Showing posts with label Tips IbuBapa. Show all posts
Showing posts with label Tips IbuBapa. Show all posts

Monday, 21 September 2015

Tips Atasi Anak Susah Makan

Posted by Unknown at 09:45 0 comments
Anak anda seorang 'picky eater'? Anda tak berseorangan :)



Kenapa Sal cakap macam tu? Sebab ini adalah masalah biasa di kalangan ibu-ibu. Anak tak nak makan, anak memilih makan, anak kenyang susu dan macam-macam lagi.

Dah macam-macam cara si ibu buat untuk tarik perhatian anak untuk makan, tapi masih tak menyelesaikan masalah tersebut. Kadang-kadang, boleh stress ibu dibuatnya. Yela, semua ibu nak kan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kalau tak makan, mana nak dapat khasiat secukupnya untuk membesar dengan sihat kan?

Jadi, kita sebagai ibu hendaklah memantau dan mengetahui pola pemakanan anak kita bermula dari seawal kita perkenalkan mereka dengan makanan pejal (solid food) lagi.



BAGAIMANA NAK ATASINYA?

Antara tips yang boleh membantu mengatasi anak susah makan ni ialah:

1) Berikan makanan dalam portion yang kecil
Perut anak kita masih belum mampu menerima makanan yang banyak dalam satu-satu masa. Jadi, berikan mereka makanan sikit-sikit (lama-lama jadi bukit. Ehehehe)

2) Pelbagaikan jenis makanan
Ibu-ibu boleh menyediakan pilihan menu untuk si manja (macam kedai pulak ada menu) dan biarkan mereka memilih sendiri makanan pilihan mereka. Biasanya, mereka akan lebih suka makan makanan yang mereka sendiri pilih,

3) Sediakan makanan yang menarik minat anak-anak
 Makanan yang disediakan dalam bentuk-bentuk binatang atau objek kegemaran mereka pasti lebih menarik minat mereka untuk makan.

4) Jadikan waktu makan adalah waktu yang seronok
Kalau boleh, kita memang nakkan anak kita makan dengan banyak. Tapi, jangan sesekali paksa atau marah mereka supaya makan dengan banyak. Ini menyebabkan mereka rasakan waktu makan adalah waktu yang mengerikan bukan yang menyeronokkan.

5) Jadual makan yang teratur
Pastikan waktu makan si kecil kita adalah sama waktunya dan teratur supaya si kecil kita faham dan terbiasa dengan waktu makan yang sama.

6) Kurangkan gangguan ketika makan
Makan dalam keadaan tenang. Kalau boleh, tutup TV atau jauhkan mainan daripada anak-anak ketika waktu makan.

7) Libatkan anak-anak dalam penyediaan makanan
Bagi anak yang sudah boleh menerima arahan, libatkan mereka dalam penyediaan makanan. Misalnya, minta tolong mereka ambikkan buah atau sayur atau keju dari dalam peti ais. Atau pun, minta bantuan mereka untuk kemaskan meja makan :)

8) Elakkan memberi anak minum ketika sela waktu makan
Air atau jus buah memang elok untuk anak kita namun jika diberikan ketika mereka sedang makan, maka perut mereka lebih cepat kenyang. Sebab tu, anak-anak dah menolak untuk makan.

Jadi, kita sebagai ibu bapa kena sentiasa prihatin dengan waktu makan anak. Jadikan waktu makan adalah waktu yang menyeronokkan untuk mereka.


Semoga bermanfaat :))

Sal,
Shaklee Independent Distributor

Monday, 20 January 2014

Tips Bayi Pintar

Posted by Unknown at 16:41 0 comments
Bagi ibu bapa dan bakal ibu atau bapa, jom kita praktikkan tips untuk jadikan bayi kita pintar....credit to mamafaiz.

Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama kehidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran.Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).

Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:

1. Bertentang mata. 
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.

2. Bercakap-cakap dengannya
Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.

3. Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. 
Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi.Tambahan pula, susu badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. Jelirkan lidah
Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.

5. Hasilkan buku binatang. 
Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk dijadikan album.
Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.

6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya. 
Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. Tunjukkan perbezaan. 
Pegang dua keping gambar beberapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada).Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8. Berkongsi pandangan. 
Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9. Nyanyikan lagu untuknya
Kajian menunjukkan mempelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya
Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.

11. Beri kata kunci
Jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.

12. Beri kejutan. 
Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.

13. Sediakan banyak tisu. 
Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.

14. Baca buku berulang kali
Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta membantunya mempelajari bahasa.

15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa. 
Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

16. Main dengan warna. 
Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.

17. Biarkan dia bermain dengan makanannya. 


Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

18. Jangan lupa rehat. 
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
 

Semoga bermanfaat buat semua....

p/s: Gambar sekadar hiasan...anak kesayangan saya...Nurzara Humaira :)

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi