Friday 7 November 2014

Kepentingan Minyak Ikan Omega 3

Posted by Unknown at 09:37
Bila sebut je Omega 3, mesti kita akan terbayangkan ikan. Antara ikan yang tinggi kandungan Omega 3 nya ialah ikan salmon. Selain kaya dengan Omega 3, ikan salmon juga adalah antara ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang rendah. Tapi, harus diingatkan ye...ikan yang termasuk dalam kategori tersebut adalah ikan yang hidup bebas sahaja ye...tak termasuk yang dibela.

Hari ni Sal nak ceritakan kenapa kita perlukan Omega 3.

Omega 3 baik untuk sendi, kulit, penglihatan, otak, jantung, membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan juga meningkatkan kesuburan. Ia merupakan satu anti-penuaan dan anti-radang. Omega 3 boleh didapati secara semulajadi dalam pelbagai jenis makanan yang lazat termasuk walnut, ikan salmon, tuna, minyak zaitun dan avokado.

Asid lemak Omega 3 merupakan keperluan dalam meningkatkan kecerdasan otak dan juga merupakan lemak baik yang membantu mengawal kolestrol. Omega 3 adalah 1 daripada 5 makanan tambahan yang perlu untuk setiap wanita, 1 daripada 5 keperluan makanan seharian kita dan merupakan satu keperluan yang wajib diambil oleh ibu-ibu hamil sebagai salah satu langkah untuk menggalakkan perkembangan bayi yang lebih sihat.

Omega 3 terdiri daripada 3 komponen asas iaitu:
  • Alpha-linolenic acid (ALA) yang terdapat dalam walnut dan minyak sayuran seperti flaxseed, kacang soya dan buah zaitun yang diperlukan tubuh tetapi dalam kuantiti yang kecil sahaja dan menukarkannya kepada DHA.
  • Docosahexaenoic acid (DHA) yang boleh didapati terutamanya dalam minyak ikan, merupakan asid lemak yang perlu untuk tubuh manusia. Kebanyakan dari kita tidak mendapat secukupnya asid lemak penting ini kerana proses penukaran ALA kepada DHA adalah terlalu perlahan dan kurang berhasil. Jadi, untuk mendapatkan manfaat kesihatan yang lebih baik, kita memerlukan DHA sebanyak 600-1000 mg sehari daripada makanan tambahan.
  • Eicosapentaenoic acid (EPA) juga terdapat dalam minyak ikan, jadi secara tidak langsung kita juga mendapat manfaatnya jika kita mengambil dos harian DHA Omega-3.
Antara kepentingan minyak ikan Omega 3 dalam diet seharian kita ialah:
  1. Pelincir sendi - Membantu sebagai pelincir sendi dan memastikan ianya berfungsi dengan lebih efektif. Dengan menjaga kesihatan sendi, masalah sendi kurang pelincir dan sendi haus boleh diatasi dan boleh membantu mengurangkan sakit sendi seiring dengan usia anda.
  2. Mengurangkan masalah radang sendi
  3. Mengurangkan kedutan - Semakin meningkat usia kita, sel-sel lemak di lapisan ketiga kulit kita juga akan menipis dan cenderung untuk menjadi kedut. Omega 3 membantu membuat lapisan yang tebal dan licin. Kesannya? Kedutan hilang dan kulit menjadi lebih tegang.
  4. Penglihatan yang lebih baik -  Retina mata kita adalah struktur membran dan seluruh mata kita dilindungi dengan lapisan lembut dua membran, menjadikan kesihatan mata kita bergantung kepada hati. Hati membantu memetabolismekan vitamin larut lemak yang fungsinya memberi 'makan' dan menjaga membran tersebut. Jika anda kekurangan DHA, ia memberi kesan kepada penglihatan kita dengan mengganggu sistem yang berfungsi menukarkan cahaya kepada tenaga saraf pada retina.
  5. Kesihatan jantung - Omega 3 membantu mengurangkan trigliserida, menstabilkan denyutan jantung anda, membuat platelet "kurang melekit" dan boleh menstabilkan tekanan darah. EPA yang anda perolehi daripada DHA harian yang anda ambil boleh membantu mencegah pembekuan arteri.
  6. Mengurangkan masalah jerawat -  Pengambilan asid lemak Omega 3 yang tidak cukup dalam diet harian anda boleh menyebabkan kepada masalah jerawat. Untuk membantu mengatasi masalah jerawat anda, ambil lah makanan yang kaya dengan Omega 3 dalam diet seharian.
  7. Mengurangkan kolestrol - Meningkatkan tahap HDL (kolestrol baik) dalam tubuh dan membantu membersihkan arteri anda dari kolestrol jahat.
  8. Tingkatkan kecerdasan otak - Di samping menyihatkan jantung arteri anda, fungsi otak anda juga akan turut meningkat. Ia juga berfungsi mengubah neurotransmitter anda untuk membantu mengurangkan masalah kemurungan.
  9. Meningkatkan kesuburan - Meningkatkan kadar kesuburan lelaki dan wanita dengan meningkatkan kebolehupayaan sperma berenang lebih jauh dan persekitaran kawasan pembenihan kepada wanita.
  10. Kehamilan - Omega 3 penting dalam perkembangan otak, jadi ibu-ibu hamil sangat memerlukan Omega 3. Selain itu, kajian menunjukkan Omega 3 membantu mengurangkan risiko kemurungan. Apabila ibu tidak mempunyai asid lemak perlu yang cukup ini, bayi akan mengambilnya dari ibu. Jadi, ibu-ibu hamil perlu memastikan Omega 3 diambil dalam jumlah yang mencukupi untuk ibu dan anak :)
Apa minyak ikan pilihan anda? Pilihan Sal adalah Omega Guard Shaklee. Kenapa?

1. Omega Guard Shaklee dihasilkan menerusi kaedah teknologi ultratulen bergred farmaseutikal.
2. Ianya melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yang dapat memekatkan asid lemak Omega 3 - paling tulen.
3. Proses tersebut menyingkirkan bahan-bahan berbahaya yg terdapat dalam ikan seperti plumbum, arsenik, merkuri dan sebagainya.
4. Ianya tidak diekstrak dari minyak hati ikan kerana hati ikan mempunyai toksin tinggi.
5. Minyak ikan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies.( tahap merkurinya terendah)
6. Ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi
7. Omega guard Shaklee lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 yang perlu oleh badan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA.
8. Kandungan EPA dan DHA di dalam Omega Shaklee antara yang tertinggi berbanding jenama lain iaitu 1 hidangan (3 kapsul) membekalkan 900mg asid lemak omega 3.

Bagi yang berminat, boleh hubungi Sal untuk konsultansi percuma ye :)

-----------------------

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi