Showing posts with label Kesihatan Usus. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan Usus. Show all posts

Friday, 7 October 2016

Detox

Posted by Unknown at 09:02 0 comments
Apa itu Detox?

Pernah dengar perkataan detox? Tapi, faham kah kita apa maksud detox tu?

Kebanyakan penjual produk kesihatan dan kecantikan akan mencadangkan untuk bakal pengguna atau bakal customernya untuk buat proses detox dahulu sebelum menggunakan produk mereka.

Kenapa detox? Dan apa ye detox ni?

Ha, meh Sal nak share sikit dengan anda semua apa sebenarnya proses detox ni.
.
.
.
.
.
.
Detox adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin serta pembersihan mukus yang berlebihan daripada badan.


Kebanyakan toksin yang ada dalam badan kita berasal daripada makanan yang kita makan, barangan kimia yang kita guna pakai dan juga kerap terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat.
Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar ini akan bertindak sebagai toksin di dalam badan kita.


Selain itu, proses penghadaman yang tidak sempurna, usus yang tidak sihat, fungsi hati yang lemah, proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah juga akan menambahkan toksin dalam badan kita.


Jadi, cuba fikirkan dah berapa banyak makanan yang kita makan, penggunaan bahan kimia yang berleluasa tanpa dapat disekat dan udara kotor yang dah kita hirup sepanjang hidup kita? Boleh bayangkan tak berapa banyak toksin yang ada dalam badan kita ni?


Proses detox ini juga akan melibatkan perubahan diet dan cara hidup kita yang boleh membantu kita mengurangkan pengambilan serta memperbaiki proses pembuangan toksin dari badan kita.


Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan percaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan merupakan penyebab utama bagi kebanyakan penyakit dan juga penuaan sebelum usia.


Melakukan proses detox secara kerap boleh menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini seterusnya akan membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan kita.
Kebanyakan program detox akan melibatkan proses pengawalan diet yang sesuai dengan individu tersebut.


Kelebihan Pembersihan Usus

Pembersihan usus adalah proses detox badan yang utama.

Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang lebih seimbang, tahap kesihatan yang lebih baik dan menambahkan tenaga.

Proses ini juga membolehkan sistem badan yang lain juga turut dibersihkan.

Dengan itu badan kita akan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk, penghasilan enzim yang mencukupi, makanan yang dimakan dan juga penghasilan vitamin dalaman juga akan dibetulkan kembali.

Dr.Bernard Jensen, Pd.D juga telah menekankan tentang kepentingan usus yang sihat.

Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan".
.
.
.
.
.
.
Jadi, anda dah faham serba sedikit tentang proses detox ni?

Kat luar sana sebenarnya banyak dah produk yang dikeluarkan untuk membantu kita membersihkan usus kita. Cuma, bergantung kepada individu, ada yang sesuai ada yang tak.

Cuci Usus dengan HerbLax

Sal cuma amalkan Herb-Lax keluaran Shaklee untuk membantu Sal membersihkan usus Sal ni.



Cuma amalkan 4 biji sebelum tidur, 2-3 kali je seminggu. Dia bertindak sangat lembut pada usus tanpa menyebabkan ketidakselesaan perut. Lepas membuang, badan inshaAllah akan terasa lebih ringan dan fresh.

Kalau anda berminat nak cuba, boleh hubungi Sal untuk info, pertanyaan & konsultansi percuma ya :)

----
Untuk Info & Order:

Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com

SMS/Whatsapp: 013-7144847

Wednesday, 11 December 2013

Tanda-tanda Usus Kotor dan Kesannya Pada Kita

Posted by Unknown at 06:36 0 comments
Usus merupakan bahagian badan yang berfungsi menyerap khasiat daripada makanan dan memproses baki makanan tersebut, membentuk bahan buangan seterusnya dibuang. Kesihatan badan kita amat berkait rapat dengan kebersihan usus, jadi amatlah penting untuk kita menjaga kebersihan dan kesihatan kedua-dua usus besar dan usus kecil ni.


Sumber: Google


FAKTA-FAKTA MENGGEMPARKAN MENGENAI USUS!!
  • 90% pelbagai penyakit adalah berkaitan dengan usus yang tidak bersih - [KOLEJ PERUBATAN ENGLAND]
  • 500,000 kematian diseluruh dunia adalah disebabkan Kanser Kolon [THE STAR, 13 MEI 2004]
  • Kanser Usus ialah pembunuh No.2 selepas Kanser Payudara
  • 5 juta rakyat Malaysia mengalami pelbagai masalah penghadaman seperti kesakitan bahagian perut, kembung, sembelit dan lain-lain                       

Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin. Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit.

Sumber: Google

Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditoleransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.


Tanda-tanda usus atau kolon kita tidak bersih:

1. Sembelit
2. Selalu kentut
3. Sering sakit kepala
4. Susah nak hadam
5. Selalu rasa lesu dan tidak bertenaga
6. Mood yang tidak menentu dan mudah marah
7. Nafas dan najis berbau
8. Perut buncit
9. Selalu lapar
10. Wajah kusam
11. Gastrik
12. Radang hati (Pedih ulu hati)
13. Ulser Peptic
14. Cirit-birit
15. Kanser kolon



Masalah Usus Dan Sembelit

Salah satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit. Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan diserap semula ke dalam badan. Lebih lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin ini, lebih besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan.



Kesan jika usus kita kotor dan toksin berlebihan dalam badan:

1. Jantung stres atau lemah
2. Sakit sendi dan arthiritis
3. Menjejaskan fungsi otak dan boleh mengakibatkan nyanyuk
4. Menyebabkan muka pucat, berkedut, kulit cela, psoriasis
5. Badan lesu dan otot lemah
6. Berat badan bertambah
7. Cepat nampak tua
8. Kanser


 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi