Showing posts with label Bibir Sihat. Show all posts
Showing posts with label Bibir Sihat. Show all posts

Friday, 18 November 2016

TIPS BIBIR SIHAT & CANTIK

Posted by Unknown at 11:08 0 comments
Bibir yang kering dan menggelupas merupakan antara masalah yang kerap dan biasa dihadapi oleh kebanyakan orang.
Ramai yang beranggapan bibir kering itu boleh dirawat dengan hanya memakai pelembap bibir sahaja.
Mungkin itu boleh membantu tapi jika anda salah memilih jenis pelembap bibir, ia boleh menyebabkan bibir menjadi gatal, menggelupas dan bertukar menjadi hitam.
Sal akan kongsikan beberapa tips penjagaan bibir yang boleh membantu anda mengatasi masalah bibir yang biasa terjadi.

1) SCRUB BIBIR
Perkara utama yang perlu dilakukan bagi memastikan bibir sentiasa sihat dan tidak kering adalah dengan menanggalkan sel-sel kulit mati di bahagian bibir.
Seminggu sekali pastikan bibir anda di scrub. Antara kaedah yang boleh anda lakukan ialah ambil sedikit gula dan tambahkan beberapa titis minyak zaitun. Sapu ke bahagian bibir anda, dan gosok secara perlahan.
Amalkannya secara konsisten dan anda akan dapati bibir anda akan nampak lebih cerah dan lembut.
Selain itu, boleh juga lakukannya dengan kaedah lain iaitu ambil sehelai tuala kecil yang bersih, basahkan tuala dan gosok bibir anda dengan lembut untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Pastikan bibir digosok dengan lembut agar permukaan bibir tidak cedera.

2) LIP BALM
Menjadikan penggunaan lip balm sebagai rutin harian amat penting untuk memastikan bibir anda sentiasa lembap.
Pastikan juga anda menggunakan lipbalm terlebih dahulu sebelum memakai lipstick bagi memastikan kelembapan bibir sentiasa terpelihara.
Pilih lipbalm yang sesuai, iaitu yang mengandungi SPF 30 untuk melindungi bibir anda dari sinaran matahari yang boleh merosakkan bibir.
Anda juga digalakkan untuk memilih lipbalm yang berwarna untuk membuatkan bibir anda nampak lebih sihat.
Lipbalm yang mengandungi minyak Jojoba atau Shea Butter juga sesuai untuk meningkatkan kelembapan bibir anda.

3) PEMAKANAN
Selain penjagaan luaran, amat penting untuk kita menitikberatkan penjagaan dalaman.
Pengambilan makanan bergaram perlu dikurangkan kerana ini antara penyebab bibir anda cepat kering.
Selain itu, anda juga perlu kurangkan pengambilan minuman berkafein kerana ia akan membuatkan warna bibir anda menjadi lebih gelap dan tidak menarik.
Pastikan anda minum air secukupnya setiap hari untuk mengekalkan kelembapan bibir.

#inspirasisihatcantik
#feelbeautifulnaturally
#sharingiscaring


Friday, 28 October 2016

Rahsia Bibir Sihat dan Cantik dengan Produk Natural

Posted by Unknown at 09:59 0 comments
Bibir merupakan anggota yang paling hampir dengan mulut kita.

Bermakna setiap kali kita makan, bibir adalah anggota yang pertama menyentuh makanan kita sebelum ia masuk ke dalam mulut. 

Bayangkan jika lipstick, lipbalm atau apa sahaja lipcare yang anda guna tu mengandungi bahan-bahan kimia yang berbahaya lalu masuk ke dalam mulut kita bersama dengan makanan yang kita makan. Sanggup ke?

Setelah beberapa lama 'jahil' dengan fakta ni, Sal cuba cari alternatif lain yang lebih selamat untuk digunakan pada bibir. 

Alhamdulillah, rangkaian Lipcare dari FreshPicks dah berjaya temukan Sal dengan penyelesaiannya. 




Lipcare FreshPicks terdiri daripada 4 items:

1) Lipbalm for Drylips 
- untuk melembapkan dan merawat bibir kering serta mencerahkan bibir

2) Irresistible Lip Color/Treatment (ILC)
- Fungsi sama sahaja seperti Lipbalm cuma bezanya ILC adalah berwarna.
- ILC berfungsi untuk merawat.
- Sesuai untuk digunakan sebelum menyapu lipstick pada bibir

3) Tinted LipMoist -
✔memberi kesegaran & kelembapan pada bibir
✔kulit bibir lebih mulus dan berseri
✔bibir nampak lebih muda.
✔Warna lebih tahan lama berbanding ILC

4) HoneyFrencht Organic Lipscrub
✔ Menyingkirkan sel-sel mati di bibir yg menyebabkan bibir menjadi hitam dan gelap .
✔ Membersihkan sisa-sisa lipstick yg masih tersisa di atas permukaan bibir. 

    Bahan kimia menyebabkan bibir kering,merekah dan berkedut
✔ Merawat bibir bermasalah dengan cepat
✔ Menghasilkan bibir yang lebih pinkish dan kemerahan semulajadi
✔ Melembapkan bibir
✔ Melembutkan bibir


Cara penggunaan boleh rujuk gambar di bawah:


Langkah 1:
Gunakan Lipbalm for Drylips untuk merawat bibir

Langkah 2:
Oleskan Irresistible Lip Color atau Tinted Lip Moist untuk melembapkan, merawat dan mencantikkan bibir.

Rawatan Mingguan:
Gunakan Honeyfrencht Organic Lip Scrub seminggu sekali untuk rawatan membuang sel-sel kulit mati pada bibir.

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau nak order, boleh direct whatsapp Sal ye 013 7144847.

Have a nice day ahead :)
 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi