Wednesday 12 November 2014

Tips Kebahagiaan Rumah Tangga

Posted by Unknown at 09:39
Semua orang mengimpikan hidup berpasangan, mendirikan rumahtangga dengan insan terpilih yang dicintai kerana Allah. Setiap manusia yang berkahwin mengimpikan kehidupan yang bahagia, kekal sehingga ke akhir hayat dan juga mengharapkan hubungan itu kekal sehingga ke syurga.

Bukan mudah nak membina sebuah keluarga yang bahagia. Suami isteri perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan rumahtangga mereka sentiasa dalam keadaan harmoni. Bergaduh sekali sekala tu tak salah, malah tambah mengeratkan lagi hubungan suami isteri :)
1069278_682134645146774_1606611525_n

 Hari ni Sal nak share 6 tips kebahagiaan rumah tangga yang mungkin boleh membantu kita mengekalkan perkahwinan tersebut sehingga ke akhir hayat.

1. CINTA

Pasangan yang berkahwin haruslah disertai dengan rasa cinta. Samada ia hadir sebelum berkahwin atau selepas berkahwin. Cinta adalah satu perkara yang subjektif, sukar nak diterjemahkan. Salah satu perkara yang paling rapat dengan cinta adalah pengorbanan. Jika cinta itu ada, insyaAllah kita pasti akan sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan pasangan kita. Bila pasangan kita bahagia, kita pun akan turut sama bahagia.

2. KEJUJURAN

Antara aspek terpenting dalam kebahagiaan rumahtangga. Jika tiada kejujuran, rumahtangga akan menjadi porak peranda. Apabila seseorang sudah rasa teraniaya atas ketidakjujuran pasangan kita itu, dia pasti akan rasa tertipu dan berdendam yang mungkin boleh menjadi punca keretakan sesuatu hubungan. Nauzubillahiminzalik.

3. HORMAT PASANGAN

Dalam hubungan suami isteri, hormat menghormati adalah perkara yang perlu. Selagi kita ada perasaan hormat pada pasangan kita, insyaAllah pasti tiada masalah untuk kita kekalkan kebahagiaan rumah tangga kita.

4. MEMAHAMI PASANGAN

Setiap manusia mempunyai perangai atau sifat yang berbeza. Kadang-kadang tak terjangkau dek akal fikiran. Jadi, sebagai suami atau isteri, kita perlulah memahami pasangan kita. Jika dia seorang yang pemarah, kita perlu menjadi seorang yang penyabar. Bila kita memahami pasangan, kita akan dapat menerima kekurangan dia. Hidup suami isteri adalah saling melengkapi dan kita semua tidak sempurna.

5. SABAR

Antara sifat yang boleh meretakkan sesuatu hubungan adalah sifat panas baran dan pemarah. Setiap dari kita perlu belajar untuk bersabar. Kita perlu bertindak dengan pertimbangan yang waras dan bukannya dipengaruhi oleh emosi.

6. KOMUNIKASI

Komunikasi yang betul merupakan salah satu faktor yang boleh membantu mengekalkan kebahagiaan rumahtangga. Jika pasangan kita ada masalah, mintalah dia bercerita kepada kita. Jadi pendengar setia kepada pasangan kita walaupun kita tidak mampu memberikan pendapat atau pun membantu menyelesaikan masalah pasangan kita. Komunikasi ini menjadikan diri kita lebih dihargai dan bila kita rasa dihargai, kita juga akan lebih menghargai orang lain.
Dan yang paling penting, amalkan kehidupan berlandaskan agama. Banyakkan berdoa, minta pada Allah agar rumahtangga kita sentiasa aman dan bahagia :)
IMG_44208137512356

Semoga tips ini bermanfaat untuk rumah tangga anda :)

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi