengan menjaga kesihatan sendi, masalah sendi kurang pelincir dan sendi haus boleh diatasi dan boleh membantu mengurangkan sakit sendi seiring dengan usia anda.
  2. Mengurangkan masalah radang sendi
  3. Mengurangkan kedutan - Semakin meningkat usia kita, sel-sel lemak di lapisan ketiga kulit kita juga akan menipis dan cenderung untuk menjadi kedut. Omega 3 membantu membuat lapisan yang tebal dan licin. Kesannya? Kedutan hilang dan kulit menjadi lebih tegang.
  4. Penglihatan yang lebih baik -  Retina mata kita adalah struktur membran dan seluruh mata kita dilindungi dengan lapisan lembut dua membran, menjadikan kesihatan mata kita bergantung kepada hati. Hati membantu memetabolismekan vitamin larut lemak yang fungsinya memberi 'makan' dan menjaga membran tersebut. Jika anda kekurangan DHA, ia memberi kesan kepada penglihatan kita dengan mengganggu sistem yang berfungsi menukarkan cahaya kepada tenaga saraf pada retina.
  5. Kesihatan jantung - Omega 3 membantu mengurangkan trigliserida, menstabilkan denyutan jantung anda, membuat platelet "kurang melekit" dan boleh menstabilkan tekanan darah. EPA yang anda perolehi daripada DHA harian yang anda ambil boleh membantu mencegah pembekuan arteri.
  6. Mengurangkan masalah jerawat -  Pengambilan asid lemak Omega 3 yang tidak cukup dalam diet harian anda boleh menyebabkan kepada masalah jerawat. Untuk membantu mengatasi masalah jerawat anda, ambil lah makanan yang kaya dengan Omega 3 dalam diet seharian.
  7. Mengurangkan kolestrol - Meningkatkan tahap HDL (kolestrol baik) dalam tubuh dan membantu membersihkan arteri anda dari kolestrol jahat.
  8. Tingkatkan kecerdasan otak - Di samping menyihatkan jantung arteri anda, fungsi otak anda juga akan turut meningkat. Ia juga berfungsi mengubah neurotransmitter anda untuk membantu mengurangkan masalah kemurungan.
  9. Meningkatkan kesuburan - Meningkatkan kadar kesuburan lelaki dan wanita dengan meningkatkan kebolehupayaan sperma berenang lebih jauh dan persekitaran kawasan pembenihan kepada wanita.
  10. Kehamilan - Omega 3 penting dalam perkembangan otak, jadi ibu-ibu hamil sangat memerlukan Omega 3. Selain itu, kajian menunjukkan Omega 3 membantu mengurangkan risiko kemurungan. Apabila ibu tidak mempunyai asid lemak perlu yang cukup ini, bayi akan mengambilnya dari ibu. Jadi, ibu-ibu hamil perlu memastikan Omega 3 diambil dalam jumlah yang mencukupi untuk ibu dan anak :)
Apa minyak ikan pilihan anda? Pilihan Sal adalah Omega Guard Shaklee. Kenapa?

1. Omega Guard Shaklee dihasilkan menerusi kaedah teknologi ultratulen bergred farmaseutikal.
2. Ianya melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yang dapat memekatkan asid lemak Omega 3 - paling tulen.
3. Proses tersebut menyingkirkan bahan-bahan berbahaya yg terdapat dalam ikan seperti plumbum, arsenik, merkuri dan sebagainya.
4. Ianya tidak diekstrak dari minyak hati ikan kerana hati ikan mempunyai toksin tinggi.
5. Minyak ikan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies.( tahap merkurinya terendah)
6. Ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi
7. Omega guard Shaklee lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 yang perlu oleh badan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA.
8. Kandungan EPA dan DHA di dalam Omega Shaklee antara yang tertinggi berbanding jenama lain iaitu 1 hidangan (3 kapsul) membekalkan 900mg asid lemak omega 3.

Bagi yang berminat, boleh hubungi Sal untuk konsultansi percuma ye :)

-----------------------

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Sunday, 2 November 2014

Promosi November 2014 Omega Guard

Posted by Unknown at 09:45 0 comments
Hai semua....sedar tak sedar dah masuk bulan November. Cepat je rasa masa berlalu. 

Hari ni dah 2 November, baru berkesempatan nak update blog. Setiap bulan Shaklee tak pernah miss buat promosi dan bulan ni Omega Guard dah mengambil tempat!
1610824_10152803906387698_7184845456440814826_n
Promosi November 2014 Omega Guard

Omega ni salah satu supplement favourite Sal. Sal ambik Omega ni untuk kurus (maklumlah orang lepas bersalin ni liat sikit nak turun berat), nak kurangkan sakit2 sendi dan juga nak kawal kolestrol (Sal kan pemakan orangnya).

Omega ni sesuai diambil oleh semua peringkat umur dari kanak-kanak 1 tahun sehinggalah orang-orang tua. Jadi, memang sesuai dijadikan supplement untuk 1 family! 

Dalam 1 botol ada 90 kapsul, kalau 1 family ambil 3 biji seorang (untuk kesan maksimum), mana nak cukup sebotol kan untuk sebulan? Ha, bulan ni lah peluang untuk anda grab Omega Guard, beli 6 dapat 7..mana nak cari kan?

Promosi Omega Guard kali ni lagi best sebabnya bulan ni Shaklee offer 5% diskaun untuk pembelian TWINPACK!
Moldiv_1414893945235

So, bagi mereka yang rasa 6 atau 7 tu terlalu banyak, meh grab offer twinpack ni, memang berbaloi. Kata orang "Alah Membeli Menang Memakai" :)

Kat bawah ni Sal senaraikan antara kelebihan dan fungsi Omega Guard:

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil – membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

-------
Untuk Info & Order:

Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847 

Friday, 31 October 2014

Makanan Untuk Ibu Menyusu

Posted by Unknown at 09:21 0 comments
Susu ibu merupakan sumber makanan terbaik dan penting dalam memastikan tumbesaran bayi bagi mengelakkan bayi dijangkiti penyakit yang tidak diingini. Bayi akan bergantung sepenuhnya kepada susu ibu sejak lahir sehingga beberapa bulan awal kelahirannya bagi memenuhi keperluan pemakanannya. Oleh itu, amatlah penting untuk si ibu memakan makanan yang sesuai, sihat dan seimbang kerana makanan yang dimakan akan disalurkan juga kepada bayi melalui susu ibu.

Hari ni, Sal nak share tentang makanan untuk ibu menyusu yang perlu bagi mengekalkan kandungan nutrisi dalam susu ibu.

1. Ikan Salmon
Ikan Salmon memang  kaya dengan kandungan lemak yang  penting  iaitu DHA, sejenis asid lemak pada omega-3. DHA adalah zat makanan yang paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. Hasilnya, bayi anda akan dapat berkonsentrasi dengan lebih baik dan cerdas. Oleh itu, makanlah Salmon sebanyak 2-3 porsi dalam seminggu untuk menghasilkan susu yang baik buat si kecil anda. Selain ikan salmon, ikan tuna dan patin juga kaya dengan kandungan lemak positif ini.

2. Produk tenusu rendah lemak
Susu rendah lemak, yogurt, dan keju sangat bagus untuk ibu yang menyusukan, kerana mengandungi sumber kalsium, protein dan vitamin B dan D. Dengan mengambil kalsium yang secukupnya untuk tubuh anda sendiri, susu yang dihasilkan juga akan melimpah dengan kalsium untuk bayi anda. Cuba selitkan sekurang kurangnya 3 cawan produk tenusu dalam diet anda setiap hari untuk membekalkan kalsium yang secukupnya untuk si kecil.

3. Sayur-sayuran hijau
Sayuran seperti bayam dan kangkung mengandungi zat besi yang baik bagi anda. Setiap 100g sayuran hijau mengandungi sekitar 2.7mg zat besi dan 204mg kalsium. Sayuran segar juga harus ada dalam menu makanan anda setiap hari, untuk suplemen vitamin A, C, B1, B2, B12, niasin dan asid folik yang sangat diperlukan pada masa menyusukan.

4. Roti wholemeal dan beras merah (Brown rice)
Asid Folik adalah sumber nutrien penting untuk susu ibu, dan sumber ini boleh didapati dari roti bijirin, beras, biji-bijian seperti gandum, jagung, oats, pasta dan lain lain yang kaya dengan serat dan zat besi  buat si kecil, selain memberi lebih tenaga untuk ibu.

5. Daging
Ibu yang menyusukan memerlukan lebih tenaga, jadi lebihkan protein dan vitamin B-12 dalam diet seharian. Kedua-dua nutrien ini terkandung dalam daging.

6. Kekacang
Kekacang dan legum adalah sumber protein yang baik bagi menggantikan daging. Ia juga membantu menstabilkan paras glukos dalam darah, mengimbangkan tindak balas elektrolit dalam tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak. Untuk mengoptimumkan khasiatnya dalam susu anda, kekacang seeloknya dimasak dengan minyak atau diambil bersama makanan berasaskan minyak. Contohnya seperti hummus (dicampur minyak zaitun).

7. Telur
Kuning telur mengandungi sumber vitamin D, antara nutrien terpenting untuk mengekalkan tulang yang sihat untuk ibu dan juga penumbuhan tulang yang kuat untuk bayi. Mudah untuk didapati dan juga senang untuk disediakan, cuma pukul beberapa biji telur untuk sarapan,  sediakan omelet untuk makan tengahari, atau rebus telur dan hidang bersama salad untuk makan malam. Telur jenis Omega atau yang diperkaya dengan DHA amat bagus bagi penambahan asid lemak yang baik untuk susu anda.

8. Buah-buahan
Ibu yang menyusukan bayi harus makan sekurang-kurangnya dua atau lebih porsi buah-buahan segar setiap hari. Buah Oren dan Blueberi adalah pilihan yang terbaik untuk ibu yang menyusukan, kerana ia mengandungi vitamin C dan mineral yang secukupnya. Bekalkan diri anda dengan beberapa biji buah oren, atau sebotol jus oren segar supaya boleh diminum dimana-mana sahaja.

9. Minum air putih dengan banyak dan kerap
Air putih merupakan sumber cairan yang penting untuk menghasilkan susu. Menyusukan si kecil akan membuatkan anda kerap merasa haus,  jadi anda perlu minum air yang banyak. Gunakan tahap kehausan anda sebagai panduan. Cuba minum 10 gelas air setiap hari dan cuba untuk minum air setiap kali anda hendak menyusukan bayi. Hadkan minuman ringan, air berperasa, air buah, kordial dan minuman diet kerana kandungan nutrisi yang rendah dan berkemungkinan mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Jika anda rasa susah untuk dapatkan makanan segar seperti saranan di atas, anda boleh cuba amalkan set cadangan untuk ibu menyusu. Ianya lengkap dengan keperluan vitamin, mineral dan nutrisi yang diperlukan oleh ibu menyusu. Sal pun sekarang memang amalkan supplement Shaklee dan alhamdulillah susu sangat meriah....tapi, dengan syarat kenalah pam atau bf dengan kerap (konsep demand vs supply). Sal ambik set lengkap ni.

201410150115

Satu lagi nak pesan..ibu menyusu dilarang berdiet yang keterlaluan ye kerana ia boleh menjejaskan kandungan dan nutrisi susu ibu. Makanlah makanan yang berkhasiat mengikut sukatan dan saranan yang sesuai dengan kita..happy breastfeeding mommies!  :)


-----

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Thursday, 23 October 2014

ESP Shaklee dan Testimoni

Posted by Unknown at 02:29 0 comments
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk 9 asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.


Shaklee ESP:
  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal
Jom kita lihat apa kata pengguna ESP Shaklee dan testimoni mereka :)
TESTIMONI 1:

"ESP terbaik..dulu sya akan berbedak tebal sbb tak yakin dengan diri sdiri..setelah mengambil esp..kulit sya halus dn tona kulit lbh sekata..dan terkini sya hadiri majlis kduri tanpa make up..." - Pn Zue Haida

TESTIMONI 2: 
testimoni ESP new1
TESTIMONI 3:
testimoni ESP new2
TESTIMONI 4: 

TESTIMONI 5:
testimoni ESP new3
TESTIMONI 6: 

1004474_10151598875363801_1701708526_n
"Salam 17 Ramadhan.. just nak share testimoni en suami yang rajin consume ESP +Alfalfa. Dalam masa 2 bulan, boleh nampak perubahannya, kulit yang dulu berminyak semakin gebu. Parut jerawat yang ala2 kawah bulan dah semakin berkurangan. Kulit semakin cerah. Resdung semakin berkurang, kalau tak pagi2 je dia dah bersin sampai bergegar rumah.. hihi.. bila ditanya, en suami mengakui badan semakin bertenaga, stamina bertambah dan kulit semakin halus. Nah, sape kate penjagaan kulit hanya terhad kepada wanita je? Skang en suami dah semakin jatuh chenta dengan Shaklee yang ternyata berkesan, selamat & semulajadi.." - Pn Miera Mazlan

TESTIMONI 7:
Testimoni Puan Haliza Kamis
"Pertama kali saya jatuh cinta dengan Energing Soy Protein (ESP) ialah waktu saya menyusukan anak kedua saya. Saya beli Set 3M. Dalam set tu ada Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP. Rasa susu soya yang light memang membangkitkan selera minum saya. Agak-agak bosan dengan soya plain, saya akan tambahkan perasa lain yang kena dengan selera saya. Antaranya ribena, milo, horlick atau dicampur dengan air BLISS. Ditambah lagi vitamin lain yang membantu saya untuk mendapatkan nutrisi penting untuk tumbesaran anak melalui susu ibu.
Dipendekkan cerita, anak pertama saya cuma dapat menyusu sampai umur sebulan setengah je. Lepas tu terpaksa bagi susu tepung sebab susu kering. Memang sedih sangat waktu tu sebab sepanjang tumbesaran anak sulung, kerap keluar masuk hospital. Sehingga usia setahun setengah, 3 kali berkampung di hospital sebab kena jangkitan kuman kat paru-paru. sekali masuk wad sampai seminggu. Letih... Memang tersangat letih..Maklum la.. Bukan pergi bercuti...
Saya diperkenalkan dengan Shaklee oleh teman sepejabat iaitu Ain, Nana dan Mas. Mereka ni team breastfeed kt opis. Mereka galakkan rakan2 untuk menyusu badan. masa tu saya baru masuk office selepas ambil cuti bersalin 3 bulan. Masa tu susu badan masih ada cuma tak cukup untuk anak kedua. Mereka cadangkan supaya saya cuba set basic menyusu. Syukur alhamdulillah. Susu pun meriah. Dua bulan cuba set basic menyusu, saya pun upgrade ambil set 3M. Anak suka sangat sebab puas menyusu. Tidur pun makin nyenyak.
Apa yang saya nak tekankan kat sini, perbezaan antara kedua-dua anak saya dengan Shaklee dan tanpa Shaklee ialah:
1) Anak Shaklee saya mempunyai sistem imune yang baik kerana dia jarang jatuh sakit (demam, batuk, kahak)
2) Selera makan dia sangat-sangat baik.
3) Kurang gejala sembelit berbanding anak sulung.
4) Anak kedua saya juga tidak menggunakan nebulizer berbanding anak sulung.
5) Dia lebih ceria dan kurang meragam.
Ya.. Betul kata anda.. Ini semua takdir Allah. Tapi saya percaya... Dengan usaha, Tawakkal, bersangka baik dengan Allah, kita akan beroleh kebaikan daripada apa yang kita usahakan...
Allah akan membantu kita selama mana kita berusaha dan yakin kepada Nya"

Dah ramai yang berpuashati, jadi tak salah kalau anda pun nak cuba...kita usaha dan ikhtiar untuk setiap masalah kita...selebihnya Allah yang tentukan.

Nak lihat lagi banyak testimoni ESP? Sal ada share di sini.

Hubungi Sal untuk konsultansi PERCUMA :)

-----

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Petua Cantik dan Sihat secara Tradisional

Posted by Unknown at 01:10 0 comments
Walaupun dunia semakin moden, namun banyak lagi petua atau amalan tradisional yang masih relevan dan boleh kita amalkan sehingga sekarang terutamanya melibatkan petua cantik dan sihat secara tradisional serta semulajadi.

Jadi, Sal nak share dengan anda semua antara petua yang kita boleh amalkan.

1. Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

2. Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk). Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

3. Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

4. Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair...Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka, kulit lebih cerah dan segar.

5. Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yang termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

6. Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

7. Menghaluskan Kulit




(1) Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.
(2) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang 15 minit.. Selepas itu barulah dibilas.
(3) Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

8. Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

9. Badan Ringan Dan Bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia (yang dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu untuk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

10. Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dalam bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

11. Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

12. Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.

13. Menghilangkan Parut
(1) Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.
(2) Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

14. Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

15. Awet Muda
(1) Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
(2) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
(3) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

16. Merawat Senggugut
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dengan membaca selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

17. Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

18. Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

19. Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

20. Mengempiskan Perut


(1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
(2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

21. Mengelak perut buncit
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

22. Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

23. Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

24. Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat


(1) Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yang anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit akan lebih tegang dan jerawat tiada.
(2) Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

25. Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan anda akan rasai perubahannya.

26. Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata. Pejamkan mata untuk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

27. Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

28. Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

29. Mengelak Rambut Gugur

(1) Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
(2) Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
(3) Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dengan getah.

30. Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.

31. Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (mandi embun). Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

32. Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dengan sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

33. Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

34. Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

35. Menghilangkan Sakit Kepala
(1) Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.
(2) Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

36. Menghilangkan Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

37. Menurunkan Berat Badan
(1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
(2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

38. Mengatasi Tumit Pecah



(1) Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.
(2) Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

39. Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi SAW. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

40. Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dengan air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini untuk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dengan tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

41. Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. InsyaAllah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

42. Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaAlah gigi anda putih berkilat.

43. Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. InsyaAllah mujarab.

44. Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

45. Menguatkan Gigi
Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

46. Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

47. Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

48. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

49. Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga, kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dengan keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

50. Meminimakan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

Semoga bermanfaat untuk semua :)
 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi