Wednesday 17 April 2013

Kenapa Susu Ibu?

Posted by Unknown at 06:08
Assalamualaikum semua...

Hari ni Sal nak bercerita serba sedikit kenapa Sal memilih untuk breastfeed anak Sal, Humaira.

Sebenarnya, sebelum Sal kahwin lagi Sal dah pasang niat nak menyusukan anak dengan susu Sal sendiri..sebabnya, Sal dulu pun disusukan dengan susu arwah mak sepenuhnya sampai 2 tahun..(terima kasih mak..sob sob sob)..rasa-rasanya lebih 2 tahun kot sebab arwah mak atau kawan arwah mak pernah cerita yang Sal dulu menyusu sampai susah nak wean off...entah betul ke tidak...sal pun ingat-ingat lupa...hehehe..

Tapi, niat untuk breastfeed tu memang dah tanam sebelum kahwin lagi, lepas kahwin dan mengandung lagilah niat tu membara-bara...lepas tahu je Sal mengandung, terus Sal cari info dan maklumat pasal breastfeeding..Alhamdulillah banyak ilmu yang Sal belajar melalui internet ni (facebook group, forum dll)

Sal pun macam semua ibu-ibu lain nak kan yang terbaik untuk anak-anaknya..lepas Sal tahu serba sedikit kebaikan dan kelebihan susu ibu ni, memang Sal berhabis duit jugak la untuk buat persediaan penyusuan sewaktu kerja..memang macam-macam yang dibeli (yang perlu ajerla..)..sampai pam pun beli yang mahal sebab nak kan yang terbaik...(ni pun nafsu jugak..hehe)

Alhamdulillah, sejak mengandung lagi kalau tak salah 7 bulan ke atas, Sal cuba picit..susu memang dah ada..kawan-kawan ofis pun bagitahu yang kalau waktu mengandung dah ada keluar cecair, maksudnya nanti lepas bersalin in shaa Allah ada susu.. oh ya! satu lagi pendorong nak menyusukan anak ni sebab majoriti kawan-kawan kat ofis yang ada anak, menyusukan anak mereka dan jadi pengepam tegar...sekarang ni pun, Sal dah join the club :)

Macam yang kita semua tahu, susu ibu ni merupakan makanan terbaik untuk bayi kita sebabnya susu ibu ada semua nutrien yang bayi kita perlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak dia. Kalau nak tahu juga, susu ibu ni juga mudah dihadam sebab tu bayi yang baru lahir akan menyusu dengan kerap...jadi, jangan anggap susu kita tak cukup yer ibu-ibu kalau anak kita asyik merengek dan nak menyusu je 24 jam..itulah cabaran penyusuan namanya..

Selain tu, susu ibu ni juga mempunyai antibodi yang boleh lindungi anak kita dari jangkitan kuman dan alahan terutamanya kolustrum (susu awal ibu yang baru lepas bersalin).

Kenapa Sal memilih breastfeeding? Tentulah untuk mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak sebab tu kan anak kita, amanah kita..keluar dari rahim kita...jadi, menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa di samping bayi kita dan menyayanginya dan salah satunya dengan memberikan susu ibu pada anak kita. Tapi jangan salah faham, Sal tak kata yang tak bagi susu ibu tak sayang anak...semua orang mesti dah berusaha untuk memberikan yang terbaik kan? kalau tak boleh jugak, itu namanya bukan rezeki kita.

Gambar Hiasan

Menyusukan anak ni secara tak langsung boleh membantu kita mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah selepas bersalin...dan jangan tak tahu ada kajian yang dibuat mengatakan susu ibu mengurangkan risiko kanser pada ibu dan anak. Rujuk di sini.

Ha, untuk ibu-ibu yang bimbang badan anda naik selepas bersalin, silalah menyusukan anak anda kerana penyusuan susu ibu membakar lebih daripada 600 kalori sehari sama seperti anda aerobik selama 2 jam! Wah...patut pun berat badan Sal maintain je walaupun makan banyak...hehehe..

Jadi, itulah antara sebab-sebab kenapa Sal nak breastfeed...perasaan sewaktu breastfeed sangat indah kerana itulah waktu kita bersama si kecil dalam dunia tersendiri! :)

Salam sayang,
~ Sal UmmiZara~

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi