Saturday 25 October 2014

Kelebihan Menyusukan Bayi

Posted by Unknown at 05:46
Terdapat banyak kelebihan menyusukan bayi yang perlu ibu-ibu tahu. Kebaikan dan kelebihan dalam menyusukan anak ini bukan hanya kepada anak yang disusui, malah ibu, keluarga dan masyarakat juga mendapat manfaat daripadanya.
Alhamdulillah, sekarang Sal sedang melalui perjalanan kedua penyusuan. Yang pertama Sal berjaya hanya sehingga setahun setengah je...lepas disahkan mengandung, Sal masih mengepam dan menyusu tapi susu makin lama makin berkurangan. Apa-apa pun Sal bersyukur sebab berpeluang menyusukan Humaira selama itu. Untuk yang kedua ni, Sal berazam nak susukan Fateh sehingga 2 tahun. Harapnya pengorbanan Sal menolak tawaran untuk sertai kadet PTD berbaloi...yes! Semata-mata kerana anak! Sebab bagi Sal, susu ibu ni lah hadiah paling mahal seorang ibu untuk anak-anaknya. Tak sanggup nak tinggalkan Fateh yang masih kecik tu..walaupun masih berpeluang mengepam, tapi Sal tak yakin boleh laluinya...
Eh, bukan nak cerita pasal penolakan ni pun sebenarnya...hehehe..dah melalut pulak. Ok, hari ni Sal nak share apa kelebihan-kelebihan yang seorang anak, ibu, malah keluarga dan masyarakat jika kita menyusukan anak.
IBU
  • Menyusukan anak boleh membantu mengecutkan rahim ibu selepas bersalin. Proses ni penting untuk mengurangkan berlakunya pendarahan.
  • Membantu ibu mendapatkan kembali berat badan asal dan kembali langsing selepas bersalin.
  • Proses penyusuan membantu mengeratkan hubungan kasih sayang / "bonding" antara ibu dan anak.
  • Membantu ibu menjarakkan kehamilan secara semulajadi.
  • Mengurangkan risiko ibu terkena penyakit kanser payudara dan ovari.
  • Susu ibu adalah PERCUMA!
BAYI
  • Bayi akan mendapat kolostrum yang merupakan imunisasi awal kepada bayi
  • Bayi yang menyusu susu ibu akan kurang mengalami masalah kesihatan seperti alergi dan penghadaman.
  • Susu ibu membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh seorang bayi bagi membantu tumbesaran.
  • Kurangkan risiko obesiti pada bayi.
  • Kajian menunjukkan bayi yang menyusu susu badan mempunyai IQ yang lebih tinggi.
  • Susu ibu sentiasa tersedia bila-bila bayi anda perlukan.
  • Susu ibu lebih sihat dan bersih.
KELUARGA
  • Susu ibu adalah PERCUMA dan tidak perlu dibeli - mengurangkan kos perbelanjaan keluarga.
  • Membantu mengurangkan kos perubatan kerana bayi yang menyusu susu badan jarang mengalami sakit.
  • Mengeratkan hubungan kekeluargaan.
MASYARAKAT
  • Ia baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak yang perlu dibuang ke dalam tong sampah.
Sangat banyak kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dengan memberikan bayi kita susu ibu. Apa yang penting, seorang ibu hendaklah yakin pada diri sendiri yang kita mampu untuk menyusukan bayi kita dengan susu kita sendiri. Tanamkan azam dan niat bermula dari awal kehamilan lagi...insyaAllah niat yang baik akan dimudahkan Allah.

Semoga bermanfaat :)

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi