Showing posts with label Ibu dan Anak. Show all posts
Showing posts with label Ibu dan Anak. Show all posts

Monday, 21 September 2015

Tips Atasi Anak Susah Makan

Posted by Unknown at 09:45 0 comments
Anak anda seorang 'picky eater'? Anda tak berseorangan :)



Kenapa Sal cakap macam tu? Sebab ini adalah masalah biasa di kalangan ibu-ibu. Anak tak nak makan, anak memilih makan, anak kenyang susu dan macam-macam lagi.

Dah macam-macam cara si ibu buat untuk tarik perhatian anak untuk makan, tapi masih tak menyelesaikan masalah tersebut. Kadang-kadang, boleh stress ibu dibuatnya. Yela, semua ibu nak kan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kalau tak makan, mana nak dapat khasiat secukupnya untuk membesar dengan sihat kan?

Jadi, kita sebagai ibu hendaklah memantau dan mengetahui pola pemakanan anak kita bermula dari seawal kita perkenalkan mereka dengan makanan pejal (solid food) lagi.



BAGAIMANA NAK ATASINYA?

Antara tips yang boleh membantu mengatasi anak susah makan ni ialah:

1) Berikan makanan dalam portion yang kecil
Perut anak kita masih belum mampu menerima makanan yang banyak dalam satu-satu masa. Jadi, berikan mereka makanan sikit-sikit (lama-lama jadi bukit. Ehehehe)

2) Pelbagaikan jenis makanan
Ibu-ibu boleh menyediakan pilihan menu untuk si manja (macam kedai pulak ada menu) dan biarkan mereka memilih sendiri makanan pilihan mereka. Biasanya, mereka akan lebih suka makan makanan yang mereka sendiri pilih,

3) Sediakan makanan yang menarik minat anak-anak
 Makanan yang disediakan dalam bentuk-bentuk binatang atau objek kegemaran mereka pasti lebih menarik minat mereka untuk makan.

4) Jadikan waktu makan adalah waktu yang seronok
Kalau boleh, kita memang nakkan anak kita makan dengan banyak. Tapi, jangan sesekali paksa atau marah mereka supaya makan dengan banyak. Ini menyebabkan mereka rasakan waktu makan adalah waktu yang mengerikan bukan yang menyeronokkan.

5) Jadual makan yang teratur
Pastikan waktu makan si kecil kita adalah sama waktunya dan teratur supaya si kecil kita faham dan terbiasa dengan waktu makan yang sama.

6) Kurangkan gangguan ketika makan
Makan dalam keadaan tenang. Kalau boleh, tutup TV atau jauhkan mainan daripada anak-anak ketika waktu makan.

7) Libatkan anak-anak dalam penyediaan makanan
Bagi anak yang sudah boleh menerima arahan, libatkan mereka dalam penyediaan makanan. Misalnya, minta tolong mereka ambikkan buah atau sayur atau keju dari dalam peti ais. Atau pun, minta bantuan mereka untuk kemaskan meja makan :)

8) Elakkan memberi anak minum ketika sela waktu makan
Air atau jus buah memang elok untuk anak kita namun jika diberikan ketika mereka sedang makan, maka perut mereka lebih cepat kenyang. Sebab tu, anak-anak dah menolak untuk makan.

Jadi, kita sebagai ibu bapa kena sentiasa prihatin dengan waktu makan anak. Jadikan waktu makan adalah waktu yang menyeronokkan untuk mereka.


Semoga bermanfaat :))

Sal,
Shaklee Independent Distributor

Saturday, 25 October 2014

Kelebihan Menyusukan Bayi

Posted by Unknown at 05:46 0 comments
Terdapat banyak kelebihan menyusukan bayi yang perlu ibu-ibu tahu. Kebaikan dan kelebihan dalam menyusukan anak ini bukan hanya kepada anak yang disusui, malah ibu, keluarga dan masyarakat juga mendapat manfaat daripadanya.
Alhamdulillah, sekarang Sal sedang melalui perjalanan kedua penyusuan. Yang pertama Sal berjaya hanya sehingga setahun setengah je...lepas disahkan mengandung, Sal masih mengepam dan menyusu tapi susu makin lama makin berkurangan. Apa-apa pun Sal bersyukur sebab berpeluang menyusukan Humaira selama itu. Untuk yang kedua ni, Sal berazam nak susukan Fateh sehingga 2 tahun. Harapnya pengorbanan Sal menolak tawaran untuk sertai kadet PTD berbaloi...yes! Semata-mata kerana anak! Sebab bagi Sal, susu ibu ni lah hadiah paling mahal seorang ibu untuk anak-anaknya. Tak sanggup nak tinggalkan Fateh yang masih kecik tu..walaupun masih berpeluang mengepam, tapi Sal tak yakin boleh laluinya...
Eh, bukan nak cerita pasal penolakan ni pun sebenarnya...hehehe..dah melalut pulak. Ok, hari ni Sal nak share apa kelebihan-kelebihan yang seorang anak, ibu, malah keluarga dan masyarakat jika kita menyusukan anak.
IBU
  • Menyusukan anak boleh membantu mengecutkan rahim ibu selepas bersalin. Proses ni penting untuk mengurangkan berlakunya pendarahan.
  • Membantu ibu mendapatkan kembali berat badan asal dan kembali langsing selepas bersalin.
  • Proses penyusuan membantu mengeratkan hubungan kasih sayang / "bonding" antara ibu dan anak.
  • Membantu ibu menjarakkan kehamilan secara semulajadi.
  • Mengurangkan risiko ibu terkena penyakit kanser payudara dan ovari.
  • Susu ibu adalah PERCUMA!
BAYI
  • Bayi akan mendapat kolostrum yang merupakan imunisasi awal kepada bayi
  • Bayi yang menyusu susu ibu akan kurang mengalami masalah kesihatan seperti alergi dan penghadaman.
  • Susu ibu membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh seorang bayi bagi membantu tumbesaran.
  • Kurangkan risiko obesiti pada bayi.
  • Kajian menunjukkan bayi yang menyusu susu badan mempunyai IQ yang lebih tinggi.
  • Susu ibu sentiasa tersedia bila-bila bayi anda perlukan.
  • Susu ibu lebih sihat dan bersih.
KELUARGA
  • Susu ibu adalah PERCUMA dan tidak perlu dibeli - mengurangkan kos perbelanjaan keluarga.
  • Membantu mengurangkan kos perubatan kerana bayi yang menyusu susu badan jarang mengalami sakit.
  • Mengeratkan hubungan kekeluargaan.
MASYARAKAT
  • Ia baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak yang perlu dibuang ke dalam tong sampah.
Sangat banyak kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dengan memberikan bayi kita susu ibu. Apa yang penting, seorang ibu hendaklah yakin pada diri sendiri yang kita mampu untuk menyusukan bayi kita dengan susu kita sendiri. Tanamkan azam dan niat bermula dari awal kehamilan lagi...insyaAllah niat yang baik akan dimudahkan Allah.

Semoga bermanfaat :)
 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi