Showing posts with label Vita-E Complex. Show all posts
Showing posts with label Vita-E Complex. Show all posts

Wednesday, 10 December 2014

Atasi Masalah Jerawat dengan Shaklee

Posted by Unknown at 12:36 0 comments
Bulan ni adalah bulan promosi berganda Shaklee. Ala-ala Year End Sale gak la hehehe.

Bulan ni kalau anda tak dapatkan Vitamin C dan Vitamin E memang tersangat rugi.

Mana nak dapat 4 promosi sekaligus dan 2 vitamin promosi ni adalah vitamin untuk kecantikan kulit selain untuk kesihatan kita.

Masalah kulit yang selalu berlaku ialah masalah jerawat! Ye, Sal pun tak terkecuali. Memang boleh dikatakan jerawat ni bersilih ganti. Memang tak banyak tapi tak pernah surut. Satu dah nak kecut, tumbuh lagi 2 jerawat baru. Yang 2 ni dah nak baik, tumbuh lagi satu. Tak pernah surut.

TAPI...ITU CERITA DULU.

Sekarang ni, memang Sal rasa happy sangat. Keyakinan diri pun dah makin bertambah. Jerawat dah lama sangat tak singgah. Sekarang ni cuma fokus untuk hilangkan parut, tu pun dah tak banyak yang ada, So, boleh fokus untuk kekalkan keadaan kulit sekarang je.


DULU - 2012 (Pakai bedak)


SEKARANG - 2014 (Tanpa bedak)

Apa yang Sal amalkan bagi atasi masalah jerawat dengan Shaklee?

Tentulah supplement untuk kulit, antaranya Vitamin C, Vitamin E, B Complex dan ESP.

Inilah hasil #shakleeEffect setelah amalkan supplement Shaklee :)

Vitamin C dan Vitamin E ni sangat-sangat membantu masalah kulit yang Sal alami. Anda di luar sana yang ada masalah jerawat teruk atau biasa-biasa je pun boleh amalkan 2 vitamin ni. Tapi ingat ye, kena ambil dengan cara yang betul untuk dapatkan kesan yang terbaik. Kalau buat pembelian dari Sal, semestinya ada KONSULTANSI BERTERUSAN KHAS UNTUK CUSTOMER SAL SAHAJA :)


Vitamin C

Pakar pemakanan berpendapat bahawa Vitamin C dan antioksidan bioflavonoids sangat diperlukan dalam sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan manusia.

Vitamin C penting untuk pembaikan sel-sel, melawan jangkitan dan meningkatkan sistem imuniti. Bioflavonoids pula memainkan peranan sebagai anti-bakteria dalam badan.

Bagi mengatasi masalah jerawat, vitamin-nutrition.org mencadangkan pengambilan 1000mg Vitamin C sehari 3 kali sehari.

** Sustained Released Vita C Plus menyediakan 500mg bagi setiap kapsul. So nak kulit bebas jerawat, ambik 6 biji la sehari.

Vitamin E

Vitamin E merupakan satu lagi vitamin yang penting untuk penjagaan kulit. Terkenal dengan kesan antioksidan, Vitamin E membantu kulit melawan radikal bebas. Radikal bebas ini berpunca daripada penggunaan produk-produk yang mempunyai bahan kimia berbahaya yang berpotensi memberikan kesan buruk pada kulit. Vitamin E meningkatkan fungsi pembaikan dan penyembuhan tisu. Untuk mendapatkan lebih banyak Vitamin E, anda disarankan untuk makan kacang tanah, badam, biji bunga matahari, gandum dan brokoli ATAU ambil 400IU vitamin E setiap hari bagi merawat jerawat.

** Setiap kaspsul Vita E Complex Shaklee menyediakan 400IU cukup untuk keperluan tubuh kita.

Jadi, ambillah peluang sempena promosi bulan ni untuk bantu kurangkan masalah jerawat anda :)


----------------------

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Monday, 8 December 2014

PROMOSI BERGANDA DISEMBER – VITAMIN C DAN VITAMIN E

Posted by Unknown at 15:54 0 comments
Assalamualaikum semua.

Bertemu lagi kita dengan Disember menandakan kita dah di penghujung 2014. Waktu hujung-hujung tahun ni, memang kebanyakan mall atau apa2 brand akan buat promosi sempena Y.E.S.

Shaklee pun tak nak ketinggalan. Hehehe. Sebab tu bulan ni ada promosi berganda Disember – Vitamin C dan Vitamin E!

2 vitamin ni memang sinonim dengan vitamin untuk wanita yang nakkan kulit yang cantik. Siapa taknak kulit cantik kan? Ce habaq mai sat 

Bukan setakat promosi BELI 6 PERCUMA 1 macam biasa tu tapi ada juga promosi ‘buy 2 get 5% OFF’. Maksudnya ada 4 promosi semua sekali.

Pembelian 6 Vitamin C dapat percuma 1 botol lagi atau buat pembelian 2 botol Vitamin C dengan 5% diskaun

DAN

Pembelian 6 Vitamin E dapat percuma 1 botol lagi atau buat pembelian 2 botol Vitamin E dengan 5% diskaun. Untuk Vitamin E, ada kelebihan sikit. Jika anda buat pembelian promosi ‘BUY 6 FREE 1′ anda LAYAK untuk dapat KEAHLIAN PERCUMA, seterusnya layak untuk menikmati CASH BACK bulan depan! Menarik ke menarik? Mestilah menarik kan?



Sedikit fakta tentang Vitamin C Shaklee:

1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.

2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.


Sedikit fakta tentang Vitamin E Shaklee. Vitamin E Shaklee diperbuat dari:

1. Minyak kacang soya
2. Minyak biji gandum yang KAYA dengan Vitamin E
3. 8 jenis Vitamin E (d-alpha,beta,gama,delta)
4. Mengandungi 10 mg SELENIUM semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E dengan lebih baik.
5.Yang terbaru, GRAPE SEED EXTRACT.

Yang pasti, kedua vitamin ni berbeza daripada vitamin-vitamin lain di pasaran. Nantikan update Sal seterusnya ya. Kalau berminat nak kulit cantik, glowing2 gitu, jangan segan hubungi Sal ye :)

———————

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Monday, 23 June 2014

Koleksi Testimoni Vitamin E

Posted by Unknown at 12:50 0 comments
Vitamin E merupakan salah satu vitamin yang paling sinonim dengan kulit. Kandungan anti oksidannya yang tinggi membantu mempercepatkan penyembuhan pada kulit.

Vitamin E Shaklee diperbuat dari:
  • Minyak kacang soya
  • Minyak biji gandum yang KAYA dengan Vitamin E
  • 8 jenis Vitamin E (d-alpha,beta,gama,delta)
  • Mengandungi 10 mg SELENIUM semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E dengan lebih baik.
  • Yang terbaru, GRAPE SEED EXTRACT iaitu 20 kali lebih baik dari vitamin E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C dalam erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan untuk memelihara kecantikan.
Namun, jangan tak tahu yang Vitamin E juga mempunyai fungsi lain yang tak kurang hebatnya. 

Vitamin E juga membantu memelihara dan melindungi jantung yang sihat, membantu memulihkan kemampuan reproduktif (lelaki yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan bilangan sperma), membantu mengelakkan letih dan lesu, memperbaiki arthritis dan banyak lagi....

Hari ni Sal nak kongsikan dengan anda semua koleksi testimonial dari pengguna Vitamin E yang dah rasai keberkesanannya (sesetengah gambar ada watermark, Sal tak padam bagi menghormati empunya testimoni dan empunya blog yang berkongsi)....semoga bermanfaat :)





















-----

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Sunday, 19 January 2014

Petua Hilangkan Jeragat/Bintik Hitam

Posted by Unknown at 09:01 4 comments
Jeragat merupakan bintik-bintik hitam yang muncul pada permukaan kulit akibat kekurangan nutrien (terjadi apabila usia makin meningkat/ faktor genetik), pengambilan pil perancang, cuaca atau kesan pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia.

                                    

Bagi anda yang mengalami masalah ini, cubalah petua-petua di bawah untuk menangani masalah jeragat di kulit.

Petua hilangkan jeragat 1:

Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

Petua hilangkan jeragat 2:

Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

Jika anda seorang yang rajin, anda boleh gunakan petua di atas. TAPI, ada cara yang lebih mudah untuk anda hilangkan jeragat di muka....ya...dengan pengambilan supplement! Bukan sekadar menghilangkan jeragat, malah anda akan dapat rasakan perubahan pada diri anda dari segi tenaga dan kesihatan yang bertambah baik...


Antara supplement yang dicadangkan ialah Vitamin E dan Protein ESP. Kenapa?

VITAMIN E RM 149 (Klik Sini Untuk Order)

Terkenal sebagai vitamin awet muda dan melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga membantu menyeimbangkan hormon dan mengawal kadar pengeluaran minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga mampu mengurangkan malah menghilangkan jerawat dan jeragat.


Protein boleh membantu menghilangkan jeragat. Jika pengambilan protein seharian kita mencukupi, ianya dapat membantu tubuh kita menghasilkan sel-sel baru dan seterusnya membantu menyahkan jeragat di muka. Pengambilan ESP mampu membantu anda mendapatkan keperluan protein yang mencukupi seterusnya membantu anda mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan bebas jeragat.


Selain Vitamin E, anda juga boleh mencuba GLA Complex RM91.25 (Klik Sini Untuk Order)

Jeragat juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah hormon yang tidak stabil. GLA Complex boleh membantu anda menstabilkan hormon. GLA berasal dari minyak borage yang mengandungi Vitamin E semulajadi yang baik untuk rawatan kulit dari bahagian dalam epidermis.

TESTIMONI:


Lagi testimoni, boleh rujuk di sini.

-----
Untuk Info & Order:


Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri KembanganSalasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Wednesday, 8 January 2014

Kandungan Vitamin E Shaklee

Posted by Unknown at 05:58 0 comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Siapa kat sini yang ambik Vitamin E sebagai supplement harian? Mesti ramai kan? Terutamanya yang suka jaga kulit muka tu...hehe...termasuklah tuan punya blog ni...

Hari ni Sal nak cerita sikit tentang kandungan Vitamin E Shaklee. Kenapa Shaklee? Dah namanya Shaklee Independent Distributor, kena la cerita pasal Shaklee....hehehe...hari tu Sal ada cerita tentang kelebihan vitamin E Shaklee kan...so hari ni nak cerita kandungan yang ada dalam Vitamin E ni yang jadikan ianya berbeza dari Vitamin E lain di pasaran.


Vitamin E adalah vitamin larut lemak dan antioksidan. Ini bermakna ia diserap oleh lemak atau lipid dalam sel-sel anda. Sebab itu Vitamin E dikenali sebagai vitamin antioksidan "fat-loving".

Vitamin E Shaklee diperbuat dari:
  1. Minyak kacang soya
  2. Minyak biji gandum yang KAYA dengan Vitamin E
  3. 8 jenis Vitamin E (d-alpha,beta,gama,delta)
  4. Mengandungi 10 mg SELENIUM semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E dengan lebih baik.
  5. Yang terbaru, GRAPE SEED EXTRACT.
Bagaimana caranya untuk mengenalpasti samada Vitamin E tu semulajadi atau sintetik?


Ada beberapa cara untuk mengenal antara vitamin sintetik atau vitamin semulajadi.

Satu kajian di bawah lampu polarized dibuat. Jika cahaya dipancar pada vitamin asli, akan sentiasa membengkok ke kanan yang mana biasa kita akan jumpa vitamin asli akan tertulis 'd' (representing dextro means right)

Manakala jika cahaya yang sama dipancarkan, akan terbahagi kepada 2, ke kiri dan ke kanan jika vitamin itu adalah sintetik. Sebab itulah vitamin sintetik biasanya tertulis 'dl' (sintetik) kerana ianya separuh 'dextro' (right) dan separuh 'levo' (left). Cuba tengok vitamin E shaklee ada tertulis 'd' kan maknanya ianya asli. Credit

Kalau lihat pada gambar di atas, Vitamin E Shaklee adalah D-alfa tokoferol (semulajadi). Jika vitamin itu tertulis DL-alfa tokoferol bermakna ianya adalah sintetik.

Selain semulajadi, antara kelebihan atau keistimewaan Vitamin E Shaklee berbanding jenama lain ialah ianya mengandungi selenium.


Apa sebenarnya fungsi Selenium? Kenapa Selenium ni perlu ada dalam vitamin E?

Selenium mempunyai 3 fungsi utama iaitu:

1. Selenoprotein (Selenium + Protein)

Berikut adalah 7 perkara selenoproteins lakukan untuk tubuh anda ...
  • Membantu dalam pengeluaran glutation.Glutation adalah penting kerana ianya merupakan pertahanan antioksida semula jadi badan anda daripada radikal bebas.
  • Melindungi sperma dari kerosakan oksidatif (radikal bebas).
  • Berfungsi sebagai penciptaan semula beberapa antioksida termasuk Vitamin C. Selenium terlibat dengan thioredoxin, iaitu sangat berguna untuk individu yang mempunyai masalah gatal-gatal pada kulit tanpa mengetahui punca kegatalan tersebut.
  • Membantu dalam peraturan hormon tiroid dengan bertindak sebagai "pengantara" antara 2 hormon tiroid iaitu menukarkan hormon T4 yang tidak aktif menjadi hormon T3 yang aktif.
  • Membantu dalam penciptaan Selenoprotein P. Selenoprotein P membantu melindungi sel-sel badan yang membentuk saluran darah, jantung dan sistem peredaran darah. Selenoprotein P berfungsi melawan radikal nitrogen iaitu sejenis radikal bebas yang menyerang sel-sel sistem peredaran darah.
  • Berfungsi dalam penghasilan sperma (spermatogenesis)
  • Berfungsi sebagai anti radang dan tindak balas imun.
** Get at least 55 mcg of selenium per day but no more than 400 mcg per day.

2. Antioksidan

Selenium bertindak balas dengan natural antioksidan yang terdapat dalam badan kita iaitu Gluthathione

3. Disease Prevention

Selenium memberi signal kepada Cytokines iaitu sel penggera untuk sistem immuniti bekerja



Ha....ada lagi kelebihan Vitamin E Shaklee yang anda semua perlu tahu! Vitamin E yang baru telah diformulasikan dengan "grape seed".

Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol.

Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vitamin E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C dalam erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan untuk memelihara kecantikan. Yang paling best, grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul ..

Melambatkan penuaan:

Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.

Apa lagi kelebihan ekstrak biji anggur ni?
  1. Mengurangkan risiko kanser dan strok
  2. Mengurangkan hipertensi (tekanan darah tinggi) dan melancarkan peredaran darah.
  3. Mengurangkan aterosklerosis (pengerasan arteri)
  4. Meningkatkan pembakaran kalori
  5. Menyuburkan organ-organ dan otot, membantu mereka bekerja dengan lebih berkesan.
  6. Meningkatkan ketahanan fizikal
"Anda perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 100mg (150 IU) sehari tapi tidak melebihi 1000mg per day (1500 IU)" - Dr Bruce Miller

Sebiji vitamin E mengandungi 400iu....semulajadi dan dilengkapi selenium. Banyak betul kelebihan vitamin E Shaklee ni. Sebab tu, ia antara produk terlaris terutamanya untuk kecantikan kulit dan masalah kesuburan.

Secara asasnya, ada beberapa panduan lain untuk mengenalpasti vitamin E yang terbaik di pasaran. Tak semestinya Shaklee...anda bebas untuk memilih jenama pilihan anda sendiri.

Antara garis panduan pemilihan Vitamin E ialah:

1. Pilih Vitamin E yang bersumber semulajadi. Jika ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi manakala jika ada satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia. (Boleh rujuk pada label)

2. Cari perkataan mixed tocopherol dalam label.

3. Pilih Vitamin E yang ada selenium

Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan. Kriteria2 di atas dipenuhi oleh jenama Shaklee. Sebab tu, Sal pilih Shaklee. Anda bagaimana?

----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Sunday, 29 December 2013

Kelebihan Vitamin E Shaklee

Posted by Unknown at 09:55 0 comments
Tahukah anda yang kandungan 400 UI Vitamin E yang diperlukan badan kita bersamaan dengan 1 kg benih gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam? Sanggup ke anda makan semua tu setip hari untuk mendapatkan khasiat Vitamin E?

Jangan risau! Shaklee ada penyelesaiannya...kenapa vitamin E Shakle berbeza dengan vitamin E di pasaran?

Vitamin E Shaklee dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis Vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.

Vitamin E Shaklee juga mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara mebran sel, sel darah merah dan tisu tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina.

Vitamin E seringkali dikaitkan dengan vitamin untuk kulit sihat dan cantik...tapi tak ramai yang tahu fungsi lain vitamin E.

Antara kelebihan Vitamin E Shaklee ialah:
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Memperbaiki peredaran darah
  • Memperbaiki tisu
  • Melindungi paru paru dari pencemaran udara
  • Memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
  • Mengurangkan parut & masalah jerawat
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
  • Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
  • Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
  • Merendahkan kadar kolesterol
  • Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
  • Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
  • Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
  • Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
  • Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
  • Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu
Berminat nak dapatkan harga istimewa Vitamin E? Hubungi Sal sekarang!

----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Friday, 27 September 2013

Vitamin Untuk Kulit

Posted by Unknown at 06:14 0 comments
Semua orang nak kulit cantik...ye dak? Tanyala kat siapa2 pun, semuanya berusaha macam2 cara nak cantikkan kulit terutamanya wanita. Yela, orang kata orang perempuan ni lebih cepat nampak tua dari orang lelaki...jangan nanti, jalan2 dengan suami orang tanya..."tu adik ke?" tak ke malu...hihi (gurau2 jer di pagi hari...)

Apa kata, kita baca Vitamin Untuk Kulit petikan dari Utusan Online.

------

Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit.

Jawapan:
Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.

Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat.
Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.
Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.

Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.

Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Manakala vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.

Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.

-------

Jadi, apa pilihan anda? Shaklee sangat memudahkan anda...semua vitamin yang dinyatakan di atas terdapat dalam rangkaian produk Shaklee. Jom kita lihat satu persatu.

ESP adalah makanan INDEKS GLISEMIK RENDAH

Pro Vitamin A - CarotoMax


Sustained Release Vitamin C 500mg

Vitamin E & Selenium

Zinc Complex

GLA Complex


Berminat nak mencuba? Tapi tidak tahu yang mana satu pilihan anda? Jangan malu dan segan untuk hubungi Sal ok? Sal akan membantu anda memilih supplement mengikut bajet dan keperluan anda. Anda juga layak mendapat KONSULTANSI PERCUMA selepas membuat pembelian dari Sal...so, jangan malu2 ok...Sal nak bantu anda memiliki kulit yang lebih sihat...bukan sekadar cantik :)

----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Thursday, 25 July 2013

[TESTIMONI] Hamil Selepas 2 bulan Ambil Set Kesuburan Shaklee

Posted by Unknown at 06:11 0 comments
Pagi ni, Sal nak share tentang satu testimoni customer yang berjaya hamil selepas 2 bulan amalkan set kesuburan Shaklee. Jom baca kisah beliau. Credit to Puan Marimar Er

"Hi Dearies,
Saja nk share testimoni kt sini... Saya berkahwin hampir setahun.... saya mula ambil produk shaklee utk kecantikan kulit bermula april tahun lepas.. selepas saya berkahwin saya ambil ESP, vitamin E & Shaklee Collagen.. ada juga ambil GLA Complex utk period saya.... sejak berkahwin saya dan suami memang selalu je travel... kadang2 atas urusan kerja... kadang2 jalan2 je... Belum terfikir nak ada baby.. walaupun kami x pernah merancang.. mungkin belum ada rezeki..

Tapi.. lepas tengok kawan2 yang baru je kawin... terus je preggy.. membuatkan saya mula merasa yang saya pun teringin utk mengandung. Memang tak nak tunggu lagi... April lepas...saya contact ibu saudara saya merangkap shaklee distributor.. dia cadangkan saya ambil vitalea, b complex dan vitamin C di samping meneruskan GLA complex... untuk suami ambil vitamin E & Zinc utk kesuburan lelaki...

Harini, sudah 1mnggu period saya lewat... tekak mula rasa mual, pinggang rasa lenguh2... saya rasa pelik.. pagi tadi... sebelum mandi... saya terdetik utk cuba buat upt... memang ada je simpan dalam laci, since saya ni memang bekerja di hospital. Lepas saya titikkan urine pada alat tu... saya biarkan je.. dan pergi mandi.... lepas dh siap mandi... saya lihat sekali imbas je alat tu..saya terkejut sbb 'positive' saya terus kejutkn suami saya...die sangat teruja..tak tau nak cakap apa...smpai je di tempat kerja..saya recheck,but still same 'positive'.... Then saya ke gyne dctor utk scan.. alhamdulillah... janin sudah terbentuk dan berkeadaan amat baik di dalam rahim saya...

Alhamdulillah sekali lagi.... saya hamil selepas 2 bulan selepas mengamalkan set kesuburan Shaklee utk suami & isteri... kawan2 yang sedang mencuba jangan berputus asa ya... lambat atau cepat itu semua atas rezeki masing2.. yang penting Usaha..."


Kita semua disarankan untuk berusaha di samping berdoa agar dapat dikurniakan cahaya mata. Pengambilan supplement Shaklee ini merupakan salah satu usaha bagi mendapatkan zuriat. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Yang penting, doa memohon dikurniakan zuriat daripadaNya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Wednesday, 29 May 2013

[TESTIMONI] Hilangkan Jerawat Batu dan Parut Dengan Set Kecantikan Shaklee dan ESP

Posted by Unknown at 05:01 1 comments
Jerawat?? Siapa kat sini yang suka jerawat? Sal rasa semua orang tak suka jerawat dan semua orang mendambakan kulit cantik, halus mulus dan SIHAT. Betul tak? Sal pun tak terkecuali.

Sal tak perasan (atau mungkin lupa..) bila muka Sal mula ditumbuhi jerawat. Memang rasa segan dan rendah diri je. Bila tengok orang lain kulit cantik, tak ada jerawat..memang cemburu...hehe..

Kebanyakan kita dah banyak berhabis duit untuk membeli produk kecantikan terbaik untuk mengatasi masalah, tapi semua hasilnya mengecewakan...duit habis, tapi hasilnya tak seberapa. Malah, ada yang buatkan kulit kita makin bermasalah seperti sensitif dan makin berjerawat teruk.

Sebenarnya, kebanyakan masalah jerawat ni berpunca daripada masalah dalaman kita. Jadi, kita sepatutnya memberi perhatian juga pada penjagaan dalaman. Supplements merupakan salah satu cara kita untuk merawat masalah dalaman kita bagi memastikan sel-sel badan kita dirawat seterusnya membentuk sel-sel baru yang sihat.

Tapi, anda yang mempunyai masalah jerawat JANGAN RISAU! Semua penyakit ada ubatnya kecuali mati..yang penting kita berusaha.

Apakata kita tengok perkongsian yang dibuat oleh salah seorang pengguna Shaklee yang telah berjaya menyelesaikan masalah jerawat batu yang dialaminya.




Apa produk yang diambil? Set kecantikan (B complex, Vitamin C dan Vitamin E) dan ESP.



Kenapa Sal cadangkan ambil ESP bersama set kecantikan? ESP adalah sumber protein yang mana penting untuk pertumbuhan sel-sel baru yang sihat. Sel kulit kita akan bertukar setiap 21 hari, jadi penting untuk kita mengambil protein yang berkualiti supaya sel-sel baru kulit kita juga berkualiti seterusnya menyumbang kepada kulit yang lebih cantik, halus dan gebu.

Parut-parut kat wajah kita tu juga wujud disebabkan oleh sel-sel kulit yang dah mati namun tak diperbaharui. Dengan ESP, sel-sel kulit yang dah mati atau rosak akan disingkirkan dan digantikan dengan sel-sel yang baru. Jadi, penting untuk kita ambil ESP untuk kesan yang lebih bagus.

Jangan tunggu lagi, dapatkan set kecantikan dan ESP Shaklee untuk masalah kulit anda. Setiap pembelian daripada Sal, anda layak mendapat KONSULTANSI PERCUMA dan HARGA ISTIMEWA! Jangan lepaskan peluang untuk sihat dan cantik bersama SHAKLEE :)


----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Saturday, 25 May 2013

Hilangkan Parut Dengan Vitamin E dan ESP

Posted by Unknown at 09:43 0 comments
Hari ni hari Sabtu..hari bersama keluarga..pagi-pagi ni my princess tengah lena diulit mimpi lagi..so, Sal decide nak buat entry berkaitan parut...sebabnya pagi tadi duk belek-belek muka kat cermin.."eh! parut aku dah makin kurang la...ada 2-3 ketul je lagi parut lama" Yes! parut lama memang susah nak hilang..yang penting kena SABAR dan KONSISTEN!

Sal perasan sejak Sal amalkan supplement Shaklee ni, banyak perubahan yang Sal rasa...selain badan lebih cergas dan bertenaga, masalah parut ni salah satu lagi perubahan ketara yang Sal rasa dan alami. Kalau dulu, jerawat memang senang sangat nak naik kat muka ni...nak-nak dekat period, semasa period, dan selepas period! Hambik kau....tiap masa dia datang, dah tu bila masanya tak ada jerawat naik? Jawabnya, memang akan ada jerawat kat muka ni bersilih ganti walaupun kecik dan sikit je..ia tetap dipanggil JERAWAT!

Itu dulu la..nightmare tau! Kadang-kadang tak suka tengok muka sendiri..hihi...sekarang ni, Alhamdulillah..jerawat memang jarang naik, naik juga la waktu period tapi dah tak bersilih ganti dah...dan yang paling BEST, jerawat CEPAT KECUT! Dulu, makan masa dekat 2 minggu baru nak kecut 1 jerawat, sekarang ni tak sampai seminggu dah KECUT..dengan PARUT sekali hilang...alhamdulillah :)

Apa yang Sal amalkan? Untuk masalah parut ni, Sal amalkan Vitamin E dan ESP. 

Kedua vitamin ni ada fungsinya tersendiri untuk kulit tau...sekarang ni, parut dah makin kurang, Sal banyak kali juga la skip vitamin E..tapi ESP tetap konsisten. Vitamin E tu Sal lebih suka cucuk kapsulnya dengan jarum, picit ambil minyaknya dan sapu kat jerawat dan parut di muka sebelum tidur..memang cepat kecut jerawatnya..dan parut pun makin pudar.



Jom kita baca fungsi vitamin E dan ESP ni:

VITAMIN E RM 149 (Klik Sini Untuk Order)

Vitamin E memang terkenal sebagai vitamin untuk kecantikan. Sebab itu, salah satu fungsinya boleh hilangkan parut jerawat sebabnya vitamin E adalah vitamin yang tinggi anti-oksidannya. Ciri ini mampu menggalakkan penyembuhan kulit apabila disapu pada kawasan yang berparut tersebut. Selain digunakan untuk disapu pada kawasan yang berparut, vitamin E juga perlulah diamalkan sebagai supplement harian untuk penyembuhan dari dalam. Nak kesan yang lagi best, amalkan bersama vitamin C dan vitamin B Complex ;)

Selain untuk masalah parut, banyak lagi khasiat dan kebaikan vitamin E ni, antaranya:
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. 
  • Memperbaiki peredaran darah untuk memperbaiki tisu.
  • Melindungi paru-paru dari pencemaran udara. 
  • Memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. 
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari. 
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk) 
  • Merendahkan kadar kolesterol. 
  • Membantu mencegah kanser. 
  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. 
  • Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri.
Tapi, pastikan anda memilih vitamin E yang betul yer...banyak sangat vitamin E di pasaran, nak pilih yang macamana? Pilihlah vitamin E yang asli yer, cuba anda cek labelnya pada botol - pastikan ianya d- alpha tocopherol dan pastikan juga vitamin E itu ada unsur selenium agar penyerapan berlaku dengan lebih baik.



ESP merupakan sumber protein yang baik. Protein ni amat penting dalam proses pembentukan dan pembaharuan sel kulit kita serta membentuk 'elastic fiber' untuk penegangan kulit.

Sel-sel lama dan rosak akan disingkirkan dan digantikan dengan sel baru yang sihat. Sebab itu, parut susah nak hilang bila kita tak amalkan protein yang cukup kerana sel-sel yang lama itu tidak dapat digantikan dengan sel yang lebih sihat. 

ESP juga membantu penyerapan vitamin lain berada pada tahap optimum. Sebab tu, jika ESP diambil bersama suplemen-suplemen lain, ianya akan cepat menyerap dan memberi kesan yang lebih baik berbanding mereka yang tak ambil ESP bersama.

Antara kebaikan dan khasiat lain ESP:
  • Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 
  • Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  • Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.
  • Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  • Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  • Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Testimoni : Parut Jahitan akibat Kemalangan Semakin Hilang dengan Vitamin E dan ESP

Berikut adalah pengalaman yang dikongsi oleh salah seorang pengguna ESP dan Vitamin E.

Beliau telah terlibat dalam kemalangan dan menerima jahitan di bahagian kening. Untuk menghilangkan masalah parutnya, beliau mengambil ESP dan Vitamin E semenjak Januari 2013 secara konsisten. Selain itu beliau turut menyapu Vitamin E di bahagian jahitan tersebut. Alhamdulillah, parutnya semakin pudar dan semakin hilang. Jom kita baca perkongsian beliau....

"Assalamualaikum...
Hye guyz just nak share testimoni diri sendiri 
Kesan jahitan after xcident makin samar2 dengan penggunaan ESP+ Vitamin E yang konsisten. Boleh jugak sapu Vita E tuh kat parut & jerawat kalau ada. So far sangat berpuas hati. Produk sapu2 parut yang lain mmg x jalan. Makin berjerawat kat area parut tuh lagi ada. So Shaklee jugak D BEST cos dia pelihara dari dalam and gantikan sel-sel yang dah rosak. Cuma kena bersabar, kesan kat setiap orang x semestinya sama. Start Consume Jan13 till Now. Harap2 lepas ni dah ilang terus parut tuh. Malu la kat muka. Ehe!" - Puan Bidadari Sue

Anda bagaimana? Berminat untuk mencuba?

Kini, anda berpeluang untuk order sendiri SET UNTUK PARUT (KLIK SINI) ni...transaksi adalah antara anda dan Shaklee sahaja dan ianya SELAMAT....kami sebagai SID juga menggunakan medium yang sama, jadi anda TAK PERLU RISAU ok? Tapi, suka Sal nak ingatkan yang transaksi yang dibenarkan adalah dengan  menggunakan DEBIT CARD atau CREDIT CARD sahaja.
----

Untuk Info & Order:


Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847


Monday, 20 May 2013

Kebaikan Vitamin E Yang Perlu Anda Tahu

Posted by Unknown at 06:15 0 comments
Vitamin E merupakan salah satu supplement yang Sal amalkan dan sangat jatuh cinta dengannya....selain untuk dimakan, kapsul Vitamin E ni juga boleh dipecahkan, diambil minyaknya dan sapu pada muka sebelum tidur..wallaaaaa...pagi esoknya, bangun dengan kulit muka lembut bak bayi...ecececeh...hehe...bukan main-main ye...ni realiti...

Vitamin E memang terkenal sebagai salah satu vitamin untuk kecantikan kulit. Mana-mana wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan kulit, patut cuba Vitamin E ni...





Sebenarnya, Vita-E Complex ni dah berwajah baru dengan formula yang diperbaharui...yang lama tiada Grape Seed Extract. Yang baru ni dengan Grape Seed Extract. Nanti next entry Sal akan ceritakan kebaikan Grape Seed Extract.

Formula lama

Baru - Improved Formula
"Shaklee Vita-E contains natural vitamin E - d-alpha tocopherol from soybean oil and it is more potent and readily absorbed by the body than synthetic vitamin E. It also has 10mcg of selenium from natural nutritional yeast sources."
Perbezaan Vitamin E Shaklee ialah Vitamin E Shaklee mengandungi selenium manakala kebanyakan Vitamin E di pasaran dijual berasingan dengan selenium.Credit.

Tahukah anda yang Vitamin E perlu diambil bersama Selenium kerana ia membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Vitamin E sahaja tidak akan sempurna tanpa selenium. 

Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Jom kita terjah apa yang bestnya Vita-E Complex dari Shaklee ni:

1. Melindungi kesihatan jantung anda - mengembangkan pembuluh darah, mencegah pengerasan arteri, dan menghalang pembentukan darah beku.

2. Anti-Oksidan yang kuat - Berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang dan melambatkan pertumbuhan tumor, dan memperbaiki masalah penglihatan.

3. Anti-Penuaan - Vitamin E mampu melambatkan penuaan kerana kesan antioksidan dan Vitamin E menghalang proses penuaan sel dan memperbaiki pembekalan oksigen.

4. Mempertingkatan kesuburan dan kelelakian.

5. Memperbaiki parut- memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh disapu terus ke bahagian yang berparut untuk mengurangkan parut tersebut.

*Vitamin E diperlukan dalam pembentukan nukleus, dinding sel, RNA dan DNA pada setiap sel di dalam tubuh. Ia bertindak dengan Vitamin C untuk kesihatan sel-sel tubuh.
----
Banyakkan khasiat Vitamin E ni. Rugi kalau anda tak cuba. Memang kebabom untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Vitamin E juga boleh dibuat masker ye...untuk kulit gebuss gitu...

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847
 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi