Showing posts with label Bahaya Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Bahaya Shaklee. Show all posts

Sunday, 29 June 2014

Mealshake Shaklee Tidak Selamat Untuk Kanak-Kanak??

Posted by Unknown at 08:19 0 comments
Mealshake merupakan produk Shaklee yang memang dihasilkan untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ianya juga boleh diambil oleh orang dewasa dan semua peringkat umur yang lain.

Tapi, masih ramai lagi yang mempersoalkan tentang Mealshake yang kononnya tak selamat untuk kanak-kanak. Hari ni, Sal kongsikan tentang beberapa isu yang selalu dibangkitkan oleh orang ramai di luar sana yang mungkin masih belum jelas tentang Mealshake. Credit to Puan Aimi.

Mealshake merupakan sejenis produk multivitamin dalam bentuk serbuk yang mengandungi:
  • 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oelh badan untuk tumbesaran yang sihat.
  • Merupakan sumber terbaik serat dan protein.
  • Membekalkan kalsium harian yang diperlukan badan
  • Index glisemik rendah membuatkan glukosa dilepaskan secara perlahan-lahan dan teratur bagi kegunaan badan.
Jadi, di mana rasionalnya yang dikatakan Mealshake tidak selamat untuk kanak-kanak?



ISU 1 - Mealshake Shaklee Mengandungi Maltodextrin

Isu utama yang dibangkitkan adalah Mealshake Shaklee mengandungi maltodextrin. Sebelum anda menuduh Mealshake tidak selamat, pastikan anda cek dahulu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan maltodextrin.

Maltodextrin adalah bahan yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai "thickneker" atau "filler" tapi hakikatnya maltodextrin adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang ,barli dan gandum.jadi maltodextrin bukanlah bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal atau kilang. Ia diekstrak dari makanan asas kita yang memang biasa dijumpai dalam protein shake seperti Mealshake shaklee sebab ia diperlukan untuk membekalkan "glukos" dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai indexs glisemik yang tinggi.

Memang ia bukanlah makanan yang sihat kerana mengandungi indeks glisemik yang tinggi tapi maltodextrin akan cepat diserap oleh badan dan ditukarkan menjadi "glucose" di mana jika tidak digunakan oleh sel badan, ia akan bertukar menjadi lemak. Jadi, sebab tu bagi yang nak ambil makanan yang mengandungi maltodextrin yang tinggi, ianya perlu diambil selepas anda bersenam kerana ketika itu tubuh badan anda memerlukan sugar atau "glukose" dengan cepat dan maltodextrin boleh bekalkan kepada badan anda.

Untuk info mengenai maltodextrin anda boleh jenguk link ini- WHAT IS MALTODEXTRIN? dan IS MALTODEXTRIN BAD FOR YOU?.

ISU 2 - Kandungan Gula Dalam Mealshake

Isu kedua yang hangat diperkatakan adalah soal kandungan gula dalam Mealshake. Ia menjadi isu kerana di bahagian belakang canister (Nutrition Information) Mealshake, tertulis untuk servings per 100 g, Mealshake Shaklee membekalkan 47.1 g gula di mana ianya agak tinggi untuk kanak-kanak.


Ya ia memang tinggi jika anak kita diberi 100 g Mealshake setiap hari. Tetapi panduan pada canisternya sudah tertulis serving saiz yang dicadangkan hanyalah 34g di mana ia mengandungi cuma 16.0g gula. Shaklee mencadangkan hidangan untuk sehari hanya 34g sehari iaitu bersamaan 1/4 cup dan bukannya 100g sehari.

Jadi adakah Mealshake yang tidak selamat atau kita yang tidak ikut panduan makan yang betul?

ISU 3 - Mealshake Tidak Sesuai Untuk Anak Bawah Umur 4 tahun atau 6 Tahun?

Jika ditanya kebanyakan pengedar Shaklee akan memberi jawapan yang Mealshake boleh diberi kepada anak berusia setahun ke atas. Jadi isu ini timbul kerana Shaklee tidak pernah mengatakan yang ia selamat untuk kanak-kanak berusia 1 tahun. Apa yang anda harus tahu, serving size 34g yang dicadangkan Shaklee itu adalah panduan umum untuk orang dewasa dan anak yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai sistem penghadaman yang matang.

Jadi semestinya usia 1 tahun sistem penghadamannya belum matang. Jadi, ibu-ibu harus menggunakan kebijaksanaan ibu sendiri.untuk anak-anak bawah 4 atau 6 tahun jika mahu diberikan Mealshake kerana kita ada panduan pengambilan yang khusus. Panduan pengambilan ini diselaraskan mengikut umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman anak yang masih belum matang. NAK tahu cara pengambilannya? Sila hubungi pengedar Shaklee anda....jika anda customer Sal, anda akan diberikan panduan cara makan mengikut umur anak anda :)

Tapi pada Sal itu bergantung pada penilaian ibu itu sendiri. Jika ibu tidak yakin walaupun sudah ada panduan pengambilannya yang betul mengikut umur anak anda, jadi usah berikan kepada anak anda. Tapi jika anda yakin, pastinya Mealshake sangat membantu untuk kesihatan harian anak anda.

Jadi harapnya terjawablah isu Mealshake Shaklee tidak selamat ni ye...pada Sal terpulang pada ibu itu sendiri...

KHASIAT MEALSHAKE SHAKLEE
  • Kurangkan Ekzema
  • Untuk Tumbesaran
  • Untuk Perkembangan Minda
  • Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
  • Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
  • Untuk Anak kekal aktif
  • Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  • Meningkatkan berat badan anak
  • Membantu anak fokus
  • Membantu kurangkan kekerapan asthma
  • Mengatasi masalah sembelit pada anak
  • Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  • Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  • Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  • Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu
-----

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Wednesday, 25 June 2014

Bahaya Shaklee Pada Kesihatan

Posted by Unknown at 15:42 2 comments
Produk Shaklee memang diwar-warkan sebagai produk yang DIJAMIN SEMULAJADI, SELAMAT dan BERKESAN....tapi sejauh mana ianya terbukti berkesan dan dijamin selamat?

Anda keliru? Ye, Shaklee ada produk kesihatan yang ramai orang dah cuba dan dah rasai ke'awesome'mannya...(wah, perkataan baru ke ni? hahaha) TETAPI ada pantang larang dalam pengambilan Shaklee terutamanya yang ada penyakit2 tertentu! Ya, anda yang disahkan ada SLE, anak atau anda sendiri G6PD, Thalasemia, Hypothyroid dan Hyperthyroid (sekadar menyebut beberapa penyakit yang 'common' dan memang ada pantang larang dalam pengambilan supplement Shaklee).

Sebab tu amat penting untuk anda menceritakan latar belakang penyakit anda kepada SID yang menjual agar mudah bagi kami mencadangkan supplement yang sesuai untuk anda :)

1) Pesakit SLE

Pesakit SLE TIDAK BOLEH mengambil supplement Alfalfa (berasaskan herba) dan Vitalea (ada sedikit campuran Alfalfa). Jika anda masih perlukan supplement multivitamin, sila dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu.



2) G6PD

Pesakit G6PD atau anda ibu menyusu kepada anak yang mengalami G6PD juga TIDAK BOLEH mengambil supplement Alfalfa.


3) Thalasemia

Bagi pesakit Thalasemia, anda tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan HB, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat besi yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan. Jadi, pesakit Thalasemia TIDAK BOLEH mengambil supplement Vitalea kerana Vitalea diformulasikan dengan iron.



4) Hipotiroid 

Hipotiroid adalah disebabkan penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin. Ia berlaku kerana kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik di samping tidak mampu dihasilkan secukupnya.

Pesakit Hipotiroid TIDAK BOLEH mengambil ESP kerana boleh menyebabkan kekurangan rembesan hormon tiroid dan juga tidak digalakkan mengambil Carotomax kerana hormon tiroid diperlukan untuk menukarkan beta-corotene kepada vitamin A. Jadi, ia tidak memberikan apa-apa manfaat kepada pesakit.

5) Hipertiroid

Hipertiroid pula adalah disebabkan oleh kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif. Biasanya ia disebabkan penyakit auto imun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin.

Pesakit Hipertiroid tidak digalakkan mengambil Iodin kerana kandungan Iodin mereka yang sudah tinggi di dalam darah, jadi pesakit hipertiroid TIDAK BOLEH mengambil Vitalea dan Alfalfa kerana mengandungi IODIN.


Jika anda mempunyai masalah kesihatan yang dinyatakan atau pun masalah kesihatan yang lain, sila rujuk pakar sebelum mengambil apa2 supplement ye....kalau anda berminat nak mengambil supplement Shaklee, Sal akan cadangkan mengikut kesesuaian masalah kesihatan yang anda hadapi. Sal akan bantu anda sedaya mungkin ok...jangan ragu2 untuk hubungi Sal.... :)

-----

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847
 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi