Showing posts with label GLA Complex. Show all posts
Showing posts with label GLA Complex. Show all posts

Wednesday, 7 October 2015

Promosi Oktober: Omega Guard, GLA Complex, Vitamin E dan Vitalea for Kids

Posted by Unknown at 05:04 0 comments
Alhamdulillah berkesempatan juga Sal nak war warkan tentang promosi yang Shaklee offer untuk customer kesayangan semua :)) 

Walaupun dah lewat 7 hari tapi Sal cuba juga update entry ni guna phone sebab keadaan laptop tak mengizinkan.

Ok lah berbalik kepada tajuk entry ni, Sal nak inform kat anda semua yang bulan ni ada 2 produk hangat yang boleh anda beli 6 tapi anda layak dapat 7 ATAU anda beli 2 anda layak dapat 5% diskaun iaitu Omega Guard (minyak ikan, Omega 3) dan GLA Complex (Omega 6).



Selain tu, ada offer mengejut untuk para peminat 'Vitamin Cinta' kami iaitu Vitamin E. Anda layak dapat penjimatan sehingga 50% untuk pembelian 2 botol Vitamin E! Dengan kata lain, beli 1 botol Vitamin E anda dapat FREE 1 botol lagi Vitamin E. Wah...bestnya. Bukan senang nak dapat separuh harga untuk Vitamin E ni.


Tak ketinggalan juga Vitalea for Kids beli 3 dapat 4 :))


Kalau anda berminat nak dapatkan tawaran istimewa ni, boleh hubungi Sal ye.
Konsultansi percuma untuk anda disediakan :) 

-------------

Untuk Info & Order:

Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Sunday, 12 October 2014

Berpantang dengan Shaklee

Posted by Unknown at 16:01 0 comments
Assalamualaikum semua.... :)

Pagi ni Sal nak share tentang pengalaman pertama Sal berpantang dengan Shaklee. Sal kenal Shaklee masa Humaira dah 4 bulan...so, pengalaman dengan Shaklee bermula semasa perjalanan penyusuan Humaira.

Kiranya, bermula dari situ lah Sal mula consume Shaklee sampailah sekarang termasuk waktu pantang sekarang ni. Produk pertama yang Sal ambik dan terus jatuh cinta ialah ESP! Masa mula2 nak minum tu, memang ada rasa yang agak pelik...yela, pure soya...Sal selalu ambik dengan Milo, Horlicks atau susu. Alhamdulillah..lama kelamaan Sal makin jatuh cinta dengan rasa ESP dan ofkos dengan kesannya juga.

Berpantang kali kedua ni Sal memang ambik supplement Shaklee untuk dalaman dan set Tanamera serta NR untuk luaran (beli loose je..).

Antara vitamin Shaklee yang Sal ambik ialah Vitalea, B complex, SR Vit C, Zinc Complex (set asas untuk berpantang)...lagiii ESP, Ostematrix, Lecithin, GLA Complex, Vivix dan Alfalfa Complex (ambik selepas 2 minggu berpantang)...agak2 banyak tak? Kalau yang tak biasa ambik mesti fikir banyakkan? Sal tak ada la ambik semua sekaligus...ada jadualnya..sebab tu penting untuk beli dari distributor yang boleh tolong jadualkan pemakanan vitamin kita..tak ada la ambik sekaligus, kesian buah pinggang kita nanti :)



Ok, Sal nak cerita serba sedikit la fungsi setiap supplement yang Sal ambik tu.
  • Vitalea with Iron Formula (Multivitamin) - pulihkan tenaga ibu bersalin, pembentukan sel darah merah baru yang banyak hilang sewaktu bersalin, mengelakkan ibu berpantang daripada menjadi pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya.
  • B Complex - membantu menstabilkan hormon badan kita dan penting untuk mengelakkan ibu dalam pantang mengalami kemurungan.
  • Vitamin C - meningkatkan antibodi tubuh, pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan penyembuhan luka serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
  • Zinc Complex - membantu mempercepatkan proses baik pulih luka terutama luka dalaman (berfungsi seperti ikan haruan)
  • ESP - memberikan tenaga kepada ibu dalam pantang, memulihkan sel-sel badan yang rosak, membantu melancarkan penghasilan susu ibu serta mencantikkan kulit kembali kulit ibu selepas bersalin.
  • Ostematrix - membantu pelawasan, membantu tidur lebih lena dan bangun pagi lebih cergas.
  • Lecithin - emulsikan lemak (uraikan lemak ke molekul lebih kecil supaya senang diangkut keluar), kurangkan bengkak susu dan membantu pengeluaran susu lebih lancar.
  • GLA Complex - stabilkan hormon dalam pantang, mengelakkan kelesuan dan tingkatkan stamina dalam pantang
  • Alfalfa Complex - membantu menggalakkan pengeluaran susu dan membantu proses detox (keluarkan toksin dari badan)
  • membantu memberikan tenaga, tingkatkan imun badan dan untuk kesihatan menyeluruh selepas bersalin.

Waktu mengandung hari tu pun Sal ambik vitamin untuk wanita hamil seperti Vitalea, B complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix dan Vivix (jarang2)...alhamdulillah proses kehamilan kali ni berjalan lancar...HB cantik, BP ok, no GDM, kurang cramp dan sakit pinggang, tiada masalah sembelit..kesimpulannya semua ok tanpa ambil ubat klinik.

Berpantang kali ni, memang cepat sangat sembuh. Kurang 2 minggu luka dah baik sepenuhnya dan 3 minggu dah sihat. Sekarang ni dah 34 hari dalam pantang dan dah tak rasa dalam pantang...hehehe...tapi Sal teruskan la jugak pantang...lebih kurang seminggu lagi nak merdeka...yeayyy!!

Balik kampung Raya Haji baru ni, family dan orang kampung tegur Sal tak ada rupa orang dalam pantang. Yela, Sal tak ada la memeruk je dalam bilik berbaring...macam biasa2 je...berbaring waktu menyusu dan tidur malam je...hehe..satu lagi, diorang puji Fateh dah kuat, tak macam umur bawah sebulan. Kepala dah boleh tegak sikit2, badan kejap dan senang dipegang. Kakak ipar Sal cakap Fateh terlebih zat besi...hihi..sekarang kepala dia dah boleh angkat dah pun...alhamdulillah...Shaklee banyak membantu :)

Bagi anda yang masih tercari-cari kenapa anda perlu ambil Shaklee sewaktu hamil dan berpantang, anda dah tak perlu ragu lagi. Terbukti Shaklee boleh membantu anda merasai pengalaman hamil dan berpantang yang berbeza! (dengan izin Allah jua).

Inilah cerita #shakleeeffect Sal...

Boleh hubungi Sal untuk KONSULTANSI PERCUMA ye

———————

Untuk Info & Order:









Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Monday, 25 August 2014

5 Sebab Anda Perlukan GLA Complex

Posted by Unknown at 17:28 0 comments

1. GLA Complex Membantu Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

Bagaimana GLA Complex membantu meningkatkan peluang untuk hamil?

Secara ringkas, GLA (asid gamma linolenik) sebenarnya membantu seseorang wanita itu untuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti (egg white cervical mucus). Cecair mukus ini sangat penting kerana ia membantu memudahkan pergerakan sperma ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Selain daripada itu, dengan mempunyai kandungan GLA yang cukup, cecair mukus ini turut membantu meningkatkan jangka hayat sperma di dalam tiub fallopian.

Jadi, secara tidak langsung peluang untuk persenyawaan berlaku (dalam tempoh subur tu) akan turut meningkat.

** Amalkan GLA Complex bersama B Complex, CoqHealth dan Zinc Complex untuk suami.


2. GLA Complex Membantu Melegakan PMS (Sindrom Pra-Haid)

Senggugut ketika haid merupakan perkara antara perkara yang ditakuti wanita. Salah satu sebab kenapa kaum wanita mendapat sindrom ini ialah kerana kekurangan asid gamma linolenik ini di dalam tubuh. Jadi, dengan mengamalkan GLA Complex boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika PMS ini.

** Amalkan GLA Complex bersama Ostematrix dan B Complex bagi kesan yang lebih baik.


3. GLA Complex Membantu Mencantikkan Kulit Wajah

Istimewanya GLA Complex daripada Shaklee kerana ia turut diperkaya dengan vitamin E yang terkenal sebagai vitamin untuk kecantikan kulit. Dengan fungsi GLA Complex sendiri yang membantu mengatur fungsi hormon dalam tubuh, kehadiran vitamin E ini membantu menjadikan kulit anda tampak lebih lembab, mengurangkan jeragat, mengurangkan minyak dan tampak lebih berseri-seri.

** Untuk kesan optimum, sekurang-kurangnya amalkan bersama ESP.


4. GLA Complex Untuk Kesihatan Jantung

GLA mengandungi lemak Omega-6 yang dipercayai membantu menurunkan paras kolestrol ‘jahat’ (LDL) dalam badan, meningkatkan paras kolestrol ‘baik’ (HDL); mengurangkan mendapan kolestrol pada dinding arteri (dengan bantuan vitamin E) dan merupakan lemak tidak-tepu yang membantu mencairkan lemak-tepu.

** Amalkan GLA Complex bersama-sama Omega Guard (Omega Guard mengandungi Omgea-3). Gabungan Omega-6 dan Omega-3 membantu menstabilkan kadar denyutan jantung dan mengelakkan blood thickening.


5. GLA Complex Untuk Awet Muda

Ramai kaum wanita yang sukakan EPO...betul tak? EPO atau Evening Primrose Oil ni diminati oleh kebanyakan wanita dengan alasan nak kekal 'awet muda'.  Yup, memang betul..Shaklee pun ada EPO nya sendiri malah kesan lebih hebat dari EPO yang berada di pasaran. GLA Complex yang terkenal dengan jolokan nama ‘EPO Shaklee’ mempunyai kandungan GLA yang dua kali ganda daripada EPO normal, ditambah dengan vitamin E dan minyak bunga matahari yang bersifat anti-oksida, free-radicals dan immune-system yang membantu tubuh lebih sustain. Hormon prostaglandin yang terhasil dengan cukup juga sebenarnya merupakan pertahanan semulajadi tubuh terhadap penuaan.

Berminat untuk dapatkan supplement hebat ni? Hubungi Sal ok :)

-----

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Monday, 11 August 2014

GLA Complex Untuk Pesakit Diabetes

Posted by Unknown at 16:52 0 comments
Antara supplement yang paling glamour untuk pesakit diabetes adalah Vivix. Namun, bagi anda yang mempunyai kekangan bajet, boleh juga mencuba GLA Complex untuk pesakit kencing manis. Banyak kajian menunjukkan GLA memainkan peranan dalam proses penyembuhan pesakit diabetes ini terutamanya yang mengalami masalah saraf.

Penyakit kencing manis atau diabetes mellitus adalah penyakit yang dikaitkan dengan keadaan peningkatan aras gula (glukosa) dalam darah terutamanya selepas pengambilan makanan pada penghidapnya. Pada permulaan, kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka mengidap kencing manis kerana kenaikan glukosa di dalam darah berlaku secara perlahan-lahan.

Antara simptom yang biasa dihadapi pesakit kencing manis ialah:
  • Kerap berasa haus
  • Kerap kencing
  • Mudah lapar walaupun selepas makan
  • Turun berat tanpa sebab jelas
  • Letih dan lesu
  • Berasa aneh (cranky)
Pesakit diabetes biasanya akan menghadapi masalah seperti:
  • Jangkitan atau luka yang lambat sembuh
  • Pandangan kabur
  • Rasa kebas pada tangan dan kaki
  • Mempunyai masalah dengan kulit, gusi dan jangkitan air kencing
  • Jangkitan kulat pada vagina (vagina yeast infection)

Kencing manis atau diabetes boleh membawa kepada (selalunya juga) masalah yang lebih serius seperti masalah mata, buah pinggang, jantung, salur darah dan saraf. Kedaan ini boleh ditandakan dengan:

1. Lesu, kebas, sakit dan rasa panas, pembengkakan pada kaki dan tangan -diabetic neuropathy
2. Pandangan kabur atau herot (distorted) atau nampak seperti sinaran flash, nampak bintik yang hitam dan besar, nampak keadaan seperti rambut terapung, serat cotton atau jaringan labah-labah- diabetic retinopathy
3. Sakit dada atau susah bernafas. Ini mungkin menjadi tanda masalah jantung atau salur darah


Bagaimana GLA Complex membantu?

GLA Complex adalah asid lemak Omega-6 yang sebenarnya sangat diperlukan oleh tubuh kita melalui pemakanan untuk menyempurnakan fungsinya. 
GLA Complex dapat memperbaiki sensasi, refleks dan kekuatan dalam pesakit diebetes. 
GLA Complex juga mampu menghalang komplikasi akibat diabetes malah boleh membantu dalam peredaran darah. Ia menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi serta mencegah masalah jantung.

GLA Complex juga disarankan diambil bersama-sama Alfalfa Complex/Garlic untuk memberi kesan terbaik dalam membantu pesakit diabetes.

Rugi siapa tak cuba GLA Complex ni...lebih-lebih lagi bulan Ogos ni ada promosi beli 6 PERCUMA 1 GLA Complex...nak satu botol je? Pun boleh....hubungi Sal ok?

-----

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Monday, 4 August 2014

PROMOSI OGOS 2014: Beli 6 Percuma 1 GLA COMPLEX

Posted by Unknown at 09:53 0 comments
Seperti biasa, promosi Shaklee setiap bulan ialah BELI 6 PERCUMA 1 untuk produk pilihannya....dan bulan ni adalah giliran GLA Complex!


GLA Complex ni dah jadi fenomena di kalangan pengguna setianya yang kebanyakannnya adalah WANITA! Kenapa ye?

GLA Complex yang terdiri daripada 3 bahan utamanya iaitu minyak borage, minyak bunga matahari dan vitamin E mampu membantu wanita2 di luar sana:
  • Mengawalatur kitaran haid
  • Mengurangkan period pain
  • Mencantikkan kulit
  • Membantu masalah kesuburan
  • Membantu mengecutkan cyst
TAPI jangan salah anggap yang GLA Complex ni khusus untuk wanita sahaja ye..lelaki pun boleh ambil GLA untuk masalah diabetes, masalah kerap kencing dan juga membantu memperbaiki masalah prostat.

Sebenarnya, supplement GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan. So, mana nak cari asid gamma linolenik (GLA) dengan cara yang mudah? Jawapannya, telan je GLA Complex :)

Mudahkan? Hubungi Sal untuk KONSULTANSI PERCUMA...013-7144847

Sunday, 19 January 2014

Petua Hilangkan Jeragat/Bintik Hitam

Posted by Unknown at 09:01 4 comments
Jeragat merupakan bintik-bintik hitam yang muncul pada permukaan kulit akibat kekurangan nutrien (terjadi apabila usia makin meningkat/ faktor genetik), pengambilan pil perancang, cuaca atau kesan pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia.

                                    

Bagi anda yang mengalami masalah ini, cubalah petua-petua di bawah untuk menangani masalah jeragat di kulit.

Petua hilangkan jeragat 1:

Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

Petua hilangkan jeragat 2:

Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

Jika anda seorang yang rajin, anda boleh gunakan petua di atas. TAPI, ada cara yang lebih mudah untuk anda hilangkan jeragat di muka....ya...dengan pengambilan supplement! Bukan sekadar menghilangkan jeragat, malah anda akan dapat rasakan perubahan pada diri anda dari segi tenaga dan kesihatan yang bertambah baik...


Antara supplement yang dicadangkan ialah Vitamin E dan Protein ESP. Kenapa?

VITAMIN E RM 149 (Klik Sini Untuk Order)

Terkenal sebagai vitamin awet muda dan melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga membantu menyeimbangkan hormon dan mengawal kadar pengeluaran minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga mampu mengurangkan malah menghilangkan jerawat dan jeragat.


Protein boleh membantu menghilangkan jeragat. Jika pengambilan protein seharian kita mencukupi, ianya dapat membantu tubuh kita menghasilkan sel-sel baru dan seterusnya membantu menyahkan jeragat di muka. Pengambilan ESP mampu membantu anda mendapatkan keperluan protein yang mencukupi seterusnya membantu anda mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan bebas jeragat.


Selain Vitamin E, anda juga boleh mencuba GLA Complex RM91.25 (Klik Sini Untuk Order)

Jeragat juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah hormon yang tidak stabil. GLA Complex boleh membantu anda menstabilkan hormon. GLA berasal dari minyak borage yang mengandungi Vitamin E semulajadi yang baik untuk rawatan kulit dari bahagian dalam epidermis.

TESTIMONI:


Lagi testimoni, boleh rujuk di sini.

-----
Untuk Info & Order:


Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri KembanganSalasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Friday, 27 September 2013

Vitamin Untuk Kulit

Posted by Unknown at 06:14 0 comments
Semua orang nak kulit cantik...ye dak? Tanyala kat siapa2 pun, semuanya berusaha macam2 cara nak cantikkan kulit terutamanya wanita. Yela, orang kata orang perempuan ni lebih cepat nampak tua dari orang lelaki...jangan nanti, jalan2 dengan suami orang tanya..."tu adik ke?" tak ke malu...hihi (gurau2 jer di pagi hari...)

Apa kata, kita baca Vitamin Untuk Kulit petikan dari Utusan Online.

------

Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit.

Jawapan:
Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.

Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat.
Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.
Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.

Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.

Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Manakala vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.

Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.

-------

Jadi, apa pilihan anda? Shaklee sangat memudahkan anda...semua vitamin yang dinyatakan di atas terdapat dalam rangkaian produk Shaklee. Jom kita lihat satu persatu.

ESP adalah makanan INDEKS GLISEMIK RENDAH

Pro Vitamin A - CarotoMax


Sustained Release Vitamin C 500mg

Vitamin E & Selenium

Zinc Complex

GLA Complex


Berminat nak mencuba? Tapi tidak tahu yang mana satu pilihan anda? Jangan malu dan segan untuk hubungi Sal ok? Sal akan membantu anda memilih supplement mengikut bajet dan keperluan anda. Anda juga layak mendapat KONSULTANSI PERCUMA selepas membuat pembelian dari Sal...so, jangan malu2 ok...Sal nak bantu anda memiliki kulit yang lebih sihat...bukan sekadar cantik :)

----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Thursday, 25 July 2013

[TESTIMONI] Hamil Selepas 2 bulan Ambil Set Kesuburan Shaklee

Posted by Unknown at 06:11 0 comments
Pagi ni, Sal nak share tentang satu testimoni customer yang berjaya hamil selepas 2 bulan amalkan set kesuburan Shaklee. Jom baca kisah beliau. Credit to Puan Marimar Er

"Hi Dearies,
Saja nk share testimoni kt sini... Saya berkahwin hampir setahun.... saya mula ambil produk shaklee utk kecantikan kulit bermula april tahun lepas.. selepas saya berkahwin saya ambil ESP, vitamin E & Shaklee Collagen.. ada juga ambil GLA Complex utk period saya.... sejak berkahwin saya dan suami memang selalu je travel... kadang2 atas urusan kerja... kadang2 jalan2 je... Belum terfikir nak ada baby.. walaupun kami x pernah merancang.. mungkin belum ada rezeki..

Tapi.. lepas tengok kawan2 yang baru je kawin... terus je preggy.. membuatkan saya mula merasa yang saya pun teringin utk mengandung. Memang tak nak tunggu lagi... April lepas...saya contact ibu saudara saya merangkap shaklee distributor.. dia cadangkan saya ambil vitalea, b complex dan vitamin C di samping meneruskan GLA complex... untuk suami ambil vitamin E & Zinc utk kesuburan lelaki...

Harini, sudah 1mnggu period saya lewat... tekak mula rasa mual, pinggang rasa lenguh2... saya rasa pelik.. pagi tadi... sebelum mandi... saya terdetik utk cuba buat upt... memang ada je simpan dalam laci, since saya ni memang bekerja di hospital. Lepas saya titikkan urine pada alat tu... saya biarkan je.. dan pergi mandi.... lepas dh siap mandi... saya lihat sekali imbas je alat tu..saya terkejut sbb 'positive' saya terus kejutkn suami saya...die sangat teruja..tak tau nak cakap apa...smpai je di tempat kerja..saya recheck,but still same 'positive'.... Then saya ke gyne dctor utk scan.. alhamdulillah... janin sudah terbentuk dan berkeadaan amat baik di dalam rahim saya...

Alhamdulillah sekali lagi.... saya hamil selepas 2 bulan selepas mengamalkan set kesuburan Shaklee utk suami & isteri... kawan2 yang sedang mencuba jangan berputus asa ya... lambat atau cepat itu semua atas rezeki masing2.. yang penting Usaha..."


Kita semua disarankan untuk berusaha di samping berdoa agar dapat dikurniakan cahaya mata. Pengambilan supplement Shaklee ini merupakan salah satu usaha bagi mendapatkan zuriat. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Yang penting, doa memohon dikurniakan zuriat daripadaNya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Thursday, 4 July 2013

PROMOSI JULAI 2013 : BELI 6 PERCUMA 1 GLA COMPLEX

Posted by Unknown at 04:30 0 comments
Sal lupa sebenarnya nak war-warkan yang sepanjang Julai ni adalah promosi beli 6 PERCUMA 1 botol GLA Complex...walaupun dah buat entry berkaitan GLA, tapi Sal lupa nak mention tentang promosi ni...



Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan

Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Produk ini tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Antara fungsi-fungsi GLA Complex ini ialah:
  • Membantu mengawal atur kitaran haid
  • Membantu mengurangkan sindrom pra-haid / period pain
  • Membantu mengurangkan tanda-tanda menopause
  • Membantu mencantikkan kulit dan kulit akan kelihatan lebih 'glowing' (vitamin E inside)
  • Membantu pesakit diabetes dan darah tinggi
  • Membantu masalah hormon terutamanya di kalangan wanita
  • Membantu mengatasi masalah kesuburan
  • Membantu mengurangkan masalah jerawat dan jeragat
  • Sesuai untuk individu yang ada eczema, pcos dan cyst
  • Juga sesuai untuk meningkatkan sistem imun dan sistem saraf

Nak tahu lebih lanjut tentang GLA Complex ni? Klik sini ok ;)

----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Wednesday, 3 July 2013

Perbezaan GLA Complex Shaklee

Posted by Unknown at 04:17 0 comments
PERBEZAAN SHAKLEE

Kebanyakan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Complex Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.




SUMBER ASLI GLA

"The most concentrated natural GLA is from borage seed"

Borage 17% - 25%

Anggur 15% - 20%

                                                                   EPO 7% - 10%

MANFAAT UTAMA

  • Herba Tradisi yang dipercayai – Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron – GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopaus – Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Memperbaiki Prostatomegaly – GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  • Menentang KanserGLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Memperbaiki Inflamasi Kulit – Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.
  • Mengahalang Komplikasi Diabetes – Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk penghidap diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi.
  • Pelangsinagn dan Menghalang Tambah Berat Badan – Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelakkan keasidan hiper.
  • Menghalang Tekanan Darah Tinggi – Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.
  • Memperbaiki Tekstur Rambut – Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
  • Hiperaktif dan Autisma (ADD/ADHD) – Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan kanak-kanak hiperaktif.

GLA - Bukan Sahaja Untuk Wanita

Ramai orang salah anggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya, supplement GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan ke dalam makanannya), remaja, dewasa dan juga selepas menopaus dan andropause (menopaus lelaki).

----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Tuesday, 2 July 2013

Cyst Mengecut dengan GLA Complex Shaklee

Posted by Unknown at 17:41 0 comments
Apa itu Ovarian Cyst

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.

                                    
  Perbezaan antara normal ovari dan ovari yang mempunyai cyst


Siapakah yang Berisiko Untuk Mendapat Cyst

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Apakah Simptom atau Gejala Ovarian Cysts

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:

  • Muntah dan Loya 
  • Sakit Perut 
  • Sakit semasa hubungan seks 
  • Sukar atau kerap kencing 
  • Rasa perut penuh dan tidak selesa 
  • Rasa berat pada ari-ari
Adakah Cyst Penyebab Masaalah Ketidak-Suburan

Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakkanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan.

Bagaimana untuk Merawat Cyst

Rawatan masaalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.

Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

Selain itu, anda boleh mencuba mengambil supplemen semulajadi GLA Complex Shaklee yang efektif membantu mengawal masalah ketidakseimbangan hormon. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.



Testimoni Cyst Mengecut dengan GLA Complex



Credit to CikJatt

----

Untuk Info & Order:



Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Wednesday, 22 May 2013

Kebaikan GLA Complex

Posted by Unknown at 06:33 0 comments
GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid merupakan supplement yang boleh membantu menstabilkan hormon dalam badan kita. Pernah dengar pasal EPO (Evening Primrose Oil)? Kebanyakkannya mesti dah tahu atau pernah dengar EPO kan? Tapi dalam Shaklee tak ada EPO, cuma ada GLA Complex.

GLA Complex merupakan sejenis asid lemak omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - merupakan hormon yang membantu mengawalatur proses-proses normal yang berlaku dalam badan kita.


GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Apa kelebihan GLA Complex berbanding EPO?

Kedua-duanya mengandungi GLA namun GLA Complex Shaklee mengandungi vitamin E yang asli yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. Sebab itu, selain untuk mengawalatur atau menstabilkan hormon, GLA Complex juga berfungsi untuk kecantikan kulit. BONUS kan?

Selain itu, GLA Complex memilih borage oil sebagai main ingredients nya...sebab apa? Kerana konsentrasi GLA nya lagi tinggi berbanding EPO selain lebih mudah diserap oleh badan. 

Ok, jom kita tengok satu persatu kebaikan dan kelebihan GLA Complex ni:

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847


 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi