Showing posts with label Cinch Shake. Show all posts
Showing posts with label Cinch Shake. Show all posts

Saturday, 17 May 2014

Perbezaan Mealshake, ESP dan Cinch Shake Shaklee

Posted by Unknown at 11:00 0 comments
Shaklee mempunyai 3 produk makanan tambahan bersumberkan protein. Protein merupakan penting untuk tubuh kita kerana salah satunya, protein adalah makanan kepada sel-sel dalam badan kita.

Kesan paling popular protein terhadap kesihatan adalah kebolehan protein untuk mengawal rasa lapar. 

Apabila protein diserap, ia menghantar signal kepada otak untuk menurunkan kadar rasa lapar. Kepentingan lain protein adalah ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan dengan menyeimbangkan jisim otot. Protein juga membantu dalam pengawlan kenaikan kadar gula dan insulin di dalam badan seterusnya membantu bagi pesakit diabetes dalam pengawalan gula dalam badan
Berikut adalah senarai protein shaklee dan info ringkas tentang perbezaannya.


MEALSHAKE
ESP
CINCH SHAKE MIX
Berat
544g
850g

765g
Sumber
Buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya & lactabumin (sejenis susu)

Non GMO Soya
Non GMO Soya
Kandungan Kalori

120 kalori setiap hidangan
110 kalori setiap hidangan
180 kalori setiap hidangan
Kandungan Nutrisi
1. Mengandungi 24 jenis vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan.

2. Kaya dengan serat yang membantu membuang lemak berlebihan dari perut dan usus.

3. Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk membesar

4. Mengandungi vitamin A, C, E, zink & selenium yang merupakan agen antioksida yg bertindak melawan jangkitan.

1. Mengandungi 9 asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.

2. Dihasilkan dari 30kg kacang soya Non GMO dan turut diperkaya dgn 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Mengandungi 14g protein dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan.

3. Genistein yang terkandung dalam kacang soya membantu mengawal pertumbuhan sel kanser. Juga sangat baik untuk pemulihan uterus, ovary, menopause dan pembesaran prostate.

4. Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh.

1. Diperkaya dgn LEUCINE untuk
memelihara otot semasa
proses penurunan berat badan (hanya lemak yg dibakar bukan otot)
Ia juga megandungi
asid amino perlu.

2. Mengandungi 24g protein bagi setiap hidangan untuk rasa kenyang yang lebih panjang.

3. Tinggi kandungan serat iaitu 6gm setiap sajian.

4. Memberi 35% atau lebih nilai harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting.


Siapa yang sesuai ambil
Sesuai untuk semua golongan: kanak-kanak, orang dewasa (lelaki dan wanita), ibu hamil dan mennyusu serta warga tua.
Sesuai untuk orang dewasa (lelaki & perempuan), ibu hamil & menyusu, warga tua.

Sesuai bagi orang dewasa
(lelaki & wanita) yang ingin
menurunkan berat badan
secara sihat.

Indek Glisemik (GI)

Rendah (39 GI) sesuai bagi pesakit kencing manis
Rendah (22 GI) sesuai bagi pesakit kencing manis.

Berminat untuk mencuba salah satu produk di atas? Hubungi Sal untuk 
KONSULTANSI PERCUMA :)

------
Untuk Info & Order:


Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Thursday, 27 February 2014

Kurangkan Berat Badan dengan Cinch Shake Mix Shaklee

Posted by Unknown at 07:45 0 comments
Cinch Shake Mix Shaklee merupakan salah satu produk Shaklee yang disyorkan untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Kebanyakan minuman shake di pasaran hanya minuman yang membasahkan tekak semata-mata tapi BERBEZA dengan Cinch Shake Mix Shaklee ni....apa yang bezanya? Jom berkenalan.....



Cinch™ Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?".

Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. 

Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leucine dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leucine dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.

  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leucine
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO

Dengan 3 perasa yang lazat, terpulang kepada anda samada untuk memilih perasa Vanilla, Chocolate atau Cafe Latte. 3 perasa tetapi khasiatnya tetap sama!

CARA BANCUHAN CINCH SHAKE MIX

MINGGU PERTAMA (2 kali sehari)
  • waktu morning teabreak (10.00 am) dan afternoon teabreak (4.30pm-5.00pm)
  • cuma 1 sudu setiap bancuhan

MINGGU KEDUA DAN MINGGU-MINGGU SETERUSNYA (1 kali sehari)
  • cuma 1 sudu setiap bancuhan
Bagi yang mempunyai masalah berat badan dan anda benar-benar tekad untuk menguruskan badan, anda boleh cuba set lengkap untuk menurunkan berat badan iaitu Shape Up Set Shaklee.

Jika anda membuat pembelian daripada Sal, Sal akan berikan Jadual Makan yang betul dan KONSULTANS PERCUMA!

-----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Wednesday, 15 January 2014

Shape Up Set Shaklee ~ Kurus dengan Selamat

Posted by Unknown at 06:06 0 comments
Assalamualaikum semua...selamat pagi!

Semalam hari cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul. Pasti anda semua tak lepaskan peluang untuk memanfaatkan hari cuti semalam bersama keluarga tersayang....ye tak? Kemas rumah (aktiviti fizikal yang bagus...2 in 1), keluar jalan2, makan2...opsss!

Sebut pasal makan ni, pastikan anda makan berpada2 ye...makan jangan ikut nafsu...dan yang paling elok adalah makan mengikut keperluan kalori tubuh kita... (pesanan untuk diri sendiri juga...hehehe).

Sal yakin ramai lagi kat luar sana yang masih mencari2 produk yang selamat dan berkesan untuk menurunkan berat badan. Jangan risau! Shaklee ada jawapannya...perkenalkan Shape Up Programme dari Shaklee.


Apa kebaikan Shape Up Program ini?
  • Badan yang lebih langsing dan rapi
  • Nampak lebih anggun
  • Rasa unggul
  • Rasa lebih bertenaga
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

Jom kita kenali fungsi setiap produk secara ringkas:

1- Lecithin
Membantu memecahkan dan mengemulsikan lemak serta kolestrol yang tak baik. Apabila lemak dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil, proses pembuangan lemak dari badan boleh dilakukan dengan lebih efektif. Lecithin bertindak lebih baik jika anda mengamalkan senaman secara konsisten.


2- Herblax
Membantu meningkatkat proses pencernaan dengan mencuci usus. Apabila usus sihat, proses penyerapan nutrient lebih efektif. Ramai orang mengalami masalah berat badan kerana usus tidak sihat, sembelit serta tidak kurang yang menghadapi masalah penghadaman.

3- Cinch Shake (terdapat 3 perisa Cafe Latte, Vanilla dan Choclate)
Cinch Shake merupakan protein yang secara semulajadi dapat membantu mengurangkan selera makan. Cinch Shake berfungsi memelihara otot dan membakar lemak. Ia merupakan makanan gantian segera untuk mereka yang sibuk dan tak ada masa nak menjaga pemakanan. Ia mengandungi serat yang tinggi dan membantu untuk rasa kenyang.

Selain itu, Cinch Shake ni juga mengandungi nutrisi yang lengkap untuk menjaga kesihatan. Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Dalam kata lain, Leucine dalam Cinch™ Shake membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Jadi, anda akan berat dengan otot bukan dengan lemak. Jangan terkejut kalau anda naik penimbang, berat anda masih sama...cuba ukur inci badan anda....ianya semakin berkurang! 

**(Jangan lupa ambil ukuran inci badan sebelum memulakan program diet ini untuk nampak hasilnya)



4- Cinch Energy Tea Mix
Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph! Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

Cinch Energy Tea Mix ni juga sesuai diambil oleh individu yang mahu kurus tapi kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti-aktiviti fizikal kerana fungsi teh hebat ini ialah untuk membantu meningkatkan metabolisme badan kita.


Sal akan sediakan jadual pemakanan untuk anda yang BENAR2 SERIUS nak KURUS dan KONSULTANSI dari Sal juga PERCUMA!

Berminat nak mencuba? Hubungi Sal seperti yang tertera di bawah. 

----
Untuk Info & Order:



Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Saturday, 20 July 2013

Vitamin Asas Untuk Kurus

Posted by Unknown at 07:44 0 comments
Secara asasnya, bagi anda yang nak kurus, anda perlu amalkan 3 perkara:

Detox (Herblax / Alfalfa) + Protein (ESP / Cinch Shake) + Pemecah Lemak (Lecithin / Omega Guard)

Kenapa perlu ketiga-tiga di atas?

1. Detox - detox merupakan proses untuk membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dapat dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Dinding usus yang bersih membantu badan kita menyerap nutrien pada tahap optimum... (untuk kurus, perkara paling penting yang perlu anda buat ialah DETOX...ingat tu..)






2. Pemecah lemak - Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak degil badan kita. Lecithin dikenali sebagai 'pengemulsi semulajadi' kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan membantu lemak terapung dalam darah seterusnya mencegah lemak dari melekat di dinding membran. Kalau anda nak tahu, lecithin ni tak boleh dihasilkan oleh badan, tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan kita.


Bagaimana pula dengan Omega Guard?

Omega Guard terkenal sebagai supplement yang mengawal paras kolestrol seterusnya menjaga kesihatan jantung. Tetapi, tahukan anda yang Omega juga berfungsi untuk membakar lemak? Rahsianya adalah pada fatty acid iaitu asid lemaknya. Omega Guard juga mengandungi EPA dan DHA. Asid lemak omega 3 ini membantu meningkatkan paras hormon "leptin". Leptin ini adalah hormon yang bantu mengawal selera makan. Jika paras leptin dalam badan adalah tinggi maka selera makan kita akan berkurang.

Selain itu, Leptin ini juga boleh membantu meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, maka cepatlah lemak dibakar di mana ia akan membantu kita untuk mengurangkan berat badan. Tak semua LEMAK itu tidak bagus...ini salah satu contoh lemak yang bagus iaitu OMEGA 3 FATTY ACIDS.

Apa bezanya antara Lecithin dan Omega Guard?

Fungsi Lecithin dan Omega Guard untuk pengurusan berat badan adalah sama iaitu membakar lemak. Bezanya adalah pada harga. Lecithin lebih murah berbanding Omega Guard...tapi, murah tak semestinya tak berkesan ye....cuma Omega lebih bertindak pantas. Analoginya seperti kita balik kampung dengan flight dan dengan kereta. Kedua-dua kaedah yang digunakan ni boleh bawa kita balik kampung cuma bezanya antara cepat dan lambat je... :)


3. Protein - Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga 35%. Selain itu, pengambilan protein juga mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan menjadikan badan lebih bertenaga.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

----

Untuk Info & Order:



Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi