Sunday 14 April 2013

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu

Posted by Unknown at 13:58
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Susu ibu merupakan susu yang terbaik untuk anak-anak dan merupakan anugerah Allah yang terhebat!

Ianya merupakan minuman berkhasiat untuk bayi terutama susu awal ibu iaitu susu yang mula-mula sekali keluar selepas seseorang wanita melahirkan anak.

Khasiat susu awal ibu dikaitkan dengan kandungan kolestrum yang berwarna kekuningan. Ia membekalkan antibodi daya tahan penyakit yang kuat kepada bayi.

Bayi yang minum susu ibu juga dipercayai mempunyai personaliti dan memiliki emosi yang stabil. Amalan menyusukan bayi turut berfaedah kepada ibu dalam membentuk tubuh yang langsing selepas bersalin, membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari.

Kewajipan ibu menyusukan anak terkandung dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang-orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan (bapa pula) memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya, tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya..." - surah al-Baqarah: 233.

Alhamdulillah sehingga hari ini, umur Humaira dah nak masuk 10 bulan dan saya masih mampu menyusukan dia. Saya harap saya boleh menyusukan dia sehingga umurnya 2 tahun..in shaa Allah :) Jauh lagi perjalanan penyusuan saya tapi saya amat bangga bila orang cakap Humaira ni tembam dan sihat...orang tanya susu badan ke? Saya jawab Alhamdulillah..tak pernah campur..tengok la gambar kat bawah ni..
Waktu umur 1 bulan++..berat dah 5kg

Waktu umur 5 bulan..berat dah 9.6kg
Tembamkan...alhamdulillah..hanya dengan susu ibu. Apakata kita lihat carta perbezaan kandungan khasiat dalam susu ibu dan susu formula.

Susuilah bayi anda dengan susu ibu semampu yang boleh
Kajian menunjukkan bayi yang diberikan penyusuan badan mampu mengawal selera berbanding pemberian susu formula kerana bayi akan menangis apabila lapar, sebaliknya bayi yang diberikan susu formula tidak dapat menentukan bila rasa lapar menjadikan ia antara penyebab bayi lebih mudah mendapat obesiti pada masa akan datang.

Susu ibu adalah yang terbaik kepada bayi kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi selain bebas daripada bakteria dan sentiasa segar kerana boleh disusukan bila-bila masa. Khasiat dan kandungan antibodi menyebabkan bayi menyusu ini lebih sihat - credit

Itulah sedikit sebanyak info yang boleh saya kongsikan berkaitan susu ibu...jadi, bagi ibu yang sedang mengandung atau baru melahirkan, tanamlah niat untuk menyusukan anak kita sepenuhnya dengan susu ibu..in shaa Allah ganjaran besar telah dijanjikan Allah untuk kita :)

Salam sayang,
~Sal UmmiZara~

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi