Thursday 17 October 2013

Shaklee dan MLM

Posted by Unknown at 06:09
Dulu masa mula2 join Shaklee, Sal tak tahu pun yang Shaklee ni merupakan MLM. Masa tu terkejut jugak sebab Sal ni kalau boleh tak nak terlibat dengan sebarang bisnes yang berbentuk MLM. Tapi, bila dah dikaji dan Sal sendiri dah lalui dan faham flow bisnes ni, baru Sal tahu yang tak semua MLM ni sama. Bila kita sebut MLM mesti fikir bisnes skim cepat kaya, bisnes tipu duit orang, bisnes yang menganiayai downline...kalau jadi upline, sentiasa kaya, kalau jadi downline, sampai bila-bila akan menyumbang kepada upline.

Dengan Shaklee, Sal mula-mula join sebab jatuh cinta dengan produknya dan sebab memang ada niat nak cari income sampingan. Bila Sal kaji dan faham sistem Shaklee ni...Alhamdulillah, sistemnya sangat adil. Walaupun kita seorang upline dan mempunyai ramai downline, kalau malas buat sale..kita takkan ke mana dan takkan dapat apa-apa keuntungan! Sesetengah MLM, bila kita dapat cari downline, kita dah dapat imbuhan kan? Itu salah sebenarnya sebab kita dapat hasil tanpa usaha yang sebenarnya. Tengok orang lain masuk, kita pun ikut sama nak masuk sedangkan kita tak tahu lagi macamana sistem sesebuah MLM tu, jadi penting untuk kita kaji dulu sistem sesuatu MLM sebelum join.

Ustaz Zaharuddin pun ada gariskan beberapa panduan dan kriteria MLM yang patuh syariah. Jom kita semak. Artikel penuh boleh rujuk di sini.

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). 

Produk Shaklee dikenali lebih 60 tahun sebagai produk yang sangat berkualiti berasaskan penyelidikan. Kajian dan penyelidikan Shaklee menjamin produknya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Baca selanjutnya DI SINI

2. Produknya bukan emas dan perak

Tiada penjualan emas dan perak dalam Shaklee.



3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

Ya. Ini berlaku secara adil dalam Shaklee. Tanpa usaha, anda tidak mendapat hasil. Kuantiti downline tidak akan menjanjikan hasil, sebaliknya kita perlu menitikberatkan kualiti diri sendiri.




4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

Dalam Shaklee, tiada apa komisen atau bonus yang diberikan sekiranya ahli yang ditaja tidak membuat pembelian. Dia hanya bergelar ahli / downline kita sahaja, tanpa apa-apa hasil yang didapati selagi tiada belian dibuat.

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

Tiada paksaan untuk membuat belian dalam jumlah tertentu kepada mana-mana ahli. Sekiranya ada yang ingin sertai Shaklee sebagai ahli hanya untuk kegunaan sendiri, tiada masalah.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak sehingga ke level 6, tidak lebih dari itu. Coaching, motivasi, pengisian atau apa-apa bentuk bimbingan bagi kumpulan kami adalah 24/7 melalui FB group. Mudah & praktikal.



7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

"Siapa kerja lebih, dia dapat lebih" Ini adalah sistem dalam Shaklee. Ianya terbukti apabila terdapat downline yang naik pangkat lebih cepat dari upline dan ada juga downline yang menjana pendapatan lebih besar dari upline. Menjadi upline TIDAK menjamin seseorang itu sentiasa kaya, sentiasa untung.


8. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

Buku manual pemasaran & etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee.


9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Ya. Nisbah perkongsian dan keuntungan dijelaskan dalam manual perniagaan secara jelas.

-------------------------

Jika anda tanya, adakah Shaklee MLM yang patuh syariah? Jawapannya adalah YA!! Kenapa perlu ragu lagi? Jom sertai keluarga BESAR kami!

Hubungi Sal sekarang!

----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi