Showing posts with label Cara Pengambilan Vitamin. Show all posts
Showing posts with label Cara Pengambilan Vitamin. Show all posts

Saturday, 15 November 2014

Cara Makan Vitamin Shaklee Untuk Ibu Hamil

Posted by Unknown at 09:41 0 comments
Bagi ibu hamil yang sedang amalkan supplement Shaklee atau berhajat nak amalkan Shaklee, Sal nak share sikit tentang cara makan vitamin Shaklee untuk ibu hamil.

Antara vitamin yang disarankan untuk ibu hamil ialah:
1. Vitalea with Iron - 1 biji sehari. Bila dah ambil Vitalea, tak perlu ambil obimin lagi sebab dah Vitalea ni adalah multivitamin. Bagi yang ada masalah HB rendah, boleh ambil 2 biji sehari.

2. B-Complex - 1 biji sehari. B complex ni dah lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folik.

3. Vitamin C - 1 biji sehari. Vita C ni membantu tingkatkan antibodi dan imun tubuh dan antara sumber kolagen. Jadi, secara tak langsung boleh bantu kurangkan 'stretch mark'.

4. ESP - Bancuh 1 sudu ESP dengan air samada air kosong (suam/sejuk), jus atau apa-apa air kegemaran kecuali air kafein (no no no). ESP bantu berikan tenaga kepada ibu-ibu dan boleh cantikkan kulit sekaligus kurangkan kesan 'stretch mark'.

5. OsteMatrix - 4 biji sehari bersamaan 1000mg kalsium yang diperlukan dalam sehari. Ibu hamil memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari untuk pembentukan tulang dan gigi baby yang kuat. Juga kurangkan risiko sakit pinggang dan cramp. Tapi, jika ibu dah amalkan segelas susu sehari, ambil 2 biji OsteMatrix pun dah mencukupi :)

6. OmegaGuard - 1 biji sehari. Kandungan DHA dan EPA dalam Omega penting untuk pembentukan serta perkembangan otak dan mata bayi. Ibu pula boleh membantu untuk kawal kolestrol dalam badan. Ambil Omega bermula trimester kedua dan stop sebulan sebelum due ya.

Semoga bermanfaat. Bagi yang nak dapatkan konsultansi, boleh hubungi Sal :)

----------------------
Untuk Info & Order:
Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Sunday, 27 October 2013

BILAKAH WAKTU PENGAMBILAN VITAMIN YANG SESUAI?

Posted by Unknown at 06:16 0 comments
Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).

Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:
  • VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak. 
  • VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak. 
  • Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama. 
  • Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

 APA YANG TIDAK DIGALAKKAN?
  • Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
  • Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya. 
Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Elakkan pengambilan multvitamin yang mengandungi zat besi diambil bersama minuman tenusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan keberkesanan penyerapan zat besi oleh tubuh kita. Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

Bagi kemudahan panduan terutama yang baru mendapatkan vitamin pesanan anda, kalian boleh mencuba saranan ini :

Selepas sarapan pagi : B complex

In between sarapan dan makan tengari : segelas minuman bancuhan bersama ESP

Sebelum makan tengahari : Zinc

Selepas makan tengahari : Vitamin C dan Vitalea

In between makan tengahari dan makan malam : segelas minuman bancuhan bersama ESP

Selepas makan malam : Kalsium , vitamin E dan Omega (jika ada)

Bagi yang mengambil lecitihin dan alfalfa pakej penuh :

Lecithin dan Alfalfa boleh diambil 2 biji sebelum (bagi Lecithin dan mereka yang berdiet) ataupun selepas makan untuk setiap meal utama iaitu selepas makan pagi, tengahari dan makan malam.

-Credit: Puan Farihah-


 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi