Monday 29 July 2013

Kebaikan Ostematrix Shaklee

Posted by Unknown at 00:00
Dah lama rasanya tak update blog ni...hehe...hari ni Sal nak share dengan anda semua tentang salah satu produk favourite Sal. Produk ni Sal start ambik waktu mengandungkan Humaira lagi dan produk ni juga merupakan salah satu sebab sal jatuh cinta dengan produk Shaklee...nak tahu apa dia? Ya, Ostematrix! Ostematrix ni dengan bahasa mudah merupakan pil kalsium Shaklee.

Tahukah anda yang kalsium merupakan salah satu komponen penting untuk tulang dan gigi kita? Sal ada buat satu entry berkaitan kepentingan kalsium di sini. Silalah baca yer :)

Ostematrix membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Ostematrix ni merupakan tablet bersalut yang diformulasikan supaya mudah ditelan. Untuk kesan terbaik, anda disarankan untuk ambil 4 biji sehari beserta makanan.

Siapa yang perlukan Ostematrix?
- Ibu hamil
- Ibu menyusu....juga turut membantu dalam penghasilan susu
- Orang yang tak suka / tak minum susu
- Orang tua 
- Orang yang mementingkan kesihatan tulang mereka.

Apa bezanya Ostematrix Shaklee dengan supplement kalsium lain di pasaran?

Ostematrix dilengkapi dengan unsur kalsium, magnesium dan vitamin D. Pengambilan kalsium sahaja tidak mencukupi. Tahukah anda bahawa Amerika Syarikat merupakan kadar tertinggi dalam penggunaan tenusu dan pengambilan kalsium, namun mereka merupakan kadar tertinggi dalam osteoporosis.**

Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar. Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan.

Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.


Pengambilan hanya 2 tablet Ostematrix sahaja berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.

***Pengambilan kalsium sepanjang hayat juga diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.

 
----------

Bagi yang tak suka atau tak boleh minum susu, Sal memang sarankan ambil Ostematrix ni. Sepanjang Sal amalkan Ostematrix ni, apa yang Sal dapat rasa perbezaannya ialah badan terasa lebih ringan, kaki dah kurang cramp, pinggang dan gigi dah jarang2 sakit, yang paling best, senang nak membuang! Hehehe...

Anda nak cuba? Boleh hubungi Sal untuk keterangan lanjut ye...

----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi