Showing posts with label Garlic Complex. Show all posts
Showing posts with label Garlic Complex. Show all posts

Monday, 10 November 2014

Cara Hilangkan Selsema Pada Bayi

Posted by Unknown at 15:38 0 comments
Aduh....hati ibu mana yang tak risau bila hidung anak tersumbat, berhingus dan tak lepas nak .bernafas. Apatah lagi bayi yang umurnya kurang dari 2 bulan.

Hari ni dah masuk hari ke 5 Fateh selsema, berjangkit dengan kakaknya yang selsema lepas demam panas baru-baru ni. Nak halang pun, kadang-kadang dia tak dengar jugak..yela, mana nak faham kan kenapa kita tak bagi dia dekat dengan adiknya.

Kesian sangat bila dia tak selesa dengan hidungnya, nak bernafas tak lepas..kalau boleh di transfer, ummi rela selsema bagi pihak Fateh.

Humaira dulu dia jarang selsema masa baby. Jadi ummi ni tak banyak pengalaman tentang cara hilangkan selsema pada bayi ni. Daripada pembacaan Sal, banyak juga cara yang kita boleh gunakan. Moden ada, tradisional pun ada.

Sal nak share dengan anda semua, antara petua atau cara yang kita boleh gunakan untuk bantu anak kita lega dari selsema ni. Antara kaedah yang boleh kita gunakan ialah:

1. Sapukan dengan Minyak Bawang Putih
>> Cara membuat minyak bawang putih -Panggang bawang putih dengan kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada anak ketika batuk selsema.
>> Bawang putih juga bertindak sebagai antibakteria dan antivirus.

2. Letakkan bawang putih pada stokin anak.
>> Pakaikan anak stokin berlubang besar, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yang telah ditumbuk ( tidak perlu lumat).
>> Untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan
>> Tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sebab kepanasan akibat bawang putih.

3. Guna bawang merah
>> Potong bawang merah kepada 2 dan letakkan di tepi bantal anak, buat selama 3 hari berturut.
>> Bawang akan menyerap virus di udara.
p/s: Bawang yang terdedah tadi jangan digunakan di dalam makanan kerana dikhuatiri boleh memudaratkan. 
4. Selsema juga boleh diatasi dengan menumbuk dua biji bawang merah dan sedikit lengkuas. Letakkan dengan sedikit minyak masak. Kemudian sapukan di ubun-ubun bayi secara membulat.
5. Ambil ibu kunyit, sapu di batang hidung sampai ke dahi secara menegak
6. Steaming & Cupping
>> Baringkan baby mengadap wap air ( boleh gunakan food warmer, bottle sterilizer, periuk nasi elektrik atau besen berisi air panas). Steaming bertujuan untuk membuka ruang pernafasan yang sempit.
>> Teknik percussion pula perlu di buat 1 minit bahagian kiri belakang badan dan 1 minit bahagian kanan belakang badan dan telentangkan anak ke depan dan tepuk selama 1 minit bahagian depan kiri dada dan 1 minit bahagian kanan depan dada. (boleh buat sewaktu steaming atau selepas sesi steaming)
>> Ulang proses tersebut sehingga sekurang2nya 10 minit. Sekiranya anak meronta dan menangis itu lebih baik kerana dia menyedut wap tersebut dengan lebih agresif. Kalau tangan anak bergerak-gerak, bolehlah dibedung si kecik tu.
** Waktu buat steaming, Sal tambahkan habatussauda' dan tablet Garlic dari Shaklee untuk berfungsi sebagai antibiotik semualajadi.
7. Gas nebulizer
>> Untuk membuka salur pernafasan yang sempit / cairkan kahak. Kahak akan keluar melalui najis atau muntah.
8. Penyembur hidung Sterimar
Sterimar-Baby-Sea-Water-Nasal-Spray
9. Sedut hingus anak dengan mulut.
>> Yang ni dengar macam geli kan...tapi demi anak, sanggup ku buat...hehe
Itulah antara cara atau petua yang Sal dapat hasil pembacaan.
Untuk Fateh, antara cara yang Sal gunakan ialah no.1, no.3, no.6, no.8 dan no.9. Tapi, akhirnya kami kalah terpaksa juga guna nebulizer waktu checkup dia kat klinik sebabnya dah tak tahan dengar dia susah nak bernafas.
Satu lagi, Sal gunakan krim Dr Sneeze. Krim ni buatan Malaysia dan gunakan bahan-bahan semulajadi je macam habatussauda', kunyit, biji kopi dan jintan hitam. Krim ni sapu je kat hidung bayi, insyaAllah boleh membantu juga.
Ni dia rupa Dr Sneeze (gambar dari Google)
556355_184103298399836_87762273_n
Semoga perkongsian Sal ni bermanfaat untuk anda semua ye :)

----------

Untuk Info & Order:




Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Thursday, 26 December 2013

Kelebihan Garlic Complex Shaklee Yang Perlu Anda Tahu

Posted by Unknown at 07:39 0 comments
Bawang putih merupakan antara bahan masakan yang penting dan selalu digunakan. Bawang putih juga merupakan kegemaran masyarakat Cina, Korea dan Jepun. Dikatakan rahsia kecantikan kulit mereka ialah kerana mereka suka makan bawang putih ni mentah2! Tak sangka ye...makan bawang putih pun boleh buat kulit cantik.


Sanggup ke nak makan bawang putih mentah2? Hehehe....Sal teringin nak kulit cantik cam artis Korea tapi tak sanggup nak telan bawang putih camtu je...TAPI Sal ada alternatif yang lagi baik....Garlic Complex ni la...hehe...jom tengok apa yang ISTIMEWANYA Garlic Complex ni.

Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA pada waktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan secara terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual di pasaran mempunyai Allicin aktif). Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.

Selain itu, banyak lagi kegunaan Allicin yang terdapat pada bawang putih ni untuk kesihatan manusia....antaranya:
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma


Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh

1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.

2. Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida

3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.

7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium,germanium dan acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki

10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

12. Mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan pada:
- Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
- Perut memulas (stomach upset)
- Cirit-birit (Diarrhea)
- Bronkitis
- Luka-luka (infected wounds)
- Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada,
sistem air kencing

* Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dll dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, ambillah supplement garlic yang antara kebaikannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.

Banyak betul khasiat Garlic ni....ha, macam2 brand jugak ada supplement Garlic ni...tapi apa bezanya dan istimewanya Garlic dari Shaklee?

Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee

1. Pengekalan 100% Allicin aktif
2. Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
3. Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
4. Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
5. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.

Macam best je kan...apa lagi? Cubalah Garlic Shaklee hari ini!

----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi