Showing posts with label Rambut Sihat. Show all posts
Showing posts with label Rambut Sihat. Show all posts

Wednesday, 19 November 2014

Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Posted by Unknown at 09:43 0 comments

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Hari ni dah genap 72 hari usia Fateh. Minggu depan Sal dah nak masuk kerja. Kejap je rasa masa berlalu. Maka, bermulalah kembali rutin Sal sebagai seorang ibu bekerjaya anak 2 :D
  
Jalani rutin biasa, pagi pergi kerja, balik kerja uruskan anak-anak, makan suami dan rumah. Fuh, mesti penat kan. Tapi, kita semua kan 'iron lady', nak tak nak memang itu dah jadi tugasan dan tanggungjawab kita. Nasib baik en suami seorang yang ringan tulang, tak ada nak risau sangat. Alhamdulillah.
Sebut je habis pantang ni, mesti ibu-ibu akan risau bila anak nak start menyembur, betul tak? Yela, katanya bila anak dah start menyembur, rambut akan start gugur. Oh, mimpi ngeri!
Waktu pregnant, lantai elok je bersih, sedap je mata memandang walaupun 2-3 hari tak sapu, tapi bila rambut dah start gugur.....anda sambung la sendiri. Hehehe
  
Normal sebenarnya kalau ibu-ibu atau wanita ni berhadapan dengan masalah rambut gugur yang teruk selepas melahirkan anak. Biasanya, lepas 3 bulan bersalin, hormon estrogen dan progesteron kita akan kembali pada tahap yang normal. Jadi, bila perubahan hormon ni berlaku akan menyebabkan rambut akan melalui fasa keguguran sebabnya kebanyakan rambut yang tidak gugur sewaktu hamil akan mula gugur secara mendadak.
  
Apa nak buat ye kalau rambut dah mula gugur? Itu adalah lumrah, kita tak boleh nak halang, tapi kita boleh usaha bagi meminimakan masalah keguguran rambut ni.
  
Pertamanya, kena cuci rambut kita setiap hari dengan syampu yang sesuai dengan kulit kepala kita bagi memastikan kulit kepala kita sentiasa bersih. Seeloknya amalkan rawatan rambut dengan syampu organik atau herba. Pati herba biasanya boleh membantu mengaktifkan liang-liang rambut dan boleh mencetuskan pertumbuhan rambut baru. Jika kita biarkan liang-liang rambut ni kosong, lama kelamaan liang-liang ni akan tertutup dan rambut tak boleh nak tumbuh lagi. Itulah jadinya rambut semakin menipis tu. Bak kata orang "Putus tumbuh, hilang berganti". Hehehe
  
Bagi membantu memelihara rambut dengan lebih sihat dan kurangkan keguguran, kita perlulah amalkan pemakanan seimbang dan minum air yang mencukupi sekurang kurangnya 2 liter sehari.
Sebenarnya, masalah rambut gugur ni bukan isu besar untuk Sal sebab Sal ada alternatifnya. Tak risau sangat. Hehehe.
Untuk rawatan luaran rambut, Sal amalkan set penjagaan rambut ProSante.
  
141472378785262
Set rambut ProSante ni terdiri daripada Nourishing Scalp Treatment, Revitalizing Shampoo, Purifying Shampoo, Replenishing Conditioner, Lightweight Conditioner dan Long Lasting Finishing Spray.
  
Semua ni Sal guna kecuali finishing spray tu. Hehehe. Dan apa yang Sal boleh cakap, ia memang best!
  
Meh nak cerita sikit fungsi setiap satu produk ni:
1. Nourishing Scalp Treatment
  • Paling penting dalam sistem penjagaan rambut ProSante yang mengandungi Scalp Health Complex eksklusif Shaklee pada tahap yang paling tinggi.
  • Ia terbukti mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat malah melebat dan menguatkan rambut secara semulajadi.
2. Revitalizing Shampoo
  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel dan melebatkan rambut
3. Purifying Shampoo
  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa kotoran
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat malah menjadikan rambut bebas kelemumur.
4. Replenishing Conditioner
  • Menguatkan rambut dengan protin dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
5. Lightweight Conditioner
  • Mengembalikan elemen struktur rambut supaya ia kelihatan lebat, sihat dan berkilat
6. Long Lasting Finishing Spray
  • Menguruskan rambut kerinting halus dan rambut mudah kusut
Tanpa pewarna, tanpa pewangi dan tanpa bahan kimia berbahaya, ianya memang semulajadi :)

TAPI, nak pastikan rambut ni sihat dan kurang gugur bukan hanya perlu jaga atau rawat secara luaran je, dalaman pun perlu tau. Antara supplement yang boleh membantu anda ialah:

1. Zinc Complex - Untuk membantu kesihatan rambut rosak, rapuh dan bercabang
2. B Complex - Untuk  masalah peredaran darah terutamanya di bahagian kepala yang melibatkan rambut
3. Vita-Lea - Untuk masalah kekurangan zat besi
4. ESP - masalah rambut rapuh dan bercabang
5. GLA Complex - Untuk wanita menstabilkan paras hormon

Kalau anda rasa banyak sangat nak kena ambik, Sal cadangkan untuk anda cuba 2 produk ni je >> ESP dan Zinc Complex.
201410311539

ESP merupakan serbuk protein soya, jadi memang kaya dengan protein la kan. Rambut kita ni asalnya dari protein jadi untuk memiliki rambut dan tubuh yang sihat pengambilan protein yang optimum diperlukan untuk menggantikan sel abnormal kepada sel  yang normal dan sihat.

Zinc Complex pula penting dan sangat diperlukan untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Pakar Rambut dari Yun Nam Hair Care sendiri turut menyarankan mereka yang bermasalah rambut memperbanyakkan pengambilan ‘Peanut Butter’ kerana kaya dengan Zinc.

Nak cantik di luaran, dalaman juga perlu dijaga dan dititkberatkan ye. Semoga entry ni membantu ibu dan wanita di luar sana mengatasi masalah keguguran rambut terutamanya selepas bersalin.

Jumpa lagi :)

----------------------
Untuk Info & Order:

Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Tuesday, 15 July 2014

16 Cara Untuk Dapatkan Rambut Mudah Panjang Secara Semulajadi dan Sihat

Posted by Unknown at 08:15 11 comments


1. Mengamalkan Vitamin

Pengambilan vitamin mampu membantu anda membaiki kerosakan rambut serta membantu rambut tumbuh kembali dengan lebih cepat dan sihat selain mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Tapi, perlu diingatkan agar anda dapat mengambil vitamin yang sesuai dengan tubuh anda.

2. Kerap Memotong Hujung Rambut

Bagi membantu mempercepatkan rambut anda panjang, anda perlu rajin meluangkan masa dengan memotong hujung rambut anda terutamanya rambut yang rosak dan kering. Sebaiknya, anda perlu memotong hujung rambut tersebut secara teratur dan jadikannya sebagi rutin, sebagai contoh 2-4 bulan sekali, potong sekurang-kurangnya 1/2 cm hujung rambut yang rosak dan kering tersebut.

3. Protein

Banyakkan mengambil makanan yang mengandungi protein seperti kacang tanah, ikan, kacang hijau, soya dan biji-bijian yang lain, ia sangat membantu rambut anda tumbuh lebih cepat. Selain itu, rambut anda juga tumbuh dengan lebih sihat dan kuat.

4. Kurangkan aktiviti berenang

Jika anda seorang yang sukakan aktiviti berenang, anda perlu mengurangkan aktiviti tersebut atau elakkan berenang di kolam renang yang mengandungi air yang berklorin kerana air klorin merupakan salah satu punca rambut anda mudah rosak. Air klorin juga menjadi salah satu sebab kenapa rambut anda lambat tumbuh. Selain air berklorin, air laut juga boleh menyebabkan rambut cepat kering dan rosak seterusnya mengganggu pertumbuhan rambut anda.

5. Elakkan melakukan aktiviti yang merosakkan rambut

Sebarang rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia seperti hair dryer, culers dan flat irons sebaiknya dielakkan kerana ianya boleh menyebabkan rambut anda rosak dan melambatkan pertumbuhan rambut.

6. Minyak Zaitun.

Penggunaan minyak zaitun boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut. Titikan 4-5 titis minyak zaitun ke kulit kepala, ratakan dan ramaskan ke seluruh kulit kepala. Biarkan semalaman dan cuci keesokan paginya.

7. Teh Hijau.

Caranya adalah dengan meratakan teh hijau ke kulit kepala dan seluruh bahagian rambut, Bungkuskan rambut anda dengan kain, biarkan 20 minit dan selepas itu, bilas sehingga bersih.

8. Santan.

Gunakan 300 ml - 500 ml santan dan ratakan ke kulit kepala & rambut. Kemudian tutup rambut dengan kain yang direndam dengan air suam dan biarkan selama 15 - 20 minit, kemudian bilas dengan air sejuk. Selain membantu menjadikan rambut mudah panjang, santan juga membantu menghitamkan serta menjadikan rambut lebih berkilau.

9. Kulit Epal

Gunakan kulit epal yang sudah dikupas, sapukan pada seluruh bahagian rambut dan biarkan selama 15-20 minit, kemudian bilas hingga bersih.

10. Banyakkan meminum air

Minum air 8 gelas sehari bukan sahaja menyihatkan tubuh tapi juga mengaktifkan sel-sel dalam rambut yang membantu rambut lebih cepat panjang. Semakin kuat akar rambut anda, semakin sihat rambut yang anda miliki.

11. Vitamin B

Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan rambut mudah kering, rapuh dan bercabang. Amalkan vitamin B secara konsisten untuk rambut yang lebih sihat.

12. Hot oil scalp massage.

Salon-salon kecantikan pada masa kini kebanyakannya menyediakan rawatan mengurut kulit kepala dengan minyak khusus. Rasa hangat yang akan meresap ke kulit kepala boleh membantu merangsang kepada pertumbuhan dan kesihatan rambut. Rambut yang sihat akan lebih mudah untuk tumbuh.

13. Elakkan penggunaan pengering rambut

Pengering rambut memang sangat membantu mengeringkan rambut secara cepat terutamanya bagi anda yang sering kesuntukan waktu. Tetapi awas ye...penggunaan pengering rambut ini boleh menyebabkan rambut kering dan mudah putus akibat dari udara panas alat tersebut. Bagi memastikan rambut anda tetap sihat, keringkan rambut dengan cara semulajadi, angin-anginkan sahaja atau jika tiada pilihan, gunakan pengering rambut dalam jarak yang tidak terlalu dekat dengan suhu yang tidak terlalu panas.

14. Pilih produk yang tepat.

Setiap produk kesihatan rambut mempunyai pelbagai fungsi mengikut jenis dan keperluan rambut. Jadi sebelum membeli apa-apa produk rambut, pastikan anda membaca label terlebih dahulu bagi memastikan produk tersebut sesuai dengan jenis dan keperluan rambut anda. Jika inginkan rambut lebih cepat panjang, cari produk yang mengandungi "stimulating growth treatment".

16. Potong rambut secara rutin

Memotong rambut secara rutin boleh membantu agar rambut lebih cepat panjang. Kenapa? Sebabnya hujung rambut kita biasanya akan lebih kering dan mudah putus kerana lebih banyak terdedah kepada cahaya matahari, aircond, debu dan pengering rambut. Keadaan ini memerlukan rambut diganti baru dengan memotong hujung rambut yang rosak supaya rambut yang baru boleh tumbuh dengan lebih cepat.

16. Tidur yang cukup.

Ketika kita tidur, sel-sel tubuh kita akan melalui proses pemulihan (renew cell), jadi tidur amat penting bukan sahaja untuk kesihatan tetapi untuk seluruh bahagian tubuh termasuk kulit, kuku dan rambut. Jadi, penting untuk kita memastikan tidur yang mencukupi bagi memastikan kulit, kuku & rambut kita sentiasa sihat. Secara umumnya jika tidur kita tak cukup, rambut akan menjadi kusam & kering sehingga pertumbuhan rambut juga turut terbantut.

Saturday, 24 May 2014

Kebaikan Vitamin C untuk Kulit dan Tubuh Kita

Posted by Unknown at 21:47 0 comments


Vitamin C merupakan vitamin paling popular berbanding vitamin yang lain. Ini kerana, tubuh badan kita sangat memerlukan vitamin C, berguna dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana salah satu fungsinya adalah untuk tumbesaran dan membaiki sel.

Kebaikan Vitamin C untuk Badan

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C jugamengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik.Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan plumbum

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkanmasalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalamikegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus danmengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.


8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadibuta dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari penyakit barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

11. Tenaga

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.


13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

14. Asma

Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.


Kebaikan Vitamin C untuk Kulit


15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultra ungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C mengurangkan kesan terbakar disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen membantu melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.



18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

19. Memperbaiki tekstur kulit

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Kebaikan Vitamin C untuk Rambut



20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang dan ia adalah tanda tidak sihat pada rambut.

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas. Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

22. Mengurangkan Keguguran Rambut

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.



24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting bagi merawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.


25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

Credit

----

Untuk Info & Order:


Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847
 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi