Monday 17 November 2014

Set Sendi Shaklee

Posted by Unknown at 09:41

Cadangan Vitamin Untuk Kesihatan Sendi


Assalamualaikum wbt.
Bila sebut je pasal sendi, sakit tulang, lutut, kebanyakan orang ingat hanya orang orang tua atau warga emas sahaja yang hadapinya. Salah ye, sebab zaman sekarang ni sakit memang dah tak kira tua atau muda. Ada ke yang sakit sendi kat sini? Atau mak ayah kat kampung mengadu sakit sendi dan tulang? Nak beribadat atau buat kerja seharian pun susah dan menyakitkan!

Kesian kat mak ayah kita. Dulu mereka susah payah kerja kuat, banting tulang 4 kerat nak besarkan kita adik beradik. Sekarang bila mereka mengadu, takkan nak diam, nak tengok je kan? Buatlah sesuatu. Hadiahkan mereka dengan set sendi Shaklee ni. InsyaAllah dapat membantu. Bila mereka gembira, kita pun turut sama gembira kan?

Sebelum Sal ceritakan lebih lanjut tentang vitamin apa yang ada dalam set sendi ni, Sal nak cerita serba sedikit tentang sendi ni.


Sendi merupakan bahagian badan yang mempunyai dua tulang berlainan bertemu. Sakit sendi (Osteoarthritis) pula terjadi apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus.  Apabila tulang rawan ni dah haus, sendi boleh menjadi bengkak, sakit dan kebas. Sekiranya ia tidak dirawat dan dibiarkan ia boleh menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).

Radang pada sendi pula terjadi apabila darah yang dibekalkan kurang khasiatnya (zat makanan) kerana tubuh badan kita tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi memastikan pemulihan dan pembaharuan pada sendi.

Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Ini kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.

Tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
  • Sakit pada sendi yang terlibat.
  • Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
  • Sesetengahnya akan berlaku pembengkakan.
  • Pembesaran tulang sendi.
Golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit Osteoartritis:
  • Orang tua dan sudah berumur
  • Individu obesiti
  • Sukan yang menyebabkan impak yang berulang dan memerlukan pergerakan pantas seperti bola sepak
  • Mengangkat barang-barang yang berat.
  • Lemah otot paha (quadriceps)
  • Abnormal tibial rotation

Dalam set sendi yang dicadangkan, ada 3 produk/vitamin yang boleh membantu anda mengurangkan masalah sakit sendi iaitu:
201411170957

1. Advanced Joint Health Tablet (AJHT) RM124
AJHT memberikan manfaat kepada sendi dalam tiga(3) cara iaitu:
(i) meningkatkan keselesaan sendi
- Ekstrak Boswellia pantas membantutkan mekanisma respons stress tubuh untuk memperbaiki keselesaan sendi.
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
- zink, kuprum, manganese dan vitamin C membantu membina kolagen dan lain-lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi
(iii) meningkatkan kesan kusyen
- Glukosamin membantu memelihara rawan (kesan kusyen memberi perlindungan di antara sendi yang membolehkan mereka bergerak lebih bebas)

2. Omega Guard RM136
OmegaGuard mengandungi Omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan dan boleh membantu mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. OmegaGuard juga bertindak sebagai pelincir dan membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.
** Jadi, pengambilan AJHT haruslah disekalikan dengan OmegaGuard untuk kesan lebih baik.

3. Ostematrix RM61
Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Dengan Ostematrix, anda akan dapat kedua-duanya. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium yang cukup bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Jangan biarkan sakit sendi ini mengganggu keselesaan pergerakan orang kesayangan kita. Hadiahkan set ini kepada ibu bapa atau pasangan anda. Atau dapatkan untuk diri sendiri. Mencegah lebih baik dari mengubati. Pastikan sendi kita mendapat nutrisi yang diperlukan seiring dengan peningkatan usia kita.

Harga untuk setiap satu produk yang dipamerkan adalah harga runcit. Untuk dapatkan harga lebih jimat dengan produk terbaik, JOM DAFTAR SEBAGAI AHLI. Apa kelebihannya? Sal ada terangkan di SINI.

----------------------
Untuk Info & Order:
Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi