Wednesday 5 February 2014

Top 10 Makanan Malaysia Paling Menggemukkan

Posted by Unknown at 12:00
Hari ni tiba-tiba terfikir untuk share tentang makanan yang menyumbang kegemukan rakyat Malaysia. Bukannya apa, Sal akui ni Sal ni jenis suka makan...kuat makan...dan kebanyakan makanan yang dimakan adalah makanan yang Sal rasa boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan....hehehe...jadi, nak tak nak Sal nak share la dengan anda semua..

Google punya google Sal jumpa blog Kevin Zahri ni..memang dia seorang pakar kesihatan dan kecergasan...banyak tips2 dan info yang boleh dapat dari blog beliau dan apa yang Sal share hari ni adalah salah satunya....jom kita tengok!

1. ROTI CANAI


Sal cukup yakin yang roti canai ni adalah kegemaran sebahagian besar rakyat Malaysia. Ia mudah, cepat, murah tapi sememangnya bukan pilihan yang sihat. Kalau nak tahu sekeping roti canai adalah bersamaan 300kcal...itu tanpa kuah....kalau anda ambil 2 keping+kuah lagi...roti telur lagi...ha, dah berapa agak2 kalori tu?? Aduhhhh....favourite jugak ni....lepas ni dah kena kurangkan....

2. NASI LEMAK


Nasi lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tapi disebabkan santan yang berlemak tinggi, nilai kalori nasi lemak sebungkus dalam 350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam 600kcal.

3. FAST FOOD


Fast food memang sedap dan tidak salah makan sekali-sekali tetapi ia berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh cecah 900kcal.

4. LOCAL FAST FOOD a.k.a MAMAK


Bagi saya, Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada pilihan yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti lebih segenggam.

5. DONUTS


Tren makan donut ini semakin menjadi di Malaysia. Memang lazat dan cepat nak makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1″ dah 1200kcal.

6. PISANG GORENG


Pisang goreng adalah tren bagi mereka yang bekerja. Kalau ada yang keluar untuk temujanji, pasti akan pulang dengan pisang goreng. 1x pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).

7. MINUMAN BERGULA


Masalah minuman bergula? Well gula! 1g gula = 4kcal dan ia kandungan utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula berkarbonat = 150kcal.

8. TEH TARIK


1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.

9. KUIH MUIH 


Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal.

10. NASI


Sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang baik) tetapi salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih hari-hari tapi cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1 genggam sederhana = 150kcal.

BONUS: GAYA HIDUP



Selain makanan (kalori masuk), gaya hidup yang semakin sedentary (kurang aktif) juga merupakan punca kenaikkan berat badan.

Terima kasih Kevin atas perkongsian menarik ni....jadi, jom kita cek kalori makanan kita dulu sebelum makan untuk kekal langsing dan sihat ye kawan2....

** Sebahagian gambar adalah ihsan Google.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi