Showing posts with label Herb-Lax. Show all posts
Showing posts with label Herb-Lax. Show all posts

Tuesday, 22 November 2016

20 TANDA BADAN ANDA BERTOKSIK TINGGI

Posted by Unknown at 09:08 0 comments
Assalamualaikum :)

Anda pernah dengar pasal toksin? Tahu tak tanda-tanda yang badan kita ni penuh dengan toksin?

Antara punca badan kita banyak toksin adalah melalui pencemaran dan pemakanan.

Bayangkan tubuh kita yang sentiasa terdedah kepada pencemaran alam melalui udara yang kita sedut, pemakanan yang terlalu banyak bahan-bahan perasa, pengawet dan pewarna yang sentiasa menjadi hidangan setiap hari.

Sal nak kongsikan antara 20 tanda yang badan kita ni jenis bertoksik tinggi:

1) Selalu merasa lemah, letih dan tidak bersemangat.
2) Mempunyai masalah untuk fokus dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu.
3) Mudah mendapat selsema
4) Mengalami masalah nafas berbau.
5) Hidung selalu merasa tersumbat dan berkahak.
6) Mempunyai masalah bau badan yang kurang menyenangkan sekiranya tidak menggunakan deodorant.
7) Kerap merasa kembung, badan berangin atau penghadaman yang tidak baik terutamanya selepas makan.
8) Mempunyai lingkaran gelap di bawah mata atau ‘eye bag’
9) Mudah mendapat alahan atau alergik, eczema, jerawat atau psoriasis.
10) Berat badan susah nak turun.
11) Tidak membuang air besar setiap hari.
12) Kerap sakit-sakit badan.
13) Kerap mengalami masalah bengkak atau sembab.
14) Susah bangun pagi walaupun tidur yang cukup
15) Kuat selera makan dan sukakan makanan manis je.
16) Haid tidak normal.
17) Kencing tak lawas.
18) Kerap sakit kepala dan migrain
19) Kulit nampak kusam dan kedut-kedut halus dah mula timbul sebelum usia sepatutnya.
20) Susah tidur malam / insomnia

Jika anda ada mengalami tanda-tanda di atas, anda perlu bertindak segera tau dan jangan sesekali biarkan toksin terus berada di dalam badan kerana ia boleh jadi punca kepada pelbagai penyakit.

Anda perlu lakukan detox sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu.

Cara Sal detox badan Sal adalah dengan amalkan Alfalfa Complex dan Herblax Shaklee. Kedua-dua ni adalah agen detox yang sangat bagus.

Sal paling suka Herblax sebab kesannya lebih cepat untuk badan Sal. Ambil 4 biji sebelum tidur 2 kali seminggu. Pagi esoknya inshaAllah akan berlaku lah proses pembuangan dengan lancar sekali. Hasil pembuangan tu lah antara toksin-toksin yang dah lama melekat kat usus kita tu ;p

Tapi kalau anda ibu menyusu dan risau efek pada baby, anda boleh amalkan Alfalfa untuk gantikan Herblax. Alfalfa ni pun bagus untuk diamalkan sebabnya Alfalfa juga membantu ibu menyusu menambah susu badan inshaAllah :)

Jika anda ada sebarang pertanyaan dan perlukan konsultansi Sal, boleh whatsapp Sal di 013-7144847.
InshaAllah Sal akan membantu anda sebaiknya :)


----
Untuk Info & Order:

Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Monday, 27 January 2014

APA ITU TOKSIN?

Posted by Unknown at 05:59 2 comments
Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia.Bahaya toksin, bukan sahaja boleh menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan, bahkan, boleh mengikuti peredaran darah ke seluruh organ tubuh lalu merosakkan system sirkulasi manusia, organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran tubuh.

Suatu penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pakar kesihatan Jepun mendapati, berat kotoran yang tersumbat dalam tubuh manusia atau lebih dikenali sebagai toksin adalah lingkungan 2kg hingga 4kg...Bayangkan jika tubuh anda dihuni oleh toksin berbahaya sebanyak itu pasti memberi impak besar kepada kesihatan tubuh. 

Hal ini dapat dibuktikan lagi melalui hasil kajian klinikal, 90% daripada punca penyakit berbahaya adalah berpunca daripada kolon atau usus besar....manakala,kajian secara rawak menunjukkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah usia 30 tahun, bermakna sudah pelbagai sisa toksin terkumpul di dalam badannya.jika sistem semula jadi tubuhnya lemah atau gagal untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan tubuh dan kulit.

Gambar: Ihsan Google

Lazimnya, toksin terdiri daripada dua jenis, iaitu toksin dari luar (Eksotoksin) iaitu disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga.Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestic seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya. Manakala toksin kedua, dikenali sebagai toksin dalaman (Endotoksin) yang berpunca daripada gangguan emosi, stress, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.

Gambar: Ihsan Google

Secara umumnya masalah- masalah seperti jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.

Simptom di atas hanya yang boleh dilihat pada wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.

Definisi buang toksin atau lebih popular dengan sebutan detox sebenarnya amat berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.“Kebanyakan daripada kita menganggap detox ini hanya melibatkan bahagian pencernaan, tetapi amat penting untuk kita mengetahui bahawa organ hati juga memainkan peranan penting dalam pembuangan toksin daripada tubuh badan manusia, iaitu menerusi pembuangan air kencing,” Hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pengambilan ubat-ubatan kimia, merokok, minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Justeru, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia. Sisa-sisa terkumpul ini pasti akan menghasilkan toksin. Sepatutnya, semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi melalui dua organ utama iaitu hati dan usus. Maka, usaha penyingkiran toksin perlu memberi fokus kepada dua organ tersebut kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam pembersihan sisa toksin dari dalam badan,”

Baca lanjut tentang detox di sini.



Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti pembuangan air besar yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi manusia normal.

Gejala pembuangan najis yang tidak teratur amat berkait rapat dengan corak pemakanan yang tidak betul seperti kurang mengambil makanan berserat, kurang minum air kosong, kurang bersenam serta pengambilan ubat-ubatan. Secara normal, proses pembuangan air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Tapi jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, berkemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh.

Lebih membahayakan, jika toksin tidak dikeluarkan maka ia akan diserap semula ke dalam badan. Justeru, apabila tubuh tidak pernah melakukan proses detox atau nyah toksin sejak lahir, biasanya tubuh akan memperlihatkan pelbagai simptom seperti sakit kepala, sembelit atau kembung, nafas berbau, kelesuan, penglihatan kabur, ketidakstabilan emosi, selain masalah-masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam dan sebagainya.

Antara petanda lain, toksin berlebihan dalam badan ialah susah bangun tidur dan bahagian keliling mata menjadi gelap. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah peha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat selain menyebabkan kehadiran selulit....semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.

Selain itu, daripada pemerhatian jika seseorang mengalami toksin berlebihan dalam badan ia bukan hanya melibatkan fungsi anatomi tubuh tetapi emosi juga. Kita mungkin pernah berhadapan dengan situasi seseorang yang terlalu curiga dengan kebersihan. Terdapat juga individu yang kerap marah-marah, emosional dan sering tidak tenang, antara lain juga adalah disebabkan oleh kandungan toksin yang berlebihan dalam tubuh. Hal ini disebabkan oleh kegagalan fungsi lymphatic sistem maka, menjadikan seseorang tidak boleh duduk diam, degil, tidak yakin dengan kebersihan dan kelam kabut.

Jadi, amat penting untuk kita BERTINDAK jika ada tanda-tanda di atas yang terjadi pada diri kita. Jangan biarkan masalah ini berlarutan tanpa usaha kerana kandungan toksin amat beracun dan boleh membahayakan kesihatan kita.

Shaklee juga ada menyediakan produk untuk anda yang menghadapi masalah tersebut iaitu Herb-Lax.


Herblax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herblax yang lembut boleh membantu.

Sifat Herblax yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

-----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Wednesday, 15 January 2014

Shape Up Set Shaklee ~ Kurus dengan Selamat

Posted by Unknown at 06:06 0 comments
Assalamualaikum semua...selamat pagi!

Semalam hari cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul. Pasti anda semua tak lepaskan peluang untuk memanfaatkan hari cuti semalam bersama keluarga tersayang....ye tak? Kemas rumah (aktiviti fizikal yang bagus...2 in 1), keluar jalan2, makan2...opsss!

Sebut pasal makan ni, pastikan anda makan berpada2 ye...makan jangan ikut nafsu...dan yang paling elok adalah makan mengikut keperluan kalori tubuh kita... (pesanan untuk diri sendiri juga...hehehe).

Sal yakin ramai lagi kat luar sana yang masih mencari2 produk yang selamat dan berkesan untuk menurunkan berat badan. Jangan risau! Shaklee ada jawapannya...perkenalkan Shape Up Programme dari Shaklee.


Apa kebaikan Shape Up Program ini?
  • Badan yang lebih langsing dan rapi
  • Nampak lebih anggun
  • Rasa unggul
  • Rasa lebih bertenaga
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

Jom kita kenali fungsi setiap produk secara ringkas:

1- Lecithin
Membantu memecahkan dan mengemulsikan lemak serta kolestrol yang tak baik. Apabila lemak dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil, proses pembuangan lemak dari badan boleh dilakukan dengan lebih efektif. Lecithin bertindak lebih baik jika anda mengamalkan senaman secara konsisten.


2- Herblax
Membantu meningkatkat proses pencernaan dengan mencuci usus. Apabila usus sihat, proses penyerapan nutrient lebih efektif. Ramai orang mengalami masalah berat badan kerana usus tidak sihat, sembelit serta tidak kurang yang menghadapi masalah penghadaman.

3- Cinch Shake (terdapat 3 perisa Cafe Latte, Vanilla dan Choclate)
Cinch Shake merupakan protein yang secara semulajadi dapat membantu mengurangkan selera makan. Cinch Shake berfungsi memelihara otot dan membakar lemak. Ia merupakan makanan gantian segera untuk mereka yang sibuk dan tak ada masa nak menjaga pemakanan. Ia mengandungi serat yang tinggi dan membantu untuk rasa kenyang.

Selain itu, Cinch Shake ni juga mengandungi nutrisi yang lengkap untuk menjaga kesihatan. Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Dalam kata lain, Leucine dalam Cinch™ Shake membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Jadi, anda akan berat dengan otot bukan dengan lemak. Jangan terkejut kalau anda naik penimbang, berat anda masih sama...cuba ukur inci badan anda....ianya semakin berkurang! 

**(Jangan lupa ambil ukuran inci badan sebelum memulakan program diet ini untuk nampak hasilnya)



4- Cinch Energy Tea Mix
Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph! Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

Cinch Energy Tea Mix ni juga sesuai diambil oleh individu yang mahu kurus tapi kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti-aktiviti fizikal kerana fungsi teh hebat ini ialah untuk membantu meningkatkan metabolisme badan kita.


Sal akan sediakan jadual pemakanan untuk anda yang BENAR2 SERIUS nak KURUS dan KONSULTANSI dari Sal juga PERCUMA!

Berminat nak mencuba? Hubungi Sal seperti yang tertera di bawah. 

----
Untuk Info & Order:



Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Thursday, 29 August 2013

[TESTIMONI] Kurus Dengan Shaklee

Posted by Unknown at 06:14 0 comments
Selamat pagi semua!

Pagi ni Sal nak share tentang satu testimoni yang Sal dapat daripada group EKSLUSIF untuk pelanggan2 Shaklee kami di bawah group Jutawan.

Sangat awesome! Start gunakan Shaklee bermula Februari 2013 (baru lagi la). Dalam tempoh 6 bulan, beliau berjaya turunkan berat sehingga 25kg!!

Jom kita baca cerita puan Musliana.

"Shaklee merubah impian menjadi kenyataan......

Masalah kegemukan memang menghantui diri saya sejak dari zaman remaja hinggalah kepada umur 30 an ni....Pelbagai ubat-ubatan, murah dan mahal telah saya cuba...termasuk slimming center yang memakan ribuan ringgit....berat memang la turun tapi sekejap jer, bila makan je berat naik balik...sampai saya jadi takut hendak makan....susah hati....tekanan darah tinggi pun melambung2 bila badan naik ni.....tapi sekarang semua tu takde masalah lagi...Shaklee telah menjadi penyelamat kepada saya......Herblax, Alfafa, Omega, Lecithin dan esp membuatkan saya sentiasa tersenyum......sambil slimkan badan kulit pun jadi cantik......ubat darah tinggi pun saya dah tak ambil lagi sejak ambil supplement ni......toxin dalam badan pun dah takde.......walaubagaimanapun saya masih belum berpuas hati dengan berat ni lagi.....insyaAllah, dengan Shaklee saya tak perlu risau lagi......berat 89 tapi saya hilang inci yang sangat banyak.....Alhamdulillah......."


Inilah gambar Puan Musliana sebelum dan selepas. 


Awesome kan? Beliau hanya amalkan Herblax, Alfalfa, Omega Guard, Lecithin dan ESP. 

Ok, jom kita tengok info setiap satu produk yang diamalkan oleh Puan Musliana.
(Sumber: Shaklee)

Herblax - Herblax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herblax yang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

*Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Alfalfa - Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

Fungsi Alfalfa untuk kurus:

- Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut. - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

- Menyingkirkan lemak dan kolestrol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
** Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Omega GuardAsid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. 

Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Bagaimana pula Omega boleh membantu dalam proses penurunan berat badan? Baca di sini ye.

Lecithin - Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak degil badan kita. Lecithin dikenali sebagai 'pengemulsi semulajadi' kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan membantu lemak terapung dalam darah seterusnya mencegah lemak dari melekat di dinding membran. Kalau anda nak tahu, lecithin ni tak boleh dihasilkan oleh badan, tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan kita.

ESP  - Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

-----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Saturday, 20 July 2013

Vitamin Asas Untuk Kurus

Posted by Unknown at 07:44 0 comments
Secara asasnya, bagi anda yang nak kurus, anda perlu amalkan 3 perkara:

Detox (Herblax / Alfalfa) + Protein (ESP / Cinch Shake) + Pemecah Lemak (Lecithin / Omega Guard)

Kenapa perlu ketiga-tiga di atas?

1. Detox - detox merupakan proses untuk membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dapat dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Dinding usus yang bersih membantu badan kita menyerap nutrien pada tahap optimum... (untuk kurus, perkara paling penting yang perlu anda buat ialah DETOX...ingat tu..)






2. Pemecah lemak - Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak degil badan kita. Lecithin dikenali sebagai 'pengemulsi semulajadi' kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan membantu lemak terapung dalam darah seterusnya mencegah lemak dari melekat di dinding membran. Kalau anda nak tahu, lecithin ni tak boleh dihasilkan oleh badan, tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan kita.


Bagaimana pula dengan Omega Guard?

Omega Guard terkenal sebagai supplement yang mengawal paras kolestrol seterusnya menjaga kesihatan jantung. Tetapi, tahukan anda yang Omega juga berfungsi untuk membakar lemak? Rahsianya adalah pada fatty acid iaitu asid lemaknya. Omega Guard juga mengandungi EPA dan DHA. Asid lemak omega 3 ini membantu meningkatkan paras hormon "leptin". Leptin ini adalah hormon yang bantu mengawal selera makan. Jika paras leptin dalam badan adalah tinggi maka selera makan kita akan berkurang.

Selain itu, Leptin ini juga boleh membantu meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, maka cepatlah lemak dibakar di mana ia akan membantu kita untuk mengurangkan berat badan. Tak semua LEMAK itu tidak bagus...ini salah satu contoh lemak yang bagus iaitu OMEGA 3 FATTY ACIDS.

Apa bezanya antara Lecithin dan Omega Guard?

Fungsi Lecithin dan Omega Guard untuk pengurusan berat badan adalah sama iaitu membakar lemak. Bezanya adalah pada harga. Lecithin lebih murah berbanding Omega Guard...tapi, murah tak semestinya tak berkesan ye....cuma Omega lebih bertindak pantas. Analoginya seperti kita balik kampung dengan flight dan dengan kereta. Kedua-dua kaedah yang digunakan ni boleh bawa kita balik kampung cuma bezanya antara cepat dan lambat je... :)


3. Protein - Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga 35%. Selain itu, pengambilan protein juga mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan menjadikan badan lebih bertenaga.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

----

Untuk Info & Order:



Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Tuesday, 14 May 2013

Kepentingan Detox dan Kenapa Perlu Detox

Posted by Unknown at 09:29 0 comments
Apa itu Detox?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.



Jom kita baca dulu info tentang usus ni:
  • Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita.
  • Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus).
  • Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi.
  • Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil.
  • Usus besar boleh menyerap mineral dan air.
  • Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit(tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil)
  • Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik.

Penting ke Detox ni?

PENTING sebab toksik-toksik yang terkumpul kalau dibiarkan, metabolisme badan menjadi kurang, tubuh susah nak serap nutrien makanan dan menjadikan isyarat untuk dapatkan LEBIH MAKANAN dihantar ke otak.

Sebab tu, kebanyakan customer Sal yang minta konsultansi untuk kurus, Sal memang sarankan mereka untuk detox terlebih dahulu.

Anda sedang mencari produk Detox? Herb-Lax dari Shaklee adalah jawapannya.

Herb-lax is the most effective, gentle colon detox and cleanser . It contains 9 herbs and is recommended to take before going on your supplement program. ...which helps to pull the toxins and poisons out of your system. If you want to use as a laxative, use at night, and if your are looking for a body purifier,.... take with your meal.remember that your colon knows only to do one thing and that is to absorb. It does not know the difference between good nutrients and toxins , so it will keep reabsorbing good and bad. To avoid body pollution , keep your colon clean and healthy. Remember all disease starts in the colon. So lets keep things moving,........ and in the end..... everything will come out fine! Credit




-Detox, Masalah sembelit, Perut Meragam...-
"Sebenarnya sebelum saya mengenali shaklee saya seorang yang sangat sukar untuk membuang air besar. Adakalanya dua tiga hari baru saya membuang. Kesannya muka saya berjerawat termasuklah jerawat batu yang sangat besar, berkudis, senang demam dan migrain yang teruk. Setelah mengenali Shaklee saya mengambil beberapa supplement untuk membuang toksin iaitu Herb-lax untuk mencuci usus dan menyingkirkan semua toksin. Alhamdulillah memang berkesan"
----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847
 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi