Showing posts with label lipbalm. Show all posts
Showing posts with label lipbalm. Show all posts

Friday, 18 November 2016

TIPS BIBIR SIHAT & CANTIK

Posted by Unknown at 11:08 0 comments
Bibir yang kering dan menggelupas merupakan antara masalah yang kerap dan biasa dihadapi oleh kebanyakan orang.
Ramai yang beranggapan bibir kering itu boleh dirawat dengan hanya memakai pelembap bibir sahaja.
Mungkin itu boleh membantu tapi jika anda salah memilih jenis pelembap bibir, ia boleh menyebabkan bibir menjadi gatal, menggelupas dan bertukar menjadi hitam.
Sal akan kongsikan beberapa tips penjagaan bibir yang boleh membantu anda mengatasi masalah bibir yang biasa terjadi.

1) SCRUB BIBIR
Perkara utama yang perlu dilakukan bagi memastikan bibir sentiasa sihat dan tidak kering adalah dengan menanggalkan sel-sel kulit mati di bahagian bibir.
Seminggu sekali pastikan bibir anda di scrub. Antara kaedah yang boleh anda lakukan ialah ambil sedikit gula dan tambahkan beberapa titis minyak zaitun. Sapu ke bahagian bibir anda, dan gosok secara perlahan.
Amalkannya secara konsisten dan anda akan dapati bibir anda akan nampak lebih cerah dan lembut.
Selain itu, boleh juga lakukannya dengan kaedah lain iaitu ambil sehelai tuala kecil yang bersih, basahkan tuala dan gosok bibir anda dengan lembut untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Pastikan bibir digosok dengan lembut agar permukaan bibir tidak cedera.

2) LIP BALM
Menjadikan penggunaan lip balm sebagai rutin harian amat penting untuk memastikan bibir anda sentiasa lembap.
Pastikan juga anda menggunakan lipbalm terlebih dahulu sebelum memakai lipstick bagi memastikan kelembapan bibir sentiasa terpelihara.
Pilih lipbalm yang sesuai, iaitu yang mengandungi SPF 30 untuk melindungi bibir anda dari sinaran matahari yang boleh merosakkan bibir.
Anda juga digalakkan untuk memilih lipbalm yang berwarna untuk membuatkan bibir anda nampak lebih sihat.
Lipbalm yang mengandungi minyak Jojoba atau Shea Butter juga sesuai untuk meningkatkan kelembapan bibir anda.

3) PEMAKANAN
Selain penjagaan luaran, amat penting untuk kita menitikberatkan penjagaan dalaman.
Pengambilan makanan bergaram perlu dikurangkan kerana ini antara penyebab bibir anda cepat kering.
Selain itu, anda juga perlu kurangkan pengambilan minuman berkafein kerana ia akan membuatkan warna bibir anda menjadi lebih gelap dan tidak menarik.
Pastikan anda minum air secukupnya setiap hari untuk mengekalkan kelembapan bibir.

#inspirasisihatcantik
#feelbeautifulnaturally
#sharingiscaring


Saturday, 8 October 2016

APA ITU FRESHPICKS?

Posted by Unknown at 16:17 0 comments
FreshPicks menawarkan rangkaian produk semulajadi penjagaan kulit muka, badan, rambut dan kaki.
.
Objektif kami membantu anda untuk tampil cantik semulajadi dengan produk yang bebas bahan kimia berbahaya.
.
Produk tempatan yang dirumus dari bahan premium bertaraf antarabangsa pada harga mampu milik.
.
Ianya dibuat dalam kuantiti sedikit dan terhad, jadi kualiti nya sangat terjaga dan dibuat FRESH 
.
♥ HOMEMADE
♥ NATURAL
♥ SAFE
♥ NO ANIMAL TEST
♥ PREMIUM INGREDIENTS
♥ AFFORDABLE

Kalau anda berminat nak dapatkan produk homemade ni boleh whatsapp Sal terus ye
013 7144847

COD: Putrajaya
POS: Seluruh Malaysia
 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi