Showing posts with label Penjagaan Kulit. Show all posts
Showing posts with label Penjagaan Kulit. Show all posts

Wednesday, 2 November 2016

Testimoni Cherry Beauty Soap

Posted by Unknown at 11:25 0 comments
Cherry Beauty Soap (CBS) merupakan sabun homemade & handmade keluaran FreshPicks.

Bila nama nya homemade & handmade ini bermakna sabun ini dibancuh dan dihasilkan menggunakan tangan dan dibuat di rumah 

Sabun yang dibuat di rumah adalah lebih terjamin selamat kerana bahan yang digunakan hanyalah bahan-bahan terpilih sahaja. Ianya tidak melibatkan penggunaan mesin yang mungkin cenderung menggunakan bahan-bahan kimia yang berbahaya dan tidak selamat untuk kulit.

CBS hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi iaitu:

Classic Edition  - olive oil, coconut oil, palm oil, argan oil, aloevera extract, papaya extract, cucumber extract,vanilla flower

Special Edition -  olive oil, coconut oil, palm oil, argan oil, essential oil -lime.

Hari ni Sal nak kongsikan beberapa testimoni dari pengguna dan customer yang sangat berpuas hati dengan penggunaan CBS.

Testimoni Kulit Jerawat 1

Testimoni Kulit Jerawat 2

Testimoni Kulit Jerawat 3

Testimoni Kulit Kering 1

Testimoni Kulit Kering 2

Testimoni Kulit Berminyak 1

Testimoni Kulit Berminyak 2

Macamana? Anda teruja nak cuba sama? 

Mungkin CBS boleh membantu anda menyelesaikan masalah kulit anda dengan cara selamat, semulajadi dan berkesan. InshaAllah :)

SAL,
013-7144847

Tips Atasi Masalah Pori Besar

Posted by Unknown at 10:37 0 comments
Ramai wanita yang risau setiap kali tengok muka kat cermin.

Muka memang dah clear dari jerawat, jeragat TAPI banyak lubang kawah pulak dah.



Bagi yang masih tercari-cari cara untuk mengecilkan liang pori, bolehlah anda mencuba petua di bawah ni. 

Setiap malam sebelum tidur, ambil ketulan ais yang dipecah kecil, atau kiub ais, balut dalam kain kemudian usap pada sekeliling muka sehingga ketulan ais cair.


Kesannya anda akan terasa kulit lebih segar dan berseri- seri pada keesokan hari 

Lakukan setiap malam sebelum tido dan lihat hasilnya dalam tempoh 1-2 minggu, malah ia membantu menghaluskan kulit.

Selain tu, anda boleh cuba Ch
erry BeautySoap kami untuk kesan yang sama 


#Tipscantikfreshpicks

#cherrybeautysoap
#feelbeautifulnaturally
#inspirasisihatcantik

Friday, 28 October 2016

Fungsi Apricot Kernel Oil (Minyak Aprikot Kernel)

Posted by Unknown at 13:03 0 comments
APRICOT KERNEL OIL 

Antara Carrier oil yang mewah dan kaya khasiat adalah apricot kernel oil (minyak aprikot kernel).

Nama botani Aprikot Kernel ialah Prunus Armeniaca.
Minyak Aprikot Kernel diperolehi daripada biji Aprikot.

Minyak Aprikot Kernel adalah ringan dan menyerap dengan cepat, menjadikannya sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif.

Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.

Sebaik sahaja diserap ke dalam kulit, minyak Aprikot mampu membekalkan kelembapan yang berpanjangan dan berkekalan untuk kulit.

Minyak ini dapat dijadikan sebagai minyak urut yang ringan dan ia memberi kesan yang bagus.

Kebaikan Minyak Aprikot Kernel adalah:
✔ Menggalakkan pertumbuhan rambut
✔ Mengurangkan kesan kulit kepala yang kering
✔ Tidak memberi kesan ransangan yang buruk pada kulit
✔ Amat baik untuk kulit yang kering dan gatal-gatal.
✔ Digunakan sebagai krim di bawah mata.

Antara produk FreshPicks yang menggunakan Aprikot Kernel Oil adalah:

- Criansa Face & Bodysoap
- Body lotion
- Ultramoisturizer
- Arganne Face Oil Complex
- Organic Baby Oil

FreshPicks mengunakan 100% pure carrier oil yang ideal untuk penjagaan kulit, pembuatan sabun dan juga untuk urut-urutan.

Wednesday, 8 October 2014

Collagen Powder Shaklee & Testimoni

Posted by Unknown at 16:52 0 comments
Kolagen? Selalu kita dengar kolagen ni dikaitkan dengan kecantikan dan wanita....tapi kolagen ni apa sebenarnya ye?

Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Kolagen ni juga merupakan tisu penyambung yang boleh dijumpai pada kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, sendi, tulang, tendon, mata, gusi dan saluran darah.

Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita. Apabila umur kita semakin meningkat, kandungan kolagen di dalam badan kita akan semakin berkurang seterusnya boleh menyebabkan kulit menjadi berkedut dan semakin kusam. Kalau anda semua nak tahu, kandungan kolagen dalam badan kita akan berkurang bermula umur kita 20 tahun....

Ok...kat bawah ni Sal senaraikan antara kebaikan dan kenapa kita perlukan kolagen...lepas ni confirm anda terus buat keputusan untuk cuba kolagen...hehe

1. ANTI-PENUAAN

Mengecilkan liang-liang pori yang kelihatan, menghilangkan kedutan dan gari-garis halus.

2. MENGEMBALIKAN KEANJALAN

Menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut.

3. MENINGKATKAN PERGERAKAN

Menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang.

4. MENYUBURKAN RAMBUT

Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur, elakkan rambut bercabang, tebal dan bersinar.

5. MENEGANG

Membantu menegang dan menganjalkan payudara

6.MENCERAH

Mengurangi pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata.

7. MELEMBAP


Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan gatal pada muka.

Kalau anda rasa nak cuba kolagen...apa kata anda cuba Collagen Powder? Shaklee Collagen Powder (SCP) ni merupakan kolagen daripada sisik ikan merah iaitu sumber kolagen terbaik yang tahan lasak dan ditambah dengan 7 bahan aktif lain iaitu ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B.

Keberkesanannya dah TERBUKTI! Jom tengok apa kata mereka yang dah cuba SCP ni :)

"Hihii sronok sgt sbb dh dpt hasilnya.Muka xkering lg,bibir xpecah@kering,lingkaran gelap bawah mata dh xdak,lenguh2badan pon dh hilang.Tapak kaki jugak makin better pecah2 dh kurang,liang roma pada muka mmg dh xdak...Weee.. Rahsia sy ialah Collagen Shaklee.." - Puan Syifa




-----

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Saturday, 24 May 2014

Kebaikan Vitamin C untuk Kulit dan Tubuh Kita

Posted by Unknown at 21:47 0 comments


Vitamin C merupakan vitamin paling popular berbanding vitamin yang lain. Ini kerana, tubuh badan kita sangat memerlukan vitamin C, berguna dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana salah satu fungsinya adalah untuk tumbesaran dan membaiki sel.

Kebaikan Vitamin C untuk Badan

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C jugamengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik.Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan plumbum

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkanmasalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalamikegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus danmengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.


8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadibuta dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari penyakit barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

11. Tenaga

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.


13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

14. Asma

Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.


Kebaikan Vitamin C untuk Kulit


15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultra ungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C mengurangkan kesan terbakar disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen membantu melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.



18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

19. Memperbaiki tekstur kulit

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Kebaikan Vitamin C untuk Rambut



20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang dan ia adalah tanda tidak sihat pada rambut.

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas. Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

22. Mengurangkan Keguguran Rambut

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.



24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting bagi merawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.


25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

Credit

----

Untuk Info & Order:


Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Friday, 27 September 2013

Vitamin Untuk Kulit

Posted by Unknown at 06:14 0 comments
Semua orang nak kulit cantik...ye dak? Tanyala kat siapa2 pun, semuanya berusaha macam2 cara nak cantikkan kulit terutamanya wanita. Yela, orang kata orang perempuan ni lebih cepat nampak tua dari orang lelaki...jangan nanti, jalan2 dengan suami orang tanya..."tu adik ke?" tak ke malu...hihi (gurau2 jer di pagi hari...)

Apa kata, kita baca Vitamin Untuk Kulit petikan dari Utusan Online.

------

Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit.

Jawapan:
Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.

Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat.
Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.
Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.

Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.

Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Manakala vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.

Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.

-------

Jadi, apa pilihan anda? Shaklee sangat memudahkan anda...semua vitamin yang dinyatakan di atas terdapat dalam rangkaian produk Shaklee. Jom kita lihat satu persatu.

ESP adalah makanan INDEKS GLISEMIK RENDAH

Pro Vitamin A - CarotoMax


Sustained Release Vitamin C 500mg

Vitamin E & Selenium

Zinc Complex

GLA Complex


Berminat nak mencuba? Tapi tidak tahu yang mana satu pilihan anda? Jangan malu dan segan untuk hubungi Sal ok? Sal akan membantu anda memilih supplement mengikut bajet dan keperluan anda. Anda juga layak mendapat KONSULTANSI PERCUMA selepas membuat pembelian dari Sal...so, jangan malu2 ok...Sal nak bantu anda memiliki kulit yang lebih sihat...bukan sekadar cantik :)

----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi