Showing posts with label Toksin. Show all posts
Showing posts with label Toksin. Show all posts

Tuesday, 22 November 2016

20 TANDA BADAN ANDA BERTOKSIK TINGGI

Posted by Unknown at 09:08 0 comments
Assalamualaikum :)

Anda pernah dengar pasal toksin? Tahu tak tanda-tanda yang badan kita ni penuh dengan toksin?

Antara punca badan kita banyak toksin adalah melalui pencemaran dan pemakanan.

Bayangkan tubuh kita yang sentiasa terdedah kepada pencemaran alam melalui udara yang kita sedut, pemakanan yang terlalu banyak bahan-bahan perasa, pengawet dan pewarna yang sentiasa menjadi hidangan setiap hari.

Sal nak kongsikan antara 20 tanda yang badan kita ni jenis bertoksik tinggi:

1) Selalu merasa lemah, letih dan tidak bersemangat.
2) Mempunyai masalah untuk fokus dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu.
3) Mudah mendapat selsema
4) Mengalami masalah nafas berbau.
5) Hidung selalu merasa tersumbat dan berkahak.
6) Mempunyai masalah bau badan yang kurang menyenangkan sekiranya tidak menggunakan deodorant.
7) Kerap merasa kembung, badan berangin atau penghadaman yang tidak baik terutamanya selepas makan.
8) Mempunyai lingkaran gelap di bawah mata atau ‘eye bag’
9) Mudah mendapat alahan atau alergik, eczema, jerawat atau psoriasis.
10) Berat badan susah nak turun.
11) Tidak membuang air besar setiap hari.
12) Kerap sakit-sakit badan.
13) Kerap mengalami masalah bengkak atau sembab.
14) Susah bangun pagi walaupun tidur yang cukup
15) Kuat selera makan dan sukakan makanan manis je.
16) Haid tidak normal.
17) Kencing tak lawas.
18) Kerap sakit kepala dan migrain
19) Kulit nampak kusam dan kedut-kedut halus dah mula timbul sebelum usia sepatutnya.
20) Susah tidur malam / insomnia

Jika anda ada mengalami tanda-tanda di atas, anda perlu bertindak segera tau dan jangan sesekali biarkan toksin terus berada di dalam badan kerana ia boleh jadi punca kepada pelbagai penyakit.

Anda perlu lakukan detox sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu.

Cara Sal detox badan Sal adalah dengan amalkan Alfalfa Complex dan Herblax Shaklee. Kedua-dua ni adalah agen detox yang sangat bagus.

Sal paling suka Herblax sebab kesannya lebih cepat untuk badan Sal. Ambil 4 biji sebelum tidur 2 kali seminggu. Pagi esoknya inshaAllah akan berlaku lah proses pembuangan dengan lancar sekali. Hasil pembuangan tu lah antara toksin-toksin yang dah lama melekat kat usus kita tu ;p

Tapi kalau anda ibu menyusu dan risau efek pada baby, anda boleh amalkan Alfalfa untuk gantikan Herblax. Alfalfa ni pun bagus untuk diamalkan sebabnya Alfalfa juga membantu ibu menyusu menambah susu badan inshaAllah :)

Jika anda ada sebarang pertanyaan dan perlukan konsultansi Sal, boleh whatsapp Sal di 013-7144847.
InshaAllah Sal akan membantu anda sebaiknya :)


----
Untuk Info & Order:

Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Monday, 27 January 2014

APA ITU TOKSIN?

Posted by Unknown at 05:59 2 comments
Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia.Bahaya toksin, bukan sahaja boleh menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan, bahkan, boleh mengikuti peredaran darah ke seluruh organ tubuh lalu merosakkan system sirkulasi manusia, organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran tubuh.

Suatu penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pakar kesihatan Jepun mendapati, berat kotoran yang tersumbat dalam tubuh manusia atau lebih dikenali sebagai toksin adalah lingkungan 2kg hingga 4kg...Bayangkan jika tubuh anda dihuni oleh toksin berbahaya sebanyak itu pasti memberi impak besar kepada kesihatan tubuh. 

Hal ini dapat dibuktikan lagi melalui hasil kajian klinikal, 90% daripada punca penyakit berbahaya adalah berpunca daripada kolon atau usus besar....manakala,kajian secara rawak menunjukkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah usia 30 tahun, bermakna sudah pelbagai sisa toksin terkumpul di dalam badannya.jika sistem semula jadi tubuhnya lemah atau gagal untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan tubuh dan kulit.

Gambar: Ihsan Google

Lazimnya, toksin terdiri daripada dua jenis, iaitu toksin dari luar (Eksotoksin) iaitu disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga.Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestic seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya. Manakala toksin kedua, dikenali sebagai toksin dalaman (Endotoksin) yang berpunca daripada gangguan emosi, stress, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.

Gambar: Ihsan Google

Secara umumnya masalah- masalah seperti jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.

Simptom di atas hanya yang boleh dilihat pada wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.

Definisi buang toksin atau lebih popular dengan sebutan detox sebenarnya amat berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.“Kebanyakan daripada kita menganggap detox ini hanya melibatkan bahagian pencernaan, tetapi amat penting untuk kita mengetahui bahawa organ hati juga memainkan peranan penting dalam pembuangan toksin daripada tubuh badan manusia, iaitu menerusi pembuangan air kencing,” Hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pengambilan ubat-ubatan kimia, merokok, minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Justeru, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia. Sisa-sisa terkumpul ini pasti akan menghasilkan toksin. Sepatutnya, semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi melalui dua organ utama iaitu hati dan usus. Maka, usaha penyingkiran toksin perlu memberi fokus kepada dua organ tersebut kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam pembersihan sisa toksin dari dalam badan,”

Baca lanjut tentang detox di sini.



Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti pembuangan air besar yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi manusia normal.

Gejala pembuangan najis yang tidak teratur amat berkait rapat dengan corak pemakanan yang tidak betul seperti kurang mengambil makanan berserat, kurang minum air kosong, kurang bersenam serta pengambilan ubat-ubatan. Secara normal, proses pembuangan air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Tapi jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, berkemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh.

Lebih membahayakan, jika toksin tidak dikeluarkan maka ia akan diserap semula ke dalam badan. Justeru, apabila tubuh tidak pernah melakukan proses detox atau nyah toksin sejak lahir, biasanya tubuh akan memperlihatkan pelbagai simptom seperti sakit kepala, sembelit atau kembung, nafas berbau, kelesuan, penglihatan kabur, ketidakstabilan emosi, selain masalah-masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam dan sebagainya.

Antara petanda lain, toksin berlebihan dalam badan ialah susah bangun tidur dan bahagian keliling mata menjadi gelap. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah peha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat selain menyebabkan kehadiran selulit....semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.

Selain itu, daripada pemerhatian jika seseorang mengalami toksin berlebihan dalam badan ia bukan hanya melibatkan fungsi anatomi tubuh tetapi emosi juga. Kita mungkin pernah berhadapan dengan situasi seseorang yang terlalu curiga dengan kebersihan. Terdapat juga individu yang kerap marah-marah, emosional dan sering tidak tenang, antara lain juga adalah disebabkan oleh kandungan toksin yang berlebihan dalam tubuh. Hal ini disebabkan oleh kegagalan fungsi lymphatic sistem maka, menjadikan seseorang tidak boleh duduk diam, degil, tidak yakin dengan kebersihan dan kelam kabut.

Jadi, amat penting untuk kita BERTINDAK jika ada tanda-tanda di atas yang terjadi pada diri kita. Jangan biarkan masalah ini berlarutan tanpa usaha kerana kandungan toksin amat beracun dan boleh membahayakan kesihatan kita.

Shaklee juga ada menyediakan produk untuk anda yang menghadapi masalah tersebut iaitu Herb-Lax.


Herblax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herblax yang lembut boleh membantu.

Sifat Herblax yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

-----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi