Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts

Wednesday, 14 May 2014

Petua Menjaga Kesihatan Cara Rasulullah

Posted by Unknown at 12:00 0 comments
Kita berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.

Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.

Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.

Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.

Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.

Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.

Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.

Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan. Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.

Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:

“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.

“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.
“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”

Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.

Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.

Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.

Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.

Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.

Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak. Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.

Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.

Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.

Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.

Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.

Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”

Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.

Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.

Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”

Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:

“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”

Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:

“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!

Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”

Credit

Wednesday, 5 February 2014

Top 10 Makanan Malaysia Paling Menggemukkan

Posted by Unknown at 12:00 0 comments
Hari ni tiba-tiba terfikir untuk share tentang makanan yang menyumbang kegemukan rakyat Malaysia. Bukannya apa, Sal akui ni Sal ni jenis suka makan...kuat makan...dan kebanyakan makanan yang dimakan adalah makanan yang Sal rasa boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan....hehehe...jadi, nak tak nak Sal nak share la dengan anda semua..

Google punya google Sal jumpa blog Kevin Zahri ni..memang dia seorang pakar kesihatan dan kecergasan...banyak tips2 dan info yang boleh dapat dari blog beliau dan apa yang Sal share hari ni adalah salah satunya....jom kita tengok!

1. ROTI CANAI


Sal cukup yakin yang roti canai ni adalah kegemaran sebahagian besar rakyat Malaysia. Ia mudah, cepat, murah tapi sememangnya bukan pilihan yang sihat. Kalau nak tahu sekeping roti canai adalah bersamaan 300kcal...itu tanpa kuah....kalau anda ambil 2 keping+kuah lagi...roti telur lagi...ha, dah berapa agak2 kalori tu?? Aduhhhh....favourite jugak ni....lepas ni dah kena kurangkan....

2. NASI LEMAK


Nasi lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tapi disebabkan santan yang berlemak tinggi, nilai kalori nasi lemak sebungkus dalam 350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam 600kcal.

3. FAST FOOD


Fast food memang sedap dan tidak salah makan sekali-sekali tetapi ia berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh cecah 900kcal.

4. LOCAL FAST FOOD a.k.a MAMAK


Bagi saya, Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada pilihan yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti lebih segenggam.

5. DONUTS


Tren makan donut ini semakin menjadi di Malaysia. Memang lazat dan cepat nak makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1″ dah 1200kcal.

6. PISANG GORENG


Pisang goreng adalah tren bagi mereka yang bekerja. Kalau ada yang keluar untuk temujanji, pasti akan pulang dengan pisang goreng. 1x pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).

7. MINUMAN BERGULA


Masalah minuman bergula? Well gula! 1g gula = 4kcal dan ia kandungan utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula berkarbonat = 150kcal.

8. TEH TARIK


1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.

9. KUIH MUIH 


Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal.

10. NASI


Sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang baik) tetapi salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih hari-hari tapi cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1 genggam sederhana = 150kcal.

BONUS: GAYA HIDUP



Selain makanan (kalori masuk), gaya hidup yang semakin sedentary (kurang aktif) juga merupakan punca kenaikkan berat badan.

Terima kasih Kevin atas perkongsian menarik ni....jadi, jom kita cek kalori makanan kita dulu sebelum makan untuk kekal langsing dan sihat ye kawan2....

** Sebahagian gambar adalah ihsan Google.

Wednesday, 11 December 2013

Tanda-tanda Usus Kotor dan Kesannya Pada Kita

Posted by Unknown at 06:36 0 comments
Usus merupakan bahagian badan yang berfungsi menyerap khasiat daripada makanan dan memproses baki makanan tersebut, membentuk bahan buangan seterusnya dibuang. Kesihatan badan kita amat berkait rapat dengan kebersihan usus, jadi amatlah penting untuk kita menjaga kebersihan dan kesihatan kedua-dua usus besar dan usus kecil ni.


Sumber: Google


FAKTA-FAKTA MENGGEMPARKAN MENGENAI USUS!!
  • 90% pelbagai penyakit adalah berkaitan dengan usus yang tidak bersih - [KOLEJ PERUBATAN ENGLAND]
  • 500,000 kematian diseluruh dunia adalah disebabkan Kanser Kolon [THE STAR, 13 MEI 2004]
  • Kanser Usus ialah pembunuh No.2 selepas Kanser Payudara
  • 5 juta rakyat Malaysia mengalami pelbagai masalah penghadaman seperti kesakitan bahagian perut, kembung, sembelit dan lain-lain                       

Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin. Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit.

Sumber: Google

Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditoleransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.


Tanda-tanda usus atau kolon kita tidak bersih:

1. Sembelit
2. Selalu kentut
3. Sering sakit kepala
4. Susah nak hadam
5. Selalu rasa lesu dan tidak bertenaga
6. Mood yang tidak menentu dan mudah marah
7. Nafas dan najis berbau
8. Perut buncit
9. Selalu lapar
10. Wajah kusam
11. Gastrik
12. Radang hati (Pedih ulu hati)
13. Ulser Peptic
14. Cirit-birit
15. Kanser kolon



Masalah Usus Dan Sembelit

Salah satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit. Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan diserap semula ke dalam badan. Lebih lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin ini, lebih besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan.



Kesan jika usus kita kotor dan toksin berlebihan dalam badan:

1. Jantung stres atau lemah
2. Sakit sendi dan arthiritis
3. Menjejaskan fungsi otak dan boleh mengakibatkan nyanyuk
4. Menyebabkan muka pucat, berkedut, kulit cela, psoriasis
5. Badan lesu dan otot lemah
6. Berat badan bertambah
7. Cepat nampak tua
8. Kanser


Tuesday, 3 December 2013

Khasiat Timun

Posted by Unknown at 12:22 0 comments
Khasiat timun yang perlu anda tahu..


Selalu kalau kita makan sate, mesti akan dihidangkan dengan timun selain daripada nasi himpit dan kuah kacang. Tapi tahukah kita yang timun tu dihidangkan sekali bukan sekadar hiasan atau penambah selera ke ape..tapi yang sebenarnya ialah untuk anti oksidakan balik karbon-karbon yang kita makan daripada sate tu. Yang hitam-hitam tu la karbon hasil daripada sate tu dibakar..

Jom baca 14 lagi khasiat timun yang mungkin kita tak tahu..

1. Memastikan badan terhidrat

Timun mempunyai 96% kandungan air yang lebih berkhasiat daripada air biasa, yang membantu dalam mengekalkan badan terhidrat dan mengawal suhu badan. Ia juga membantu untuk mengepam keluar toksin dari badan.

2. Penjagaan kulit

Kandungan air yang tinggi, vitamin A, B & C dan mineral tertentu seperti magnesium, kalium, dan silika menjadikan timun bahagian yang penting dalam penjagaan kulit. Topeng muka yang mengandungi jus timun boleh digunakan untuk ketegangan kulit. Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun boleh menurunkan kadar takungan air yang seterusnya mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata. Kulit timun juga boleh memberi kelegaan pada kulit yang disebabkan oleh selaran matahari atau windburn.

3. Melawan kanser

Timun mengandungi lariciresinol, pinoresinol, dan secoisolariciresinol - 3 lignans yang terbukti berkesan melalui penyelidikan berkaitan dengan mengurangkan risiko beberapa jenis kanser, termasuk kanser payudara, kanser prostat, kanser rahim dan kanser ovari.

4. Mengawal tekanan darah

Jus timun mengandungi banyak kalium, magnesium dan serat yang berfungsi dengan lebih efektif untuk mengawal tekanan darah. Ini menjadikan timun baik untuk merawat tekanan darah rendah dan tekanan darah tinggi.


5. Bermanfaat untuk gusi dan gigi

Jus timun juga bermanfaat bagi orang-orang yang mengalami masalah gigi dan gusi, terutama dalam kes-kes penyakit pada gusi. Timun merupakan sumber pemakanan serat yang baik.

6. Membantu penghadaman

Gangguan penghadaman seperti ulser keasidan, pedih hulu hati, gastrik boleh dirawat dengan meminum jus timun segar. Kandungan air yang tinggi dan serat makanan dalam timun amat berkesan dalam memacu toksin dari sistem penghadaman dan seterusnya membantu penghadaman. Pengambilan harian timun boleh dianggap sebagai ubat untuk sembelit kronik.

7. Menyihatkan sendi-sendi

Timun adalah sumber terbaik silika, yang cukup terkenal dapat membantu menggalakkan kesihatan bersama dengan mengukuhkan penghubung pada tisu.

8. Rawatan bagi cacing pita

Benih timun digunakan sebagai penawar semula jadi untuk merawat cacing pita. Benih timun yang dititik dicampur dengan air juga berkesan untuk rawatan bengkak pada selaput lendir hidung dan tekak.

9. Melegakan sakit gout atau atritis
Timun kaya dengan vitamin A, B1, B6, C & D, Folat, Kalsium, Magnesium, Kalium, apabila dicampur dengan jus lobak merah, ia boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan merendahkan tahap asid urik.


10. Penawar kencing manis

Jus timun didapati bermanfaat untuk penyakit kencing manis. Sayur-sayuran ini mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas untuk menghasilkan insulin.

11. Mengurangkan kolestrol

Penyelidik mendapati bahawa sesetengah sebatian dipanggil sterol kolesterol di dalam timun boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

12. Merangsang pertumbuhan rambut

Timun mengandungi silikon dan sulfur dan pengambilan harian timun boleh membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Untuk hasil yang terbaik, campurkan jus timun dengan jus lobak merah, salad atau bayam.

13. Bertindak sebagai diuretik

Kandungan air daripada Timun bertindak sebagai diuretik. Ia menggalakkan penyingkiran bahan buangan dari badan melalui pembuangan air kencing. Pengambilan kerap timun membantu untuk melarutkan kencing atau batu karang.


14. Membantu dalam diet seharian

Disebabkan kalori yang rendah dan kandungan air tinggi, timun adalah diet yang ideal bagi orang-orang yang ingin menurunkan berat badan.

Tips memilih timun yang baik:
Apabila membeli timun, pilih yang keras apabila dipegang dan berwarna hijau tua. Jangan beli terlalu matang atau kuning kerana timun seperti itu cenderung untuk mengandungi lebih banyak serat tidak larut dan benih matang. Beli timun organik yang ditanam untuk mendapatkan rasa yang sedap dan kandungan nutritients yang tinggi.

~Sharing is Caring~

Tuesday, 1 October 2013

Punca Masalah Kesuburan Lelaki

Posted by Unknown at 06:12 0 comments
Pagi ni Sal nak share satu artikel berkaitan punca masalah kesuburan lelaki. Kadang2 kita tak sedar, cara hidup kita seperti aktiviti harian, pemakanan dll sebenarnya banyak mempengaruhi tahap kesuburan seseorang individu tersebut.

-----------------------

Apabila sudah berumahtangga sekian lama tetapi masih belum lagi memiliki zuriat, masalah kesuburan sering dituding kepada kaum hawa.

Apapun usaha perlu dilakukan dengan kerjasama kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri sama-sama menjalani pemeriksaan dan rawatan bagi menentukan tahap kesuburan.

Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan daripada kedua-duanya. Kira-kira 30 peratus faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30 peratus daripada lelaki.

Sebanyak 10 peratus masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25 peratus disebabkan punca yang tidak diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain.

Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Muhilan Parameswaran berkata, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit.

Menurutnya, sperma yang sihat akan meningkatkan kesuburan tetapi setiap lelaki harus mengetahui bagaimana faktor gaya hidup boleh mempengaruhi kualiti sperma. Mereka juga patut tahu apa yang harus dilakukan untuk meningkatkan kesuburan serta faktor yang boleh memberi kesan pada hormon testosteron di sperma.

FAKTOR PENYEBAB 
  1. Pra testikular - gangguan hormon menyebabkan testis (buah zakar) yang walaupun normal tetapi tidak terangsang atau mengalami masalah untuk menghasilkan sperma
  2. Testikular - kerosakan sel menyebabkan testis tidak dapat menghasilkan sperma yang sihat
  3. Post testikular - penghasilan sperma normal tetapi gagal ejakulasi

RAWATAN PEMBEDAHAN DAN PERUBATAN
  • Kedua-dua masalah pra testikular dan post testikular perlu dikenal pasti sebab, ubatan atau pembedahan bagi membetulkan bahagian yang tidak normal. Masalah yang berpunca daripada testis dan mengapa ia menentukan kesihatan sperma?
  • Kuantiti - mengandungi lebih 15 juta sperma per mililiter
  • Kualiti - sperma yang normal mempunyai bentuk kepala oval dan ekor panjang. Memiliki lebih banyak sperma dengan bentuk normal dan berstruktur, lebih besar kemungkinan seseorang itu subur
  • Pergerakan - untuk mencapai dan menembusi telur, sperma mesti bergerak, berenang menerusi servik (leher rahim) wanita, uterus (rahim) dan tiub fallopio. Ini dikenali sebagai mortaliti. Anda mungkin paling subur jika lebih 40 peratus daripada sperma anda sedang bergerak.

CARA YANG BAGUS UNTUK MENGHASILKAN SPERMA YANG SIHAT
  • Amalkan seks yang sihat - ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing nanah)
  • Makan diet sihat. Pilih buah dan sayuran kerana ia kaya antioksidan
  • Kekalkan berat badan yang seimbang. Kebanyakan kajian mencadangkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma
  • Uruskan tekanan dan dapatkan tidur mencukupi. Perkara itu boleh mengurangkan fungsi seksual dan terganggu dengan hormon diperlukan untuk menghasilkan sperma
  • Banyakkan pergerakan termasuk aktiviti fizikal dalam rutin setiap hari
  • Pakai seluar dalam longgar

MAKANAN BERKHASIAT DIPERLUKAN DALAM DIET ANDA

1. Zink - tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan ditunjukkan melalui peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan.

**Sumber makanan - hati lembu, tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang. Zink boleh rosak jika dimasak dan beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan zink lebih baik dimakan mentah, misalnya daripada tumbuhan.

2. Selenium - diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah.

**Sumber makanan : hati, ikan jenahak, ikan kod, ikan halibut, tuna, salmon, sardin, udang, cendawan butang dan ayam Belanda

3. CoQ10 - meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani. Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia mungkin memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur 

**Sumber makanan : ditemui dalam makanan laut dan organ lembu. Jumlahnya menurun dalam haiwan yang sudah tua.

MAKANAN SEMULAJADI LEBIH BAIK DARIPADA PIL

  • Vitamin E meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin E menyebabkan ketidaksuburan pada tikus. Sumber makanan mengandungi Vitamin E ialah biji bunga matahari, almond, buah zaitun, bayam, betik dan sayuran berwarna hijau gelap.
  • Lelaki yang tahap asid folik rendah meningkatkan risiko bagi sperma mengandungi terlalu sedikit atau banyak kromosom. Sumber makanan: hati, kekacang, kacang pinto, asparagus, bayam dan kacang merah besar.

MAKANAN SEMULA DARIPADA SUMBER LAUT ADALAH 'RAKAN'


  • B12 - dapat meningkatkan jumlah sperma. Sumber makanan: jenis kerang, tiram, kupang, hati, telur ikan, ikan, ketam, udang kara, daging, biri-biri dan keju.
  • Vitamin C - Dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok, menjadikan ia lebih bergerak. Sumber makanan: Banyak terdapat dalam tumbuhan dan buah termasuk cili merah, brokoli, kranberi, kubis, kentang, tomato dan buahan sitrus.
  • L-Carnite - Makanan yang diperlukan untuk sel sperma berfungsi normal.

Sperma boleh menjadi lebih terdedah kepada faktor alam sekitar seperti pendedahan panas berlebihan atau bahan kimia bertoksik. Untuk memelihara kesuburan, elakkan memakai seluar dalam ketat atau seluar pendek olahraga. Sekiranya anda penunggang basikal atau duduk dalam jangka masa yang lama, ubah kedudukan seperti berdiri seketika. Jangan letakkan komputer riba di paha anda. Elakkan mandi dalam tab panas, sauna dan mandian wap. Selain itu, hindari merokok.

Ubatan tertentu seperti anti kemurungan atau anti androgen boleh menyumbang masalah kesuburan. Steroid anabolik juga boleh memberi kesan yang sama. Ubat kemoterapi dan rawatan radiasi untuk kanser boleh menyebabkan ketidaksuburan kekal.

Pendedahan pada toksik seperti racun serangga dan pengambilan minuman keras boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma. Dadah, misalnya marijuana dan tembakau boleh mengurangkan pergerakan sperma dan menyebabkan sperma hilang bentuk. Kokain dan heroin juga menjejaskan kesihatan sperma.

Cegah stres berlebihan dan lakukan senaman. Stres kadangkala punca pada sesetengah masalah ketidaksuburan seperti masalah hormon. Kekalkan berat badan seimbang, tidak terlalu kurang dan terlalu berlebihan kerana ia mempengaruhi tahap estrogen dan testosteron.

Pergerakan sperma dan jumlah sperma yang sihat mungkin menurun selepas umur 50 tahun, sekali gus mempengaruhi kesuburan lelaki. Sesetengah kajian mencadangkan wanita boleh dihamilkan oleh lelaki berusia dengan risiko yang lebih tinggi sedikit untuk keguguran. benih daripada seorang bapa yang meningkat usianya juga boleh meningkatkan risiko lebih tinggi untuk mendapat anak autisme dan schizophrenia.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/22

Sumber: Harian Metro

Wednesday, 25 September 2013

Sakit Kontraksi Waktu Bersalin

Posted by Unknown at 10:18 0 comments
Semua ibu yang akan melalui proses kelahiran bayi akan merasakan sakit kontraksi.


Apakah sakit kontraksi?

Ia adalah salah satu petunjuk bahawa proses kelahiran sudah bermula. Sakit kontraksi mungkin bermula sebagai sakit belakang yang tidak begitu mencucuk atau anda mungkin berasa sangat sakit pada bahagian paha. Seterusnya, ibu mungkin mendapat kontraksi dalam perut, seakan-akan sakit kedatangan haid yang teruk.

Apa yang perlu dilakukan?

Apabila sakit kontraksi menjadi semakin kerap, ambil selang masanya. Sekiranya anda rasa kelahiran akan berlaku, segera panggil doktor atau jururawat (jika berada di hospital). Ibu tidak perlu pergi ke hospital dengan segera sekiranya sudah merasakan sakit kontraksi kecuali ia berlaku dengan sangat kerap (setiap lima minit), atau berasa sangat sakit. Kelahiran anak pertama, biasanya berlaku selama 12 hingga 14 jam dan lebih selesa sekiranya di awal waktu, anda menghabiskan masa di rumah. Banyakkan bergerak dengan perlahan dan berehatlah jika perlu. Anda juga boleh merehatkan diri dengan mandi air suam, sekiranya air ketuban belum pecah atau menikmati snek ringan sebagai persediaan bekalan tenaga.

Mengukur masa kontraksi

Ukur masa kontraksi selama sejam. Perhatikan bila masa setiap satu bermula dan berakhir. Kontraksi ini sepatutnya menjadi lebih kuat dan kerap dan berlanjutan selama sekurang-kurangnya 40 saat apabila kelahiran disahkan.

Sumber: Pa&Ma

Sunday, 7 July 2013

MASALAH RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

Posted by Unknown at 07:37 0 comments
Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

9 Perkara Perlu Anda Tahu :

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.


Apa Anda perlu lakukan?

  • Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
  • Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
  • Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam - Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum - Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge - Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau - Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar - Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut - Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon - Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan - Merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak - Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

sumber:majalah Pa&ma

~Sharing is Caring~

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi