Siapa kat sini yang ambik Vitamin E sebagai supplement harian? Mesti ramai kan? Terutamanya yang suka jaga kulit muka tu...hehe...termasuklah tuan punya blog ni...
Hari ni Sal nak cerita sikit tentang kandungan Vitamin E Shaklee. Kenapa Shaklee? Dah namanya Shaklee Independent Distributor, kena la cerita pasal Shaklee....hehehe...hari tu Sal ada cerita tentang kelebihan vitamin E Shaklee kan...so hari ni nak cerita kandungan yang ada dalam Vitamin E ni yang jadikan ianya berbeza dari Vitamin E lain di pasaran.
Vitamin E adalah vitamin larut lemak dan antioksidan. Ini bermakna ia diserap oleh lemak atau lipid dalam sel-sel anda. Sebab itu Vitamin E dikenali sebagai vitamin antioksidan "fat-loving".
Vitamin E Shaklee diperbuat dari:
- Minyak kacang soya
- Minyak biji gandum yang KAYA dengan Vitamin E
- 8 jenis Vitamin E (d-alpha,beta,gama,delta)
- Mengandungi 10 mg SELENIUM semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E dengan lebih baik.
- Yang terbaru, GRAPE SEED EXTRACT.
Bagaimana caranya untuk mengenalpasti samada Vitamin E tu semulajadi atau sintetik?
Satu kajian di bawah lampu polarized dibuat. Jika cahaya dipancar pada vitamin asli, akan sentiasa membengkok ke kanan yang mana biasa kita akan jumpa vitamin asli akan tertulis 'd' (representing dextro means right).
Manakala jika cahaya yang sama dipancarkan, akan terbahagi kepada 2, ke kiri dan ke kanan jika vitamin itu adalah sintetik. Sebab itulah vitamin sintetik biasanya tertulis 'dl' (sintetik) kerana ianya separuh 'dextro' (right) dan separuh 'levo' (left). Cuba tengok vitamin E shaklee ada tertulis 'd' kan maknanya ianya asli. Credit
Apa sebenarnya fungsi Selenium? Kenapa Selenium ni perlu ada dalam vitamin E?
Kalau lihat pada gambar di atas, Vitamin E Shaklee adalah D-alfa tokoferol (semulajadi). Jika vitamin itu tertulis DL-alfa tokoferol bermakna ianya adalah sintetik.
Selain semulajadi, antara kelebihan atau keistimewaan Vitamin E Shaklee berbanding jenama lain ialah ianya mengandungi selenium.
Selenium mempunyai 3 fungsi utama iaitu:
1. Selenoprotein (Selenium + Protein)
Berikut adalah 7 perkara selenoproteins lakukan untuk tubuh anda ...
- Membantu dalam pengeluaran glutation.Glutation adalah penting kerana ianya merupakan pertahanan antioksida semula jadi badan anda daripada radikal bebas.
- Melindungi sperma dari kerosakan oksidatif (radikal bebas).
- Berfungsi sebagai penciptaan semula beberapa antioksida termasuk Vitamin C. Selenium terlibat dengan thioredoxin, iaitu sangat berguna untuk individu yang mempunyai masalah gatal-gatal pada kulit tanpa mengetahui punca kegatalan tersebut.
- Membantu dalam peraturan hormon tiroid dengan bertindak sebagai "pengantara" antara 2 hormon tiroid iaitu menukarkan hormon T4 yang tidak aktif menjadi hormon T3 yang aktif.
- Membantu dalam penciptaan Selenoprotein P. Selenoprotein P membantu melindungi sel-sel badan yang membentuk saluran darah, jantung dan sistem peredaran darah. Selenoprotein P berfungsi melawan radikal nitrogen iaitu sejenis radikal bebas yang menyerang sel-sel sistem peredaran darah.
- Berfungsi dalam penghasilan sperma (spermatogenesis)
- Berfungsi sebagai anti radang dan tindak balas imun.
2. Antioksidan
3. Disease Prevention
Selenium memberi signal kepada Cytokines iaitu sel penggera untuk sistem immuniti bekerja
Ha....ada lagi kelebihan Vitamin E Shaklee yang anda semua perlu tahu! Vitamin E yang baru telah diformulasikan dengan "grape seed".
Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol.
Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vitamin E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C dalam erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan untuk memelihara kecantikan. Yang paling best, grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul ..
Melambatkan penuaan:
Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.
Apa lagi kelebihan ekstrak biji anggur ni?
- Mengurangkan risiko kanser dan strok
- Mengurangkan hipertensi (tekanan darah tinggi) dan melancarkan peredaran darah.
- Mengurangkan aterosklerosis (pengerasan arteri)
- Meningkatkan pembakaran kalori
- Menyuburkan organ-organ dan otot, membantu mereka bekerja dengan lebih berkesan.
- Meningkatkan ketahanan fizikal
Sebiji vitamin E mengandungi 400iu....semulajadi dan dilengkapi selenium. Banyak betul kelebihan vitamin E Shaklee ni. Sebab tu, ia antara produk terlaris terutamanya untuk kecantikan kulit dan masalah kesuburan.
Secara asasnya, ada beberapa panduan lain untuk mengenalpasti vitamin E yang terbaik di pasaran. Tak semestinya Shaklee...anda bebas untuk memilih jenama pilihan anda sendiri.
Antara garis panduan pemilihan Vitamin E ialah:
1. Pilih Vitamin E yang bersumber semulajadi. Jika ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi manakala jika ada satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia. (Boleh rujuk pada label)
2. Cari perkataan mixed tocopherol dalam label.
3. Pilih Vitamin E yang ada selenium
Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan. Kriteria2 di atas dipenuhi oleh jenama Shaklee. Sebab tu, Sal pilih Shaklee. Anda bagaimana?
----
Untuk Info & Order:Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847
0 comments:
Post a Comment