Monday 10 November 2014

Cara Hilangkan Selsema Pada Bayi

Posted by Unknown at 15:38
Aduh....hati ibu mana yang tak risau bila hidung anak tersumbat, berhingus dan tak lepas nak .bernafas. Apatah lagi bayi yang umurnya kurang dari 2 bulan.

Hari ni dah masuk hari ke 5 Fateh selsema, berjangkit dengan kakaknya yang selsema lepas demam panas baru-baru ni. Nak halang pun, kadang-kadang dia tak dengar jugak..yela, mana nak faham kan kenapa kita tak bagi dia dekat dengan adiknya.

Kesian sangat bila dia tak selesa dengan hidungnya, nak bernafas tak lepas..kalau boleh di transfer, ummi rela selsema bagi pihak Fateh.

Humaira dulu dia jarang selsema masa baby. Jadi ummi ni tak banyak pengalaman tentang cara hilangkan selsema pada bayi ni. Daripada pembacaan Sal, banyak juga cara yang kita boleh gunakan. Moden ada, tradisional pun ada.

Sal nak share dengan anda semua, antara petua atau cara yang kita boleh gunakan untuk bantu anak kita lega dari selsema ni. Antara kaedah yang boleh kita gunakan ialah:

1. Sapukan dengan Minyak Bawang Putih
>> Cara membuat minyak bawang putih -Panggang bawang putih dengan kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada anak ketika batuk selsema.
>> Bawang putih juga bertindak sebagai antibakteria dan antivirus.

2. Letakkan bawang putih pada stokin anak.
>> Pakaikan anak stokin berlubang besar, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yang telah ditumbuk ( tidak perlu lumat).
>> Untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan
>> Tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sebab kepanasan akibat bawang putih.

3. Guna bawang merah
>> Potong bawang merah kepada 2 dan letakkan di tepi bantal anak, buat selama 3 hari berturut.
>> Bawang akan menyerap virus di udara.
p/s: Bawang yang terdedah tadi jangan digunakan di dalam makanan kerana dikhuatiri boleh memudaratkan. 
4. Selsema juga boleh diatasi dengan menumbuk dua biji bawang merah dan sedikit lengkuas. Letakkan dengan sedikit minyak masak. Kemudian sapukan di ubun-ubun bayi secara membulat.
5. Ambil ibu kunyit, sapu di batang hidung sampai ke dahi secara menegak
6. Steaming & Cupping
>> Baringkan baby mengadap wap air ( boleh gunakan food warmer, bottle sterilizer, periuk nasi elektrik atau besen berisi air panas). Steaming bertujuan untuk membuka ruang pernafasan yang sempit.
>> Teknik percussion pula perlu di buat 1 minit bahagian kiri belakang badan dan 1 minit bahagian kanan belakang badan dan telentangkan anak ke depan dan tepuk selama 1 minit bahagian depan kiri dada dan 1 minit bahagian kanan depan dada. (boleh buat sewaktu steaming atau selepas sesi steaming)
>> Ulang proses tersebut sehingga sekurang2nya 10 minit. Sekiranya anak meronta dan menangis itu lebih baik kerana dia menyedut wap tersebut dengan lebih agresif. Kalau tangan anak bergerak-gerak, bolehlah dibedung si kecik tu.
** Waktu buat steaming, Sal tambahkan habatussauda' dan tablet Garlic dari Shaklee untuk berfungsi sebagai antibiotik semualajadi.
7. Gas nebulizer
>> Untuk membuka salur pernafasan yang sempit / cairkan kahak. Kahak akan keluar melalui najis atau muntah.
8. Penyembur hidung Sterimar
Sterimar-Baby-Sea-Water-Nasal-Spray
9. Sedut hingus anak dengan mulut.
>> Yang ni dengar macam geli kan...tapi demi anak, sanggup ku buat...hehe
Itulah antara cara atau petua yang Sal dapat hasil pembacaan.
Untuk Fateh, antara cara yang Sal gunakan ialah no.1, no.3, no.6, no.8 dan no.9. Tapi, akhirnya kami kalah terpaksa juga guna nebulizer waktu checkup dia kat klinik sebabnya dah tak tahan dengar dia susah nak bernafas.
Satu lagi, Sal gunakan krim Dr Sneeze. Krim ni buatan Malaysia dan gunakan bahan-bahan semulajadi je macam habatussauda', kunyit, biji kopi dan jintan hitam. Krim ni sapu je kat hidung bayi, insyaAllah boleh membantu juga.
Ni dia rupa Dr Sneeze (gambar dari Google)
556355_184103298399836_87762273_n
Semoga perkongsian Sal ni bermanfaat untuk anda semua ye :)

----------

Untuk Info & Order:




Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi