Sunday 12 October 2014

Berpantang dengan Shaklee

Posted by Unknown at 16:01
Assalamualaikum semua.... :)

Pagi ni Sal nak share tentang pengalaman pertama Sal berpantang dengan Shaklee. Sal kenal Shaklee masa Humaira dah 4 bulan...so, pengalaman dengan Shaklee bermula semasa perjalanan penyusuan Humaira.

Kiranya, bermula dari situ lah Sal mula consume Shaklee sampailah sekarang termasuk waktu pantang sekarang ni. Produk pertama yang Sal ambik dan terus jatuh cinta ialah ESP! Masa mula2 nak minum tu, memang ada rasa yang agak pelik...yela, pure soya...Sal selalu ambik dengan Milo, Horlicks atau susu. Alhamdulillah..lama kelamaan Sal makin jatuh cinta dengan rasa ESP dan ofkos dengan kesannya juga.

Berpantang kali kedua ni Sal memang ambik supplement Shaklee untuk dalaman dan set Tanamera serta NR untuk luaran (beli loose je..).

Antara vitamin Shaklee yang Sal ambik ialah Vitalea, B complex, SR Vit C, Zinc Complex (set asas untuk berpantang)...lagiii ESP, Ostematrix, Lecithin, GLA Complex, Vivix dan Alfalfa Complex (ambik selepas 2 minggu berpantang)...agak2 banyak tak? Kalau yang tak biasa ambik mesti fikir banyakkan? Sal tak ada la ambik semua sekaligus...ada jadualnya..sebab tu penting untuk beli dari distributor yang boleh tolong jadualkan pemakanan vitamin kita..tak ada la ambik sekaligus, kesian buah pinggang kita nanti :)



Ok, Sal nak cerita serba sedikit la fungsi setiap supplement yang Sal ambik tu.
  • Vitalea with Iron Formula (Multivitamin) - pulihkan tenaga ibu bersalin, pembentukan sel darah merah baru yang banyak hilang sewaktu bersalin, mengelakkan ibu berpantang daripada menjadi pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya.
  • B Complex - membantu menstabilkan hormon badan kita dan penting untuk mengelakkan ibu dalam pantang mengalami kemurungan.
  • Vitamin C - meningkatkan antibodi tubuh, pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan penyembuhan luka serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
  • Zinc Complex - membantu mempercepatkan proses baik pulih luka terutama luka dalaman (berfungsi seperti ikan haruan)
  • ESP - memberikan tenaga kepada ibu dalam pantang, memulihkan sel-sel badan yang rosak, membantu melancarkan penghasilan susu ibu serta mencantikkan kulit kembali kulit ibu selepas bersalin.
  • Ostematrix - membantu pelawasan, membantu tidur lebih lena dan bangun pagi lebih cergas.
  • Lecithin - emulsikan lemak (uraikan lemak ke molekul lebih kecil supaya senang diangkut keluar), kurangkan bengkak susu dan membantu pengeluaran susu lebih lancar.
  • GLA Complex - stabilkan hormon dalam pantang, mengelakkan kelesuan dan tingkatkan stamina dalam pantang
  • Alfalfa Complex - membantu menggalakkan pengeluaran susu dan membantu proses detox (keluarkan toksin dari badan)
  • membantu memberikan tenaga, tingkatkan imun badan dan untuk kesihatan menyeluruh selepas bersalin.

Waktu mengandung hari tu pun Sal ambik vitamin untuk wanita hamil seperti Vitalea, B complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix dan Vivix (jarang2)...alhamdulillah proses kehamilan kali ni berjalan lancar...HB cantik, BP ok, no GDM, kurang cramp dan sakit pinggang, tiada masalah sembelit..kesimpulannya semua ok tanpa ambil ubat klinik.

Berpantang kali ni, memang cepat sangat sembuh. Kurang 2 minggu luka dah baik sepenuhnya dan 3 minggu dah sihat. Sekarang ni dah 34 hari dalam pantang dan dah tak rasa dalam pantang...hehehe...tapi Sal teruskan la jugak pantang...lebih kurang seminggu lagi nak merdeka...yeayyy!!

Balik kampung Raya Haji baru ni, family dan orang kampung tegur Sal tak ada rupa orang dalam pantang. Yela, Sal tak ada la memeruk je dalam bilik berbaring...macam biasa2 je...berbaring waktu menyusu dan tidur malam je...hehe..satu lagi, diorang puji Fateh dah kuat, tak macam umur bawah sebulan. Kepala dah boleh tegak sikit2, badan kejap dan senang dipegang. Kakak ipar Sal cakap Fateh terlebih zat besi...hihi..sekarang kepala dia dah boleh angkat dah pun...alhamdulillah...Shaklee banyak membantu :)

Bagi anda yang masih tercari-cari kenapa anda perlu ambil Shaklee sewaktu hamil dan berpantang, anda dah tak perlu ragu lagi. Terbukti Shaklee boleh membantu anda merasai pengalaman hamil dan berpantang yang berbeza! (dengan izin Allah jua).

Inilah cerita #shakleeeffect Sal...

Boleh hubungi Sal untuk KONSULTANSI PERCUMA ye

———————

Untuk Info & Order:









Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi