Showing posts with label Omega Guard. Show all posts
Showing posts with label Omega Guard. Show all posts

Monday, 28 November 2016

Cegah Eczema dengan Omega Guard Shaklee

Posted by Unknown at 07:49 0 comments
Eczema merupakan sejenis penyakit kulit yang terjadi akibat daripada alahan pada persekitaran, habuk, makanan seperti kekacang, tenusu, makanan laut dan makanan penyebab kegatalan yang lain. Selain tu, eczema ni juga boleh terjadi akibat alah kepada sabun dan pewangi.

Eczema juga disifatkan sebagai kerosakan fungsi pelindung kulit. Ia boleh mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak dan menyebabkan alergik atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit.

Eczema akan menyebabkan kegatalan yang teramat pada kulit dan keinginan untuk menggaru. Apabila kulit kering, kegatalan akan meningkat dan jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak serta boleh menyebabkan ruam yang semakin teruk.


Sebenarnya pakar perubatan sendiri sampai sekarang tidak dapat kepastian apakah punca sebenar eczema ni tapi boleh dikatakan antara punca berlakunya eczema ni adalah seperti yang Sal sebutkan di atas.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengawal Eczema ialah:
✔ Sentiasa memastikan kulit sentiasa dan kekal lembap bagi mengawal kitaran eczema.
✔ Mengubati keradangan pada kulit
✔ Mengelakkan penggunaan sabun atau bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit.
✔ Mengelakkan makanan yang menyumbang kepada eczema
✔ Menjaga kebersihan diri, tempat tinggal dan persekitaran.
✔ Kurang berada di luar rumah terutama mereka yang alergik terhadap debunga (pollen)


Selain itu, masalah dan gejala eczema boleh dikurangkan dengan pengambilan Omega 3.
Omega 3 terdapat banyak dari sumber minyak ikan, jadi pilihan yang ada di Shaklee tentulah Omega Guard Shaklee.
Omega 3 ini bersifat anti inflamasi yang dapat mengawal keradangan kulit, menghaluskan kulit dan meningkatkan sistem imuniti kulit terhadap jangkitan.

APA KATA PENGGUNA?

Sal akan kongsikan beberapa testimoni yang dah berjaya merawat eczema dengan pengambilan Omega Guard dengan izin Allah SWT.

 TESTIMONI 1


TESTIMONI 2
TESTIMONI 3


Jika anda berminat nak dapatkan produk Omega Guard atau produk Shaklee yang lain boleh hubungi Sal seperti di bawah :). Nak dapatkan konsultansi PERCUMA je pun boleh.

----
Untuk Info & Order:

Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Friday, 28 October 2016

Anakku Eczema

Posted by Unknown at 09:38 0 comments
Testimoni Omega Guard - ANAKKU EKZEMA
****************************************

Ya anak sulong saya dulu ade ekzema..start umur 3bulan gatal2 bermula di bahagian pipi.

Kemudian kat tengkuk,celah2 pelipat, kaki. Waktu tu saya baru kenal Shaklee dengan pengambilan ESP.

Anak saya menyusu badan eksklusif selama 6 bulan. tapi susu yg agak kurang waktu tu tak dapat nak supply byk nutrisi dari 
ESP  dan Omega, tambahan waktu tu saya dah mula pregnant kembar.


Dalam waktu tu saya & suami p
ergi banyak klinik untuk cari ubat yang boleh hilangkan ekzema anak.


Balik sapu ubat doktor bagi, kemudian gatal2 nya naik balik.
Kami cari pula klinik lain. 

Sapu ubat lain pula. 
Macam tu la ulang2 hampir 5 6 bulan. dan sepanjang itu hati saya sayu tengok anak yg selalu menggaru gatal.

Hingga anak dah sepuluh bulan dan pandai mengunyah,saya bagi OMEGA GUARD. Dalam seminggu ada 2 3 kali saya bagi pada anak.tu pun sebiji sehari. 


Pada waktu tu baru kenal Herbal Blend dan Basic H. Saya mandikan anak dengan Basic H, sapu badan dengan herbal blend dan makan omega guard.

Alhamdulillah 3 4 bulan macam tu konsisten buat ,gatal2 ekzema berkurang dan hampir2 tiada.

Tiadalah yang menggembirakan hati seorang ibu bila lihat membesar dengan sihat kan. 

Setiap penyakit itu pasti ada penawar.

Saya ikhtiar ekzema anak saya dengan OMEGA GUARD + HERBAL BLEND + BASIC H.


Kesannya? sungguh2 alhamdulillah!

-Puan Izzah-


Friday, 21 October 2016

Manfaat Omega Guard untuk Kesihatan

Posted by Unknown at 12:04 0 comments
Omega Guard merupakan salah satu vitamin kegemaran Sal terutamanya kalau bab-bab nak kurus ni. Hehehe.

Salah satu fungsinya yang Sal suka ialah membantu bakar lemak-lemak degil dalam badan kita.
Kalau rasa hari tu makan lebih sikit, memang balik rumah carik Omega Guard dulu ðŸ˜Š

Selain dari tu, memang bagus juga untuk perkembangan otak Fateh yang masih menyusu tu. Dia memang tak nak makan Omega Guard. Bukan setakat Omega, semua benda yang pelik-pelik bagi dia, dia tak akan makan.

Nasib baik dia masih menyusu jadi dia pun turut sama dapat khasiatnya ðŸ˜‰

Banyak lagi manfaat dalam sebotol Omega Guard ni. Boleh rujuk gambar.



Nak tahu lebih lanjut tentang Omega Guard, boleh whatsapp Sal ye 013-7144847

Sunday, 9 October 2016

Promosi Omega Guard Sepanjang Oktober

Posted by Unknown at 09:51 0 comments

Omega Guard Shaklee - Minyak Ikan Terbaik! .

Sepanjang Oktober ni, dapatkan Omega Guard dengan 5% diskaun untuk pembelian 2 botol Omega Guard

atau

PERCUMA 1 botol dengan pembelian 6 botol Omega Guard.

Omega Guard sesuai diambil oleh semua peringkat usia bermula kanak-kanak hingga orang tua.

InshaAllah pelbagai khasiat dan manfaat dalam satu botol untuk satu keluarga 😊

SAL
013 7144847

Wednesday, 7 October 2015

Promosi Oktober: Omega Guard, GLA Complex, Vitamin E dan Vitalea for Kids

Posted by Unknown at 05:04 0 comments
Alhamdulillah berkesempatan juga Sal nak war warkan tentang promosi yang Shaklee offer untuk customer kesayangan semua :)) 

Walaupun dah lewat 7 hari tapi Sal cuba juga update entry ni guna phone sebab keadaan laptop tak mengizinkan.

Ok lah berbalik kepada tajuk entry ni, Sal nak inform kat anda semua yang bulan ni ada 2 produk hangat yang boleh anda beli 6 tapi anda layak dapat 7 ATAU anda beli 2 anda layak dapat 5% diskaun iaitu Omega Guard (minyak ikan, Omega 3) dan GLA Complex (Omega 6).



Selain tu, ada offer mengejut untuk para peminat 'Vitamin Cinta' kami iaitu Vitamin E. Anda layak dapat penjimatan sehingga 50% untuk pembelian 2 botol Vitamin E! Dengan kata lain, beli 1 botol Vitamin E anda dapat FREE 1 botol lagi Vitamin E. Wah...bestnya. Bukan senang nak dapat separuh harga untuk Vitamin E ni.


Tak ketinggalan juga Vitalea for Kids beli 3 dapat 4 :))


Kalau anda berminat nak dapatkan tawaran istimewa ni, boleh hubungi Sal ye.
Konsultansi percuma untuk anda disediakan :) 

-------------

Untuk Info & Order:

Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Friday, 7 November 2014

Kepentingan Minyak Ikan Omega 3

Posted by Unknown at 09:37 0 comments
Bila sebut je Omega 3, mesti kita akan terbayangkan ikan. Antara ikan yang tinggi kandungan Omega 3 nya ialah ikan salmon. Selain kaya dengan Omega 3, ikan salmon juga adalah antara ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang rendah. Tapi, harus diingatkan ye...ikan yang termasuk dalam kategori tersebut adalah ikan yang hidup bebas sahaja ye...tak termasuk yang dibela.

Hari ni Sal nak ceritakan kenapa kita perlukan Omega 3.

Omega 3 baik untuk sendi, kulit, penglihatan, otak, jantung, membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan juga meningkatkan kesuburan. Ia merupakan satu anti-penuaan dan anti-radang. Omega 3 boleh didapati secara semulajadi dalam pelbagai jenis makanan yang lazat termasuk walnut, ikan salmon, tuna, minyak zaitun dan avokado.

Asid lemak Omega 3 merupakan keperluan dalam meningkatkan kecerdasan otak dan juga merupakan lemak baik yang membantu mengawal kolestrol. Omega 3 adalah 1 daripada 5 makanan tambahan yang perlu untuk setiap wanita, 1 daripada 5 keperluan makanan seharian kita dan merupakan satu keperluan yang wajib diambil oleh ibu-ibu hamil sebagai salah satu langkah untuk menggalakkan perkembangan bayi yang lebih sihat.

Omega 3 terdiri daripada 3 komponen asas iaitu:
  • Alpha-linolenic acid (ALA) yang terdapat dalam walnut dan minyak sayuran seperti flaxseed, kacang soya dan buah zaitun yang diperlukan tubuh tetapi dalam kuantiti yang kecil sahaja dan menukarkannya kepada DHA.
  • Docosahexaenoic acid (DHA) yang boleh didapati terutamanya dalam minyak ikan, merupakan asid lemak yang perlu untuk tubuh manusia. Kebanyakan dari kita tidak mendapat secukupnya asid lemak penting ini kerana proses penukaran ALA kepada DHA adalah terlalu perlahan dan kurang berhasil. Jadi, untuk mendapatkan manfaat kesihatan yang lebih baik, kita memerlukan DHA sebanyak 600-1000 mg sehari daripada makanan tambahan.
  • Eicosapentaenoic acid (EPA) juga terdapat dalam minyak ikan, jadi secara tidak langsung kita juga mendapat manfaatnya jika kita mengambil dos harian DHA Omega-3.
Antara kepentingan minyak ikan Omega 3 dalam diet seharian kita ialah:
  1. Pelincir sendi - Membantu sebagai pelincir sendi dan memastikan ianya berfungsi dengan lebih efektif. Dengan menjaga kesihatan sendi, masalah sendi kurang pelincir dan sendi haus boleh diatasi dan boleh membantu mengurangkan sakit sendi seiring dengan usia anda.
  2. Mengurangkan masalah radang sendi
  3. Mengurangkan kedutan - Semakin meningkat usia kita, sel-sel lemak di lapisan ketiga kulit kita juga akan menipis dan cenderung untuk menjadi kedut. Omega 3 membantu membuat lapisan yang tebal dan licin. Kesannya? Kedutan hilang dan kulit menjadi lebih tegang.
  4. Penglihatan yang lebih baik -  Retina mata kita adalah struktur membran dan seluruh mata kita dilindungi dengan lapisan lembut dua membran, menjadikan kesihatan mata kita bergantung kepada hati. Hati membantu memetabolismekan vitamin larut lemak yang fungsinya memberi 'makan' dan menjaga membran tersebut. Jika anda kekurangan DHA, ia memberi kesan kepada penglihatan kita dengan mengganggu sistem yang berfungsi menukarkan cahaya kepada tenaga saraf pada retina.
  5. Kesihatan jantung - Omega 3 membantu mengurangkan trigliserida, menstabilkan denyutan jantung anda, membuat platelet "kurang melekit" dan boleh menstabilkan tekanan darah. EPA yang anda perolehi daripada DHA harian yang anda ambil boleh membantu mencegah pembekuan arteri.
  6. Mengurangkan masalah jerawat -  Pengambilan asid lemak Omega 3 yang tidak cukup dalam diet harian anda boleh menyebabkan kepada masalah jerawat. Untuk membantu mengatasi masalah jerawat anda, ambil lah makanan yang kaya dengan Omega 3 dalam diet seharian.
  7. Mengurangkan kolestrol - Meningkatkan tahap HDL (kolestrol baik) dalam tubuh dan membantu membersihkan arteri anda dari kolestrol jahat.
  8. Tingkatkan kecerdasan otak - Di samping menyihatkan jantung arteri anda, fungsi otak anda juga akan turut meningkat. Ia juga berfungsi mengubah neurotransmitter anda untuk membantu mengurangkan masalah kemurungan.
  9. Meningkatkan kesuburan - Meningkatkan kadar kesuburan lelaki dan wanita dengan meningkatkan kebolehupayaan sperma berenang lebih jauh dan persekitaran kawasan pembenihan kepada wanita.
  10. Kehamilan - Omega 3 penting dalam perkembangan otak, jadi ibu-ibu hamil sangat memerlukan Omega 3. Selain itu, kajian menunjukkan Omega 3 membantu mengurangkan risiko kemurungan. Apabila ibu tidak mempunyai asid lemak perlu yang cukup ini, bayi akan mengambilnya dari ibu. Jadi, ibu-ibu hamil perlu memastikan Omega 3 diambil dalam jumlah yang mencukupi untuk ibu dan anak :)
Apa minyak ikan pilihan anda? Pilihan Sal adalah Omega Guard Shaklee. Kenapa?

1. Omega Guard Shaklee dihasilkan menerusi kaedah teknologi ultratulen bergred farmaseutikal.
2. Ianya melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yang dapat memekatkan asid lemak Omega 3 - paling tulen.
3. Proses tersebut menyingkirkan bahan-bahan berbahaya yg terdapat dalam ikan seperti plumbum, arsenik, merkuri dan sebagainya.
4. Ianya tidak diekstrak dari minyak hati ikan kerana hati ikan mempunyai toksin tinggi.
5. Minyak ikan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies.( tahap merkurinya terendah)
6. Ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi
7. Omega guard Shaklee lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 yang perlu oleh badan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA.
8. Kandungan EPA dan DHA di dalam Omega Shaklee antara yang tertinggi berbanding jenama lain iaitu 1 hidangan (3 kapsul) membekalkan 900mg asid lemak omega 3.

Bagi yang berminat, boleh hubungi Sal untuk konsultansi percuma ye :)

-----------------------

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Sunday, 2 November 2014

Promosi November 2014 Omega Guard

Posted by Unknown at 09:45 0 comments
Hai semua....sedar tak sedar dah masuk bulan November. Cepat je rasa masa berlalu. 

Hari ni dah 2 November, baru berkesempatan nak update blog. Setiap bulan Shaklee tak pernah miss buat promosi dan bulan ni Omega Guard dah mengambil tempat!
1610824_10152803906387698_7184845456440814826_n
Promosi November 2014 Omega Guard

Omega ni salah satu supplement favourite Sal. Sal ambik Omega ni untuk kurus (maklumlah orang lepas bersalin ni liat sikit nak turun berat), nak kurangkan sakit2 sendi dan juga nak kawal kolestrol (Sal kan pemakan orangnya).

Omega ni sesuai diambil oleh semua peringkat umur dari kanak-kanak 1 tahun sehinggalah orang-orang tua. Jadi, memang sesuai dijadikan supplement untuk 1 family! 

Dalam 1 botol ada 90 kapsul, kalau 1 family ambil 3 biji seorang (untuk kesan maksimum), mana nak cukup sebotol kan untuk sebulan? Ha, bulan ni lah peluang untuk anda grab Omega Guard, beli 6 dapat 7..mana nak cari kan?

Promosi Omega Guard kali ni lagi best sebabnya bulan ni Shaklee offer 5% diskaun untuk pembelian TWINPACK!
Moldiv_1414893945235

So, bagi mereka yang rasa 6 atau 7 tu terlalu banyak, meh grab offer twinpack ni, memang berbaloi. Kata orang "Alah Membeli Menang Memakai" :)

Kat bawah ni Sal senaraikan antara kelebihan dan fungsi Omega Guard:

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil – membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

-------
Untuk Info & Order:

Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847 

Thursday, 13 February 2014

Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil

Posted by Unknown at 07:34 5 comments
Darah tinggi (juga dikenali sebagai Hypertension) berpotensi terjadi kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara 10 hingga 15 peratus, di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi.

Keadaan ini berlaku tidak kira sama ada di negara sedang membangun mahupun negara yang maju daripada aspek perubatannya.

 

Tekanan darah yang normal untuk orang yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang normal ialah 110 ke 70 atau 120 ke 80...api sekiranya tekanan darah melebihi 140, sudah tentu ia dikategorikan sebagai tinggi.

Terdapat dua jenis nama yang diberikan kepada masalah tekanan darah tinggi bergantung bila ia berlaku:

1. Berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Essential Hypertension.
  • Ini mungkin berlaku kerana sebelum mengandung si ibu sudah mempunyai tekanan darah yang tinggi. Pemeriksaan terhadap pesakit akan dilakukan untuk melihat sama ada terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.
2. Berlaku selepas usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Gestational Hypertension. Inilah yang dikatakan tekanan darah tinggi semasa mengandung.

Kenapa Berlaku Darah Tinggi Ketika Hamil?

Darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri.

“Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti yang sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna”.

Apa Risiko / komplikasi?

Ramai ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi telah melahirkan anak dengan selamat. Namun ini tidak bermakna anda boleh biarkan masalah ini tanpa pemeriksaan doktor kerana keadaan ini boleh menyebabkan beberapa masalah atau komplikasi lain. Antaranya adalah:
  • Kurangnya aliran darah ke placenta. Ini mungkin menyebabkan kurangnya nutrisi dan oksigen pada bayi dalam kandungan. Perkembangan bayi mungkin akan menjadi perlahan dan kemungkinan terjadinya kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.
  • Satu masalah yang dikenali sebagai placental abruption, di mana plasenta dipisahkan dari rahim lebih awal dari masa yang sepatutnya. Ini juga, boleh melucutkan pengaliran nutrien dan oksigen pada baby. Gejala utama placental abruption adalah pendarahan yang banyak.
  • Kelahiran pramatang atau terpaksa mengeluarkan bayi dari kandungan sebelum waktu matang.
- Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.

- Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, bayi perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi. Namun semua ni bergantung pada analisis doktor.

  • Dalam beberapa keadaan, tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menjadi petunjuk kepada masalah preeclampsia. Keadaan ini boleh mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap organ si ibu seperti buah pinggang, hati dan otak. Jika preeclampsia berkembang dalam wanita hamil, si ibu boleh diserang sawan, dan ini biasanya dirujuk sebagai eclampsia.

Kaedah Perubatan?


Sekiranya tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan dengan pengawasan rapi.

Kawalan dibuat sendiri (tanpa ubat) atau doktor akan mulakan pengambilan ubat darah tinggi.

Ibu hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan mereka kerana darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung.

Pendek kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan oleh makanan seperti pengambilan garam berlebihan.

Jika tahap darah tinggi ibu itu terlalu tinggi, mungkin doktor akan menyarankan bersalin awal dengan cara pembedahan Ceasarean kerana apabila tekanan darah terlalu tinggi, bahayanya adalah pada ibu.

Wanita hamil mengalami darah tinggi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri. Jadi sebaik sahaja bayi dilahirkan darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun kecuali ada faktor-faktor lain seperti usia si ibu yang sudah mencecah 40 tahun.

Terdapat kes di mana selepas bersalin tekanan darah tinggi tersebut tidak hilang....mungkin kerana secara semula jadinya darah tinggi itu sudah memang ada dalam dirinya kerana faktor umur atau juga faktor-faktor lain dan bukan sebab mengandung.

Rujukan: Utusan Online, Baby Center, Health Magazine, Mayo Clinic

Jika anda adalah ibu yang menghadapi tekanan darah tinggi sewaktu hamil, Sal cadangkan untuk anda mengambil Omega Guard dan Ostematrix bagi membantu mengatasi masalah anda.


Omega Guard iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.


OsteMatrix pula membantu meringankan stres. Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impluls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung berdebar, depresi, mood swing dan sakit kepala.


-----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Wednesday, 11 December 2013

Apa itu Omega Guard?

Posted by Unknown at 06:48 5 comments
Omega Guard Shaklee ni lebih dikenali sebagai minyak ikan. Bila dengar minyak ikan, mesti kita pernah dengar pasal kandungannya iaitu Omega 3...betul tak? Ha, apa dia Omega 3 ni? Jom kita kenali Omega 3:D

Apakah itu Omega-3?

Omega-3 adalah nama yang diberikan kepada rantaian asid lemak poli tak-tepu yang panjang (yang mempunyai banyak ikatan). Asid lemak mempunyai minyak-minyak penting yg diperlukan untuk menjamin kesihatan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri. Jadi, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan. Asid lemak biasanya boleh ditemui di dalam ikan.

Kajian nutrisi telah membuktikan bahawa minyak ikan amat kaya dengan asid lemak Omega-3. Asid lemak inilah yang melindungi ikan-ikan laut dalam kerana ia mempunyai takat beku yang rendah dan membantu memanaskan ikan ketika berada di lautan yang paling sejuk. Kalau tak ada lapisan lemak ni, ikan-ikan laut dalam mesti akan mati kebekuan.

Asid lemak Omega-3 adalah asid lemak yang penting. Tubuh kita tidak dapat menghasilkannya dan kita boleh maut sekiranya tubuh tidak menerima Omega-3 untuk jangkamasa yang lama. Walaupun sebelum kita dilahirkan, kita telah menerimanya melalui tali pusat di dalam rahim. Sehinggalah beberapa bulan seterusnya kita terus menerima asid lemak ini melalui susu ibu.

Credit: Google
Kandungan Omega-3

2 jenis komponen utama asid lemak Omega-3 ialah EPA dan DHA. EPA adalah penting di dalam mengurangkan risiko penyakit-penyakit kardiak dan peredaran (kesihatan jantung dan sendi), manakala DHA adalah struktur komponen yang penting untuk sistem saraf manusia. DHA juga amat penting untuk perkembangan otak dan mata terutamanya kepada ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak. Kajian telah menunjukkan bahawa DHA membantu meningkatkan kepintaran dan fungsi mental, serta amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.

Kalau macam tu, boleh la beli je mana2 minyak ikan yang dijual kat luar tu, kat farmasi ke... semua ada Omega 3 kan? NANTI DULU.....meh nak cerita kenapa kita perlu pilih OMEGA GUARD SHAKLEE...

Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA, manakala walnut, flaxseed, dan minyak zaitun mengandungi ALA. ALA ni akan diuraikan kepada EPA dan DHA. Tapi tahap uraian ni bergantung pada tubuh juga....kalau enzim dalam badan bagus, banyaklah ALA yang diuraikan dan begitu juga sebaliknya....tapi, jangan tak tahu ye dalam Omega Guard Shaklee ni semua ada....EPA, DHA dan ALA.

Selain tu, jenama Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure, dibuat dengan begitu sempurna, menggunakan penyulingan 3 peringkat secara semula jadi....selain memberi manfaat asid lemak, pada masa yang sama proses penyulingan ini mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik. Nak tahu lebih lanjut kenapa perlu pilih Omega Guard Shaklee....klik sini. Jom tengok jadual perbandingan di bawah :)

Semoga info ni bermanfaat untuk anda semua....jom pilih yang terbaik!

Friday, 6 December 2013

[PROMOSI DISEMBER] - Beli 6 PERCUMA 1 Omega Guard

Posted by Unknown at 06:21 0 comments
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...

Hari ni Jumaat, 6 Disember 2013. Kita semua sudah maklum dengan keadaan banjir teruk yang melanda Kuantan, Kemaman dan sebahagian Johor. Kita sama2 doakan agar mereka semua mendapat bantuan yang diperlukan, tak ada yang tertinggal. Sangat sedih bila difikirkan keadaan2 mereka di pusat2 pemindahan banjir tanpa keperluan asas yang cukup. Kita yang mampu ni, kalau ada rezeki lebih, sumbanglah sedikit untuk mereka, carilah saluran2 yang betul untuk menyumbang..in shaa Allah kita akan peroleh saham akhirat.

Ok, lah berbalik pada entri kali ni. Setiap bulan, seperti biasa Shaklee akan mengadakan promosi untuk produknya dan bulan ni adalah promosi produk yang dinanti-nanti ramai pencintanya iaitu Omega Guard, minyak ikan terbaik dunia.

Jika anda membuat pembelian satu set promosi (6 botol) Omega Guard pada bulan ini, anda layak untuk mendapat:

PERCUMA 1 botol Omega Guard lagi bernilai RM136 (retail price)
PERCUMA keahlian Shaklee bernilai RM65
• Menerima Cash Bonus dari Shaklee ke dalam akaun bank anda pada bulan Januari
• Setelah berdaftar, anda layak untuk membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan menikmati pelbagai tawaran dan peluang dari Shaklee
• Mendapat bimbingan step by step untuk memulakan bisnes dengan Shaklee di group eksklusif kami.

BEST kan promosi ni, jangan tunggu lagi...rebut peluang ini untuk kekal sihat bersama keluarga dengan Shaklee Omega Guard dan mulakan bisnes Shaklee anda dengan bimbingan dari mentor-mentor yang hebat!


----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Sunday, 17 November 2013

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Posted by Unknown at 01:42 0 comments
Setiap pasangan yang berkahwin tentu sangat gembira apabila mengetahui si isteri telah mengandung. Ini bermakna, kehidupan mereka akan berubah, dari berdua menjadi tiga, tiga jadi empat dan seterusnya.

Jadi sepanjang kehamilan, ibu-ibu perlulah menjaga diri dan bayi dalam kandungan sehingga selamat dilahirkan dengan menitikberatkan soal kesihatan, pemakanan dan makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan amat penting pada fasa kehamilan supaya nutrien dan zat dalam badan ibu cukup untuk memastikan perkembangan janin berada dalam keadaan yang baik.


Kenapa vitamin penting untuk ibu hamil?

  1. Semasa mengandung, ibu-ibu memerlukan khasiat dan nutrien yang lebih daripada biasa untuk diri ibu sendiri dan janin yang dikandung.
  2. Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat amat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan, namun cara hidup masa kini memungkinkan perkara2 tersebut tidak dapat dipenuhi.
  3. Kebanyakan ibu mengandung mengalami alahan dan muntah2 menyebabkan ibu tidak mempunyai zat dan khasiat yang cukup untuk disalurkan kepada bayi, jadi pengambilan vitamin amatlah digalakkan.
  4. Asid folik amat diperlukan dan sangat penting untuk tumbesaran saraf bayi sewaktu 3 bulan pertama...kekurangan asid folik dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect), jadi pengambilan asid folik bermula dari awal kandungan boleh mengurangkan risiko tersebut.
  5. Badan ibu mengandung memerlukan zat besi yang mencukupi bagi membina sel-sel darah merah yang lebih dari biasa bagi memastikan oksigen yang mencukupi dapat disalurkan kepada bayi seterusnya turut membantu pembinaan sel darah merah bayi.

Jadi, Sal nak share tentang pemakanan tambahan yang perlu untuk ibu2 mengandung:
  •  B-Complex - 1 biji sehari. Vitamin B Complex Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B, termasuklah asid folik.
  • Vita-Lea with Iron - 1 biji sehari. Vita-Lea merupakan multivitamin, jadi bagi ibu yang dah ambil Vita-Lea, Obimin dah tak perlu ambil ya.
  • Vit-C - 1 biji sehari untuk meningkatkan antibodi, mengahalang masalah alergi secara semulajadi dan merupakan sumber kolagen, jadi vitamin C membantu mengurangkan kesan stretch mark. 
  • OsteMatrix - 4 biji sehari (1 biji = 250mg Calcium) membekalkan 1000mg kalsium yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Jangan tak tahu ye, ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari untuk pembentukan tulang yang kuat dan gigi untuk bayi. Jika ibu2 ada meminum susu penuh kalsium segelas sehari, 2 biji Ostematrix sahaja pun dah mencukupi.
    • "When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on. (Baby Center)"



  • Protein (ESP) - Satu sudu ESP sekali sehari sudah mencukupi. Bancuh ESP ke dalam secawan air dan diminum. Boleh bancuh dengan air kosong atau pun mana2 air favourite ibu2 seperti oren jus, milo atau horlicks (sekadar berapa contoh). ESP membantu memberikan tenaga berterusan, supaya ibu2 tak cepat penat selain mencantikkan kulit dan mengurangkan kesan stretch-mark.
  • Omega Guard - 1 biji sehari. Kandungan DHA dan EPA dari Omega Guard penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Selain tu, Omega juga boleh membantu ibu2 mengawal paras kolesterol dalam badan sewaktu mengandung.
"The benefits for baby are:
    • A better brain with higher intelligence
    • Good nervous system development
    • Better eyesight from retina formation
    • Fewer behavioral problems after birth
    • Better sleep patterns for a new born

Health benefits for mom include:
    • Less chance of developing pre-eclampsia
    • Protection against brain loss during pregnancy
    • Less chance of pre-term labor and cesarean
    • Much lower risk of postpartum depression
    • Greatly reduced incidence of breast cancer

DHA and EPA make up about 70% of a newborn baby’s brain, retina and nervous system. The only way a fetus can get these important omega 3 fatty acids is from mom. And the amount is dependent on how much she's getting in her pregnancy diet. (BellaOnline)"




** Ostematrix digalakkan diambil pada waktu malam sebelum tidur kerana penyerapan kalsium akan lebih efektif ketika badan kita sedang berehat (tidur). Selain tu, kekerapan buang air kecil yang kurang pada waktu malam membantu tubuh menyerap kalsium dengan lebih baik. Apabila bangun keesokan paginya kita akan dapati yang badan kita akan lebih ringan dan segar serta mengurangkan masalah cramp.

Jika anda membuat pembelian daripada Sal, Sal akan bagi jadual makan untuk setiap vitamin ni beserta KONSULTANSI PERCUMA....istimewa untuk anda...

----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Friday, 18 October 2013

Fungsi dan Kelebihan Omega Guard Shaklee

Posted by Unknown at 14:03 0 comments
OMEGA 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA, jadi kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksimum...jadi jika kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain sekalipun, ianya tidak memberi apa-apa kesan jika enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting untuk kita memastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.


Sumber Omega-3

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Siapa Perlukan Omega 3?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

-----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Thursday, 29 August 2013

[TESTIMONI] Kurus Dengan Shaklee

Posted by Unknown at 06:14 0 comments
Selamat pagi semua!

Pagi ni Sal nak share tentang satu testimoni yang Sal dapat daripada group EKSLUSIF untuk pelanggan2 Shaklee kami di bawah group Jutawan.

Sangat awesome! Start gunakan Shaklee bermula Februari 2013 (baru lagi la). Dalam tempoh 6 bulan, beliau berjaya turunkan berat sehingga 25kg!!

Jom kita baca cerita puan Musliana.

"Shaklee merubah impian menjadi kenyataan......

Masalah kegemukan memang menghantui diri saya sejak dari zaman remaja hinggalah kepada umur 30 an ni....Pelbagai ubat-ubatan, murah dan mahal telah saya cuba...termasuk slimming center yang memakan ribuan ringgit....berat memang la turun tapi sekejap jer, bila makan je berat naik balik...sampai saya jadi takut hendak makan....susah hati....tekanan darah tinggi pun melambung2 bila badan naik ni.....tapi sekarang semua tu takde masalah lagi...Shaklee telah menjadi penyelamat kepada saya......Herblax, Alfafa, Omega, Lecithin dan esp membuatkan saya sentiasa tersenyum......sambil slimkan badan kulit pun jadi cantik......ubat darah tinggi pun saya dah tak ambil lagi sejak ambil supplement ni......toxin dalam badan pun dah takde.......walaubagaimanapun saya masih belum berpuas hati dengan berat ni lagi.....insyaAllah, dengan Shaklee saya tak perlu risau lagi......berat 89 tapi saya hilang inci yang sangat banyak.....Alhamdulillah......."


Inilah gambar Puan Musliana sebelum dan selepas. 


Awesome kan? Beliau hanya amalkan Herblax, Alfalfa, Omega Guard, Lecithin dan ESP. 

Ok, jom kita tengok info setiap satu produk yang diamalkan oleh Puan Musliana.
(Sumber: Shaklee)

Herblax - Herblax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herblax yang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

*Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Alfalfa - Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

Fungsi Alfalfa untuk kurus:

- Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut. - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

- Menyingkirkan lemak dan kolestrol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
** Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Omega GuardAsid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. 

Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Bagaimana pula Omega boleh membantu dalam proses penurunan berat badan? Baca di sini ye.

Lecithin - Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak degil badan kita. Lecithin dikenali sebagai 'pengemulsi semulajadi' kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan membantu lemak terapung dalam darah seterusnya mencegah lemak dari melekat di dinding membran. Kalau anda nak tahu, lecithin ni tak boleh dihasilkan oleh badan, tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan kita.

ESP  - Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

-----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Saturday, 20 July 2013

Vitamin Asas Untuk Kurus

Posted by Unknown at 07:44 0 comments
Secara asasnya, bagi anda yang nak kurus, anda perlu amalkan 3 perkara:

Detox (Herblax / Alfalfa) + Protein (ESP / Cinch Shake) + Pemecah Lemak (Lecithin / Omega Guard)

Kenapa perlu ketiga-tiga di atas?

1. Detox - detox merupakan proses untuk membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dapat dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Dinding usus yang bersih membantu badan kita menyerap nutrien pada tahap optimum... (untuk kurus, perkara paling penting yang perlu anda buat ialah DETOX...ingat tu..)






2. Pemecah lemak - Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak degil badan kita. Lecithin dikenali sebagai 'pengemulsi semulajadi' kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan membantu lemak terapung dalam darah seterusnya mencegah lemak dari melekat di dinding membran. Kalau anda nak tahu, lecithin ni tak boleh dihasilkan oleh badan, tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan kita.


Bagaimana pula dengan Omega Guard?

Omega Guard terkenal sebagai supplement yang mengawal paras kolestrol seterusnya menjaga kesihatan jantung. Tetapi, tahukan anda yang Omega juga berfungsi untuk membakar lemak? Rahsianya adalah pada fatty acid iaitu asid lemaknya. Omega Guard juga mengandungi EPA dan DHA. Asid lemak omega 3 ini membantu meningkatkan paras hormon "leptin". Leptin ini adalah hormon yang bantu mengawal selera makan. Jika paras leptin dalam badan adalah tinggi maka selera makan kita akan berkurang.

Selain itu, Leptin ini juga boleh membantu meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, maka cepatlah lemak dibakar di mana ia akan membantu kita untuk mengurangkan berat badan. Tak semua LEMAK itu tidak bagus...ini salah satu contoh lemak yang bagus iaitu OMEGA 3 FATTY ACIDS.

Apa bezanya antara Lecithin dan Omega Guard?

Fungsi Lecithin dan Omega Guard untuk pengurusan berat badan adalah sama iaitu membakar lemak. Bezanya adalah pada harga. Lecithin lebih murah berbanding Omega Guard...tapi, murah tak semestinya tak berkesan ye....cuma Omega lebih bertindak pantas. Analoginya seperti kita balik kampung dengan flight dan dengan kereta. Kedua-dua kaedah yang digunakan ni boleh bawa kita balik kampung cuma bezanya antara cepat dan lambat je... :)


3. Protein - Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga 35%. Selain itu, pengambilan protein juga mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan menjadikan badan lebih bertenaga.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

----

Untuk Info & Order:



Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Thursday, 20 June 2013

Cegah Stroke@Angin Ahmar Dengan Shaklee

Posted by Unknown at 15:06 0 comments
Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat.

Penyakit ini ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustriandi Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah orang wanita.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk "serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.

[Sumber]


OMEGA GUARD Bantu Masalah Stroke


'Stroke kecil' merupakan salah satu peringatan maut. Walaupun ia bersifat sementara, namun ia juga ibarat bom jangka dalam otak kita yang boleh meletup pada bila-bila masa saja. Istilah perubatan bagi "mini-stroke" atau "pre-stroke" ini ialah Transient Ischaemic Attack (TIA).

Antara tanda-tanda (simpton) TIA adalah seperti :
  • masalah percakapan secara tiba-tiba seperti sukar nak memulakan percakapan, susah hendak menyusun ayat atau percakapan kurang jelas.
  • lemah anggota atau tidak boleh menggerakkan anggota badan.
  • masalah penglihatan secara tiba-tiba
  • tidak dapat mengimbangi badan seperti tiba-tiba terjatuh ketika sedang berjalan.
  • sakit kepala yang kuat secara tiba-tiba malah ada yang menyangkakan mereka diserang migrain.
Kebiasaannya simptom-simptom ini berlaku ini tidak lama. Adakalanya hanya berlaku beberapa minit sahaja atau beberapa jam sahaja dan kemudian pesakit akan sembuh semula. Namun anda harus berwaspada kerana ini adalah petanda anda mungkin diserang TIA. Jika anda tidak mendapatkan pemeriksaan sewajarnya untuk mencari punca simpton tersebut ataupun tidak mengamalkan ubat-ubatan yang diberikan, berhati-hatilah! Stroke yang sebenar mungkin akan menyerang. Apabila stroke sebenar menyerang, ia akan merosakkan otak dan kecacatan itu akan menjadi kekal.

Antara produk Shaklee yang dicadangkan untuk mencegah stroke ialah Omega Guard. Kenapa Omega Guard

Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan nutrien utama untuk mencegah masalah pembuluh darah, mengurangkan kolestrol dan dan mencegah kolestrol daripada mengeras di bahagian organ dan pembuluh darah. Kandungan EPA dan DHA dalam Omega Guard juga penting untuk mencegah penyakit jantung koronori.

Berikut merupakan testimoni pesakit stroke yang mengamalkan Shaklee Omega Guard:

"Last Friday saya poskan trial 30's Omega kat customer nie, sbb ayah dia kena strok. Badan sebelah tak boleh gerak. Disebabkan beli yg trial, mak dia nak jimat, beri Omega sebiji sehari jer pd ayahnya.

Pagi tadi cust nie call lg, nak beli sebotol terus. Alhamdulillah, rupanya tangan ayah dia dah boleh gerak sket, dan dah ada improvement berbanding last week. Sbb terharu dgr mak dia bagi jimat2 (sebiji sehari), tue yg dia belikan sebotol, so that ayah dia boleh consume 3 kapsul omega sehari." (credit)

VIVIX Untuk Pesakit Stroke


Bagi pesakit yang tidak boleh menelan kapsul dan mempunyai bajet yang lebih, Sal amat cadangkan anda mengambil Vivix. Vivix merupakan sirap tonik Shaklee dan merupakan minuman botanikal 1001 rahsia. 
4 mekanisma utama Vivix ialah:
  • Melindungi dan membaiki kerosakan DNA
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria
  • Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End products)
Sal nak kongsikan satu testimoni daripada Puan Ummu Ainan mengenai ibunya yang mengalami stroke dan memberikan Vivix kepada ibunya:

"Assalamualaikum selamat petang..
Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati...Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat..

Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express 'feeling' pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..

Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

Ubat yang mak makan sekarang
1) Nootropil
2) Amiodarone
3) Simvastatin
4) Warfarin

Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas 'study' punya 'study' dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga..


Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah 'train' mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan..

Usaha yang terbaik selebihnya Allah yang tentukan.. Vivix bukan sahaja untuk stroke tetapi untuk semua.. Vivix ni tonik antioksidan yang bertindak sehingga ke selular. Itu yang best.. Kalau anda sayangkan ibu bapa, diri sendiri dan keluarga, minumlah Vivix.. Ia membantu menghalang stress oksidatif"

--------

Apa-apa penyakit pun, tak salah kita berusaha untuk merawat dan mencegah. Tetapi kita kena ingat semuanya bergantung kepada Allah swt yang menyembuhkan. Jangan lupa untuk berdoa dan memohon kepada-Nya :)

----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi