Showing posts with label Kelebihan Vitamin E Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Kelebihan Vitamin E Shaklee. Show all posts

Wednesday, 8 January 2014

Kandungan Vitamin E Shaklee

Posted by Unknown at 05:58 0 comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Siapa kat sini yang ambik Vitamin E sebagai supplement harian? Mesti ramai kan? Terutamanya yang suka jaga kulit muka tu...hehe...termasuklah tuan punya blog ni...

Hari ni Sal nak cerita sikit tentang kandungan Vitamin E Shaklee. Kenapa Shaklee? Dah namanya Shaklee Independent Distributor, kena la cerita pasal Shaklee....hehehe...hari tu Sal ada cerita tentang kelebihan vitamin E Shaklee kan...so hari ni nak cerita kandungan yang ada dalam Vitamin E ni yang jadikan ianya berbeza dari Vitamin E lain di pasaran.


Vitamin E adalah vitamin larut lemak dan antioksidan. Ini bermakna ia diserap oleh lemak atau lipid dalam sel-sel anda. Sebab itu Vitamin E dikenali sebagai vitamin antioksidan "fat-loving".

Vitamin E Shaklee diperbuat dari:
  1. Minyak kacang soya
  2. Minyak biji gandum yang KAYA dengan Vitamin E
  3. 8 jenis Vitamin E (d-alpha,beta,gama,delta)
  4. Mengandungi 10 mg SELENIUM semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E dengan lebih baik.
  5. Yang terbaru, GRAPE SEED EXTRACT.
Bagaimana caranya untuk mengenalpasti samada Vitamin E tu semulajadi atau sintetik?


Ada beberapa cara untuk mengenal antara vitamin sintetik atau vitamin semulajadi.

Satu kajian di bawah lampu polarized dibuat. Jika cahaya dipancar pada vitamin asli, akan sentiasa membengkok ke kanan yang mana biasa kita akan jumpa vitamin asli akan tertulis 'd' (representing dextro means right)

Manakala jika cahaya yang sama dipancarkan, akan terbahagi kepada 2, ke kiri dan ke kanan jika vitamin itu adalah sintetik. Sebab itulah vitamin sintetik biasanya tertulis 'dl' (sintetik) kerana ianya separuh 'dextro' (right) dan separuh 'levo' (left). Cuba tengok vitamin E shaklee ada tertulis 'd' kan maknanya ianya asli. Credit

Kalau lihat pada gambar di atas, Vitamin E Shaklee adalah D-alfa tokoferol (semulajadi). Jika vitamin itu tertulis DL-alfa tokoferol bermakna ianya adalah sintetik.

Selain semulajadi, antara kelebihan atau keistimewaan Vitamin E Shaklee berbanding jenama lain ialah ianya mengandungi selenium.


Apa sebenarnya fungsi Selenium? Kenapa Selenium ni perlu ada dalam vitamin E?

Selenium mempunyai 3 fungsi utama iaitu:

1. Selenoprotein (Selenium + Protein)

Berikut adalah 7 perkara selenoproteins lakukan untuk tubuh anda ...
  • Membantu dalam pengeluaran glutation.Glutation adalah penting kerana ianya merupakan pertahanan antioksida semula jadi badan anda daripada radikal bebas.
  • Melindungi sperma dari kerosakan oksidatif (radikal bebas).
  • Berfungsi sebagai penciptaan semula beberapa antioksida termasuk Vitamin C. Selenium terlibat dengan thioredoxin, iaitu sangat berguna untuk individu yang mempunyai masalah gatal-gatal pada kulit tanpa mengetahui punca kegatalan tersebut.
  • Membantu dalam peraturan hormon tiroid dengan bertindak sebagai "pengantara" antara 2 hormon tiroid iaitu menukarkan hormon T4 yang tidak aktif menjadi hormon T3 yang aktif.
  • Membantu dalam penciptaan Selenoprotein P. Selenoprotein P membantu melindungi sel-sel badan yang membentuk saluran darah, jantung dan sistem peredaran darah. Selenoprotein P berfungsi melawan radikal nitrogen iaitu sejenis radikal bebas yang menyerang sel-sel sistem peredaran darah.
  • Berfungsi dalam penghasilan sperma (spermatogenesis)
  • Berfungsi sebagai anti radang dan tindak balas imun.
** Get at least 55 mcg of selenium per day but no more than 400 mcg per day.

2. Antioksidan

Selenium bertindak balas dengan natural antioksidan yang terdapat dalam badan kita iaitu Gluthathione

3. Disease Prevention

Selenium memberi signal kepada Cytokines iaitu sel penggera untuk sistem immuniti bekerja



Ha....ada lagi kelebihan Vitamin E Shaklee yang anda semua perlu tahu! Vitamin E yang baru telah diformulasikan dengan "grape seed".

Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol.

Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vitamin E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C dalam erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan untuk memelihara kecantikan. Yang paling best, grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul ..

Melambatkan penuaan:

Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.

Apa lagi kelebihan ekstrak biji anggur ni?
  1. Mengurangkan risiko kanser dan strok
  2. Mengurangkan hipertensi (tekanan darah tinggi) dan melancarkan peredaran darah.
  3. Mengurangkan aterosklerosis (pengerasan arteri)
  4. Meningkatkan pembakaran kalori
  5. Menyuburkan organ-organ dan otot, membantu mereka bekerja dengan lebih berkesan.
  6. Meningkatkan ketahanan fizikal
"Anda perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 100mg (150 IU) sehari tapi tidak melebihi 1000mg per day (1500 IU)" - Dr Bruce Miller

Sebiji vitamin E mengandungi 400iu....semulajadi dan dilengkapi selenium. Banyak betul kelebihan vitamin E Shaklee ni. Sebab tu, ia antara produk terlaris terutamanya untuk kecantikan kulit dan masalah kesuburan.

Secara asasnya, ada beberapa panduan lain untuk mengenalpasti vitamin E yang terbaik di pasaran. Tak semestinya Shaklee...anda bebas untuk memilih jenama pilihan anda sendiri.

Antara garis panduan pemilihan Vitamin E ialah:

1. Pilih Vitamin E yang bersumber semulajadi. Jika ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi manakala jika ada satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia. (Boleh rujuk pada label)

2. Cari perkataan mixed tocopherol dalam label.

3. Pilih Vitamin E yang ada selenium

Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan. Kriteria2 di atas dipenuhi oleh jenama Shaklee. Sebab tu, Sal pilih Shaklee. Anda bagaimana?

----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Sunday, 29 December 2013

Kelebihan Vitamin E Shaklee

Posted by Unknown at 09:55 0 comments
Tahukah anda yang kandungan 400 UI Vitamin E yang diperlukan badan kita bersamaan dengan 1 kg benih gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam? Sanggup ke anda makan semua tu setip hari untuk mendapatkan khasiat Vitamin E?

Jangan risau! Shaklee ada penyelesaiannya...kenapa vitamin E Shakle berbeza dengan vitamin E di pasaran?

Vitamin E Shaklee dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis Vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.

Vitamin E Shaklee juga mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara mebran sel, sel darah merah dan tisu tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina.

Vitamin E seringkali dikaitkan dengan vitamin untuk kulit sihat dan cantik...tapi tak ramai yang tahu fungsi lain vitamin E.

Antara kelebihan Vitamin E Shaklee ialah:
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Memperbaiki peredaran darah
  • Memperbaiki tisu
  • Melindungi paru paru dari pencemaran udara
  • Memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
  • Mengurangkan parut & masalah jerawat
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
  • Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
  • Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
  • Merendahkan kadar kolesterol
  • Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
  • Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
  • Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
  • Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
  • Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
  • Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu
Berminat nak dapatkan harga istimewa Vitamin E? Hubungi Sal sekarang!

----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi