Showing posts with label Vitalea. Show all posts
Showing posts with label Vitalea. Show all posts

Sunday, 12 October 2014

Berpantang dengan Shaklee

Posted by Unknown at 16:01 0 comments
Assalamualaikum semua.... :)

Pagi ni Sal nak share tentang pengalaman pertama Sal berpantang dengan Shaklee. Sal kenal Shaklee masa Humaira dah 4 bulan...so, pengalaman dengan Shaklee bermula semasa perjalanan penyusuan Humaira.

Kiranya, bermula dari situ lah Sal mula consume Shaklee sampailah sekarang termasuk waktu pantang sekarang ni. Produk pertama yang Sal ambik dan terus jatuh cinta ialah ESP! Masa mula2 nak minum tu, memang ada rasa yang agak pelik...yela, pure soya...Sal selalu ambik dengan Milo, Horlicks atau susu. Alhamdulillah..lama kelamaan Sal makin jatuh cinta dengan rasa ESP dan ofkos dengan kesannya juga.

Berpantang kali kedua ni Sal memang ambik supplement Shaklee untuk dalaman dan set Tanamera serta NR untuk luaran (beli loose je..).

Antara vitamin Shaklee yang Sal ambik ialah Vitalea, B complex, SR Vit C, Zinc Complex (set asas untuk berpantang)...lagiii ESP, Ostematrix, Lecithin, GLA Complex, Vivix dan Alfalfa Complex (ambik selepas 2 minggu berpantang)...agak2 banyak tak? Kalau yang tak biasa ambik mesti fikir banyakkan? Sal tak ada la ambik semua sekaligus...ada jadualnya..sebab tu penting untuk beli dari distributor yang boleh tolong jadualkan pemakanan vitamin kita..tak ada la ambik sekaligus, kesian buah pinggang kita nanti :)



Ok, Sal nak cerita serba sedikit la fungsi setiap supplement yang Sal ambik tu.
  • Vitalea with Iron Formula (Multivitamin) - pulihkan tenaga ibu bersalin, pembentukan sel darah merah baru yang banyak hilang sewaktu bersalin, mengelakkan ibu berpantang daripada menjadi pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya.
  • B Complex - membantu menstabilkan hormon badan kita dan penting untuk mengelakkan ibu dalam pantang mengalami kemurungan.
  • Vitamin C - meningkatkan antibodi tubuh, pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan penyembuhan luka serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
  • Zinc Complex - membantu mempercepatkan proses baik pulih luka terutama luka dalaman (berfungsi seperti ikan haruan)
  • ESP - memberikan tenaga kepada ibu dalam pantang, memulihkan sel-sel badan yang rosak, membantu melancarkan penghasilan susu ibu serta mencantikkan kulit kembali kulit ibu selepas bersalin.
  • Ostematrix - membantu pelawasan, membantu tidur lebih lena dan bangun pagi lebih cergas.
  • Lecithin - emulsikan lemak (uraikan lemak ke molekul lebih kecil supaya senang diangkut keluar), kurangkan bengkak susu dan membantu pengeluaran susu lebih lancar.
  • GLA Complex - stabilkan hormon dalam pantang, mengelakkan kelesuan dan tingkatkan stamina dalam pantang
  • Alfalfa Complex - membantu menggalakkan pengeluaran susu dan membantu proses detox (keluarkan toksin dari badan)
  • membantu memberikan tenaga, tingkatkan imun badan dan untuk kesihatan menyeluruh selepas bersalin.

Waktu mengandung hari tu pun Sal ambik vitamin untuk wanita hamil seperti Vitalea, B complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix dan Vivix (jarang2)...alhamdulillah proses kehamilan kali ni berjalan lancar...HB cantik, BP ok, no GDM, kurang cramp dan sakit pinggang, tiada masalah sembelit..kesimpulannya semua ok tanpa ambil ubat klinik.

Berpantang kali ni, memang cepat sangat sembuh. Kurang 2 minggu luka dah baik sepenuhnya dan 3 minggu dah sihat. Sekarang ni dah 34 hari dalam pantang dan dah tak rasa dalam pantang...hehehe...tapi Sal teruskan la jugak pantang...lebih kurang seminggu lagi nak merdeka...yeayyy!!

Balik kampung Raya Haji baru ni, family dan orang kampung tegur Sal tak ada rupa orang dalam pantang. Yela, Sal tak ada la memeruk je dalam bilik berbaring...macam biasa2 je...berbaring waktu menyusu dan tidur malam je...hehe..satu lagi, diorang puji Fateh dah kuat, tak macam umur bawah sebulan. Kepala dah boleh tegak sikit2, badan kejap dan senang dipegang. Kakak ipar Sal cakap Fateh terlebih zat besi...hihi..sekarang kepala dia dah boleh angkat dah pun...alhamdulillah...Shaklee banyak membantu :)

Bagi anda yang masih tercari-cari kenapa anda perlu ambil Shaklee sewaktu hamil dan berpantang, anda dah tak perlu ragu lagi. Terbukti Shaklee boleh membantu anda merasai pengalaman hamil dan berpantang yang berbeza! (dengan izin Allah jua).

Inilah cerita #shakleeeffect Sal...

Boleh hubungi Sal untuk KONSULTANSI PERCUMA ye

———————

Untuk Info & Order:









Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Wednesday, 19 February 2014

Kelebihan dan Kebaikan Fungsi Vitalea Shaklee

Posted by Unknown at 07:26 8 comments
Vitalea ni merupakan antara supplement wajib Sal sekarang ni....dan Vitalea ni merupakan supplement asas sebab kebanyakan set yang dicadangkan oleh SID ada Vitalea ni....antaranya set cadangan untuk berpantang, set cadangan penyusuan, set cadangan kesuburan, set cadangan sewaktu hamil dan set cadangan untuk tambah berat badan pun ada.....dan Sal rasa tak salah untuk Sal katakan Vitalea ni merupakan multivitamin terbaik!


Penting ke Vitalea a.k.a multivitamin ni? Multivitamin penting kerana ia menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian kita untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan multivitamin terbaik membantu menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan jangka panjang. 

Memilih multivitamin terbaik bagi menyokong diet harian penting kerana makanan di sekeliling kita dipenuhi makanan yang telah diproses daripada sos, kicap dan makanan segera. Jadi sangat sukar bagi kita untuk mendapatkan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.


Vitalea merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
- 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
- 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
- 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
- 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
- 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga

Siapa Yang Memerlukan Multivitamin

- Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
- Individu yang tidak lengkap diet hariannya
- Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
- Remaja yang sedang membesar
- Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
- Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
- Individu yang menopous
- Wanita yang baru bersalin


Jom kita tengok satu persatu kandungan dan fakta nutrisi yang terdapat dalam VitaLea:
  • Vitamin A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
  • Vitamin D – Meningkatkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
  • Vitamin E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.
  • Vitamin C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.
  • Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.
  • Vitamin B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.
  • Vitamin B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
  • Vitamin B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.
  • Vitamin B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.
  • Vitamin B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.
  • Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.
  • Vitamin B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.
  • Kalsium – Baik untuk tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.
  • Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.
  • Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.
  • Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.
  • Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.
  • Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.
  • Zink – Meningkatkan sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.
Tak lengkap kan kalau asyik bagitau tentang kelebihan tapi tak ada testimoni...ha, jom kita cuci mata tengok testimoni2 yang ada ni....





Credit pic to JomVitamin.com

Anda juga boleh lihat bagaimana Vitalea dilepaskan dalam badan kita....jom tonton video di bawah...


Sebotol Vitalea ada 120biji dengan harga runcit RM88.75.....nak dapatkan Vitalea ni dengan harga yang lebih murah?? Jom hubungi Sal sekarang 013-7144847 terutamanya bulan FEBRUARI ni....ada OFFER yang lebih HEBAT! Jangan malu dan segan yer....Sal akan consult dan cadangkan vitamin2 ikut kesesuaian anda dan bajet anda.... :)


-----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi