Showing posts with label Sejarah Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Shaklee. Show all posts

Thursday, 17 October 2013

Shaklee dan MLM

Posted by Unknown at 06:09 0 comments
Dulu masa mula2 join Shaklee, Sal tak tahu pun yang Shaklee ni merupakan MLM. Masa tu terkejut jugak sebab Sal ni kalau boleh tak nak terlibat dengan sebarang bisnes yang berbentuk MLM. Tapi, bila dah dikaji dan Sal sendiri dah lalui dan faham flow bisnes ni, baru Sal tahu yang tak semua MLM ni sama. Bila kita sebut MLM mesti fikir bisnes skim cepat kaya, bisnes tipu duit orang, bisnes yang menganiayai downline...kalau jadi upline, sentiasa kaya, kalau jadi downline, sampai bila-bila akan menyumbang kepada upline.

Dengan Shaklee, Sal mula-mula join sebab jatuh cinta dengan produknya dan sebab memang ada niat nak cari income sampingan. Bila Sal kaji dan faham sistem Shaklee ni...Alhamdulillah, sistemnya sangat adil. Walaupun kita seorang upline dan mempunyai ramai downline, kalau malas buat sale..kita takkan ke mana dan takkan dapat apa-apa keuntungan! Sesetengah MLM, bila kita dapat cari downline, kita dah dapat imbuhan kan? Itu salah sebenarnya sebab kita dapat hasil tanpa usaha yang sebenarnya. Tengok orang lain masuk, kita pun ikut sama nak masuk sedangkan kita tak tahu lagi macamana sistem sesebuah MLM tu, jadi penting untuk kita kaji dulu sistem sesuatu MLM sebelum join.

Ustaz Zaharuddin pun ada gariskan beberapa panduan dan kriteria MLM yang patuh syariah. Jom kita semak. Artikel penuh boleh rujuk di sini.

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). 

Produk Shaklee dikenali lebih 60 tahun sebagai produk yang sangat berkualiti berasaskan penyelidikan. Kajian dan penyelidikan Shaklee menjamin produknya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Baca selanjutnya DI SINI

2. Produknya bukan emas dan perak

Tiada penjualan emas dan perak dalam Shaklee.



3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

Ya. Ini berlaku secara adil dalam Shaklee. Tanpa usaha, anda tidak mendapat hasil. Kuantiti downline tidak akan menjanjikan hasil, sebaliknya kita perlu menitikberatkan kualiti diri sendiri.




4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

Dalam Shaklee, tiada apa komisen atau bonus yang diberikan sekiranya ahli yang ditaja tidak membuat pembelian. Dia hanya bergelar ahli / downline kita sahaja, tanpa apa-apa hasil yang didapati selagi tiada belian dibuat.

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

Tiada paksaan untuk membuat belian dalam jumlah tertentu kepada mana-mana ahli. Sekiranya ada yang ingin sertai Shaklee sebagai ahli hanya untuk kegunaan sendiri, tiada masalah.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak sehingga ke level 6, tidak lebih dari itu. Coaching, motivasi, pengisian atau apa-apa bentuk bimbingan bagi kumpulan kami adalah 24/7 melalui FB group. Mudah & praktikal.



7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

"Siapa kerja lebih, dia dapat lebih" Ini adalah sistem dalam Shaklee. Ianya terbukti apabila terdapat downline yang naik pangkat lebih cepat dari upline dan ada juga downline yang menjana pendapatan lebih besar dari upline. Menjadi upline TIDAK menjamin seseorang itu sentiasa kaya, sentiasa untung.


8. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

Buku manual pemasaran & etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee.


9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Ya. Nisbah perkongsian dan keuntungan dijelaskan dalam manual perniagaan secara jelas.

-------------------------

Jika anda tanya, adakah Shaklee MLM yang patuh syariah? Jawapannya adalah YA!! Kenapa perlu ragu lagi? Jom sertai keluarga BESAR kami!

Hubungi Sal sekarang!

----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Sunday, 14 July 2013

Mari Kenali Shaklee ~Keistimewaan Shaklee~

Posted by Unknown at 07:14 0 comments
Falsafah Produk Shaklee

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

  • SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:

TIDAK Mengandungi Paraben
TIDAK Mengandungi Triklosan
TIDAK Mengandungi Phthalates
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
TIDAK Mengandungi Glikol
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
TIDAK Mengandungi Ammonia
TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
TIDAK Mengandungi Formaldehyde
TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
TIDAK Mengandungi Toulene
TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
TIDAK Mengandungi Pewarna
TIDAK Mengandungi Lemak Trans
TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang


  • SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif

Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  1. $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  2. Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  3. 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  4. Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekpedisi Artik Antarabangsa
  5. 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  6. Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

  • SENTIASA MESRA ALAM
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar 

Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar

  1. Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  2. Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  3. Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
  • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
  • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
  • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau

     4.  Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah -       anugerah berikut:

2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

Sumber: Shaklee

Monday, 8 July 2013

18 Sebab Kenapa Jenama Shaklee Berbeza Dari Yang Lain

Posted by Unknown at 06:03 0 comments
Alhamdulillah...semakin hari, semakin ramai yang mengenali Shaklee. Pendapat Sal nama Shaklee dah tak asing lagi terutamanya di alam maya. Kami sebagai independent distributor, kebanyakannya mencari pelanggan melalui alam maya. Facebook, blog, twitter, instagram dan macam2 lagi medium alam maya yang banyak membantu kami.

Nak kurus, nak sihat, nak cantik, nak menyusu, nak bertenaga, nak hamil semua akan mencari supplement Shaklee. Shaklee juga dah jadi supplement wajib kami sekeluarga. Tapi, kenapa Shaklee? Hari ni, Sal akan kongsikan artikel tentang 16 sebab kenapa jenama Shaklee ni berbeza daripada jenama-jenama supplement yang lain.




18 sebab kenapa jenama Shaklee berbeza dari yang lain:

  1. Pada 1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk yang pertama dikenali sebagai “Vitalized Minerals” dimana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiat mineral.Seorang biochemist menggelarkan sebatian tersebut sebagai “vitamins”.Inilah sejarah dimana perkataan vitamin terhasil.
  2. Dr. Shaklee merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy and divinity.
  3. Pada 1924,Dr Shaklee membina health care center yang lengkap dengan pekerja terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist, general practitioners and surgeons. Dan untuk pertama kalinya, formula Dr. Shaklee untuk makanan kesihatan dibungkuskan dan dipasarkan.
  4. Pada 1928, beliau melahirkan a sensible diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini bersamaan dengan Food Guide pyramid yang sekarang ini juga dicadangkan oleh United States Department of Agriculture, tetapi dengan penambahan pada bijirin, buah2an ,sayur2an dan minima lemak dan gula.
  5. Pada January 1929, beliau menjadi menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan the spiritual part of life yang akhirnya menjadi filosopi asas dalam Shaklee.
  6. Beliau mengamalkan ilmu chiropractic sehingga umurnya 65tahun. Kemudian melancarkan Shaklee Corporation untuk memasarkan produk yang telah beliau hasilkan sepanjang hayatnya. Impian beliau adalah untuk berkongsi kesihatan yang lebih baik dan produknya bersama dunia.
  7. Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh kerajaan sebagai makanan berbeza dengan produk dari syarikat lain yang dilabelkan sebagai drug companies.
  8. Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yang terbesar di dunia dan dilabelkan sebagai leader in the nutritional industry.
  9. Shaklee menjalankan ujikali klinikal sendiri terhadap produk2 mereka.Ia dilakukan oleh pihak luar, unbiased sources (such as Yale University and Harvard University) di mana kajian klinikal ini dijalankan ke atas manusia dan bukan haiwan untuk membuktikan secara saintifik yang produk2 Shaklee boleh diutilisasikan dan selamat ke atas badan manusia. Beratus ujian diterbitkan in peer-reviewed nutritional and medical journals such as:The American Journal of Clinical Nutrition. The Journal of Nutrition. The Journal of the American Dietetic Association. The Journal of Applied Physiology, and. The American Journal of Cardiology
  10. Sesetengah syarikat mendakwa mereka melakukan ujian klinikal sedangkan hakikatnya tidak pernah diuji kerana undang- undang tidak pun memerlukan mereka berbuat demikian tapi mereka mendakwa demikian hanya untuk melakukan produk mereka. Berbeza dengan Shaklee yang melaburkan berjuta2 ringgit untuk melakukan ujian klinikal terhadap produk mereka
  11. Produk Shaklee kesemuanya seimbang dan memenuhi hampir semua suplemen semulajadi yang badan perlukan. Sebagai makanan, produk2 Shaklee mengandungi nutrien2 asas,enzim2 dan juga pyhtochemicals (bahan2 kimia semulajadi dalam sayur2an dan buahan ie karotenoid, flavonoid)
  12. Shaklee memiliki makmal kajian dan penyelidikan mereka sendiri di Hayward, California, dan makmal kedua di bina di Stanford University in Palo Alto, California.
  13. Tahukah anda Shaklee memiliki perusahaan ladang (manufacturing plant) mereka sendiri di Norman, Oklahoma. Tidak seperti sesetengah syarikat yang mengeluarkan vitamin dengan membeli dari mana2 makmal dan meletakkan label jenama mereka.. Tidak seperti Shaklee yang memiliki ladang vitamin sendiri.. Menarik bukan.
  14. Shaklee melaburkan melebihi 12juta USD setahun untuk penyelidikan dan ujian makmal. Shaklee juga mempunyai lebih 150orang saintist dan lembaga penasihat terdiri daripada doktor, pensyarah,professor, saintis dari universiti terkemuka dunia
  15. 176 ujian yang berasingan dijalankan ke atas setiap satu bahan yang terlibat dalam penghasilan produk shaklee . Ujian melibatkan ketulenan, ketahanan dan keselamatan
  16. Setiap produk Shaklee didakwa mempunyai dokumen pengesahan.
  17. Setiap produk Shaklee telah melalui sebanyak 262 ujian kualiti jaminan (assurance) yang berasingan dalam setiap proses pembuatan.
  18. Semua produk Shaklee dijamin berkualiti.
Sumber: PMC

Wednesday, 1 May 2013

Sejarah Perkembangan SHAKLEE

Posted by Unknown at 08:48 0 comments

• 1960 – Shaklee memperkenalkan Basic-H, iaitu bahan pencuci biodegradasi dan tidak bertoksik yang pertama di dunia

• 1961 – Shaklee mencipta protein segera iaitu salah satu rumusan supplemenet soya yang pertama.

• 1972 – Shaklee memperkenalkan salah satu serbuk pencuci pakaian biodegradasi tanpa fosfat nitrat atau borat yang pertama

• 1977 – Shaklee disenaraikan dalam bursa saham New York

• 1981 – Shaklee memperkenalkan sistem pembebasan terkawan berasaskan tumbuhan yang pertama bagi Vitamin C

• 1982 – Shaklee menjadi salah sebuah syarikat Fortune 500

• 1989 - Shaklee memberi banyuan kewangan dan produk kepada satu ekspedisi trans-Antartika yang diketuai oleh Will Steger - individu pertama yang menjelajah Antartika dengan berjalan kaki dengan jaraknya merangkumi 3700 batu.
- Shaklee dengan kerjasama American Himalayan Foundation telah menanam lebih daripada 1 juta pokok di Asia

• 1990 - Shaklee menerima anugerah "Family Circle's Green-Chip" sebagai salah satu daripada 10 syarikat yang mesra alam sekitar

• 1991 - Produk untuk kegunaan rumah digunakan dalam projek "Biosphere 2"

• 1996 – Shaklee membantu ahli sukan bertaraf dunia memenangi 8 pingat emas di Atlanta.
- Produk Shaklee digunakan di atas kapal Odyssey, yang menjalankan  penyelidikan dan pengumpulan data pencemaran laut di seluruh dunia.

• 2000 – Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yg memperolehi pensijilan CLIMATE NEUTRAL dan mengimbangi sepenuhnya pembebasan karbon dioksia olehnya dimana ia menghasilkan impak sifar bersih pada alam persekitaran

• 2002 - Shaklee dianugerahkan "Climate Protection" oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.
- Shaklee menerima anugerah "Environmental Stewardship" daripada Social Accountability International

• 2003 - Shaklee menyokong pembinaan sebuah turbin tenaga angin bagi Orang Asli Amerika.
- Shaklee membantu penukaran bas sekolah diesel di San Bernardio, California kepada biodiesel.

• 2004 – Shaklee membekalkan tenaga kepada atlet-atlet bertaraf dunia bagi memenangi 15 pingat emas di Athen,Greece.

• 2005 – Shaklee memperkenalkan satu daripada formula keimunan penggalak interferon pertama yg dinamakan Nutriferon.

• 2006 – Pasukan Ski dan luncur salji US yg terdiri drp atlet-atlet yang dibekalkan tenaga oleh Shaklee memenangi 10 pingat di Itali

• 2008 – Shaklee memperkenalkan Vivix penemuam revolusi terbaru dalam anti penuaan sel.

--
Itulah sedikit sebanyak sejarah perkembangan Shaklee bukan sahaja merangkumi inovasi penghasilan produk yang mesra alam sekitar tetapi juga turut menyumbang kepada kepimpinan alam sekitar.
 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi