Showing posts with label G6PD. Show all posts
Showing posts with label G6PD. Show all posts

Wednesday, 25 June 2014

Bahaya Shaklee Pada Kesihatan

Posted by Unknown at 15:42 2 comments
Produk Shaklee memang diwar-warkan sebagai produk yang DIJAMIN SEMULAJADI, SELAMAT dan BERKESAN....tapi sejauh mana ianya terbukti berkesan dan dijamin selamat?

Anda keliru? Ye, Shaklee ada produk kesihatan yang ramai orang dah cuba dan dah rasai ke'awesome'mannya...(wah, perkataan baru ke ni? hahaha) TETAPI ada pantang larang dalam pengambilan Shaklee terutamanya yang ada penyakit2 tertentu! Ya, anda yang disahkan ada SLE, anak atau anda sendiri G6PD, Thalasemia, Hypothyroid dan Hyperthyroid (sekadar menyebut beberapa penyakit yang 'common' dan memang ada pantang larang dalam pengambilan supplement Shaklee).

Sebab tu amat penting untuk anda menceritakan latar belakang penyakit anda kepada SID yang menjual agar mudah bagi kami mencadangkan supplement yang sesuai untuk anda :)

1) Pesakit SLE

Pesakit SLE TIDAK BOLEH mengambil supplement Alfalfa (berasaskan herba) dan Vitalea (ada sedikit campuran Alfalfa). Jika anda masih perlukan supplement multivitamin, sila dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu.



2) G6PD

Pesakit G6PD atau anda ibu menyusu kepada anak yang mengalami G6PD juga TIDAK BOLEH mengambil supplement Alfalfa.


3) Thalasemia

Bagi pesakit Thalasemia, anda tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan HB, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat besi yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan. Jadi, pesakit Thalasemia TIDAK BOLEH mengambil supplement Vitalea kerana Vitalea diformulasikan dengan iron.



4) Hipotiroid 

Hipotiroid adalah disebabkan penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin. Ia berlaku kerana kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik di samping tidak mampu dihasilkan secukupnya.

Pesakit Hipotiroid TIDAK BOLEH mengambil ESP kerana boleh menyebabkan kekurangan rembesan hormon tiroid dan juga tidak digalakkan mengambil Carotomax kerana hormon tiroid diperlukan untuk menukarkan beta-corotene kepada vitamin A. Jadi, ia tidak memberikan apa-apa manfaat kepada pesakit.

5) Hipertiroid

Hipertiroid pula adalah disebabkan oleh kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif. Biasanya ia disebabkan penyakit auto imun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin.

Pesakit Hipertiroid tidak digalakkan mengambil Iodin kerana kandungan Iodin mereka yang sudah tinggi di dalam darah, jadi pesakit hipertiroid TIDAK BOLEH mengambil Vitalea dan Alfalfa kerana mengandungi IODIN.


Jika anda mempunyai masalah kesihatan yang dinyatakan atau pun masalah kesihatan yang lain, sila rujuk pakar sebelum mengambil apa2 supplement ye....kalau anda berminat nak mengambil supplement Shaklee, Sal akan cadangkan mengikut kesesuaian masalah kesihatan yang anda hadapi. Sal akan bantu anda sedaya mungkin ok...jangan ragu2 untuk hubungi Sal.... :)

-----

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Sunday, 13 April 2014

Info Enzim G6PD

Posted by Unknown at 09:39 0 comments
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) apabila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah dari tali pusat. Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi secara keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Gejala/Tanda-tanda

Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundice) yang tinggi dengan cepat, akibat dari hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk :

Akibat dari kurang darah
  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada

Akibat dari hemolisis 
  • jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit,
  • warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.

Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.

Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Ubat-ubat dan Bahan-bahan yang Patut Dielakkan

Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu mendalami mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu menjauhi dari terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis.

Hemolisis juga akan berlaku jika beliau termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat tersebut agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.

Pastikan anda beritahu doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.

Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis

- Makanan dan Herba yang mesti dielakkan
  • Kacang parang (fava beans)
  • Ubat China
  • Chuen Lin
  • San Chi
  • 13 herbs
  • 12 herbs
  • Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)

- Bahan lain yang mesti dielakkan
  • Ubat gegat (moth balls)
  • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

- Ubat yang mesti dielakkan
  • Acetanilide
  • Doxorubicin
  • Furazolidene
  • Methylene Blue
  • Nalidixic acid
  • Niridazole
  • Nitrofurantoin
  • Phenozopyridine
  • Primaquine
  • Sulfamethoxazole
  • Bactrim
Sumber: izieherb.net
 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi